SUNGAI
SIPUT – Cahaya misteri berkelip-kelip dari Bukit Ladang Kemuning,
ditambah dengan suara mendayu meminta pertolongan menimbulkan tanda
tanya kepada sekumpulan lelaki yang sedang bermain bola sepak di Taman
Yakin Mesra, di sini, kelmarin.
Saksi kejadian yang hanya ingin
dikenali sebagai Ahmad, 30-an berkata, cahaya berkenaan dilihat pada
jam 9.20 malam dan ia telah mengejutkan sekumpulan lelaki berkenaan.
Menurutnya, cahaya itu juga seperti bertindak balas dengan isyarat
lampu suluh daripada kumpulan lelaki berkenaan menyebabkan mereka
mengesyaki ada individu sesat dalam hutan.
“Berikutan kejadian itu, kami mengambil inisiatif untuk menjejaki cahaya berkenaan dengan menaiki motosikal.
“Semasa naik ke atas (bukit) kami terdengar suara lelaki dan perempuan
meminta tolong dalam nada sayu. Naluri kami kuat mengatakan mereka
tersesat dalam hutan di bukit itu,” katanya ketika ditemui, di sini,
semalam.
Menurut Ahmad, selepas mendengar suara berkenaan, dia
serta rakan-rakannya telah menghubungi talian kecemasan 999 untuk
melaporkan kejadian bagi membolehkan Jabatan Bomba dan Penyelamat
mengesan dua individu yang mungkin tersesat.
Tambahnya,
kejadian berkenaan merupakan kali pertama berlaku sepanjang lapan tahun
tinggal di kawasan taman perumahan berkenaan yang terletak kira-kira 20
meter kawasan bukit itu.
Sementara itu, Pemangku Ketua Balai
Bomba dan Penyelamat Sungai Siput, Rajamurthy berkata, bomba menerima
panggilan berhubung kejadian pada jam 9.23 malam dan lima anggota bomba
beserta sebuah jentera telah dikejarkan ke lokasi kejadian.
Menurutnya, berdasarkan penglihatan serta keterangan saksi, pasukan
bomba memasuki hutan itu bersama beberapa penduduk kampung yang arif
dengan kawasan hutan berkenaan untuk memulakan operasi mencari dan
menyelamat.
“Bagaimanapun kami gagal mengesan jejak individu
yang sesat dan tidak mendengar sebarang suara seperti yang dinyatakan
oleh saksi. Kami tetap meneruskan usaha mencari sebanyak dua kali.
“Selepas perbincangan bersama polis, operasi mencari dan menyelamat
ditangguhkan sementara sehingga ada laporan mengenai kehilangan individu
dibuat,” katanya.
Sementara itu, Sinar Harian difahamkan
bahawa kawasan Bukit Ladang Kemuning sememangnya menjadi tumpuan kerana
mempunyai kawasan rekreasi dan pernah berlaku kejadian lemas di air
terjun, sekitar kawasan bukit itu pada tahun lalu.
Sumber
Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
BalasPadamAtau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya
Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com
Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
- Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
- Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
- Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
- Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
- Bonus Turnover 0.3%-0.5%
- Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
-Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
- Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI
7 Permainan Dalam 1 ID :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker
Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
BBM: 2AD05265
WA: +855968010699
Skype: smsqqcom@gmail.com
Tunggu Apa Lagi Bosku ?