Selasa, 24 Mac 2015

Cerita Seram - Hantu Polong Mengganggu Suzi

 


Dunia Seram - Kisah ini adalah kisah benar yang berlaku pada rakan penulis sendiri. Ianya diceritakan sendiri oleh rakan penulis. Berlaku pada tahun 2001. Kisahnya bermula di mana rakan penulis (Suzi) adalah tergolong dalam keluarga bisnes yang berjaya . Bapanya seorang usahawan yang berjaya manakala ibunya suri rumah sepenuh masa. Suzi baru sahaja habis  peperiksan SPM dan sedang menunggu keputusan. Suzi tidur di bilik seorang diri manakala 3 lagi adiknya berada di asrama dan sekali sekala sahaja balik ke rumah. Pada sutu malam ketika Suzi tidur, sekitar jam 1 pagi..pintu bilik Suzi terbuka sendiri. Suzi sangat mengantuk dan membiarkan sahaja apa yang berlaku. Dia hanya memasang telinga apa yang berlaku di sekelilingnya. Kemudian dia mendengar ada orang membuka album gambarnya, majalah dan laian-lain. Seolah-olah ada orang yang berada di sebelahnya. Dia hanya berdiam diri tanpa sepatah kata. Esok malamnya perkara yang serupa juga terjadi pada Suzi. Boleh dikatakan setiap malam gangguan berlaku pada Suzi, tidak kiralah dia tidur bersama adiknya atau sesiapa sahaja. Gangguan masih tetap berlaku.
                Pada suatu malam Jumaat, Suzi melelapkan mata seperti biasa. Tiba-tiba dia terasa sejuk, lalu dia terbangun. Alangkah terperanjatnya Suzi apabila melihat tingkap terbuka luas, tanpa berlengah Suzi berlari mendapatkan ibu bapanya di tingkat bawah. Suzi , ibu & ayahnya dengan jelas mendengar bunyi seakan-akan puting beliung berpusing-pusing di sekeliling rumah. Setelah 10 minit berlalu.., dengan rasa takut mereka bertiga naik ke tingkat atas untuk ke bilik Suzi untuk melihat apa yang berlaku.Tingkap di bilik ditutup oleh bapanya. Suzi diminta tidur di bilik ibu bapanya sementara waktu. Esoknya ibu Suzi mendapati cermin muka di dalam tandas luar hilang tanpa dapat dikesan.
          Malam berikutnya Suzi tidur seperti biasa di dalam biliknya. Tanpa memikirkan apa yang terjadi pada malam sebelumnya. Suzi enak tidur di dalam biliknya dengan leka membaca Majalah Mangga yang baru dibelinya.Leka membelek gosip artis Suzi tertidur sendiri akibat keletihan didapur petang tadi. Tiba-Tiba dia terdengar pintu biliknya terbuka sendiri ...Kreeeekkkkk .
         Ya Allah !!! Astagfirullah Al Azim !!! Auzubillah himinassyaitonirrojim ......Suzi menjerit. Alangkah terkejutnya Suzi melihat dihujung kaki katilnya sebungkus hantu polong yang hangus terbakar mukanya, dengan mata merah menyala yang tersembul keluar mahu menerkam Suzi. Suzi terus menutup muka dengan selimut lalu membaca ayat kursi. Hantu itu terus menyerang Suzi dengan mencekik Suzi sehingga Suzi sesak nafas....dengan sedaya upaya Suzi melawan Hantu Polong tersebut dengan memegang jari jemari hantu tersebut yang sedang mencekik leher Suzi untuk melepaskan diri sambil membaca ayat-ayat Al-Quran sekuat hati. Akhirnya hantu polong tersebut melepaskan Suzi dan malam itu adalah malam terakhir Suzi diganggu dengan makhluk ciptaan Allah tersebut.
               Banyak lagi cerita yang diceritakan Suzi kepada penulis, kerana Suzi mempunyai banyak pengalaman menarik. Suzi juga dianugerahkan Allah indera keenam yang membolehkan Suzi melihat makhluk ghaib tersebut. 


Credit:Sumber

Kisah Misteri - Misteri sumpah pocong


Dunia Seram - Misteri sumpah pocong hanya ada dan asli Indonesia lho. Sumpah pocong yang konon merupakan tradisi masyarakat pedesaan adalah sumpah yang dilakukan oleh seseorang dengan kondisi terbalut kain kafan layaknya orang yang telah meninggal. Sumpah ini tak jarang dipraktekkan dengan tata cara yang berbeda, misalnya pelaku sumpah tidak dipocongi tapi hanya dikerudungi kain kafan dengan posisi duduk.

Sumpah pocong biasanya dilakukan oleh pemeluk agama Islam dan dilengkapi dengan saksi dan dilakukan di rumah ibadah (mesjid). Di dalam hukum Islam sebenarnya tidak ada sumpah dengan mengenakan kain kafan seperti ini. Sumpah ini merupakan tradisi lokal yang masih kental menerapkan norma-norma adat. Sumpah ini dilakukan untuk membuktikan suatu tuduhan atau kasus yang sedikit atau bahkan tidak memiliki bukti sama sekali.

Di dalam sistem pengadilan Indonesia, sumpah ini dikenal sebagai sumpah mimbar dan merupakan salah satu pembuktian yang dijalankan oleh pengadilan dalam memeriksa perkara-perkara perdata, walaupun bentuk sumpah pocong sendiri tidak diatur dalam peraturan Hukum Perdata dan Hukum Acara Perdata.

Sumpah mimbar lahir karena adanya perselisihan antara seseorang sebagai penggugat melawan orang lain sebagai tergugat, biasanya berupa perebutan harta warisan, hak-hak tanah, utang-piutang, dan sebagainya.
Dalam suatu kasus perdata ada beberapa tingkatan bukti yang layak diajukan, pertama adalah bukti surat dan kedua bukti saksi. Ada kalanya kedua belah pihak sulit menyediakan bukti-bukti tersebut, misalnya soal warisan, turun-temurunnya harta, atau utang-piutang yang dilakukan antara almarhum orang tua kedua belah pihak beberapa puluh tahun yang lalu.

Bila hal ini terjadi maka bukti ketiga yang diajukan adalah bukti persangkaan yaitu dengan meneliti rentetan kejadian di masa lalu. Bukti ini agak rawan dilakukan. Bila ketiga macam bukti tersebut masih belum cukup bagi hakim untuk memutuskan suatu perkara maka dimintakan bukti keempat yaitu pengakuan. Mengingat letaknya yang paling akhir, sumpah pun menjadi alat satu-satunya untuk memutuskan sengketa tersebut. Jadi sumpah tersebut memberikan dampak langsung kepada pemutusan yang dilakukan hakim.

Sumpah ada dua macam yaitu Sumpah Suppletoir dan Sumpah Decisoir. Sumpah Supletoir atau sumpah tambahan dilakukan apabila sudah ada bukti permulaan tapi belum bisa meyakinkan kebenaran fakta, karenanya perlu ditambah sumpah. Dalam keadaan tanpa bukti sama sekali, hakim akan memberikan sumpah decisoir atau sumpah pemutus yang sifatnya tuntas, menyelesaikan perkara.

Dengan menggunakan alat sumpah decisoir, putusan hakim akan semata-mata tergantung kepada bunyi sumpah dan keberanian pengucap sumpah. Agar memperoleh kebenaran yang hakiki, karena keputusan berdasarkan semata-mata pada bunyi sumpah, maka sumpah itu dikaitkan dengan sumpah pocong. Sumpah pocong dilakukan untuk memberikan dorongan psikologis pada pengucap sumpah untuk tidak berdusta.

hiiiiiiiiii.............

Kisah Hantu - Tiga Kisah Misteri


Dunia Seram - Sedapnya kalau dapat tido hujan-hujan macam ni kan..aku pun mengantuk je ni..perot pulak lapar..aishkkk..hari ni aku nak cite pasal pengalaman adik aku.kisah ni dia dengar dari rakan-rakan die.. Adik aku ni penakot tau tak, kalau malam-malam dia takkan berani nak pegi dapur sorang-sorang, penakut kan??kat sini ada 3 kisah yang ingin aku kongsikan bersama korang di blog seram aku ni..KISAH 1#
Kawan adik aku yang cite ni, aku gelar kan die Maya k. Maya ni dah berumahtangga dan warak orangnya..satu hari tu masa bulan puasa die terdengar azan berkumandang.. Sangkaannya mungkin die dah terlepas waktu sahur. So dia kejutkan lah suaminya yang sedang nyenyak tido tu. Suami maya ni pun kelam kabut pegi ke surau berdekatan rumahnya tu. Maya ni pun nak amik wudhu tetapi.... Bila die memandang ke arah jam di dinding rumahnya, baru pukul 3.30pagi!!! Hah??? Mana ada azan pepagi buta macam ni kan??!! Yamg suaminya pula syok punya masuk surau, tengok-tengok surau sunyi je..dia pun kehairanan..kat surau tu ade sorang musafir yg berbaring di dalam surau tu. Suami maya ni dok tegur la. Pastu pak cik yg berumur lingkungan 60an tu mendakwa tiada azan dilaungkan sebab masih awal lagi waktu subuh..paginya Maya pun tanya lah jirannya, jiran dia cakap mana ada azan pagi tadi.. Bulan ramadhan tu beb!!!

KISAH 2#
Yang ni kawan adik aku, Nana punya pengalaman pulak..suami nana ni selalu outstation jauh-jauh dan kekadang memakan masa berbulan-bulan kalau outstation..kebiasaannya dia memang tgl sorang je kalau laki die takda di rumah..satu hari tu seperti yang dijanjikan die menunggu kepulangan suami tercinta dia tu. Mengikot kata suaminya, beliau akan pulang hari ni..Ting Tong..bunyi bell kedengaran.dia pun bukak lah pintu dan menyapa suaminya. Rindu lah kot. Seperti biasa lah dia akan melayan suaminya,menjalankan tanggungjawap seorang isteri kepada suaminya. Tetapi yang pelik suami Nana ni dok diam je. Tak bercakap walaupun sepatah kata.muka pun pucat je. Nana tak nak menegur sikap suaminya itu takot mana tau suaminya itu keletihan akibat perjalanan yang jauh sehingga la keesokkan paginya nana menyediakan sarapan untuk suaminya tu..tuk tuk tuk..nana mendengar ketukkan dipintunya. "Sapa lah yang datang pepagi ni"..dia pun bukak lah pintu dan alangkah terkejutnya dia apabila suaminya tercegat didepan pintu dengan membawa bagasinya!!! " Eh, abang pegi mana bawa bagasi ni?" Tanya nana hairan. " Abang baru balik lah ni, letih", jawap suaminya. " Aiiii bukan abg dah balik ke smalam?"Tanya Nana lagi. " Awak jangan nak mengarut". Sepantas kilat nana berlari masuk ke bilik dan melihat dimana bagasi suaminya yang semalam suaminya bawak. TAK ADA!!! Die mencari-cari ole-ole yang suami die berikan padanya semalam juga tidak ada!!! Siapa yang die nampak semalam??? Sebab die yakin tu adalah suaminya..


