Minggu lalu, saya dan
beberapa teman rapat telah bersantai di pantai East Coast. Sesampai
saja di destinasi kami, budak-budak lelaki semuanya tolong mendirikan
khemah untuk berteduh sepanjang hari. Mereka asyik mengadu bahawa mereka
terbau busuk yang teramat sangat. Mereka hendak tukar tempat
perkhemahan kerana tidak tahan dengan baunya. Itu pun kami budak
perempuan buat bodoh saja kerana kami tahu mereka memang suka menganggu
kami.
Malang tidak berbau. Hujan turun dengan lebat, tetapi budak-budak lelaki
masih juga bermain dalam hujan. Mereka terjun ke laut dan
bermandi-manda. Mereka bergurauan antara satu sama lain dan kami yang
perempuan semua duduk diam2 di dalam khemah kerana takut basah.
Tiba-tiba saja si Fendi yang di dalam laut lemas, dan kami semua sekali
berlari ke arahnya untuk melihat apa yang terjadi. Teman lelaki saya
cuba tolong tariknya semula ke pantai tapi tidak dapat jumpa pun
tubuhnya. Budak-budak lelaki tidak mahu menyerah kalah dan walaupun
sudah waktu Maghrib, mereka masih mencari-carinya. Kami yang perempuan
sudah panik dan cuba meminta tolong orang dewasa yang berdekatan.
Alangkah terperanjatnya apabila tiba-tiba saja Fendi memeluk kami dari
belakang dengan senyuman yang lebar. Katanya, "Sorry aku lambat keluar.
Sakit perut lah." Kami ada lah ingatkan dia hendak main-mainkan kami
semua, rupanya dia kata dia baru keluar tandas dari tadi keranasakit
perut. Budak-budak lelaki dah tak sedap hati. Mereka rasa marah padanya.
Mereka fikir dia sengaja hendak membuat mereka cuak. Muka Fendi pun
terpinga-pinga. Masih waktu Maghrib, jadi teman lelaki saya menyuruh
kami semua masuk duduk di dalam khemah. Khemah kami sempit, ramai orang
pula. Jadi terpaksa duduk rapat-rapat. Sedang kami cuba duduk
rapat-rapat, terdengar suara Fendi terpekik kesakitan. Dia marah orang
yang tak sengaja memijak badan belakangnya. Budak-budak lelaki semakin
rasa marah kerana mereka fikir Fendi masih mahu main-mainkan kami.
Fendi naik mengamuk dan semua orang dalam khemah itu diam sahaja. Tiada
yang berani bersuara. Minit demi minit berlalu dan suasana semakin
sejuk. Ada yang sudah tertidur, ada yang sedang mendengar alat pemain
mp3 masing-masing. Fendi hanya merenung ke arah atas khemah kami sambil
baring. Dia berbual dengan saya. Katanya, "Cantik... Cantik sekali..."
Saya pun merenunglah ke arah yang dia memandang, lalu saya menunduk.
Saya tidak mahu cakap apa yang saya ternampak. Sampai sekarang saya tak
nak ingat semula wajah ngeri itu. Saya mengajak kawan perempuan saya
keluar, kononnya mahu ke tandas. Kelihatan sehelai kain kuning
tergantung di dahan pokok sebelah khemah kami. Terbau busuk yang teramat
sangat, bagaikan bau bangkai.
Fendi keluar dari khemah kami sambil memarahi saya dan Syu kerana
memanggil "Perempuan cantik'' itu busuk bagai bangkai. Kami terperanjat
dengan kata-katanya lalu memanggil budak-budak lelaki semua keluar.
Terjadilah sebuah perang besar antara mereka. Yelah, tak ke orang
hairan? Dengan tiba-tiba si Fendi yang selalunya ceria asyik marah-marah
dan berlagak pelik. Fendi menyuruh kami beredar dari tempat itu dengan
nada suara yang tinggi dan bukan seperti suaranya sendiri. Dengan rasa
marah dan kerana tak tahan dengan bau busuk tu, kami semua mengangkat
barang-barang kami dan meninggalkan tempat itu. Budak-budak lelaki ada
lah terpekik-terpekau sambil memaki hamun si Fendi.
Sambil berjalan keluar dari daerah D itu, saya tak sengaja menjenguk ke
belakang kerana rasa kasihan pulak si Fendi tu keseorangan. Alangkah
peliknya dengan tiba-tiba sahaja tempat bekas perkhemahan kita tadi
tidak kelihatan langsung. Hanya ternampak bayangan dua orang sedang
bermandi-manda di laut - tempat sama yang tadinya kita fikir Fendi
tenggelam. Sehingga sekarang kami tidak lagi dengar akan khabarnya
ataupun ternampak wajahnya di daerah tempat tinggalnya. Selepas kejadian
itu, tiada siapa yang berani menelefon beliau. Entah ke mana dia
sekarang. Sampai sekarang pun saya dan teman-teman tidak pernah jejak ke
pantai East Coast kawasan D lagi.
Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
BalasPadamAtau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya
Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com
Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
- Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
- Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
- Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
- Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
- Bonus Turnover 0.3%-0.5%
- Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
-Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
- Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI
7 Permainan Dalam 1 ID :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker
Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
BBM: 2AD05265
WA: +855968010699
Skype: smsqqcom@gmail.com
Tunggu Apa Lagi Bosku ?