Khamis, 12 Jun 2014

Kisah Seram - Suami Disantau...

Saya Siti dari Johor. Kisah saya ini berlaku pada awal tahun lepas. Saya sudah bersuami dan mempunyai 2 orang anak yang masih kecil lagi. Ketika itu saya menetap di Melaka. Untuk pengetahuan KC suami saya adalah saudara baru iaitu berbangsa Cina dan telah memeluk Islam. Pada awalnya rumah tangga saya bahagia tanpa sebarang masalah besar. Tetapi awal tahun lepas tiba-tiba sahaja suami saya bersikap dingin dan kerap-kali memaki saya. Saya fikirkan silap saya tetapi makin lama makin teruk saya dimarahi. Saya menceritakan hal ini kepada jiran saya, jiran saya menyarankan agar saya berjumpa pakar perubatan tradisional untuk meminta penawar.Tetapi alangkah terkejutnya saya apabila pakar tersebut memberitahu saya bahawa suami saya telah diberi ubat guna-guna oleh seorang perempuan Indonesia berbangsa Cina. Perempuan itu berniat merampas suami saya kerana mahukan hartanya. Pakar itu memberi saya garam dan gula untuk dimasak sebagai penawar dari ubat yang diberi perempuan itu. Pada malam itu, suami saya tiada di rumah, hanya saya dan 2 orang anak saya. Keadaan kacau-bilau apabila anak saya yang bongsu menangis seakan-akan sedang meracau. Rumah saya seperti ada yang menghuni selain kami bertiga. Saya terasa diperhatikan dan diapit makhluk lain. Dengan perasaan ketakutan saya menghubungi ibu saya di Johor meminta saranan. Saya meletakkan surah Yasin di sisi tempat tidur dan selawat serta beristighfar. Alhamdulillah keadaan tenang. Saya fikirkan itu gangguan makhluk halus yang biasa sahaja.Tetapi hampir setiap malam ada sahaja gangguan yang tidak selesa apabila suami saya tiada dan jika dia ada, kami akan bertengkar. Lama-kelamaan saya rasakan seperti tidak tenang berada di rumah itu lagi. Kesabaran saya sudah tiada. Suami juga jarang pulang ke rumah dan saya terasa diabaikan. Dengan keputusan nekad saya pulang ke Johor di rumah ibu saya. Ibu saya menasihati saya agar pulang dan memujuk suami saya. Saya cuba memujuknya tetapi gagal. Bahkan ahli keluarga saya juga turut terkena sihir perempuan itu. Saya mencari pakar di sini tetapi segala usaha saya sia-sia. Suami saya sepSiti

Sumber

1 ulasan:

  1. Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
    Atau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
    Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya

    Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    - Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
    - Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5%
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
    - Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    7 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Tunggu Apa Lagi Bosku ?

    BalasPadam