Khamis, 5 Jun 2014

Kisah Seram - Bahana Minyak Dagu..

https://encrypted-tbn2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTulRXZdsIUatY6q1mfkpYmhKxRlR8H9fnp4lqz9EJPGgVMFbTa

Selaku penuntut di sebuah IPTA, kehidupan aku sebagai seorang pelajar berjalan seperti biasa.. Alhamdulillah, aku dikurnaikan seorang sahabat yang alim, yang sentiasa memberi nasihat dan membantu aku, Hanif namanya.. Dalam ramai-ramai kawanku, dialah yang paling akrab denganku.. Banyak peristiwa mistik yang aku lalui bersama dengannya.. Kini aku sudah pun berada di semester yang ke-2 dan sekarang kami hampir-hampir berada di hujung semester ke-2..
Aku ada seorang rakan perempuan yang agak rapat denganku yang bernama Rozie.. Dia seorang yang periang dan pandai menjaga diri.. Walaupun sudah berada di universiti, dia tetap menutup aurat dengan sempurna.. Dia juga seorang wanita yang cantik, tidak hairanlah jika ramai lelaki yang suka padanya.. Semasa semester yang pertama, dia sangat rapat dengan kami yang sekelas dengannya.. Namun apabila masuk semester ke-2, sikapnya mula berubah.. Semakin lama, semakin ketara perubahan pada dirinya.. Kami rakan-rakan sekelasnya turut perasan akan perubahan pada dirinya itu.. Dari seorang yang lemah lembut, sekarang dia berubah menjadi agak kasar.. Dari seorang yang pandai menjaga diri, sekarang dia kuat bersosial.. Dari seorang yang menutup aurat dengan sempurna, sekarang dia sudah pandai memakai pakaian yang ketat..
Ramai kawan-kawan yang cuba menasihatinya, namun semuanya ibarat menyiram air ke daun keladi, semuanya sia-sia.. Sikapnya semakin hari semakin teruk, keluar sehingga pulang lewat malam bersama lelaki.. Kawan karibnya yang bernama Aina sering kali menasihatinya, namun ditengkingnya Aina oleh Rozie.. Aina sering menangis apabila menceritakan tentang sikap Rozie kepada aku.. Aina juga sering meminta tolong aku agar menasihati Rozie agar ubah sikapnya menjadi sikap yang dulu.. Aku pernah juga menasihati Rozie, namun dibalasnya dengan jelingan sindiran.. Aku juga kadang-kala berputus asa untuk menasihati Rozie.. Apabila diceritakan tentang Rozie kepada Hanif, Hanif hanya tersenyum dan dia cakap bahawa Rozie sedang ‘sakit’ sekarang.. Aku agak kehairanan dan hanya mengiakan sahaja katanya.. Hanif berpesan kepada aku dan menyuruh aku sampaikan pesananya pada Aina iaitu agar Aina tidak berputus asa pada Rozie kerana Rozie sangat memerlukan sahabatnya sekarang..
Apabila aku menyampaikan pesanan Hanif kepada Aina, sekali lagi Aina menangis.. Aku juga bertanya adakah Rozie sakit.. Aina tersentak, dia memandang aku dan memberitahu, Rozie selalu muntah, kadang-kadang muntah darah, selalu sakit kepala.. Selain itu, Rozie juga selalu menangis pada malam hari.. Apabila diperiksa di klinik, dia tiada penyakit.. Menurut Aina lagi, Rozie juga kadang-kadang mempunyai 2 personaliti.. Apabila waktu maghrib, dia akan menangis dan berubah seperti Rozie yang dulu, yang semasa semester pertama, namun apabila lewat malam, dia akan menjadi seperti orang lain.. Semasa mendangar Aina berkata begitu, meremang habis bulu roma aku.. Mungkin inilah yang Hanif katakana bahawa Rozie sedang ‘sakit’.. Mungkinkah Rozie terkena buatan orang, fikirku lagi.. Menurut Aina lagi, sikap Rozie mula berubah setelah dia berkenalan dengan seorang pelajar lelaki iaitu senior kami yang sama course dengan kami..
Sehinggalah pada suatu hari, selepas habis kelas, kebanyakan pelajar kelas aku sudah pun keluar untuk pulang atau melakukan aktiviti masing-masing.. Aku dengan Hanif masih lagi di dalam kelas dan seramai 7 orang pelajar masih lagi berada di dalam kelas yang sama untuk membuat ulangkaji.. Di hujung kelas di sebelah hadapan, aku terlihat 2 orang pelajar perempuan masih belum keluar dari kelas.. Seorang menunduk ke bawah dan seorang lagi sedang mengurut bahu yang sedang menunduk itu.. Setelah diamati, itu adalah Rozie dan juga Aina.. Hanif bangun dan mengajak aku untuk pergi bercakap dengan Rozie dan Aina.. Aku kepelikan.. Jarang Hanif bercakap dengan perempuan, lagi-lagi dia sendiri yang pergi dekat perempuan.. Namun aku ikut juga, mungkin hal penting, kata hatiku..
Assalamualaikum, sapa Hanif kepada mereka.. Salam dijawab beserta dengan senyuman, aku dan Hanif dipelawa duduk.. Rozie senyum melihat kami, namun begitu, aku memang berasa dia betul-betul sakit.. Mukanya pucat, bibirnya pucat, bawah matanya lebam seperti tidak tidur, aku berasa kasihan melihat keadaan dia.. Pada mulanya Hanif bertanya dengan lembut dan setiap pertanyaan Hanif dijawab lembut oleh Rozie.. Tiba-tiba Hanif bercakap dengan nada keras.. ‘’Kau tak payah nak berpura-pura dengan aku, aku dah kenal kau.. Orang lain boleh la kau nak tipu.. Tunjuk diri kau yang sebenar sekarang’’ kata Hanif.. Aku dan Aina terkejut dan kehairanan dengan perlakuan Hanif.. Serentak dengan itu, Rozie juga berubah menjadi kasar dan mendengus kemarahan.. Dia mula bercakap kasar dengan kami dan minta kami supaya jangan kacau hal dia.. Dia bangun untuk meniggalkan kami tapi Hanif pantas bertindak, menunjukkan jari telunjuknya pada Rozie dan Rozie seperti tidak dapat bergerak.. Hanif menggerakkan jarinya ke bawah dan serentak dengan itu Rozie terduduk dengan sendirinya..
Walaupun tidak dapat bergerak, namun Rozie masih mendengus kemarahan.. Mukanya sekarang juga sudah menjadi lain, matanya terbeliak memandang kami.. Mungkinkah dia sudah dirasuk, fikirku.. ‘’Kenapa kau kacau dia? Apa yang kau nak dari dia? Kenapa kau sakiti dia?’’ Bertubi-tubi bertanyaan dari Hanif.. Rozie hanya ketawa berdekah-dekah.. ‘’Aku suka kat dia.. Kenapa kau sibuk menghalang aku?’’ Jerkah Rozie pada Hanif.. Namun Hanif tetap tenang dengan situasi itu.. Nampaknya kumpulan yang sedang ulangkaji sudah perasan apa yang berlaku pada kami.. Mereka datang sekeliling kami dan melihat apa yang berlaku.. ‘’Baik kau hentikan perbuatan kau ni.. Takutlah pada azab Allah..’’ Kata Hanif.. Namun begitu, segala kata-kata Hanif diambil ringan oleh Rozie sambil ketawa berdekah-dekah.. ‘’Rozie, Rozie’’ panggil Hanif dengan nada suara yang lembut.. Namun Rozie tetap ketawa berdekah-dekah..
Setelah namanya berkali-kali dipanggil, barulah menunjukkan respon yang positif.. ‘’Rozie, Rozie nampak Hanif kan? Rozie dah jauh sangat nie.. Pulang semula Rozie.. Pulang..’’ kata Hanif dengan nada suara lembut.. ‘’Hanif.. Sakit.. Tolong Rozie’’ kata Rozie dengan suara yang terketar-ketar sambil menangis.. Aku melihat kawan-kawan perempuan mula berair matanya terutama Aina yang berada di sisi Rozie.. Tiba-tiba suara Rozie kembali bernada keras dan memaki Hanif.. ‘’Aku bagi kau 2 pilihan,, Kau nak keluar secara sukarela atau kau nak aku guna kekerasan’’ kata Hanif yang agak marah ketika itu.. Namun kata-kata Hanif sedikit pun tidak memberi kesan pada Rozie.. Rozie terus ketawa sambil memaki Hanif.. Matanya melilau melihat kawasan sekeliling..
Hanif segera bangun berhadapan dengan Rozie.. Tangannya dihala kepada kepala Rozie namun tidak bersentuhan.. Hanif segera membaca ruqyah, terketar-ketar Rozie.. Namun dia tidak dapat bergerak, tubuhnya seperti diikat oleh sesuatu.. Untung juga dia tidak dapat bergerak, tidaklah dia meronta-ronta seperti orang lain yang biasanya diruqyah.. Kepalanya digeleng ke kanan dan kiri.. Matanya melilau sambil mulutnya berkumat kamit membaca sesuatu dalam bahasa yang tidak aku fahami.. Tiba-tiba dia bangun, dia sudah mampu bergerak.. Hanif tidak sedar ketika itu kerana dia memejam mata semasa membaca ruqyah.. Meja dihadapannya ditolak sambil dipusingkan dan terkena Hanif.. Hanif terjatuh dan meja itu terjatuh atas badan Hanif.. Kawan-kawan perempuan ketika itu mula menjerit.. Aku sudah cuak ketika itu.. Pada ketika itu hanya ada 3 orang lelaki dalam kelas itu.. Aku, Hanif dan seorang rakan lain.. Rozie bergerak ke belakang kelas, manakala aku dan rakan-rakan yang lain berada di hadapan kelas.. Rozie memandang kami dengan pandangan kemarahan dan badannya bergerak ke kiri dan ke kanan.. Rakan-rakan perempuan semua menjerit melihat keadaan itu.. Akulah yang paling berada di hadapan menghadap Rozie.. Seorang lagi rakan lelaki sedang menolong Hanif yang cedera..
Dalam kekalutan ketika itu, aku melaungkan azan.. Terketar-ketar azan yang aku laungkan.. Tiba-tiba, rakan-rakan perempuan di belakangku menjerit semakin kuat.. Aku segera membuka mata kerana ketika aku azan, aku menutup mata.. Alangkah terkejutnya aku kerana apabila aku membuka mata, Rozie betul-betul berada di hadapan aku.. Dia tersenyum kepadaku dengan mukanya yang menakutkan.. Aku cuba meneruskan azan namun ditamparnya pipi aku.. Aku jatuh terjelupak.. Sangat kuat kudrat yang ada padanya, memang bukan kudrat seorang wanita.. Tiba-tiba dia datang menghampiri aku sambil ketawa.. Aku berasa sangat takut ketika itu, hanya Allah yang tahu perasaan aku.. Tiba-tiba, Hanif datang.. Ditolak tangannya ke arah Rozie.. Walaupun tolakan tangannya itu tidak mengenai Rozie, namun Rozie tetap terpelanting ke belakang.. Hanif berkedudukan di hadapan aku dan berhadapan dengan Rozie, dan dia duduk bertongkatkan lutut sebelah sambil tangannya menepuk lantai..
Serentak dengan itu, Rozie tidak bergerak bagaikan dirantai.. Melihat keadaan itu, Hanif segera menghampiri Rozie dan membaca ayat-ayat suci al-Quran.. Rozie meronta-ronta ketika itu sambil meraung-raung.. Aku hanya mampu melihat ketika itu.. Hanif meletakkan tangannya di hadapan muka Rozie dan seperti menarik sesuatu.. Terlihat payah perbuatan Hanif itu walaupun hanya sekadar seperti menarik kosong.. Namun tarikan yang terakhir berjaya sambil diikuti laungan takbir yang kuat dari mulut Hanif sehingga bergema di dalam kelas itu.. Seusai itu, Rozie jatuh terjelupuk dan tidak sedarkan diri.. Hanif juga keletihan, duduk di atas kerusi sambil termengah-mengah.. Aku segera dapatkan Hanif, terasa tangannya kanannya sangat panas.. Hanif meminta sesiapa yang melihat agar merahsiakan kejadian itu.. Supaya tidak diheboh-hebohkan apa yang berlaku kepada Rozie supaya menjaga aib Rozie.. Semua mengangguk tidak berkata.. Masing-masing masih trauma..
Selang beberapa hari, Rozie dibenarkan pulang bercuti selama 1 minggu kerana badannya sangat panas.. Doktor menganggapnya mengalami demam panas yang teruk.. Hanif berpesan kepada Rozie agar pergi mendapatkan rawatan susulan dari pusat rawatan Islam sebagai langkah berjaga-jaga.. Hasil dari pemeriksaan di pusat rawatan Islam, Rozie didapati terkena buatan orang iaitu calitan Minyak Dagu.. Namun sudah tiada jin yang mengganggu di dalam badannya, dan mungkin sudah dibuang oleh orang lain, kata salah seorang pengamal perubatan di situ.. Selain itu, salah seorang pelajar senior kami telah berhenti belajar.. Menurut kawan-kawannya, dia menghidap penyakit misteri secara tiba-tiba..


Sumber

1 ulasan:

  1. Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
    Atau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
    Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya

    Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    - Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
    - Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5%
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
    - Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    7 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Tunggu Apa Lagi Bosku ?

    BalasPadam