Isnin, 30 September 2013

Pengubatan Alternatif


Walaupun namanya perubatan secara alternatif, pengubatan ini sering menjadi pilihan pertama para penderita kanser atau apa saja penyakit (terutama bagi yang sudah kritikal atau takut melalui pebedahan). Berbagai-bagai jenis ragam yang dipertontonkan apabila dalam keadaan terdesak, dari minuman ramuan herba, menggurut, menusuk jarum, berdoa, jampi dan serapa, amalan tenaga bathin / dalaman, sampai yang bersifat supranatural diguna pakai.

Pada mulanya para dokter bersikap sinis dan beranggapan pengubatan alternatif tidak mampu dipertanggungjawabkan kerana tidak dibuktikan dengan kajian perubatan. Tetapi dalam masa yang sama semakin banyak fakta-fakta keberhasilan membuat mereka tergoda untuk melakukan penyelidikan berkenaan jenis perubatan ini.
Hasilnya? Semakin lama semakin banyak teknik pengubatan alternatif yang diakui, bahkan diguna pakai oleh para doktor sebagai terapi sampingan bagi mendapat tingkat kesembuhan yang lebih baik.

Terdapat puluhan, bahkan ratusan teknik pengubatan secara alternatif. Tiap negara, tiap negeri dan daerah, bahkan ada komuniti mempunyai teknik tersendiri.
Secara umumnya, pengubatan alternatif dapat dibahagikan kepada beberapa kumpulan:

1) Ramuan Tradisional
Menggunakan rempah ratus atau tanaman herba dalam rawatan khusus mahupun secara Am nya.Pada umumnya bahan bahan semulajadi ini bersifat meningkatkan daya tahan tubuh untuk mencegah atau /dan melawan sel kanser, ada juga yang boleh membunuh sel kanser secara langsung, atau mencegah penyebaran kanser.

Ramuan tradisional untuk pengubatan kanser, misalnya mahkota dewa, mengkudu, buah merah, kunyit putih, sambungnyawa, tapak dara, bawang putih, benalu teh, dan sebagainya. Ada yang sudah dijadikan dalam bentuk kapsul, tablet, mahupun sirup dan ada yang masih dalam bentuk bahan segar/kering yang harus direbus dulu.

Satu pekara yang harus di ingat sebelum menggunakan ramuan tradisional adalah, tidak semua bahan sesuai untuk semua jenis kanser. Kunyit putih misalnya, ternyata sesuai untuk kanser mulut, kerongkongan, usus, payudara, kulit, tetapi belum terbukti sesuai untuk kanser jenis lain. Sedangkan produk berbahankan dasar kedelai sesuai juga untuk kanser payudara, kanser prostat, usus besar, dan paru-paru.

Kawasan dan tanah dimana tanaman atau bahan ramuan itu hidup dan cara perawatannya juga berpengaruh cukup besar pada tingkat efektifnya sesuatu ramuan. Contohnya tanaman yang tumbuh di tanah Indonisia lebih banyak dipenggaruhi oleh sulfer dan tanah di Thailand lebih banyak terpenggaruh oleh Uria dibandingkan dengan Malaysia. Maka sudah semestinya penerimaan tubuh badan kita kepada Ubatan itu berlainan tindakbalas.

Jadi kita tidak boleh terus menerima pakai sebarangan ramuan hanya kerana dicadangkan oleh orang lain atau dari Negara lain. Cari tahu bahan alam semulajadi sesuatu ramuan apa yang paling sesuai dan cocok untuk penyakit kita berdasarkan kepada Geografi setempat.

2) Pengubatan Secara Fisik
Termasuk dalam pengubatan secara fisik ini adalah urutan tradisional, Sauna dan spa, refleksi, akupunktur, akupressur, tenaga dalaman, dan berbagai lagi. Secara pengubatan belum terbukti perubatan seperti ini boleh menyembuh kanser secara langsung, tetapi diakui mampu mengurangkan rasa sakit, menimbulkan rasa nyaman, menghilangkan stress, dan meningkatkan kualiti hidup.

3) Pengubatan Saikis
Menurut penggamal perubatan ini, penyakit ini timbul akibat dari terganggunya keseimbangan tubuh, jiwa, fikiran, dan kehidupan spiritual seseorang. Oleh Kerana itu pengubatan secara rohani ini bertujuan untuk mengembalikan keseimbangan organ-organ tubuh agar bekerja normal, dan memulihkan kesihatan kepada asalnya.
Contoh pengubatan yang bersifat terapi saikis ini adalah meditasi, yoga, doa/dzikir, hipnotis, olah pernafasan, terapi muzik, aromaterapi, ayurveda, dan sebagainya. Kegiatan ini diyakini dapat memperkuatkan mental, mengurangi stress dan kecemasan, menimbulkan sikap positif, dan memperkuatkan kemahuan hidup. Juga dapat mengurangi kesan samping pengubatan, meningkatkan keberkesanannya ubatan dan mempercepatkan penyembuhan.