KISAH 3#
Kisah terakhir ni diceritakan oleh seorang kawan adik aku yang bernama Fiza. Fiza ni mempunyai seorang anak lelaki berusia lingkungan 5 tahun. Pada hari kejadiaan tu suami fiza ni keluar lah bersama anak lelakinya tu dengan menaiki kereta untuk pergi ke masjid dan melakukan ibadat. Masa tu fiza tak boleh solat dan sedang menonton tV di ruang tamu..belum sampai 5minit suaminya itu keluar dia mendengar pintu dibuka, die melihat suaminya menjengah beliau tanpa berkata apa-apa..tak berkedip pun mata suami fiza tu. Fiza lantas bertanya, " abang tertinggal songkok ke?" Tetepi suaminya hanya memandang fiza sahaja. Fiza pelik kenapa suaminya tak berkata sepatah pun. Kemudian suaminya berganjak dari pintu tu dan menutup pintu. Fiza terus berlari untuk melihat suaminya itu. Pehhhh die tengok kat tingkap kereta dan suaminya tiada di situ!!! Siape yang die lihat tadi??? Bila suami dia pulang ke rumah cepat-cepat die bertanya suaminya tentang kejadian itu dan suaminya menafikan sekeras-kerasnya yang die ada patah balik ke rumah..kejadiaan itu membuatkan fiza berasa takut jika tinggal bersendirian di rumahnya itu..

Ni je kisah yang aku dapat kongsikan dengan korang pada pagi ni..ni pun aku tak letak nama yang sebenar tau sebab mereka tak izinkan..diharap korang dapat iktibar dari kisah-kisah yang aku paparkan di sini..

Kisah Misteri - SIFAT DAN SIKAP MAKHLUK HALUS

32 GAMBARAN, SIFAT DAN SIKAP MAKHLUK HALUS MENGIKUT KEPERCAYAAN ORANG-ORANG LAMA KITA.

1. Pontianak / Puntianak / kuntilanak

Pontianak atau lebih popular dieja sebagai pontianak, dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya. Terdapat juga pendapat menyatakan  bahawa ia merupakan jin (hantu) liar yang bertindak mengganggu manusia.

2. Langsuir - perempuan


Langsuir adalah sejenis makhluk halus penghisap darah dalam kepercayaan masyarakat Melayu. Langsuir dipercayai akan merasuk mangsa dan menghisap darah mangsa secara perlahan-lahan sehingga mati. Terdapat sesetengah pendapat bahawa Langsuirberasal daripada wanita yang mati bersalin atau selepas itu.Langsuir dipercayai mampu menyerupai seorang perempuan yang cantik dan mengoda lelaki agar mengikuti mereka ketempat sunyi. Apabila sampai ketempat yang sunyi, langsuir akan berubah kembali kepada rupa asal dan akan merobek perut mangsa atau mencekik leher mangsa dan menghisap darah mereka.

3. Toyol - hantu kanak-kanak bogel


Toyol merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan mencuri. Toyol ini dikatakan berbentuk kanak-kanak kecil dan turut mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.

4. Pelesit - boleh dipelihara


Pelesit merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Hantu pelesit dipercayai diberi makan darah dari jari tangan tuannya.Hantu pelesit dikatakan mampu menjelma sebagai sejenis belalang pelesit, belalang kecil yang mempunyai kepala berbentuk tajam dan tirus, dan masuk kerumah mangsa. Pelesit ini kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka.

5. Hantu air


Hantu air (juga termasuk Hantu laut) merupakan sejenis makhluk halus digelar mambang atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu membahayakan mereka yang bertembung dengannya.Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya.Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di pinggir air.Dipercayai bahawa hantu air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang dibuang, dihanyutkan melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan acak.Air laut yang berkilauan dikatakan menunjukkan kehadirannya. Bagi menggelakkan gangguan bagi para nelayan dari hantu air (laut), satu upacara yang dikenali sebagai semah laut akan diadakan setiap tahun. Upacara ini juga dikenali sebagai puja pantai / main pantai.

6. Hantu raya


Hantu Raya dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja dan juga bagi memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Cara mengambilnya ialah: amik dekat pokok kelapa yg kena panah petir Hantu Raya akan dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan apa-apa juga jenis kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh oleh tuannya bagi merasuk seseorang. Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya.Hantu Raya yang dipelihara itu akan perlu diberi makan sebagaimana yang dipersetujui. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.Hantu Raya biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.

