Rabu, 11 September 2013

Penjara Lama Changi


Pengalaman Menakutkan Di Penjara Lama Changi (Kisah Seram) | Nama saya Rina dan saya ingin berkongsi pengalaman seorang teman rapat saya yang diceritakan oleh dirinya sendiri semasa menjalani hukuman penjara di penjara lama (Old Changi Women Prison).

Kejadian ini berlaku pada tahun 1994 semasa beliau melakukan kesalahan yang tidak disengajakan olehnya kerana sikap tidak pekanya pada undang-undang immigrasi dan tenaga manusia (MOM & ICA). Beliau telah menyewakan seluruh rumah flat 5 biliknya pada penghuni2 bangsa asing (India) melalui agen tetapi tidak tahu dan tidak periksa bahawa ada diantara mereka merupakan pendatang haram dan tinggal terlebih waktu. Oleh kerana tidak mampu untuk membayar saman semasa dibicarakan, beliau terpaksa menerima hukuman penjara selama sebulan.


Untuk dipendekkan cerita, semasa beliau berada sendirian di sel nombor 13 di penjara lama (oleh kerana beliau merupakan pesalah yang melakukan kesalahan tidak berat (short sentence prisoner), pihak penjara mengasingkan beliau dengan pesalah2 yang lebih serius dan secara kebetulan semasa itu beliau merupakan hanya seorang sahaja 'short sentence offender', jadi beliau terpaksa dikurung bersendirian disebuah sel yang kecil). Beliau tidak mengesyaki apa2 tetapi terpaksa mengikut jadual penjara yang ketat di mana semua pesalah2 diberi makan malam yang sangat awal iaitu pada jam 5.30petang dan diarahkan tidur pada tepat jam 7 malam.

Pada malam pertama sekitar jam 10 hingga 12 beliau tidak dapat tidur kerana asyik menangis dan gementar memikirkan nasibnya kerana itu adalah pengalaman pertama beliau di penjara... Tiba-tiba beliau seperti terdengar ada suara membisik ditelinganya dengan sayu sekali di dalam bahasa Inggeris, "I don't want to die...I didn't mean to kill the boy......." Beliau begitu terkejut dan tersentak kerana pada mulanya beliau fikir adakah suara itu datang dari benak hatinya atau apakah beliau sudah menjadi gila kerana terlalu banyak berfikir tetapi beliau musykil kerana beliau tidak melakukan apa jua kesalahan serius seperti membunuh orang dan oleh kerana tidak mahu melayan perasaan, beliau memaksa diri untuk tidur.

Pada pagi esoknya semasa beliau mandi beramai2 dengan pesalah2 yang lain (menurut beliau, di penjara lama bukan hanya kotor dan sempit malah tidak mempunyai tandas, mereka semua terpaksa menggunakan tong kecil yang dipanggil 'Chamber Pot' untuk membuang air besar atau kecil), ada seorang pesalah 'veteran' yang peramah telah bertanyakan namanya dan nombor sel yang teman saya duduki. Bila diberitahu sel 13, pesalah tersebut dan temannya begitu terkejut dan mengatakan bahawa sel tersebut pernah dihuni oleh dua pesalah wanita Cina yang sebelum dibawa ke "condemn cell" untuk menjalani hukuman gantung dan kedua-dua pesalah tersebut adalah isteri dan madu Adrian Lim yang pernah dihukum gantung dengan kesalahan membunuh kanak2

Walaupun terperanjat, teman saya tidak percaya akan kata2 pesalah itu tetapi  pada malam keduanya teman saya diganggu lagi. Kali ini , teman saya terhidu bau yang sangat busuk dan dia pasti bau tersebut bukan datang dari 'Chamber Pot' yang disebutkan tadi kerana tong tersebut ditutup rapat dan bau tersebut bukan bau dari najis tetapi lebih merupakan bau bangkai... Tak lama kemudian beliau terdengar lagi suara sayup2 tetapi jelas seperti berbisik dalam bahasa Inggeris, "I don't want to die....." Apabila dengar bisikan sebegitu teman saya jadi histeria dan menekan butang interkom memanggil warden dan terjerit2 di tengah malam meminta tolong.

Bila warden wanita India yang bertugas pada malam itu datang tak lama kemudian, teman saya teresak2 menangis dan merayu agar dia ditukarkan (transfer) ke sel lain tetapi bukan hanya rayuan dia tidak dipedulikan malah beliau dimarahi kerana warden tersebut tidak mempercayai cerita teman saya dan menuduh beliau mengada-adakan cerita kerana hendak bercampur dengan pesalah2 lain dan teman saya dibentak dan dipaksa suruh tidur. Dengan perasaan takut, marah dan kecewa, teman saya menyelubungi kain selimut di seluruh tubuhnya. Di dalam tangisan tetapi membaca apa jua surah2 ayat Al-Quran yang beliau ingat dan hafal dan memaksa diri untuk tidur.

Nasib baik , bila pada hari esoknya iaitu hari Ahad, semasa beliau menerima kunjungan ('visit') dari suami dan kedua2 abangnya, beliau menangis menceritakan pengalaman dan ketakutan beliau yang teramat sangat dan merayu mereka menolong dia untuk mengusahakan agar dirinya ditukar ke sel lain. Pada hari itu juga suami dan kedua2 abangnya berjumpa dengan Superintenden di penjara tersebut untuk membuat aduan dan rayuan (Appeal). Alhamdulillah, pada keesokan harinya beliau di tukar ke sel lain dan berkongsi dengan 5 pesalah lain tetapi hanya setelah duduk cuma satu hari di sel lain, pada keesokan harinya beliau dan semua pesalah2 lain ditukarkan ke penjara baru (yang ada sekarang) dan tidak mengalami sebarang gangguan lagi.

Cara kebetulan , sepupu teman saya juga bertugas sudah lama sebagai Warden di penjara wanita tersebut dan apabila ditanya samada betulkah sel 13 tersebut pernah dihuni oleh kedua2 pesalah wanita Cina tersebut, sepupunya bukan hanya mengesahkannya dan lebih terkejut lagi sepupunya dan dua warden wanita lain yang merupakan warden2 yang bertugas pada hari mereka dipenjarakan dan membawa (escort) kedua2 pesalah wanita Cina itu ke sel nombor 13 tersebu

Semasa teman saya menceritakan pengalaman ini kepada saya dan ahli keluarga lain semasa beliau dibebaskan sebulan kemudian dan diadakan kenduri do'a selamat di rumahnya, saya dapat merasakan ketakutan beliau dan disahkan juga oleh pengakuan suami dan abang2nya kerana saya tahu teman saya ini tidak pernah percaya akan benda2 begini yang wujud dan saya bertanya kepada beliau, "Itu baru kau dengar suara dan bau busuk seperti bangkai, kalau kau nampak hantunya, macam mana agaknya?".  tahu apa dia jawab?? Dia kata, "Aku benar2 histeria bila dengar suara bisikan yang jelas dan bau busuk yang teramat sangat, aku bersyukur sekali kepada Allah kerana tak nampak rohnya atau hantunya kalau tidak kau tak akan dapat jumpa aku pada hari ini sebab aku dah lama mati kejang kat dalam sel puaka tu!" Dan sehingga kini , beliau masih tertanya2, suara siapakah itu, samada adakah ia suara isteri atau madu Adrian Lim.
 

Sumber

2 ulasan:

  1. Butuh Bandar Online terpercaya ?
    Yuk join aja menjadi member Di TogelPelangi

    Menyediakan permainan ;
    Togel
    Live dd48red blue

    serta memberikan prediksi terakurat

    DISKON Pemasangan :
    4D ; 66%
    3D : 59%
    2D : 29%

    Support 4 Bank terbaik :
    BCA
    MANDIRI
    BNI
    BRI

    Hot Promosi Jackpot Super Lucky
    Promo New Member
    Komisi Referal 1%

    Daftar sekarang bos : www.togelpelangi.com/daftar

    Info dan contact :

    BBM D8E23B5C
    LINE togelpelangi
    No telp.dan W.a +85581569708

    Silahkan bos



    BalasPadam
  2. Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
    Atau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
    Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya

    Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    - Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
    - Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5%
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
    - Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    7 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Tunggu Apa Lagi Bosku ?

    BalasPadam