Selasa, 26 November 2013
D.J Ajis
Malam tu Ajis kena shif malam. Kamal demam, MC. Memandangkan Ajis biasa berceloteh sebelah siang, waktu ni dia 'blank' sikit. Lagu 'Kuch-kuch Hotta-hai' dah nak habis, takkan nak terus lagu lagi, Ajis dah tak ada idea nak goreng. Tiba-tiba ada line telefon blinking. "Helo-helo ye!" Siapa disana? " Layan phone call pun elok juga malam-malam camni boleh hilangkan ngantuk. "Ni radio semilan ke?" Suara wanita dalam lingkungan dua puluhan dihujung talian. "ya! ya! Anda sedang keudara sekarang". "Nama sayang Wati, ni abang Ajis ke ni?". "Iye, Cik Wati, abang Kamal tak dapat ke udara malam ni kuch-kuch deman-he! Ajis buat lawak hindustan. "Kesian, bang Ajis, Wati ada cerita ni, tiga malam lepas kita orang on the way nak balik kampung, mak,ayah dan adik Wati. Kira packlah satu kancil Wati ni..." "Lepas tu?". "....masa kitaorang lalu kat batu lapan belas ada satu lori balak dok terhegeh-hegeh panjat bukit". "Biasalah tu Cik Wati, kena pulak time malam-malam macam tu banyak le kenderaan merayap- rayap dilebuhraya". "Ni nak dengar cerita ke tak nak ni?". "Sori! Sori! You can kontiniu". "Kan dah lupa kat mana cerita tadi. Aaaa! Okey! Lori balak tu rasanya kalau Wati follow aje mahu berjelir dibuatnya, so Wati buat keputusan untuk potong aje. Wati pun apa lagi.Kate kancil Wati bawa mencicit macam lipas kudung memotong lipan lembab!". "Tu memotong tu kat belah kanan ke kiri?" Ajis menyampuk lagi. "Kat kanan la bang oiii! Tak sekolah mandu ke? So, Wati pecut naik bukit nak potong lori balak tu, tapi rasanya macam berjam lamanya, punyalah panjang lori balak tu! Press punya press.... sekali ada lampu terang-menderang menyuluh dari depan keta kitaorang. Punyalah laju datang dari belakang bukit. Apa lagi....Wati pulas stering ke kanan dan isk....ishk....ishk.... ....ishk...." "Wati?!......Wati?!..... "Ishk......ishk....sampai sekarang takde pun orang perasan, dah tiga hari tiga malam kitaorang kat bawah gaung ni, ishk...ishk....? Tuutt.... Ajis sengaja memutuskan talian telefon. Minah ni nampaknya nak kelentong orang kalau dah jatuh gaung macam mana boleh telefon lagi. Ajis terus putarkan lagu happy untuk menceriakan kembali rancangan malam tu. keesokkan harinya, sebuah kereta kancil bersama penumpang yang terdiri daripada sepasang orang tua, seorang kanak-kanak serta seorang pemandu wanita awal dua puluhan dijumpai didasar sebuah gaung di Batu Lapan Belas Karak. Polis mengesahkan kereta itu dipercayai terbabas pada sebelah malam tiga hari yang lalu dan kesemua mangsa terkorban. Terdapat sebuah telefon kecemasan tidak jauh dari situ yang hanya berfungsi untuk panggilan kecemasan petugas lebuhraya sahaja, dengan ganggangnya tidak diletakkan dengan betul. Usaha mencari mangsa bermula daripada rasa ingin tahu beberapa pertugas lebuhraya yang mengikuti radio pada malam sebelumnya, apabila D.J Ajis melayan pemanggil bernama Wati mangsa kemalangan tersebut........ Sekian...
Sumber
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
BalasPadamAtau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya
Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com
Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
- Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
- Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
- Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
- Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
- Bonus Turnover 0.3%-0.5%
- Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
-Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
- Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI
7 Permainan Dalam 1 ID :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker
Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
BBM: 2AD05265
WA: +855968010699
Skype: smsqqcom@gmail.com
Tunggu Apa Lagi Bosku ?