Photo Credit: Google Images
BUNYI aneh, jeritan, raungan
kesakitan, terserempak kelibat manusia, antara perkara yang dilalui penduduk
kampung berhampiran dan anggota keselamatan yang
berkawal.
SEJAK awal menjejak kaki di
Felda Sahabat, Lahad Datu, pelbagai kisah misteri yang berlaku selepas Op Daulat
disuakan ke telinga kami.
Kisah Kampung Tanduo yang
menjadi lokasi dan tempat berkumpulnya lebih 100 pengganas tidak lama dahulu,
bukan setakat yang dilihat dengan mata kasar.
Kewujudan kampung itu sejak 50
tahun lalu, sebelum ini dikatakan sebagai perkampungan haram, sebenarnya
menyimpan 1001 misteri yang masih belum terungkai.
Beberapa penduduk berhampiran,
terutama dari Felda Sahabat 17 yang ditemui mendakwa pernah terserempak dengan
kelibat aneh ketika sedang memandu kereta untuk keluar ke Pekan Lahad
Datu.
Menurut Ali Hadi, 30, dia
pernah ‘bertemu’ dengan ‘lembaga’ seperti manusia yang melintas di laluan utama
kawasan Felda itu.
“Masa tu hujan renyai. Saya
sedang memandu dan hampir melanggarnya. Tapi lembaga itu sempat mengelak. Bila
saya menoleh ke sebelah kanan, lembaga itu menghilang.
“Saya beranikan diri turun
dari kereta. Memeriksa kawasan sekitar takuk jika benar-benar terlanggar orang.
Bila saya periksa di tepi belukar, memang tiada siapa yang saya langgar.
Tiba-tiba muncul perasaan seram. Saya masuk ke dalam kenderaan dan terus memecut
laju.”
Menurut Ali, hingga hari ini
dia masih belum menemui jawapan siapa atau apakah yang dilanggarnya ketika
itu.
Seorang lagi penduduk Felda
Sahabat 17, yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, 47, juga menceritakan perasaan
aneh yang sering dirasainya terutama bila senja bermula.
“Ada satu hari saya dengar
bunyi seperti seorang lelaki sedang menjerit dekat kebun kelapa sawit
berhampiran rumah saya.
“Mendayu-dayu. Nak kata bunyi
anjing bukan, sebab bila saya jenguk di tingkap suara itu masih jelas didengari.
Isteri saya pun mendengarnya. Kami buat keputusan cuba hubungi polis, tapi
kemudian bunyi itu lenyap begitu sahaja.”
Perkara itu turut
diperkukuhkan lagi apabila ada anggota pasukan keselamatan yang turut mengalami
perkara aneh ketika melakukan rondaan pada waktu malam.
“Kami beberapa kali terdengar
bunyi suara orang minta tolong. Suara itu seperti dalam
kesakitan.
“Bila diperiksa, tiada
sesiapa. Perkara ini sering dialami oleh anggota keselamatan terutama pada waktu
malam dan tengah hari,” katanya.
Malah ada juga yang mendakwa
pernah terdengar seolah-olah bunyi tembakan.
Menurutnya pernah pada suatu
ketika mereka terdengar seperti bunyi lolongan tetapi bila diperiksa di lokasi
berkenaan yang betul-betul berhampiran Kampung Tanduo, tidak ada sesiapa di
situ.
Peluang menjejak kaki ke
Kampung Tanduo, kisah misteri yang disampai seperti sukar untuk dinafikan.
Ditambah apabila gambar satu objek pelik yang dirakamkan oleh penduduk Felda
Sahabat ditunjukkan kepada kami.
Melalui jalan-jalan sunyi dan
menjengah beberapa tempat di sekitar Kampung Tanduo, ada sejenis aura yang
dirasai.
Tidak pasti sama ada yang
hadir itu ‘angin’ negatif atau sebaliknya, namun paling nyata ia menyuntik rasa
berjaga-jaga sepanjang berada di sini.
Bertandang seketika di surau
Kampung Tanduo, ada semilir hangat yang menampar kulit. Riak degup dada berubah
rentak. Juga terasa seakan ada mata yang memerhati dan mengawasi kehadiran
kami.
Tidak tahu kenapa. Namun rasa
aneh itu terjawab apabila diberitahu surau itu sebelum ini menjadi lokasi
pendaratan pengganas.
Di
tanjung Sungai Tanduo, perasaan sama muncul kembali.
Ketika merakam beberapa keping
foto perahu panjang dan perahu laju di tanjung sungai itu, perasaan sama muncul
kembali.
Seakan ada suara yang menyeru
supaya terus mara. Menghampiri, mendekati perahu perahu yang ditinggalkan itu.
Namun ‘sergahan’ anggota keselamatan yang mengiringi, menasihatkan kami berpatah
balik, mematikan langkah untuk terus ke hadapan.
Rupa-rupanya kawasan itu
adalah tempat pengganas menyimpan bot dan perahu.
Memang…sepanjang berada di
tebing sebarang tanjung sungai, kami merasakan ada mata yang dari arah semak,
memerhati setiap gerak langkah kami.
Juga terasa seperti ada
‘suara’ yang memanggil-manggil agar melintas ke seberang menuju ke semak
berkenaan.
Sebetulnya, kami tidak mahu
berfikiran negatif atau diselubungi pengaruh mistik sepanjang bertugas di sini.
Dan kerana itu, kebanyakan perkara yang dirasa, kami pujuk hati untuk
menidakkannya.
Hari merangkak petang. Namun
kami tidak mampu menipu perasaan sendiri.Aura aneh kembali hadir ‘mengacau’
jiwa.
Semakin lama semakin kuat. Dan
secara diam…hadir perasaan ingin menunggu di lokasi kejadian. Tapi kehendak hati
terhalang kerana anggota keselamatan yang mengiring sudah memberi isyarat untuk
keluar dari kawasan itu.
Kami bergerak ke arah kawasan
rumah yang dikatakan menjadi tempat simpanan senjata kumpulan
pengganas.
Kami lalui kawasan perkuburan
pengganas yang ditemui pasukan keselamatan, juga menjadi lokasi rakan kami
merakam foto objek pelik menggunakan kamera telefon
bimbitnya.
Kami tidak pasti apa objek
berkenaan dan tidak pula mengatakan terdapat gangguan misteri di
situ.
Dalam masa yang sama kami
tidak mahu menafikan keanehan objek itu, serta mengakui memang ada sedikit rasa
yang agak berbahang di kawasan berkenaan.
Boleh dikatakan rasa yang sama
wujud di setiap lokasi dijejaki yang melibatkan pengganas. Dan mungkin juga
‘bahang’ yang dirasa merupakan kesan-kesan haba akibat pengeboman dilakukan
semasa Op Daulat dahulu.
Seterusnya kami menjejak ke
kawasan rumah yang didakwa tempat simpanan senjata serta tempat berlindung
sementara kumpulan pengganas.
Dari situ, langkah kami
mencecah ke kawasan kolam udang yang dikatakan sebahagian taktik pengganas
menyusup masuk ke Kampung Tanduo.
Entah benar atau sekadar
mainan perasaan di remang senja, di situ terasa juga ada mata memerhati
pergerakan kami.
Berbeza dari kawasan sebelum
ini, rasa ini lebih mengarah ke dalam kawasan kolam dan ketika ini, terasa degup
jantung lebih kencang berbanding biasa.
Kami akhiri kisah ini
seketika, kerana ingin segera keluar menyiapkan tugasan.
Dalam perjalanan pulang,
ketika melewati semak, telinga menangkap bunyi derapan orang
berlari,
Namun tiada kelihatan apa-apa
di sekeliling.
Mata terus liar memerhati
untuk memastikan perjalanan kami selamat dan tiada yang menghidu
pergerakan.
Alhamdulillah…kami
dilindungiNya untuk sampai ke Felda Sahabat dengan
selamat.
Terkenang kembali perjalanan
semasa perjalanan… secara tidak sengaja kami ada mendengar perbualan antara
anggota pasukan keselamatan yang mengatakan mereka pernah melihat terlihat
kelibat manusia sewaktu berkawal.
Apabila dijejaki, tiada
manusia yang ditemui.Tetapi mereka terjumpa kesan tapak kaki di persisir
sungai.
Sama ada ia manusia atau bukan
tiada dapat dipastikan!
Apapun, telah diakui oleh
orang ramai termasuk penduduk dan pasukan keselamatan bahawa, kebiasaannya
kawasan peperangan pasti akan menyimpan selingkar kisah-kisah misteri.
Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
BalasPadamAtau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya
Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com
Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
- Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
- Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
- Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
- Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
- Bonus Turnover 0.3%-0.5%
- Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
-Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
- Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI
7 Permainan Dalam 1 ID :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker
Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
BBM: 2AD05265
WA: +855968010699
Skype: smsqqcom@gmail.com
Tunggu Apa Lagi Bosku ?