Kisah ini bermula di sebuah kampung 
di Muar, Johor pada tahun 70an. Seorang guru silat bernama Satar atau 
lebih dikenali dengan nama Wak Satar. Beliau telah menuntut ilmu kebal 
di mana beliau harus melalui beberapa syarat iaitu harus berpuasa selama
 44 hari. Beliau hanya boleh makan nasi putih dan air masak sahaja. 
Selain itu semasa berpuasa 44 hari, beliau terpaksa bertapa di tempat 
sunyi dan hendaklah tidak tidur selama bertapa 44 hari. Setelah selesai 
menjalani ujian tersebut, maka Wak Satar perlu menghadapi satu lagi 
ujian yang dapat memperkuatkan ilmu kebalnya iaitu beliau perlu 
memutuskan tali pusat bayi yang baru lahir menggunakan giginya.
Dengan takdir Illahi, isterinya bersalin anak ketiga dan Wak Satar 
sendiri menjadi bidannya. Setelah selamat lahir, Wak Satar memutuskan 
tali pusat yang bercantum dengan uri bayi tersebut. Maka ilmu kebalnya 
semakin kuat sehingga jika ditetak dengan parang pun tidak cedera. 
Setelah sekian lama memiliki ilmu kebal itu semua warga kampung 
menghormati Wak Satar sebagai guru silat terbaik kerana ilmu kebalnya.
Pada suatu pagi semasa pergi menoreh getah, Wak Satar telah ditahan oleh
 askar komunis dan telah ditembak mati di depan isterinya. Maka berakhir
 riwayat Wak Satar. Misteri bermula apabila mayat Wak Satar hilang 
semasa isterinya meminta bantuan orang kampung. Setelah seminggu mencari
 seluruh penduduk kampung mengistiharkan Wak Satar mati dan ghaib. 
Setelah berita itu tersebar, maka setiap malam pasti ada penduduk yang 
akan diganggu oleh roh Wak Satar. Adakalanya Wak Satar muncul di tepi 
jalan meminta ditumpangkan ke rumahnya. Adakalanya ada orang kampung 
melihat Wak Satar di masjid sedang mengerjakan solat. Pada masa 
tersebut, penduduk kampung lebih takutkan roh Wak Satar berbanding 
ancaman komunis ketika itu yang mengancam negara Malaysia.
Sehingga kini cerita Wak Satar masih ada diceritakan di kampung 
tersebut. Kata orang2 tua di sana, jika kita menyebut namanya pasti akan
 muncul jelmaan orang tua yang tidak dikenali yang akan berdiri di depan
 rumah di sekitar kampung tersebut. Kata orang itu adalah jelmaan Wak 
Satar. Mungkin disebabkan ilmu yang dipelajari dulu maka Wak Satar ini 
masih belum mati dan hidup lagi tetapi kerana orang2 kampung 
mengisytiharkan Wak Satar sudah ghaib dan mati maka beliau hilang dan 
hanya muncul apabila disebut namanya. Itulah akibatnya menuntut ilmu 
kebal dalam seni silat Melayu.
KISAH INI CERITA BENAR YANG DISAMPAIKAN OLEH IBU SAYA SEORANG PENDUDUK KAMPUNG DI KAMPUNG KUNDANG ULU GERSIK, MUAR JOHOR.
 
Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
BalasPadamAtau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya
Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com
Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
- Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
- Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
- Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
- Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
- Bonus Turnover 0.3%-0.5%
- Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
-Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
- Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI
7 Permainan Dalam 1 ID :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker
Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
BBM: 2AD05265
WA: +855968010699
Skype: smsqqcom@gmail.com
Tunggu Apa Lagi Bosku ?