Khamis, 22 Ogos 2013

Misteri Di Pondok Perhentian

Siapa gerangan di pondok perhentian using



Penduduk setempat sedia maklum dengan cerita penunggu yang selalu ditemui di perhentian bas usang jalan utama ke Kampung Bechah Laut. Bukan sekali dua pemuda kampung berjumpa dengan lembaga bertelekung putih dengan raut wajah yang menggerunkan.

Tapi kisah itu sedikit pun tidak berkesan pada Zarina. Malah dia tidak mengambil kisah pun dengan cerita hantu yang selalu dikhabarkan penduduk kampung. Jika penduduk kampung takut untuk melalui jalan utama Kampung Bechah Laut selepas jam 10 malam, Zarina pula berani melintasinya malah melepasi kawasan perkuburan selang dua kilometer dari pondok perhentian usang.

Pondok itu memang lama dibina dan dibiarkan tidak digunakan di situ. Dahulu ada juga pekerja kilang yang menanti bas atau van kilang untuk mengangkut mereka pada waktu-waktu kerja malam. Selepas itu, pondok itu hanya akan digunakan oleh anak-anak sekolah yang menunggu bas setiap kali jam 6.30 pagi.

Setiap hari itulah jalan yang terpaksa dilalui olehnya untuk menghantar kuih ke tiga buah warung yang sudi menjual kuih buatan ibunya. Salah sebuah warung berkenaan terletak benar-benar di hadapan kawasan perkuburan Melayu dan berdekatan juga dengan pondok usang yang penuh misteri itu.

Berbeza dengan tugas adiknya, Zurin yang ditugaskan untuk menghantar kuih di tiga buah warung lain yang terletak bersebelahan dengan kawasan warung jualan Zarina. Selalunya Zarina dan adiknya akan menaiki kenderaan masing-masing untuk menghantar kuih.

Oleh kerana jam 6.30 pagi bas sekolah akan mengambil mereka, terpaksa kedua beradik ini keluar seawal enam pagi agar tidak ditinggalkan bas sekolah berkenaan. Laluan utama itu sebenarnya tidaklah sunyi dari kenderaan balak yang lalu lalang. Sedikit sebanyak memberi keberanian buat Zarina dua beradik keluar seawal pagi untuk memulakan tugas.

Jalan utama yang dikatakan berpenunggu itu menyimpan rahsia tersendiri. Kata orang kampung, jalan itu kerap kali meragut nyawa mangsa yang tidak berdosa ketika kemalangan. Dua tahun lepas, seorang wanita dikatakan meninggal dunia akibat dilanggar lori balak yang tidak nampak kelibatnya melintas jalan raya pada sebelah malam. Mangsa langgar lari ini dikatakan terpelanting jauh ke dalam semak.

Selama dua hari mayatnya terbujur kaku di dalam semak. Sehinggalah penduduk kampung terhidu bau bangkai menusuk ke hidung dan proses mencari dijalankan selepas ibu bapa membuat aduan kehilangannya. Sejak kejadian itu, jalan utama menjadi tempat hantu wanita ini berkeliaran.

Petang itu, motosikal yang selalu digunakan Zarina mengalami kerosakan. Hendak tak hendak terpaksalah Zarina membonceng dengan adiknya untuk menghantar kuih ke enam buah warung yang menempatkan kuih ibunya. Oleh kerana, sebuah kenderaan yang ada terpaksa dua beradik ini keluar seawal 5.30 pagi.

Selesai menghantar kuih ke kawasan adiknya, Zarina bergegas menuju ke kawasan warung yang biasa dikunjungi. Sewaktu motosikalnya meluncur laju membelah jalan utama, matanya sempat menangkap kelibat wanita berpakaian putih sedang menunggu bas di pondok usang. Oleh kerana hendak cepat, tidak terlintas fikiran yang bukan-bukan di hatinya.

Laju dia membelah jalan raya menuju ke warung yang betul-betul terletak berhadapan dengan kawasan perkuburan. Sementara menunggu Pak Mat membuka warungnya, Zarina mengeluarkan kuih yang akan diletakkan di situ. Tidak lama baru dia tersedar yang sebekas kuihnya tidak ada di dalam bakul motosikalnya.

Dalam keadaan mengejar masa hendak ke sekolah itu, Zarina hanya mengarahkan adiknya menunggu di warung Pak Mat sementara dia berpatah balik untuk mengambil bekas kuih yang tertinggal. Sekali lagi dia terpaksa melewati pondok usang di jalan utama itu. Kali ini wanita yang dilihatnya tadi masih ada di situ. Kali ini dia sudah berdiri dekat dengan jalan raya. Tapi ketinggiannya memang luar biasa dari wanita biasa yang pernah ditemui.

Hatinya terdetik pelik memikirkan siapakah gerangan manusia yang sanggup menunggu bas seawal pagi begini. Dia terus melewati wanita berkenaan tanpa perasaan. Sekembalinya menuju ke warung Pak Mat, Zarina masih lagi melihat wanita itu berdiri di tepi jalan raya. Kali ini dia cuba beramah mesra. “Tunggu bas ke kak,” katanya menegur.

Kemudian wanita itu berpaling, me mandang tepat ke arahnya yang sedang memandu motosikal. Oleh kerana, laluan itu kawasan selekoh maka kenderaannya tidak dipandu laju. Wajahnya penuh dengan sisa daging yang hendak tertanggal dan matanya yang bulat merah membuntang menyentap perasaannya.

Waktu itu, hatinya hanya sempat berfikir tentang wajah hodoh yang ditemui. Selang dua meter perjalanan barulah dia sedar bahawa yang ditemuinya tadi bukanlah manusia biasa. Sebaliknya itulah hantu wanita yang selalu menjadi bahan bualan penduduk kampung.

Di warung Pak Mat, Zarina menceritakan peristiwa yang baru dialami kepada adiknya. Separuh menjerit Zurin menghalang Zarina daripada terus bercerita. Sepanjang perjalanan balik masing-masing tidak mengeluarkan sepatah kata. Malah kelibat wanita tadi tidak pula berada di perhentian usang jalan utama Kampung Bechah Laut.


Petikan daripada Majalah Mingguan Wanita Bilangan 1065.

1 ulasan:

  1. Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
    Atau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
    Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya

    Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    - Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
    - Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5%
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
    - Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    7 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Tunggu Apa Lagi Bosku ?

    BalasPadam