Salam.
Bulan Ramadhan ni, semua Syaitan telah ALLAH rantai dari menggangu Umat
Manusia... Abe nak kongsi sikit, selain manusia, Allah turut menciptakan
makhluk lain yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi
kehadirannya dapat dirasai walaupun ia tidak pernah menyenangkan. Di
layar perak atau kaca televisyen, kehadiran makhluk halus selalunya
disertakan dengan muzik menyeramkan, membuatkan bulu roma penonton turut
sama berdiri.
Bagaimanapun, di alam nyata, kehadirannya
langsung tidak memberi petanda kerana tiba-tiba saja ekor mata dapat
menangkap kelibat sesuatu tetapi akhirnya hilang begitu saja. Ada
ketikanya, ia menjelma betul-betul di depan mata tetapi bagi yang penuh ilmu di dada,
ia tidak sedikit pun mencuit rasa. Sebaliknya, bagi yang longgar iman,
kemunculan makhluk yang dijanjikan kekal dalam neraka itu sedikit
sebanyak mencabar kewarasan.
Sebaiknya kehadiran makhluk berkenaan
sama ada di depan mata atau sekadar berasakan kelibatnya tidak
dihiraukan kerana takut bererti manusia yang disertakan akal bersama
kejadiannya memberikan kemenangan kepada iblis yang diizinkan Allah
mengusik dan menyesatkan anak cucu Adam sehingga hari kiamat. Kat sini
Abe nak kongsikan satu kisah dengan korang semua... Kisah ini
diceritakan sendiri oleh Faiz...
Mungkin kisah yang diceritakan pemuda
berusia awal 20-an yang cuma dikenali sebagai Faiz boleh dijadikan
panduan betapa makhluk itu juga bosan jika usikan dan gangguannya tidak
diendahkan.
“Kisah ini diceritakan oleh rakan sekerja yang jauh lebih senior.
Dulu, di tempat kerja saya ada dua sahabat baik yang gila memancing.
Persahabatan mereka sejak di bangku sekolah rendah terbawa-bawa sehingga
ke alam pekerjaan.
“Memandangkan persekitaran kerja yang
dekat dengan laut, kedua-dua mereka tidak melepaskan peluang memancing
sebaik tamat tugas. Keakraban mereka dapat dilihat jika seorang bekerja
syif pagi dan seorang lagi syif petang hingga malam, kedua-duanya akan
balik ke rumah esok pagi selepas memancing semalaman,” kata Faiz.
Pada malam kejadian, kedua-dua sahabat
baik itu duduk selesa di atas tembok bersebelahan antara satu sama lain
sambil menunggu joran masing-masing diragut ikan. Malam semakin hening tetapi kedua-dua lelaki berkenaan terus sabar menanti.
Tiba-tiba mereka ternampak sebiji labu
sayong yang hanyut entah dari mana. Salah seorang lelaki berkenaan terus
memungut labu itu dan diletakkan di tepi kemudian kembali menumpukan
perhatian kepada joran.
“Dalam keadaan sunyi sepi dan hening itu,
tiba-tiba mereka ternampak ada sesuatu menjelma di tengah laut dan di
atas permukaan laut, makhluk itu berjalan menghampiri mereka. Kedua-dua
sahabat itu cuma melihat makhluk itu semakin menghampiri dan duduk di
tengah-tengah antara mereka berdua.
baca lagi KLIK SINI
“Lucunya, mereka tidak pula lari lintang
pukang, sebaliknya cuma mengalih kedudukan seolah-olah memberi ruang
kepada makhluk itu. Agaknya bosan gangguannya tidak dihiraukan, makhluk
itu lesap begitu saja meninggalkan kedua-dua sahabat tadi yang asyik
memancing itu. Rupa makhluk itu tidak pula diceritakan oleh rakan
sekerja,” katanya.
Mungkin juga kerana nasib tidak
menyebelahi, joran mereka tidak dimakan ikan menyebabkan kedua-dua
sahabat itu berkemas untuk balik. Ketika itulah baru disedari labu yang
sebelumnya berada berhampiran mereka sudah hilang.
Kedua-dua sahabat itu terperanjat besar
apabila membuka but kereta kerana mereka mendapati labu berkenaan berada
di dalamnya. Siapa yang meletakkan labu sayong itu di dalam bonet
menjadi misteri kepada kedua-duanya.
Faiz berkata, seorang rakannya yang
digelar abang Din, juga kaki pancing kerap diganggu makhluk halus tetapi
bak kata pepatah alah bisa tegal biasa.
“Dia menceritakan pernah satu hari dia
balik ke rumah pada waktu dinihari selepas memancing. Selepas
membersihkan badan, abang Din mengejutkan isterinya untuk memberitahu
ikan sudah dibawa masuk ke dalam sebelum tidur.
“Tidak lama kemudian, isterinya
mengejutkan abang Din untuk bertanya apa yang dibawa balik. Apabila
abang Din menjawab ikan, isterinya dengan selamba berkata: ‘Ikan apa
dengan bentuk badan besar macam beruk, hitam legam dan berbulu lebat?’
Rupa-rupanya abang Din turut membawa balik makhluk lain,” katanya.
Sudah tiba masa kita kembali membetulkan
anggapan salah yang kerap disajikan di layar perak mengenai makhluk
halus mencari korban. Memang betul kata seorang ustaz – makhluk itu cuma
berjanji untuk mengusik dan menyesatkan, bukan membunuh.
* Makhluk halus ada di mana-mana sahaja dan ia memang suka tinggal di
tempat yang tidak berpenghuni. Oleh itu sudah menjadi kebiasaannya jika
ada kaki memancing sering diganggu jika mereka berkunjung ke sesebuah
lubuk. Walaubagaimanapun, perlu sentiasa bersedia dengan ayat pendinding
semoga mereka tidak mengganggu kita.
Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
BalasPadamAtau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya
Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com
Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
- Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
- Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
- Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
- Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
- Bonus Turnover 0.3%-0.5%
- Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
-Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
- Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI
7 Permainan Dalam 1 ID :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker
Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
BBM: 2AD05265
WA: +855968010699
Skype: smsqqcom@gmail.com
Tunggu Apa Lagi Bosku ?