Berbagai agama di dunia memiliki kepercayaan masing-masing mengenai mukjizat penyembuhan illahiah. Penganut Islam umpamanya, percaya bahawa solat tahajjud, doa, dan dzikir dapat menyembuhkan berbagai penyakit yang secara perubatan dianggap tak mungkin. Penganut Kristian, Katolik, Hindu, dan agama-agama lain memiliki keyakinannya masing-masing.

Sementara naluri manusia belum mampu menerangkan terjadinya mukjizat ini, sebahagian orang mencuba mengilmiahkannya dengan berteorikan bahawa ketenangan jiwa dan kondisi spiritual yang sihat dapat meningkatkan kesihatan fizik secara umum.

4) Diet dan Nutrisi
Diet dan nutrisi mamainkan peranan penting dalam usaha mencegah dan menghambat pertumbuhan kanser. Pola pemakanan yang salah (kurang serat, terlalu banyak lemak, komposisi tidak seimbang, banyak mengandungi pewarna/pengawet/perasa buatan, atau cara memasak yang tidak bersih) merupakan salah satu pemicu penyakit kanser. Maka satu-satunya cara untuk memperbaikinya adalah dengan mengubah pola pemakanan yang salah kepada pola pemakanan yang sihat.

Di sisi lain, zat-zat makanan dan minuman dapat juga dimanfaatkan untuk melawan penyakit kanser. Ada yang bekerja dengan cara meningkatkan kekebalan tubuh, ada yang menuteraliskan kesan buruk zat-zat pemicu kanser, ada yang mencegah mutasi gen, ada yang mampu memperbaiki kembali gen-gen yang rosak, ada yang mampu mencegah terjadinya metastase (penyebaran sel kanser), bahkan ada juga yang memicu sel kanser untuk melakukan bunuh diri (apoptosis).

Mengatur diet dan nutrisi secara tepat merupakan satu kemestian yang harus dilakukan, pada masa yang sama berusaha pengubatkan kanser dengan penggambilan ubatannya.

Berbagai jenis makanan terbukti mengandungi zat-zat antikanser. Bahkan tumis campuran brokoli, sawi, kobis bunga, tomato, dan daging ikan amat kaya dengan unsur antioksidan.Berbagai senyawa tertentu seperti alil sulfida dalam bawang putih , kurkumin dalam kunyit, isoflavon dalam keladi, likofen dalam tomato, polifenol dalam teh hijau, revesratrol dalam kulit buah anggur merah, dan sulforafan dalam brokoli merupakan makanan pencegah kanser. Beberapa vitamin dan mineral juga merupakan antioksidan yang sering dipromosikan untuk pencegahan kanser seperti: beta-karoten, vitamin C, E, dan selenium.

5) Vitamin, Mineral, dan Pemakanan Suplemen
Salah satu cara lain yang diguna pakai dalam pengubatan secara alternatif untuk penyakit kanser adalah pemakanan Vitamin, Mineral dan Pemakanan Suplemen, khususnya yang dihasilkan oleh kilang –kilang farmasi dan dipasarkan sebagai vitamin atau makanan suplemen. Terdapat banyak produk dipasaran tempatan seperti produk lebah iaitu madu, royal jelly, propolis; juga sirip ikan hiu, minyak ikan, chlorella, teh hijau, ginseng, dan sebagainya yang dijamin mampu menyembuh kanser. Demikian juga dengan vitamin A dan beta karoten, vitamin B, C, E, K yang berfungsi sebagai antioksidan untuk mencegah pembentukan dan penyebaran sel kanser.

6) Pengubatan secara Mistik
Ada juga pesakit yang menggunakan khidmat Bomoh dan teknik pengubatan supranatural yang kelihatan tidak masuk akal, tetapi tetap mendapat tempat dikalangan masyarakat. Misalnya mentelek penyakit melalui seekor ayam atau binatang lain, memindahkan penyakit kepada binatang/telur/kayu/buah, dan banyak lagi lainnya.

7) Terapi Enzim
Terapi Enzim boleh dibahagikan kepada dua jenis.

a) Menggunakan ramuan rebusan tumbuhan
b) Menggunakan frakmentasi tumbuhan dan buah-buahan

A) Untuk terapi ramuan rebusan herbal, ada bermacam tumbuhan yang berdasarkan pada kajian dan pengalaman pengaji dan pengamal rawatan herbal bagi melawan penyakit kanser atau penyakit lain. Di antaranya benalu (Dendrophtoe petandra), tapak dara (Catharanthus roseus), meniran (Phyllanthus niruri L), kunir putih (Kaempferia rotunda L), tangguh (Pettiveria alliacea) dan jamur maitake (Grifola frondosa).

Kanser terjadi apabila DNA sel normal mengalami kerosakan sehingga menyebabkan mutasi genetik. Kalau ini tidak segera diperbaiki maka akan berlaku lebih banyak sel DNA yang rosak dan berpotensi menghasilkan sel kanser.
Dari sisi ilmu gizi, dua unsur yang dapat merosak DNA sel normal adalah radikal bebas dan karsinogen. Radikal bebas dapat dihasilkan melalui metabolisme tubuh atau dari lingkungan di sekeliling kita seperti asap lepasan dari kilang, kendaraan, asap rokok, zat-zat kimia seperti insektisida, zat kimia atau bahan aditif dalam makanan dan sebagainya.

Redikal bebas ini dapat dikawal dan dineutralkan dengan beberapa senyawa, vitamin dan mineral yang bersifat antioksidan dari tumbuhan tanaman. Senyawa antioksidan yang meneutralkan radikal bebas adalah seperti polifenol (teh hijau), likofen (tomato), beta-karotin (wortel), serta beberapa senyawa lain dalam sayuran atau buah-buahan. Khas mengenai likofen dalam tomato, senyawa ini terikat kuat dengan serat buah tersebut. (Bagi membebaskannya, tomato harus dimasak dahulu dengan sedikit minyak, kerana sifat likofen yang mudah larut dalam minyak).

B) Menggunakan Enzim dari tumbuhan dan buah-buahan sebagai rawatan alternatif atau lebih dikenali sebagai rawatan tanpa ubatan. Ia terhasil dengan cara framentasi buah-buahan atau tumbuhan.

Semua yang bernyawa bergantung pada catalytic protin dipanggil sebagai enzim. Kempulan ini bertanggungjawab kepada metabolisma dan pengaliran tenaga biochemikal. Terdapat berjuta-juta enzim dalam setubuh manusia dan sehingga kini sebanyak 3000 bebagai jenis enzim yang telah dikenal pasti terdapat dalam tubuh badan manusia oleh para saintis.

Enzim sentiasa ada yang mati dan berganti pada setiap saat. Enzim melakukan perbagai fungsi kimawi dalam kewujudanya dan untuk terus hidup dalam tubuh badan. Setiap pergerakan dan tumbuh biak sel-sel dalam tubuh badan bergantung kepada enzim. Tiada kehidupan tanpa enzim.

Lain enzim memikul tugasan yang berlainan dalam tubuh badan, ada enzim membantu dalam penghadaman pemakanan yang besar menjadikan ia kecil, hancur dan lumat untuk dihadam dan mudah diserapkan ketahap sel-sel seperti protin, karbohidrat dan lipids (lemak).

Kelemahan sel-sel dalam tubuh badan kita untuk melakukan tugasan disebabkan oleh kekurang zat atau disebabkan oleh faktor penyakit, kita memerlukan sokongan enzim luaran bagi membantu menambah, menguatkan sistem dalaman atau memulih kembali sel-sel yang rosak. Meminum enzim buah-buahan atau tumbuh-tumbuhan adalah satu jalan pintas untuk enzim meresap terus kedalam sel-sel yang memerlukan pertolongan.

8) Lain lain Cara
Ada juga pusat Perubatan kanser yang menggunakan teknik pengubatan yang belum diterima pakai sepenuhnya oleh para doktor dan institusi perubatan lain, seperti kemoterapi herbal, infus T-cell (berasal dari thymus sapi) yang dikatakan bisa membunuh sel-sel kanser, penggunaan ubat-ubat tertentu untuk membersihkan tubuh dari racun dan logam berat sumber radikal bebas, dan sebagainya.

Walaupun perubatan secara moden masih tidak mampu menerima pengubatan alternatif, tidak ada salahnya kita mencuba. Para kedoktoran berpegang pada teknik perubatan Barat yang sudah dan sedang terus dalam uji kaji secara klinik, sedangkan perubatan secara alternatif pada umumnya berasal dari Timur yang telah digunakan dan terbukti efektif secara turun-temurun, tetapi banyak yang masih belum diuji secara klinik.

Walau apapun, keputusan tetap di tangan kita untuk memilih. Ada juga kebanyakan ubat tradisional yang setelah diuji secara klinikal telah diterima pakai menjadi ubat-ubatan perubatan hospital moden, seperti ubat kemoterapi vincristine dan vinblastine, yang diambil dari ekstrak daun tapak dara.


Sumber

1 ulasan:

  1. Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
    Atau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
    Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya

    Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    - Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
    - Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5%
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
    - Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    7 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Tunggu Apa Lagi Bosku ?

    BalasPadam