Dunia Seram - TAHUKAH ANDA: MISTERI DUNIA YANG MASIH TIDAK TERJAWAB
Entri
pada petang ini bertujuan untuk berkongsi mengenai misteri-misteri dan
kejadian-kejadian aneh yang berlaku di seluruh dunia, Kalau nak
disenaraikan, memang terlalu banyak kejadian-kejadian aneh yang berlaku
namun, jawapannya masih tiada. Kajian yang dijalankan bagi mendapatkan
jawapannya juga menemui jalan buntu.
Bukan semua soalan kita ada jawapannya kan?
1. Haiwan Di dalam Batu
Pada 1821, ketika memecahkan sebuah batu besar, seorang tukang telah menemui seekor cicak terlekat di dalam batu
tersebut. Cicak yang disangka telah mati itu didapati hidup semula
setelah 5 minit terdedah dengan udara. Sejak itu, penemuan lain seperti
katak turut direkodkan dan ada juga haiwan yang masih hidup setelah
dikeluarkan. Ini menimbulkan persoalan: Bagaimana haiwan-haiwan itu
masuk ke dalam batu dan kekal hidup? Bagaimana batu boleh mempunyai
kesan bentuk haiwan tersebut? Dan berapa lama haiwan itu telah berada di dalam batu tersebut?
2. Kecacatan Binatang Ternakan
Pada 1990, C.E. Potts, seorang penternak, terkejut apabila mendapati haiwan ternakannya telah kehilangan organ pembiakan, mata dan bulu mata.
Kecacatan haiwan itu menjadi tanda-tanya kerana semua organ itu
dikeluarkan dengan sempurna dan langsung tiada kesan pemangsa dan darah
di kawasan berdekatan. Kejadian ini mula direkodkan apabila semakin
banyak kes yang sama berlaku di sekitar Minnesota dan Kansas. Teori
yang dikaikan dengan kes-kes ini ialah ajaran sesat, makhluk asing,
eksperimen rahsia kerajaan US (kemunculan helikopter hitam di tempat
penemuan haiwan) dan wabak merbahaya.
3. Dengungan Misteri
Penduduk di Britain dan sebahagian barat daya US telah membuat aduan tentang bunyi dengungan yang tidak pernah hilang.
Para pengkaji pula gagal mencari punca bunyi yang telah menyebabkan
penduduk-penduduk di dua kawasan itu sukar tidur, mengalami gangguan
kesihatan dan tumpuan. Kes yang paling popular ialah Dengungan Taos yang
berlaku dia Taos, New Mexico pada 1993
yang mendorong Kongress Amerika membuat rayuan agar punca dengungan itu
dicari secepat mungkin. Namun hingga ke hari ini, punca dengungan itu
masih lagi menjadi misteri. Satu
teori yang boleh diterima ke hari ini ialah kaitan dengungan itu dengan
sistem komunikasi tentera semasa menghubungi kapal selam.
4. Bebola Kilat
Pada Januari 1984, bebola kilat berdiameter empat inci memasuki ruang pesawat penumpang Rusia dan terbang di atas penumpang.
Ekor bebola kilat itu berpecah kepada dua dengan bentuk bulan sabit
sebelum bersambung semula dan terus keluar dari pesawat itu. Ia
meninggalkan dua lubang pada dinding pesawat. Apa yang menghairankan, bebola itu seolah-olah bijak mengelak dari melanggar sebarang objek di hadapannya.
Rekod lain tentang bebola ini juga mengatakan ada kalanya ia
meninggalkan lubang pada objek yang dilanggar dan ada juga langsung
tidak meninggalkan sebarang kesan.
5. Cahaya “Hantu”
Fenomena ini pernah dikaitkan dengan bebola kilat tetapi tiada bukti kukuh perkaitan kedua-duanya. Kes paling popular ialah Marfa Light yang berlaku di Marfa, Barat Texas. Cahaya misteri ini boleh dilihat hampir setiap malam sejauh 15 batu selama beberapa generasi.
Ia mula menjadi misteri apabila penyiasat gagal mengesan cahaya itu
apabila mendekatinya. Cahaya “hantu” lain yang popular ialah The
Tri-State Spooklight berdekatan sempadan Oklahoma, Kansas dan Missouri.
Teori yang selalu dikaitkan ialah aktiviti makhluk asing, logamaya dan
kewujudan hantu.
6. Awan Aneh
Pada September 1814 di Agen, Perancis, kemunculan awan berbentuk sfera yang berpusing dan bergerak laju menjadi
tanda-tanya penduduk di situ. Menurut mereka, ketika itu cuaca cerah
dan tiba-tiba awan tersebut muncul, menghasilkan bunyi guruh lalu
menghujankan batu-batu kecil. Awan itu kemudian bergerak perlahan-lahan
meninggalkan pekan kecil itu. Di Oyster Bay, Long Island pula, seorang lelaki diserang oleh “spitting cloud”. Hingga kini masih tiada jawapan untuk kes-kes sebegini.
7. Hujan Ikan
Kes yang paling menarik berlaku ketika musim panas 2000 di Ethiopia apabila berjuta-juta ikan tiba-tiba jatuh dari langit.
Ini pernah direkodkan oleh pengkaji paranormal, Charles Fort yang turut
merekodkan kejadian hujan katak, siput malah buaya yang pernah berlaku.
Fenomena ini dikatakan berpunca dari angin yang kuat telah menarik haiwan kecil dari kawasan berair sebelum
dijatuhkan di tempat yang berbatu-batu jauhnya. Cuma yang menjadi
persoalan, mengapa hanya sejenis haiwan sahaja yang ditarik oleh angin
tersebut bagi setiap kes?
8. “Crop Circle”
Fenomena ini semakin dikaitkan dengan manusia kerana
ramai yang mengaku membuat “crop circle” tersebut. Tetapi masih ada
yang percaya ia mempunyai kaitan dengan fenomena yang sukar dijelaskan
kerana terdapat ‘crop circle’ yang mempunyai persamaan: tangkai yang
dianyam, perubahan pada struktur tangkai dan kejadian pelik yang berlaku kepada pengkaji seperti peralatan tidak berfungsi, kesan pada fizikal dan pendengaran.
9. Letupan Tunguska
Setelah 90 tahun kejadian letupan di Tunguska, Siberia berlaku, ia masih menjadi bencana alam yang paling misteri. Pada 30 Jun 1908, satu bola
api yang dianggarkan 1000 kali lebih kuat dari bom atom Hiroshima
menghentam bumi melibatkan satu kawasan sebesar 2,150 km persegi.
Kejadian ini bukan sahaja memusnahkan tumbuhan di situ, malah kebakaran
di situ kekal selama berminggu-minggu dan bunyi hentaman itu boleh
didengar dari tempat yang jauh. Teori yang dikaitkan dengan kejadian itu ialah letupan meteor atau UFO yang mempunyai reaktor nuklear, hentaman komet dan senjata berkuasa ciptaan Nikola Tesla yang tersalah sasaran.
10. “Rods”
“Rods” pertama kali ditemui oleh pembuat filem, Jose Escamilla apabila dia ternampak objek panjang terbang dalam filem yang sedang dirakam di beberapa lokasi. Objek ini hanya boleh dilihat melalui rakaman yang telah diperlahankan kerana ia bergerak terlalu laju untuk dilihat dengan mata kasar. Menurut Escamilla, objek ini berbentuk silinder yang terbang dengan kelajuan tinggi dan seolah-olah hidup ketika terbang di udara. Ia mempunyai sayap dan badannya membengkok ketika terbang.
“Rods” pertama kali ditemui oleh pembuat filem, Jose Escamilla apabila dia ternampak objek panjang terbang dalam filem yang sedang dirakam di beberapa lokasi. Objek ini hanya boleh dilihat melalui rakaman yang telah diperlahankan kerana ia bergerak terlalu laju untuk dilihat dengan mata kasar. Menurut Escamilla, objek ini berbentuk silinder yang terbang dengan kelajuan tinggi dan seolah-olah hidup ketika terbang di udara. Ia mempunyai sayap dan badannya membengkok ketika terbang.
Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
BalasPadamAtau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya
Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com
Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
- Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
- Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
- Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
- Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
- Bonus Turnover 0.3%-0.5%
- Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
-Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
- Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI
7 Permainan Dalam 1 ID :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker
Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
BBM: 2AD05265
WA: +855968010699
Skype: smsqqcom@gmail.com
Tunggu Apa Lagi Bosku ?