Kisah Manusia Bertukar Menjadi BIGFOOT
Kisah ini bermula di sebuah kampung, dimana penduduk disitu hendak menyambut majlis maulidur rasul di sebuah masjid di kampung itu.. Pada kebiasaannya orang-orang yg berkenaan akan berbincang untuk memilih seorang tukang masak untuk majlis tersebut, pak osman adalah tukang masak yg berpengalaman dalam bidang itu hampir 40tahun lamanya. manakala Pak Ali pula pengalamannya baru sahaja 20 tahun, walaupun begitu, masakan oleh pak ali lebih sedap berbanding pak osman yg dikatakan lebih otai dan berpengalaman dalam bidang tersebut. maka semua orang kampung lebih berminat untuk mengambil Pak Ali sebagai tukang masak utama manakala Pak osman pula ditugaskan hanya menjadi pembantu Pak Ali..
bermula dari situ rupa-rupanya Pak Osman berkecil hati kerana tidak dipilih sebagai tukang masak utama, dia merasakan dirinya tidak lagi di perlukan oleh orang kampungnya... dia yg tidak terima dengan keputusan itu telah menyimpan dendam yg membara serta berniat untuk membuat satu kejutan pada majlis maulidur rasul itu nanti..
" yer, kau tahulah, apa yg akan aku lakukan nanti" kata pak osman didalam hatinya yg tersimpan strategi jahat untuk membuat suasana pada majlis itu bertukar kecoh..
Pagi-pagi lagi Pak ali sudah sampai di Masjid tersebut, diikuti beberapa orang kampung yg telah diberi tugasan masing-masing.. akan tetapi Pak Osman yg diberi tugas untuk membantu pak ali, masih juga tidak kunjung tiba.. Pak Ali hanya mendiamkan diri bila mulut orang kampung sibuk bertanyakan dimana Pak Osman, Dia sudah faham benar dengan sikap Pak Osman yg selalu sahaja datang lewat jika ada apa-apa majlis dikampung itu, mungkin juga itu salah satu sebab Pak Osman tidak terpilih..
Beberapa jam berlalu...
"Ali!! maaf lah aku ada hal tadi, kau dah siap masak lauk? tiba-tiba Pak osman menyapa pak ali yg sedang mentanak nasi...
Eh!!... takpe bang, abang tolong tengokkan lauk dalam periuk tu jer, biar saya tengok-tengokkan nasi ni... pak ali membalas dengan senyuman tawar pada wajahnya yg kepenatan..
Pak osman yg baru saja sampai, terus menuju ke periuk yg berisi lauk disitu, dalam diam-diam dia menoleh ke kiri dan ke kanan, setelah memastikan orang yg berada disitu tidak melihatnya, dia terus menyeluk kocek seluarnya, dan mengeluarkan satu barang yg telah dibungkus rapi lalu dia memasukkan barang itu ( nh tak pasti apa barang tersebut) kedalam periuk yg berisi lauk tersebut.. terus mengacau-ngacau sehingga rata.. begitulah yg dibuat oleh pak osman pada lauk-lauk didalam periuk yg lain tanpa disedari oleh pak ali yg sedang sibuk dengan kerjanya...
ketika menjamu selera
setelah selesai
majlis tersebut, orang kampung di jemput menjamu selera, masing-masing
makan dengan berselera sekali.. sejam kemudiaan bermulalah episod orang
kampung diserang sakit perut yg teramat sangat, sehingga menyebabkan ada
yg berlari masuk kesemak untuk melepaskan hajat masing-masing, ada juga
yg berlari ke tepi sungai dan ada yg tidak sempat terus sahaja terbuang
didalam seluar.. maka majlis yg pada mulanya berlangsung dalam suasana
meriah, serta merta menjadi riuh rendah dengan kejadian yg tak
disangka-sangka.. Pak Ali dipertanggung jawabkan atas kejadian itu,
ramai orang kampung yg menuduh Pak ali yg punya angkara sehingga mereka
menanggung sakit perut selama 3hari berturut turut..
Pak Ali
bersungguh sungguh mempertahankan dirinya kerana dia langsung tidak
berbuat inaya pada tetamu yg hadir.. kejadian malang itu memaksa pihak
yg terbabit mengadakan mesyuarat tergempar, dan dengan permintaan banyak
pihak, supaya mengadakan bacaan yassin serta solat hajat dilakukan bagi
mencari siapakah punya angkara yg sanggup berbuat demikian..
Seminggu selepas solat hajat serta bacaan yassin dilakukan...
Pak Osman
tiba-tiba jatuh sakit, seluruh badannya kemerah-merahan, badannya
ditumbuhi bulu-bulu halus.. genap dua malam bulu-bulu yg tumbuh
dibadanya semakin panjang dan kasar..sehingga dia kelihatan seperti
bukan dirinya lagi.. Isteri Pak Osman pula, terkejut melihat keadaan yg
menimpa suaminya itu, setelah didesak barulah pak osman mengaku kepada
isterinya bahawa dialah yg melakukan khianat pada orang kampung kerana
tidak dipilih sebagai tukang masak pada majlis maulud tersebut.
pak osman menangis semahu-mahunya.. namun
sesalnya tidak berguna lagi, doa orang kampung telah pun termakbul,
isteri pak osman terus berjumpa pak ali dan tok penghulu memohon maaf
atas kesalahan suaminya.. tapi mereka tidak berupaya menyembuhkan
penyakit pak osman.. Pak osman yg berasa malu dengan semua orang terus keluar dari kampung itu, anak dan isterinya ditinggalakan begitu sahaja..
Kini
telah berpuluh tahun berlalu, kisah tragis yg berlaku pada pak osman
kian dilupakan oleh penduduk kampung.. Isteri pak osman pula sudah redha
dengan apa yg terjadi.. Suami nya itu sehinga kini masih tidak
muncul-muncul sejak kejadian itu..
Semasa hari
persandingan anak pak osman, penduduk kampung gempar apabila terlihat
kelibat seakan bigfoot disebalik rimbunan pokok tidak jauh dari
rumahnya.. Ada yg menyangka itulah pak osman yg di telah bertukar
menjadi bigfoot.. Hanya linangan air mata mengalir dipipi isteri pak
osman kerana terlalu rindu dengan suaminya itu..ditambah lagi dengan
kata-kata nista yg dilemparkan oleh orang kampung kepadanya...
Pada satu
ketika juga ada kabar kabar angin mengatakan yg pak osman tinggal di
sebuah bukit yg jauh dari kampung itu, penampakan itu diceritakan oleh
seseorang yg sedang memburu pelanduk di bukit tersebut, orang itu
mengatakan terlihat susuk manusia yg seakan bigfoot itu nyaris ditembak
olehnya.. Dia yg juga ketakutan terus menyorok didalam semak
berdekatan.. Dan bigfoot itu terus menghilang dari pandangannya...
Sebenarnya
ramai lagi yg terlihat penampakan bigfoot ini. Ada yg terserempak di
jalan raya, ada yg terserempak di kebun sawit.. Tapi tidak dapat
dipastikan sama ada penampakan bigfoot itu adalah pak osman yg telah
bertukar menjadi seekor bigfoot..
Begitulah kisah
manusia bertukar menjadi bigfoot yg pernah mengemparkan Negeri
diselatan tanah air, satu masa dulu, Nh yang dengar cerita ni terasa
sebak bila mengenangkan nasib yang terjadi pada pak osman.. kesian dia,
kerana kesalahan yg dilakukan dia merana seumur hidupnya.. Kuasa ALLAH
tiada siapa dapat menandinginya.. mungkin ada hikmah disebalik kejadian
tersebut.. yg kita tidak ketahui.. WALLAHHUALAM....
P/s : Kisah ini
munkin berbeza dengan kisah sebenar, tapi masih dalam jalan cerita yg
sama, gambar diatas hanyalah gambar hiasan sahaja, tidak kena mengena
dengan kisah ini.. nama yg ditulis juga adalah nama samaran, bukan nama
sebenar.. harap maklum...
Nh : kisah ini
pernah diterbitkan di dalam majalah mastika satu masa dulu, nh tidak
ingat tahun berapa.. sekali lagi nh memohon maaf.. bukan untuk
mengaibkan.. tetapi untuk dijadikan tauladan dan iktibar kepada kita
semua... terima kasih...
Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
BalasPadamAtau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya
Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com
Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
- Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
- Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
- Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
- Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
- Bonus Turnover 0.3%-0.5%
- Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
-Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
- Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI
7 Permainan Dalam 1 ID :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker
Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
BBM: 2AD05265
WA: +855968010699
Skype: smsqqcom@gmail.com
Tunggu Apa Lagi Bosku ?