Wanita Serba Merah
Saya Lan dari Pasir Gudang, ingin berkongsi
pengalaman seram bersama pendengar2 lain. Ceritanya begini. Selepas saya
menduduki peperiksaan SPM, saya telah bekerja dengan peniaga di pasar malam.
Saya bekerja beberapa bulan sementara menunggu keputusan peperiksaan
diumumkan.
Ada dua orang lagi kawan saya iaitu Ijat dan Udin turut sama bekerja dengan peniaga tersebut yang kami panggil dengan nama Abang Man. Biasanya kami akan memulakan perniagaan di pasar malam sekitar jam 4:30 petang sehingga jam 10:30 malam. Entah macamana pada satu malam jualan kami cepat habis, dan Abang Man mengarahkan kami berkemas awal iaitu sekitar jam 9:00 malam.
Setelah semua barang2 siap dimasukkan ke dalam van kami pun berangkat pulang tetapi Abang Man tidak terus pulang ke rumah, sebaliknya terus membawa kami singgah di sebuah warung menjual Sate. Abang Man mengajak kami makan Sate. Dia juga ada memesan Sate untuk dibawa pulang untuk anak dan isterinya.
Sedang kami menjamu selera, tiba-tiba angin bertiup kencang menandakan hujan akan turun bila-bila masa saja. Kami berempat dengan segera menghabiskan Sate dan minuman. Abang Man mengarahkan kami memasuki van sementara dia pergi membayar makan dan minuman kami. Ketika itu jam telah menunjukkan pukul 11:30 malam.
Setelah Abang Man memasuki van dan menghidupkan enjin, dia terus menekan minyak dan kami pun bergerak pulang. Dalam perjalanan pulang, hujan gerimis turun dan membasahi permukaan jalan pada malam itu. Sesekali Abang Man menggerakkan "wiper" cermin van yang mula menyukarkan pandangannya.
Apabila melalui selekoh berbukit selepas jejantas laluan keretapi, tiba2 seorang dari kami iaitu Ijat bersuara, “Aikkk tadi angin bukan main kuat lagi. Ingatkan hujan lebat sangat tapi gerimis jer…’’ Saya hanya diam tetapi Udin pulak mencelah, “Hujan gerimis malam2 macam ni hantu suka keluar… Hehehe...” kata Udin sambil ketawa kecil.
Abang Man masih memandu dengan berhati2 ketika melalui selekoh yang agak licin dan gelap itu. Tiba-tiba kami terpandang susuk tubuh melambai-lambaikan tangan agar kami berhenti. Sebaik van kami menghampiri susuk tubuh berkenaan, Abang Man pun memperlahankan van, dengan jelas kami dapati ia adalah seorang wanita Cina, wajahnya sangat putih sambil tersenyum dengan gincu merah dan berpakaian serba merah dari baju, seluar, tas tangan dan kasutnya semuanya merah. Pakaian wanita tersebut juga tak ubah seperti pakaian fesyen 70an.
Entah kenapa tiba2 Abang Man menekan minyak dan terus memecut laju, kami terkejut lalu saya bertanya, “Apasal Abang tak berhenti tadi? Mungkin Amoi tu nak tumpang agaknya. Kesian dia, dah malam2 macam ni bas dah tak ada, teksi pun jarang2 lalu, hujan pulak tu...” Jawab Abang Man, “Abang rasa tak sedap hati lah. Lain macam aje Amoi tu...”
Setelah hampir setengah kilometer meninggalkan Amoi tersebut, tiba-tiba terbau colok dan lilin yang digunakan orang2 Cina untuk bersembahyang, menerjah ke hidung kami berempat lalu Udin pun berkata, “Eh, bau apa ni? Macam bau colok ajer?” Abang Man pula terus meninggikan suara, “Dah jangan ditegur, kalau tak tahan tutup aje hidung kamu...” Ketika itu jugalah pengunci pintu van kami bergerak turun naik dengan sendirinya, seperti ada orang ingin memasuki ke dalam van yang kami naiki.
Kami bertiga saling berpandangan antara satu sama lain tetapi tidak berkata apa2. Abang Man pula membaca ayat2 suci dan menyuruh kami membaca sama. Apabila salah seorang dari kami iaitu Ijat, membaca Ayat Kursi dan melaungkan azan serta-merta gangguan dan bau colok berkenaan hilang.
Kami memasuki simpang menuju ke rumah Abang Man dan kami bersyukur tiba dengan selamat. Semua barang kami keluarkan dari van pada keesokan harinya saja. Pada malam itu saya, Ijat dan Udin tidak pulang ke rumah masing2 tetapi menumpang tidur di rumah Abang Man kerana masih lagi ketakutan.
Sekian…

Sumber
Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
BalasPadamAtau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya
Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com
Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
- Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
- Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
- Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
- Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
- Bonus Turnover 0.3%-0.5%
- Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
-Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
- Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI
7 Permainan Dalam 1 ID :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker
Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
BBM: 2AD05265
WA: +855968010699
Skype: smsqqcom@gmail.com
Tunggu Apa Lagi Bosku ?