Ahad, 22 September 2013

MUHASABAH DIRI


Mari kita baca 14 Perkara dibawah dan renung-renungkan…!!!

1. Yang Singkat Itu “WAKTU”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Mensia-siakannya?
 

2. Yang Menipu Itu “DUNIA”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Sukakannya?
 
3. Yang Dekat Itu “KEMATIAN”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tak Buat Persiapan Untuk Menghadapinya?
 
4. Yang Besar Itu “HAWA NAFSU”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tidak Mengawalnya?
 
5. Yang Berat Itu “AMANAH”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Berebut-rebut Mahu Memikulnya?
 
6. Yang Sulit Itu “IKHLAS”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tidak Cuba Mendapatkannya?
 
7. Yang Mudah Itu “BERBUAT DOSA”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tidak Berusaha Menghindarinya?
 
8. Yang Susah Itu “SABAR”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tak Merasai Kepentingan Dan Bermujahadah Dalam Menahan Perasaan?
 
9. Yang Sering Lupa Itu “BERSYUKUR”…Tapi Kenapa Masih Ramai Lagi Yang Kufur?
 
10. Yang Membakar Amal Itu “GHIBAH” (MENGUMPAT)…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Menjadikannya Hobi, Mengumpat Sana Sini?
 
11. Yang Mendorong Ke Neraka Itu “LIDAH”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Bermulut Lazer, Bercakap Bohong Dan Berkata Dusta? Atau asyik Nak Mengata Orang Saja?
 
12. Yang Berharga Itu “IMAN”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tidak Berusaha Memantapkannya?
 
13. Yang Menenteramkan Hati Itu “TEMAN SEJATI”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Suka Cari Musuh Dari Cari Teman Sejati?
 
14. Yang Ditunggu Allah SWT Itu “TAUBAT” hambaNya…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tak Sedar Diri…Berasa Dirinya Sudah Cukup Baik?

Oleh itu, saya menyeru kepada anda dan kita semua untuk sama-sama bermuhasabah diri sentiasa. Ingatlah tujuan kita hidup atas dunia yang sementara ini. Maut pasti menjelma. Sentiasa tanya diri ;  


Manusia dibekalkan oleh Allah dengan dua sifat, iaitu sifat keji dan sifat terpuji. Sifat-sifat ini tidak dibekalkan kepada binatang, jin dan malaikat. Bahkan malaikat itu sendiri dibekalkan dengan semata-mata taat kepada Allah dengan melaksanakan perintah-Nya. Lantaran adanya sifat keji atau mazmumah dalam diri manusia, perlulah manusia itu menghisab atau muhasabah dirinya.
Hadis Rasulullah bermaksud: “Buatlah perhitungan ke atas dirimu sebelum kamu dihitung pada hari akhirat”
Perkara-perkara yang perlu dihisab pada diri setiap Muslimin dan Muslimat ialah:
  • Apakah ilmu Allah yang telah dipelajari?
  • Apakah amanah Allah yang telah disempurnakan?
  • Apakah Ilmu Allah yang telah disebari?
  • Kemanakah rezeki Allah dibelanjakan?
  • Bagaimanakah rezeki Allah digunakan?
  • Sudahkan anak-anak yang dikurniakan Allah diuruskan dengan kehendak Islam?
  • Sudahkan isteri-isteri yang dikurniakan Allah diuruskan dan dilayani seperti kehendak Islam?
  • Apakah sudah memberi makan kepada anak-anak yatim dan orang miskin?
  • Adakah anak dan isteri menjalankan solat dan sentiasa taat kepada Allah?
Adakah kesombongan diri dan ego telah menguasai diri? Apakah diri sudah bersedia untuk menghadap Allah? Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka”.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan