Kisah
seram yang dikongikan ini adalah kisah benar yang di alami oleh Ina.
Perkongsian ini dilakukan oleh kawan Ina supaya kita boleh mengambil iktibar
daripada kisah seram ini. Gangguan yang dialami oleh Ina sesuatu di luar
jangkaan manusia. Cerita ini berkisar gangguan di rumah kondo yang pernah
didiami oleh Ina. Teruskan membaca untuk mengetahui kisah selanjutnya.
Kawan aku ni (aku gelarkan die Ina jelah ye),
Ina ni baru pindah dari Puchong ke Mount Kiara. Nama tempat atau alamat aku tak
kan nyatakan disini. Harap maaf. Rumah baru dia tu memang cantik dan juga mahal.
Dia berpindah ke situ kerana berdekatan dengan pejabat dimana tempat dia
bekerja. Rumah dia jenis kondo kot. Aku pun dah tak berapa ingat.
Ina betul-betul gembira lah sebab dah lama dia
impikan nak tinggal kat kawasan tu. Hari pertama dia berpindah ke situ dia
dapati rumah tu dah siap dengan perabot, senang lah hati dia sebab tak perlu
beli semua dah siap tinggal bawak pakaian jelah. Dia pun memeriksa bilik tidur..
Memang cantik sebab katil, almari, meja solek dan meja menulis pun ada. Pendek
kata memang lengkap lah kondo tu.
Yang menjadi kegilaan Ina adalah cermin
misteri yang berada di tandas biliknya itu.. Memang cantik cermin
misteri tu. Mulanya dia nak buang sebab mak dia pernah pesan kat rumah
jangan letak cermin banyak-banyak, dia tak tau kenapa mak dia pesan macam gitu
kat dia. Tapi kerana cermin tu begitu lah cantik dan menarik minat Ina ni, dia
tak jadi lah buang. Cermin tu memang besar sebab dia cakap dengan aku cermin tu
boleh nampak satu badan dia. Ok lah tu kan sebab cermin besar tentu harga pun
besar kan..
Malam pertama dia tidur kat rumah tu dia dapat
rasakan ada benda yang tak kena sebab perasaan dia rasa rumah ni something wrong
somewhere sebab dari waktu asar tadi dia tercium bau yang sangat lah busuk.
Macam bau tahi pun ada. Puas die cari kat seluruh pelusuk rumah tu tapi
hampehhh!! Apa pun tak ada. Rumah tu memang bersih je. Mana pulak datang bau
busuk ni ek?? Dia pun bertambah hairan lah sebab bau tu makin lama makin busuk
dan buat kan dia tak selesa.
Aku lupa pulak nak inform, Ina tinggal sorang²
je kat rumah kondo tu, tu yang bertambah seram si Ina ni. Tapi dia gagah kan
jugak diri untuk membaca ayatul Qursi sebab dia memang selalu baca ayat suci
sebelum dia tidur. Ina baca 7 kali lepas tu terus tidur.. Bukan hari tu je die
bau benda busuk tu tapi hampir setiap hari sehingga die terpaksa pakai mask yang
tutup mulut dan hidung tu.
Itu bab bau busuk kan dan yang ini berkenaan
cermin misteri yang berada dalam tandas Ina tu pulak.. Dia dapat rasakan sesuatu
yang pelik pada cermin misteri ni sebab hampir setiap kali dia melihat cermin tu
dia mendapati ada bayangan seorang wanita sedang berdiri disebelahnya!!! Wahhh!!
Aku pun takut bila dengar Ina cerita kat aku pasal cermin misteri tu.
Pernah jugak dia bukak cermin tu dan letak kat
bilik stor, tetapi sekali lagi Ina terkejut sebab cermin misteri tu boleh berada
kat tempat asal tadi!!! Fuhhhhh!! Dia berisghtifar banyak-banyak masa tu sebab
memang dia tak pecaya dengan apa yang dialaminya.. Cermin misteri itu juga
seperti boleh berkata-kata. Ni aku tak tau lah imaginasi dia atau kisah
benar yang dialami Ina.
Kadang² bila tengah malam dia nak pergi tandas,
dia macam perasan yang di bahagian tepi cermin misteri tu mengeluarkan darah..
Dengan bau hanyir lagi.. Kerana tak tahan dengan gangguan-gangguan misteri tu,
dia pun pulang ke rumah ibunya di Kepong kalau tak silap aku.
Sampai situ je dia cerita kat aku. Setelah
lebih dua bulan Ina tak hubungi aku, aku pun telefon lah ibu dia nak tanya
khabar dia sihat ke tak. Punya lah aku terkejut sebab mak Ina cakap sekarang dia
terlantar sakit akibat mengalami sakit misteri. Mengikut kata ibu dia,
selepas dia berpindah balik ke umah ibunya itu dia mengalami perubahan yang
mendadak.
Ina menjadi semakin pendiam, muram dan cepat
marah. Akibat dari sikap ganjil dia tu dia telah diberhentikan kerja. Ditambah
pulak dia sentiasa menangis sorang-sorang. Ibu dia pun risau lah sebab dia ni
anak tunggal kan.
Yang paling teruk seminggu sebelum aku telefon
tu Ina mengamuk macam orang gila dan sering menyebut, “aku takut tengok cermin
tu lah!!’ Sehingga memaksa ibunya membuang semua cermin di rumahnya. Dah puas
ibunya berikthiar untuk berubat tetapi semua gagal dan sia-sia. Sehingga badan
Ina ni ditumbuhi bisul yang besar-besar di seluruh badannya.. Sehingga kini aku
tak tau apakah sebenarnya yang dialami oleh Ina sehingga dia bertukar menjadi
begitu teruk.
Sekarang ni aku dah lama tak dengar berita
mengenai Ina lagi.. Aku doa kan dia semoga cepat sihat dan sentiasa dilindungi
ALLAH SWT. Amin. Apa yang terjadi pada Ina memang sangat misteri sehingga ke
hari ini… Sekian, terima kasih.
Betul juga kata ibu Ina tu, jangan letak
banyak² cermin dalam rumah. Mungkin yang tak eloknya letak cermin banyak² ni
nanti asyik nak tengok cermin je. Padahal boleh baut kerja lain selain mengadap
cermin je kan. Apa pendapat korang pula menenai kisah misteri
yang dialami oleh Ina??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan