Assalamualaikum
Saya seorang pendengar dari Pulau Pinang, Malaysia dan mengikuti rancangan MJ12 melalui saluran Youtube dan radio online. Nama samaran saya "Keyy Toot". Saya baru sahaja mendengar rancangan MJ12 tak sampai sebulan pun. Dan sekarang saya sudah meminati rancangan ini. Kisah ini berlaku pada tahun 2005 dan pakcik saya telah menceritakan kepada saya kisah yang saya hendak kongsi ini. Pakcik saya seorang duda dan tidak ada anak.
Saya hendak berkongsi pengalaman pakcik saya yang terkena gangguan gara-gara batu nisan lama. Pakcik saya seorang pembuat batu nisan di daerah dot dot dot, saya tak nak beritahu tempatnya, pada satu hari Jumaat sekitar pukul lapan malam. Sebuah kereta berhenti betul-betul di hadapan rumah pakcik saya. Seorang lelaki lingkungan 30-an tahun datang bersama isterinya dengan menaiki sebuah kereta mewah. Pakcik saya bertanya, "Apa hal datang malam-malam begini?" Lelaki itu meminta pertolongan daripada pakcik saya. Katanya, "Abang boleh tolong saya baiki nisan ini?"
Pakcik pun membelek dua batu nisan yang dibungkus dengan suratkhabar. Pakcik terkejut, usang sangat bentuk dan rupanya sehinggakan tulisan Jawi pada batu nisan itu sukar dibaca. Pakcik pun bertanya kepada lelaki itu, "Siapa punya nisan ini?" Dengan pantas lelaki itu menjawab, nisan itu milik ibunya yang bernama dot dot dot binte dot dot dot.

Pakcik mengatakan bahawa batu nisan itu terlalu usang. Daripada membaikinya lebih baik menempah yang baru saja. "Saya tak nak nisan baru bang, saya nak nisan ini jugak..." kata lelaki itu. Kerana kasihan dengan lelaki tersebut, pakcik ingin membaikinya, dan lelaki itu dan isterinya ingin pulang segera ke Ipoh, Perak atas urusan kerja, dan dia meninggalkan nombor telefonnya.
Apabila lelaki tersebut pulang, pakcik mengambil batu nisan yang dimiliki oleh ibu lelaki tadi dan mengesatnya dengan kain kotor. Sesudah mengesat segala kotoran dan lumut yang ada, tulisan Jawi itu sudah boleh dibaca. Memang nama pemiliknya itu dot dot dot binte dot dot dot. Meninggal pada tarikh 12 Mei 1990.
Sedang pakcik membelek rekahan-rekahan yang ada pada batu nisan tersebut, beliau dipaut rasa sedih melihat batu nisan yang sumbang-sumbing. Setahu beliau tidak pernah dia menerima permintaan sebegini sejak menjadi pembuat batu nisan sejak sepuluh tahun lalu. Sedar tak sedar, jam sudah menunjukkan pukul 12 malam. Terus Pak Cik tinggalkan batu nisan itu di luar rumah dan terus masuk tidur.
Sedang pakcik saya ingin memejamkan mata, tiba-tiba ada bau harum dan menusuk hidung. Kata pakcik baunya seperti bau bunga cempaka... Tidak lama kemudian... KKKKRRRRRAAAASSSSSSSS!!! DUMMMMM!!! Bunyi kaki diseret dan selepas itu kedengaran bunyi berdentum. Pakcik saya mahu bangun, ingin melihat sama ada pencuri.
Sedang pakcik ingin bangun, tiba-tiba kedua-dua belah bahu pakcik saya seperti ditimpa benda berat. Badan pakcik tak boleh bangun. Pakcik seperti terpaku di atas katil. Dia membuka mata perlahan-lahan dan nampak cahaya terang-benderang. Di hadapan pakcik ada bayang-byang hitam yang amat besar. Bila pakcik celikkan mata lagi, ternampak seorang wanita yang tinggi lampai hingga ke siling dan di tangan kiri wanita itu memegang batu nisan. Wanita berbaju hitam koyak rabak itu merenung tepat ke muka pakcik.
Dia memberitahu saya yang wanita itu berambut panjang dan menutup hampir separuh mukanya. Pakcik tenung ke muka wanita itu dan tidak jelas kerana mukanya ditutup oleh rambutnya, dan ketika itulah bau busuk menyelubungi biliknya, bau busuknya teramat sangat dan dia berkata yang dia tidak pernah bau busuk sebusuk bau itu.
Lembaga wanita itu semakin hampir dengan pakcik dan mengangkat tangannya yang memegang batu nisan seperti ingin menghempap kepala pakcik. Hampir sejengkal lagi lembaga itu menghampirinya, pakcik berbisik di dalam hati, "Habislah kepala aku akan hancur berkecai..." dan dia memejamkan mata, dan Alhamdulillah, lembaga wanita tersebut hilang.
Selepas itu, pantas pakcik teringatkan tentang batu nisan yang dibawa oleh pasangan suami isteri tadi. Adakah "dot dot dot binte dot dot dot" wanita yang menjelma di dalam biliknya dan mungkin 'dia' marah pakcik kerana cuba membaikinya?
Setelah azan Subuh berkumandang, pakcik menelefon pasangan suami isteri yang datang untuk membaiki nisan buruk itu tadi. Pakcik meminta lelaki tersebut datang untuk mengambil semula nisan itu. Lelaki itu berkata, "Eh kenapa bang?" Pakcik tak sanggup untuk memberitahu lelaki tersebut tentang apa yang dialaminya, "Maaf saya tidak boleh baiki nisan ini..." Lelaki itu menjawab, "Lah... Abang sajalah yang boleh tolong saya, saya hantar batu nisan ni kepada ramai pembuat nisan tetapi semua menghantar balik." Pakcik menolak juga permintaan lelaki itu...
Pakcik memberitahu saya, mungkin gangguan itulah juga yang menyebabkan orang lain enggan membaiki batu nisan tersebut.
Sekian...
Ikhlas daripada,
Keyy Toot
Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
BalasPadamAtau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya
Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com
Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
- Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
- Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
- Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
- Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
- Bonus Turnover 0.3%-0.5%
- Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
-Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
- Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI
7 Permainan Dalam 1 ID :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker
Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
BBM: 2AD05265
WA: +855968010699
Skype: smsqqcom@gmail.com
Tunggu Apa Lagi Bosku ?