Kisah Seram Misteri Di Gunung Hitam
Kisah pada kali ini bukanlah berlaku di
Malaysia atau di negara jiran. Tetapi kisah misteri ini berlaku di Black
Mountain atau Gunung Hitam yang terletak di Bandar Cooktown, Queensland,
Australia, bukan sekadar nama sahaja.
Tetapi ianya memang kelihatan berwarna hitam
apabila dilihat dari jauh dan ternyata kewujudannya penuh dengan misteri. Sekali
pandang, ia hanyalah gunung biasa, dipenuhi batu granit yang membentuk gua-gua
kecil yang menjadi habitat bagi pelbagai jenis hidupan liar seperti katak bukit,
walabi, ular, kelawar dan sebagainya.
Namun disebalik zahirnya yang kelihatan biasa
itu, tersimpan pelbagai peristiwa yang masih belum terungkai sehingga
kini.Sayang sekali kerana belum ada individu yang dapat menceritakan rahsia
Gunung Hitam secara jelas. Ini kerana, setiap yang melangkah masuk ke kawasan
Gunung Hitam akan hilang tanpa meninggalkan kesan atau hilang akal jika
terselamat.
Pada Tahun 1877, seorang pengembara yang
menaiki kereta kuda telah melalui kawasan gunung tersebut. Dengan tiba-tiba roda
kereta kudanya tertanggal dan kereta kudanya pun terbabas. Dia kemudiannya turun
untuk memeriksa dan sejak itu dia tidak ditemui lagi.
Hanya bangkai kereta kudanya yang ditemui.
Pengembara itu dan kuda-kudanya telah hilang entah ke mana. Ini berdasarkan
kesan tapak kakinya mereka yang ditemui menunjukkan kehilangan mereka secara
tiba-tiba. Malah tiada tanda-tanda mereka diserang binatang buas atau berjalan
ke tempat lain.
Tiga Belas Tahun kemudian, Ketua Polis
Cooktown, Sarjan Isaac sedang mengejar seorang penjenayah hingga ke Gunung
Hitam. Sebaik ternampak musuh yang dijejaki itu memasuki salah sebuah gua, Isaac
pun mengekorinya. Hingga ke hari ini, kedua-dua mereka tidak diketahui
nasibnya.
Kemudian seorang bekas komando diupah untuk
mencari Isaac, tetapi dia juga lenyap tanpa khabar berita. Misteri satu demi
satu kehilangan itulah yang membuatkan Gunung Hitam bukan saja dipinggirkan
tetapi amat digeruni.
Bagaimanapun, masih ada orang yang berminat
untuk mengunjungi kawasan itu. Salah seorang daripada mereka adalah Harry Owens,
pengawal stesen Cooktown. Beliau pergi ke Gunung Hitam dengan alasan untuk
memburu lembu-lembu liar.
Walaupun dihalang oleh rakan-rakannya, beliau
tetap berkeras dan meneruskan hajatnya. Setelah tidak pulang menjelang malam,
rakan-rakanya segera membuat laporan polis.
Usaha besar-besaran dilakukan oleh pihak
berkuasa untuk mencarinya. Dua orang anggota pencari telah ditugaskan untuk
memasuki sebuah gua yang terdapat disitu dengan berbekalkan peralatan yang
lengkap.
Setengah jam kemudian, hanya seorang yang
berjaya merangkak keluar dan menyebabkan rakan-rakan mereka yang lain menjadi
panik.
Sekalipun pencari itu tidak mengalami sebarang
kecederaan, dia tidak dapat menceritakan apa yang telah dialaminya.
Dia seolah-olah kebingungan dan mengalami
ketakutan yang amat sangat. Selepas histeria beberapa lama, dia menghembuskan
nafas terakhir tanpa meniggalkan sebarang maklumat berkaitan peristiwa berlaku
di Gunung Hitam.
Pada tahun 1932 pula, seorang lagi didapati
hilang selepas memasuki salah sebuah gua di Gunung Hitam. Dia yang dikenali
sebagai Henry Page sedang menjalankan kajian tentang kehilangan-kehilangan yang
berlaku sebelum ini.
Kemudian, dua orang pemuda Orang Asli yang
mahir tentang ilmu hutan diupah untuk mencarinya. Malangnya, mereka juga lenyap
tanpa berita padahal mereka terlalu biasa dengan keadaan hutan di situ.
Pihak polis Cooktown kemudiannya menjalan
operasi menyiasat dengan menggunakan pelbagai alatan tercanggih pada masa itu
termasuk Live Camera dan Helicopter bagi mengesan apakah yang terdapat di gua
itu.
Nyata semua usaha mereka gagal menemui sebarang
kesan seperti mayat, tulang rangka, pakaian, barang-barang peninggalan mangsa
atau sebaginya. Lebih malang lagi apabila lebih seratus orang yang dilaporkan
hilang dalam operasi itu.
Ada yang berteori mengatakan di gua itu
terdapat satu lubang. Mangsa-mangsa yang hilang mungkin terjatuh ke situ dan
gagal dikesan kerana tiada sebarang cahaya.
Tiba-tiba seorang lagi pemuda di kalangan Orang
Asli yang lebih berpengalaman menawarkan diri untuk memasuki gua tersebut dan
menyiasat. Semua pihak mengharapkan beliau akan membawa pulang sedikit sebanyak
maklumat berkaitan misteri Gunung Hitam.
Apabila tiba dipintu gua yang berkenaan,
pinggang pemuda Orang Asli itu diikat dengan tali dan tali itu dipegang oleh
puluhan anggota penyelamat yang akan menunggu di pintu gua. Beliau pun mencuba
nasib untuk memasuki gua itu berbekalkan lampu picit berkuasa elektrik dan
sepucuk pistol automatik.
Setelah satu jam, beliau pun ditarik keluar
dengan tali tersebut. Sekali lagi semua yang hadir di situ menjadi gempar kerana
pemuda Orang Asli itu sudah tidak dapat menjawap sebarang pertanyaan.
Beliau pun segera dikejarkan ke hospital.
Selepas satu minggu menerima rawatan, barulah beliau dapat menceritakan
pengalamannya.
” Cahaya lampu masih tidak mencukupi untuk
menerangkan seluruh kawasan di dalam gua itu.Yang saya nampak, hanyalah batu.
Semakin dalam saya memasuki gua itu, semakin terasa panas. Saya menjadi semakin
tidak selesa dan gementar “
” Dalam keadaan itu, tiba-tiba muka saya
ditampar. Saya mengandaikan ianya adalah libasan sayap kelawar yang amat besar.
Saya cuba mendongak untuk melihatnya, tetapi muka saya pula tertempek oleh
sesuatu yang seakan-akan najis “
” Kemudian saya terdengar bunyi desis yang kuat
dan bergema di dalam kegelapan gua itu. Lantas saya teringat pada ular-ular
tedung yang sering saya temui di sekitar Gunung Hitam “
” Saya mengeluarkan pistol yang di bawa, tetapi
tiada akal untuk menembak ke arah mana. Pada saat itu, saya mengalami perasaan
takut teramat sangat yang tidak pernah dialami seumur hidup saya “
” Dalam keadaan genting itu, saya tidak dapat
mengingati apa yang berlaku seterusnya, sehinggalah saya terasa tali yang diikat
pada pinggang saya ditarik dan kemudiannya saya berada di pintu gua semula.
“
Malangnya masih belum ada maklumat yang dapat
dikaitkan dengan kes-kes kehilangan sebelum ini. Malah sehingga kini, misteri
Gunung Hitam itu kekal menjadi tanda tanya.Dan cerita yang deperolehi daripada
Pemuda Orang Asli itu juga banyak kekurangannya berdasarkan tempoh masa yang
kejadian itu yang agak lama.
Merujuk kepada penduduk di situ pula, terdapat
pelbagai cerita tentang Gunung Hitam. Ia dianggap amat penting oleh masyarakat
Kaum Asli yang mendiami sekitar kawasan Gunung Hitam itu. Mereka memanggilnya
Kalkajaka yang bermaksud Gunung Kematian.
Terdapat mitos atau lagenda yang dikaitkan
dengan misteri Gunung Hitam itu. Menurut cerita Kaum Asli di situ, pada masa
dahulu terdapat seorang bomoh ilmu hitam yang boleh mengubah dirinya menjadi
mengkarung.
Tetapi bagi memenuhi syarat-syarat dalam
pengamalan ilmu hitamnya itu, bomoh itu harus memakan daging manusia. Suatu
hari, rahsia bomoh itu telah terbongkar, dia diusir kerana didapati memakan
daging kaumnya sendiri.
Bomoh itu lari ke Gunung Hitam. Ketika itu
hujan turun mencurah-curah dan kononya dewa telah menghukumnya dengan
menyumpahnya menjadi batu-batu dan kemudiannya batu-batu itu bertukar menjadi
hitam selepas dipanah petir.
Manakala bagi penduduk-penduduk setempat pula
yakin yang Gunung Hitam terbentuk akibat pergaduhan di antara dua beradik
berkuasa luar biasa yang berebutkan seorang gadis.
Dalam pergaduhan itu. mereka melempar dan
menggolekkan batu-batu besar bagi mengalahkan antara satu sama lain. Batu yang
bertimbun-timbun itulah yang kononya membentuk Gunung Hitam.
Bagaimanapun, fakta yang lebih pasti adalah
kawasan sekitar Gunung Hitam telah dijadikan killing field oleh pendatang kulit
putih untuk membunuh kaum Asli Australia pada 500 tahun dahulu.
Sesetengah kaum Asli di situ yakin yang
hantu-hantu mangsa pembunuhan itulah yang membalas dendam atas kekejaman kaum
kulit putih dahulu. Malah keturunan daripada kaum Asli yang cuba untuk membantu
kaum kulit putih juga akan turut menerima padah !-cari.com.my
Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
BalasPadamAtau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya
Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com
Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
- Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
- Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
- Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
- Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
- Bonus Turnover 0.3%-0.5%
- Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
-Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
- Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI
7 Permainan Dalam 1 ID :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker
Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
BBM: 2AD05265
WA: +855968010699
Skype: smsqqcom@gmail.com
Tunggu Apa Lagi Bosku ?