Isnin, 16 September 2013

Ulasan filem Mantra

Ulasan Filem :Mantra - Serunya Pengabdian Syaitan

Assalamualaikum..

Review filem kembali lagi. Ini merupakan filem kedua saya tonton dalam bulan Julai selepas filem 9 Temples. Dengan kata lain, bulan 7 saya menonton dua buah filem seram..hehe. Memang hebat! Baiklah, untuk entri ini, saya hanya ingin menyentuh satu filem sahaja iatu filem Malaysia iaitu Mantra.

Saya menonton filem ini pada hari pertama tayangannya (15 Julai 2010). Entah kenapa, saya rasa ini filem pertama saya tonton pada hari pertama tayangan untuk tahun ini selain dari filem PGL pada tahun 2004. Mungkin kerana trailer filem ini berkesan, maka terdetik hati saya untuk menonton kehebatan filem arahan Azahari Mohd Zain ini.

Komentar:

Filem berdurasi lebih kurang 1 jam 30 minit mempunyai kekuatan dan kelainannya tersendiri. Filem ini merupakan filem seram kedua arahan Azahari selepas Santau. Ternyata percubaan kedua Azahari membuahkan hasil positif kerana filem ini memang membawa penonton ke suatu sudut yang berbeza.

Jika anda minat dengan filem seram dan aksi, maka saya rasa anda amat wajar menonton filem ini. Acuan filem ini sama seperti filem-filem seram Thailand yang mengajak penonton mengupas sendiri jalan ceritanya. Filem ini agak berat dari segi fahamannya tetapi berjaya ditafsir oleh pengarah dengan kemas. Ini mungkin disebabkan susunan dan lakon layar filem ini amat baik dan penonton akan mudah faham dari awal hingga akhir filem ini.

Plot cerita filem ini dibuat dengan kemas cuma ada masa-masa tertentu agak perlahan. Mungkin kebanyakan babak "tegang" menyebabkan penonton resah dan mahukan sesuatu yang lebih ummpph. Tetapi ia masih tidak mengecewakan kerana jalan cerita filem ini masih membuatkan penonton terpaku di kerusi sehingga akhir filem.

Filem ini juga kuat kerana pelakonnya. Biarpun tidak menggunakan pelakon komersial, tapi pelakon filem ini berjaya membawakan watak dengan baik. Lakonan hebat Zul Handy Black sebagai Muzir dan Hasnul Rahmat sebagai Hasbi memang berkesan. Saya rasakan mereka boleh dicalonkan sebagai pelakon lelaki terbaik FFM kerana keupayaan membawakan watak masing-masing dengan hebat sekali.

Pujian juga harus diberikan kepada watak Haji Fathih yang dilakonkan oleh Bob Lokman dan Pak Long lakonan Hamdan ( bekas anggota Senario). Kedua-dua pelakon ini boleh membawakan lakonan secara serius walaupun asasnya mereka adalah pelakon komedi. Pelakon baru seperti Ana Dahlia masih lemah, tidak lah sebaik mana dan saya rasa adalah lebih baik pengarah mengambil pelakon yang berpengalaman seperti Lisdawati ataupun Aida Aris.

Pelakon Kanak-kanak yang memegan watak Borhan juga bagi saya berpotensi untuk menjadi pelakon yang baik suatu hari nanti. Walaupun tidak banyak, watak Borhan amat penting dalam cerita ini. Watak-watak lain tidak banyak dalam filem ini ( biasalah cerita hantu kan..)

Kesan khas, bunyi dan teknik arahan wajar dipuji kerana memberikan satu sudut yang lain dalam filem ini. Kesan digunakan tidak nampak terlalu "keras" dan sangat menarik. Jika dibandingkan dengan filem-filem Malaysia yang lain, filem ini memang bagus dari sudut kesan khasnya. Penggunaan CGI tidak sedikit pun merencatkan filem ini. Hantu dan jembalang dalam filem ini dibuat dengan kesan khas yang cukup menjadi. Cuma ada beberapa babak nampak kaku, tapi masih boleh diterima oleh penonton.

Kelemahan filem ini mungkin ada tapi tidaklah ketara seperti Santau atau filem seram melayu yang lain. Jangan risau, tiada bunyi bingit seperti hantu mengilai dalam filem ini.

Secara keseluruhannya, filem ini memang tak seram. Kenapa? Sebab filem ini dihasilkan bukan untuk penonton masuk ke pawagam dan menjerit. Cuma penonton akan berfikir, dan belajar tentang ilmu hitam amalan masyarakat melayu. Filem ini tidak banyak adegan hantu ( macam dalam filem Ahmad Idham), apa yang penonton akan nampak ialah gangguan, dan wanita kena rasuk sahaja.

Bersesuaian dengan tajuk filem ini, MANTRA, maka penonton akan menyaksikan pertarungan Mantera mana yang hebat dan boleh menguasai manusia...di akhirnya, tiada siapa yang boleh menandingi kuasa Yang Maha Esa. Skrip dan bahasa digunakan dalam filem ini cukup baik. Bahasa mantera juga dikatakan diambil dari mantera jawa.

Bagi saya, filem Mantra adalah filem melayu yang terbaik untuk tahun ini. Tak tahulah kalau ada filem-filem lain yang akan menyusul. Dengan kata lain, filem ini boleh dibawa untuk ditayangkan ke Festival Filem Luar Negara, dan kita harus berbangga kerana filem ini dibuat dengan acuan tempatan.

Jadi, luangkan masa anda untuk menonton filem ini di pawagam. Nasihat saya awal-awal, sekiranya anda nak tengok hantu atau menjerit dalam pawagam..lupakan sahaja! Tapi kalau anda nak tengok aksi dan ritual mengenai ilmu hitam, maka saksikanlah filem ini. Anda akan puas menontonya.
 
 
Sumber

1 ulasan:

  1. Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
    Atau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
    Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya

    Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    - Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
    - Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5%
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
    - Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    7 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Tunggu Apa Lagi Bosku ?

    BalasPadam