Rabu, 3 Disember 2014

Kisah Seram - Tuihhhhh dari atas pokok

.


Dunia Seram - Cerita ini dieceritakan Moksu (Mak Usu) penulis, sewaktu dikampung. Begini.....

Suatu masa keluarga Moksu baru bertolak balik ke Segamat daripada Kuantan (atau Perak). Pemanduan tenang tenang awalnya. Waktu malam. Kalau waktu siang yang seram ialah JPJ.
Bebek (nama betul Azhar), adik sepupu penulis, becok mulutnya sepanjang perjalanan. Adik beradik yang lain dengar diam saja. Poksu (Pak Usu) menumpukan mengawal stering kereta Accord lama beliau.
Kalau penulis tak salah ingatan, waktu mereka melalui Jalan Pagoh, barulah terjadi sesuatu.
Pemanduan waktu malam memang selesa dengan sejuknya. Asal saja lampu kereta semua hidup terang. Yang lain minyak, angin tayar, minyak hitam biasalah.
Basah tiba tiba cermin kereta. Bukan setakat cermin depan, cermin sebelah tempat pemandu, penumpang sebelah, malah cermin belakang kereta, termasuk cermin kiri kanan penumpang belakang. Basah tiba tiba.
Jalan dilalui tiba tiba berkabus putih tebal. Senyap semua seisi kereta.
Moksu membaca ayat Kursi.
Alhamdulillah, mereka selamat sampai ke rumah di Segamat.
Malam itu Moksu bermimpi, diatas sebatang pokok, makhluk besar berbulu bermata satu. Meludah ke atas kereta Accord mereka.
Dengan angkuh memberi amaran- 'Kenapa kau lalu sini? Lain kali jangan lalu lagi!!'.
Sejak itu, Poksu sentiasa mahu melalui ulang Jalan Pagoh tetapi ditegah Moksu. Bukan takut syaitan, tetapi tak mahu jadi bukan bukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan