Salam buat semua.. Kisah seram ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar yang aku alami semasa dalam perjalanan pulang ke kampung ku di Bagan Serai, Perak melalui lebuhraya utara – selatan dengan menunggang motosikal.
Cerita seram yang aku
alami bermula begini.. Malam Jumaat itu selepas pulang dari kerja.. Aku
rasa amat bosan dengan Kuala Lumpur. Dalam jam 10 malam selepas berehat
seketika.. Aku memutuskan untuk pulang menziarahi ibubapaku di kampung.
Seperti selalu.. Aku sering bertolak dari KL sendirian dalam jam 12.00
mlm.
Selepas mengemas pakaian dan memeriksa
motosikal ku, aku memulakan perjalanan dari Kg. Baru dan memasuki
lebuhraya di Kepong. Lebih kurang 2 jam perjalanan aku singgah sebentar
di Tapah untuk mengisi minyak. Jam menunjukkan hampir pukul 3.00pagi.
Malam itu jalan sunyi tak seperti biasa. Kedua-dua hala kenderaan sangat
kurang. Bulan cerah, sejuk dan berkabus. Selepas mengisi minyak aku
teruskan perjalanan.. Sampai di Ulu Behrang.. Aku berhenti di tepi jalan
selepas exit Ulu Behrang. Aku mematikan enjin motosikalku di bawah
deretan lampu sorot berkuasa tinggi di tepi jalan masuk ke lebuhraya
dari Ulu Behrang.
Semasa aku berhenti.. Aku merasa tenang
dan damai kerana jalan sangat² sunyi dan lengang… Kiranya aku boleh
memecut motosikal ku tanpa risau. Aku mengeluarkan sebatang rokok dan
duduk di atas pembahagi jalan tepi lebuhraya mengadap jalanraya dan
motosikalku. Jam di tangan menunjukkan lebih kurang pukul 3.40 pagi.
Cuaca semakin sejuk walaupun aku memakai jaket kulit. Sesekali jalan di
sebelah sana menghala ke KL.. Kereta melintasiku. Jalan raya mulai
berkabus.. Seolah² aku sudah melepasi terowong menora di Ipoh.
Habis sahaja sebatang rokok untuk
menghilangkan mengantuk.. Aku campakkan ke jalan.. Aku menoleh ke
belakang.. Ketika itu aku seolah² tidak percaya dengan apa yang aku
lihat. Aku tergamam seketika.. Seolah² terpaku dengan apa yang aku
lihat. Aku kejipkan mata, menggosok wajahku dengan kedua² telapak
tangan.. Ia masih di situ..
Dalam cahaya bulan dan limpahan lampu
sorot di tepi lebuhraya itu aku melihat sebuah kawasan perkuburan lama
memenuhi bukit-bukit di hadapan ku. Tidak ada sebatang pokok yang ada
pada bukit tersebut.. Yang aku nampak hanyalah ribuan tiang batu nisan
yang diperbuat dari kayu usang berceracak memenuhi bukit² di hadapan ku.
AKu nampak jelas dgn bantuan cahaya bulan dan lampu jalan ada 3 bukit
yang dipenuhi batu2 nisan lama..
Aku tak merasa seram atau takut.. Yang
aku rasa hanyalah pelik kerana setahu aku tidak pernah ada kawasan
perkuburan seluas itu di kawasan ini. Bukan sekali dua aku menggunakan
jalan ini. Pertanyaan demi pertanyaan menerobos benak minda ku.. Apakah
ini khayalan aku atau realiti. Aku memerhatikan ke segenap ruang yang
mataku mampu melihat.. Sungguh ia ada lah perkuburan yang berusia dan
penuh dgn batu nisan yang senget² dan berceracak ke sepelosok bukit.
Dalam 10-15 minit aku terpaku di situ.. Memang aku sedar.. Tak ada
sebarang kenderaan yang lalu. Selepas itu aku perlahan² berundur ke arah
motosikal ku.. Mengambil helmet dan menyarungkan sarung tangan ku
sambil mata ku tidak lepas memerhatikan kawasn perkuburan Islam
tersebut. Ketika itu aku terasa seram sejuk dan bulu tengkuk ku
menegang.. AAghhh.. Tanda ianya bukan realiti.. Aku start moto dan tnapa
menoleh lagi.. Aku bergerak.. Sepanajng jalan… Tak putus² soalan demi
soalan dalam pikiran aku.
Setelah tiba di rumah aku tidak
bercerita apa² pada ayahku. Keesokan paginya aku bertanya mengenai
kejadian seram yang aku alami.. Dia pun terkejut dan menegaskan memang
tak ada perkuburan Islam begitu di tepi lebuhraya. Oleh itu aku yakin..
Aku diberi peluang oleh Allah melihat dunia lain buat sementara waktu.
Sehingga kini setiap kali tiba di tempat tersebut aku mengingatinya. Apa
yang aku nampak?? Perkuburan siapa?? Hanya Dia yang lebih mengetahui.
Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
BalasPadamAtau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya
Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com
Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
- Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
- Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
- Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
- Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
- Bonus Turnover 0.3%-0.5%
- Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
-Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
- Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI
7 Permainan Dalam 1 ID :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker
Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
BBM: 2AD05265
WA: +855968010699
Skype: smsqqcom@gmail.com
Tunggu Apa Lagi Bosku ?
Lepas pada terowong menora tu kawasan tu cuma gaung dan bukit saja
BalasPadam