Hotel di Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Assalamualaikum
Minggu lepas (23/3), Rin pergi ke KL bersama suami dan anak yang berumur tiga tahun untuk sambut hari lahir Rin. Rin menetap di sebuah hotel di daerah Bukit Bintang dari 23/3 (Sabtu) hingga 26/3 (Selasa) di bilik Eksekutif.
Di bilik Eksekutif itu, ada ruang tamu dan sebuah bilik tidur. Di ruang tamu ada sofa, televisyen, peti sejuk, meja tulis dan almari baju. Tandasnya berada dalam kamar tidur. Rin nampak di meja kecil di tepi katil ada kitab Al-Qur'an dan Bible di dalam laci tapi tak fikir apa-apa. Pada malam pertama, Rin masuk tidur dengan anak dan suami masih menonton televisyen di ruang tamu.
Pada esok hari, suami berkata malam semalam, dia tak boleh tidur. Dia kata semasa dia sedang menonton televisyen sekitar jam satu lebih pagi, dia terdengar seperti ada ketukan di tingkap (bilik kami di tingkat 26). Pada mulanya ketukan itu perlahan. Selepas itu dia terdengar seperti ada suara perempuan sedang menangis dan kemudian ketukan di pintu. Mana ada orang ketuk bilik tetamu hotel pada malam2 buta? Suami pun masuk bilik dan teruskan menonton televisyen di dalam bilik tidur. Dan ketika itu, dia terdengar bunyi ketukan yang kuat di tingkap bilik tidur.
Pada hari kedua, kami pergi ke Genting dan ketika pulang dalam pukul 7 lebih malam, suami pergi mandi dan Rin bersama anak baring atas katil dan menonton televisyen di bilik. Tak sampai lima minit, suami keluar dari tandas dan bertanya, "Siapa yang tadi ketuk-ketuk pintu dan main-main dengan tombol pintu?!!" Rin tercengang dan cakap, "Mana ada! Saya dengan Masya sedang tonton televisyen dari tadi. Masya pun tak turun dari katil." Suami berkata, "Saya dengar orang ketuk2 pintu dan pusing2 tombol pintu macam nak bukak pintu. Sampai mandi pun tak senang..."
Malam itu suami tidur tutup pintu bilik dan Rin bertanya, "Kenapa tutup pintu bilik? Mana ada orang selain kita?" Dia kata, "Saja nak tutup..." Ketika Rin sedang tidur, suami kejutkan Rin sebab telefon berdering. Rin tengok jam, pukul 1.30pagi!!! Siapa yang telefon pukul 1.30 pagi??? Lama telefon berdering. Suami suruh angkat sebab telefon sebelah Rin. Bila Rin nak angkat, deringan terus berhenti.
Pada hari ketiga, Rin dan suami sedang menonton televisyen di ruang tamu sekitar pukul 6 lebih petang. Anak sedang bermain lari2. Tahu2, Rin terperasan anak senyap saja. Selalunya kalau anak senyap, memang patutlah diperiksa. Anak sedang di bilik, berdiri tegak melihat ke arah tingkap. Rin memanggil dia. Lama Rin panggil, "Masya... Masya... Sini..." tetapi dia tetap tak bergerak. Masih melihat ke arah tingkap. Rin pergi ke arahnya dan menepuk bahunya, baru dia seakan tersedar akan panggilan Rin dan terus berlari keluar sambil tertawa. Pelik juga.
Pada hari terakhir dalam perjalanan ke lapangan terbang, Rin tanya kepada suami apa lagi yang dia alami selama di bilik hotel. Suami menceritakan pada malam kedua dan ketiga, dia masih terdengar suara perempuan menangis dan juga seperti orang sedang berjalan di ruang tamu dan sebab dia tidak menutup pintu bilik sepenuhnya semasa tidur, dia sering ternampak benda putih berterbangan di ruang tamu.
Itulah kisah yang dialami suami semasa di sebuah hotel di Bukit Bintang, KL.
Terima kasih...
Rin
waaah serem sekali yah...
BalasPadamBelum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
BalasPadamAtau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya
Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com
Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
- Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
- Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
- Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
- Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
- Bonus Turnover 0.3%-0.5%
- Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
-Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
- Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI
7 Permainan Dalam 1 ID :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker
Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
BBM: 2AD05265
WA: +855968010699
Skype: smsqqcom@gmail.com
Tunggu Apa Lagi Bosku ?