7. Hantu bungkus - makhluk ghaib yang dilihat berbungkus dalam kain kafan.


Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.Hantu bungkus sering dikatakanmengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.

8. Polong


Hantu Polong merujuk kepada semangat atau makhluk halus belaan yang dipelihara oleh seseorang, biasanya lelaki, bertujuan untuk tujuan memudaratkan musuh. Hantu polongdipercayai diberi makan darah dari jari tuannya.Menurut kepercayaan orang Melayu,polong dihasilkan dengan meletak darah orang yang mati dibunuh kedalam botol bermulut panjang. Botol tersebut kemudiannya akan dipuja dan jampi serapah akan dibacakan dalam tempoh masa tertentu. Selepas tujuh hingga dua minggu akan kedengaran bunyi mengerit daripada dalam botol. Pemuja polong perlu menghiris sedikit jarinya dan memasukkan jarinya yang berdarah itu ke dalam botol untuk memberi polongmakan. Dengan memberi makan, polong ini akan terikat kepada tuannya dan akan melakukan apa sahaja suruhan tuannya.Polong biasanya akan disimpan di dalam botol dan hanya dikeluarkan apabila hendak memusnahkan musuh. Mangsa polong biasanya boleh dikenali dengan kesan lebam pada mayat dan darah keluar melalui mulut.


9. Bota

Hantu yang terkenal sehingga namanya digunakan sebagai nama sebuah kampung. Mengikut kepercayaan penduduk tempatan Bota, nama kawasan ini diambil bersempena sejenis gergasi yang wujud di sini. Bota ialah sejenis gergasi besar yang hidup dalam tanah, menyembunyikan diri dalam gua di dalam tanah. Bota akan keluar daripada tempat persembunyian pada ketika-ketika tertentu sahaja dan amat meminati kanak-kanak yang tidak memakai seluar.Kebanyakan masanya dihabiskan di dalam tanah dan jarang dilihat oleh manusia. Menurut nenek-nenek tua di kawasan ini, badan gergasi Botaini menyerupai warna tanah itu sendiri terutama di kawasan berlumpur, di tepi rimbunan buluh kuning dan di tepian sawah padi di mana ikan puyu dan tilan biasa ditemui. Makanannya didapati di dalam tanah juga dan sesekali akan mencari makanan dalam bentuk daging manusia atau haiwan. Manusia dan haiwan bukanlah makanan kegemarannya kerana ia hanya keluar sesekali sahaja terutama pada rembang petang.Gergasi Bota ini dikaitkan dengan kehilangan seseorang. Jika seseorang penduduk didapati hilang, mereka percaya Bota yang bertanggungjawab dan penduduk tersebut telah melanggar pantang 'kewujudan' Bota di sesuatu kawasan.Anehnya Bota ini tidak banyak tapi boleh berada di mana-mana sahaja terutama di kawasan Sungai Perak.

10. Bajang - makhluk aneh


Bajang merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.Bajang merupakan makhluk setan yang dipuja daripada mayat bayi yang mati semasa lahir. Ia merupakan setan jantan yang sering kali menjelma sebagai kucing pole cat. Bajang seringkali menyerang kanak-kanak dan mampu menyebabkan penyakit misteri yang boleh membawa maut kepada mangsanya.Bajangakan dikawal oleh pemiliknya dan akan disimpan di dalam tabung buluh. Sejenis daun khusus akan digunakan sebagai penyumbat tabungan tersebut dan dikunci dengan tangkal. Bajang hanya dikeluarkan apabila pemiliknya hendak mengenakan musuhnya.Bajang yang dipelihara itu akan diberi makan telur dan juga susu. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Bajang yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.Bajang boleh dihindari dengan menggunakan tangkal atau azimat. Tidak ada cara membunuh bajang tetapi biasanya sekiranya tuannya diketahui, dia akan dibunuh atau diusir dari kampung tersebut.Bajang biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.

11. Bunian, Kerajaan dan keluarga Bunian.


Orang Bunian ialah sebarang makhluk halus dari golongan jin dalam legenda Melayu, mirip dengan elf dalam legenda Eropah.Mereka dikatakan wujud dalam masyarakat besar, menyerupai struktur sosial manusia, mempunyai keluarga, puak, dan struktur masyarakat. Orang Bunian dikatakan mendiami kawasan hutan belantara, jauh dari perhubungan manusia, tetapi ada juga yang tinggal berdekatan dengan manusia malah berkongsi rumah dengan keluarga manusia. Sesetengah masalah kerasukan dikatakan berpunca dari orang bunian.Orang bunian mempunyai kuasa luar biasa yang hebat, dan juga diketahui berkawan dan menolong manusia, terutamanya pawang atau bomoh. Orangbunian dikatakan menculik kanak-kanak, dan bayi didalam perut wanita dan ada dituduh menyebabkan manusia sesat di dalam hutan.Semenjak orang bunian mirip dengan manusia (kecuali berasaskan fakta mereka biasanya ghaib atau halimunan) tidaklah dihiraukan untuk mereka berkahwin dengan manusia. Malah ada pendapat yang mengusulkan bahawa bunian ini adalah hasil gabungan hubungan manusia dan jin. Sekali seorang manusia telah pergi untuk tinggal dengan orang bunian, dia tidak boleh balik ke alam biasa, sebagaimana orang bunian hidup lebih lama daripada manusia. Terdapat cerita mengenai seorang lelaki yang mengahwini orang bunian, tetapi ingin mengembali ke keluarga mereka yang telah ditinggalkan, memutuskan untuk meninggalkan orang bunian. Waktu pulang mereka ke golongan manusia, mereka mendapati bahawa setiap orang yang mereka kenal telah meninggal dunia, dan beberapa tahun sudah berlalu. Cerita ini pernah disebutkan dalam cerita dongeng Amerika iaityu Rip Van Winkle. Perkara tersebut menyerupai teori kerelatifan masa.Orang Bunian Sungai Tekali Pada Julai 1998, satu tapak perkhemahan baru telah dibina di Kampung Sungai Tekali, daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Tapak perkhemahan ini adalah milik Jabatan Pelajaran Negeri Selangor . Perkhemahan yang pertama kali itu ialah Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Negeri Selangor.Segelintir penduduk kampung percaya dan melihat 3 orang (?) bunian mandi dalam anak sungai di tapak itu. Seperti biasa majlis bacaan Yassin diadakan pada hari pertama perkhemahan. Pada malam 'Night Walk' yang dikendalikan oleh Askar Briged Tengah, dua orang peserta telah 'hilang' dan seperti kerasukan selama beberapa bulan. Kejadian ini dikaitkan dengan orangbunian. Kini tapak perkhemahan itu telah 'bersih' dan tidak lagi kedengaran cerita-cerita seumpama itu.

12. Hantu Jepun


Hantu Jepun merujuk kepada sebarang bayangan atau makhluk yang berpakaian seperti tentera Jepun. Selalunya ia dikaitkan dengan tempat-tempat di mana pernah dijadikan markas tentera semasa Perang Dunia II, semasa Jepun menawan Malaysia.Tempat yang selalu selalu disebut-sebut sebagai kawasan yang dihantuinya adalah bangunan sekolah berasrama, pejabat kerajaan dan bangunan-bangunan penting yang ada semasa Perang Dunia II. Oleh itu, boleh dikatakan, hantu Jepun ini agak moden.Selalunya ia dilihat sama ada bersenjatakan senapang atau pedang, tanpa berkepala atau kepalanyadipangku bersama-samanya.Kadang kala, ia dikatakan berbaris lengkap bersenjata pada waktu malam (tanpa kepala), dengan bunyi derapan kasut but tentera.Tidak pula diketahui sama ada hantu Jepun turut terdapat di negara-negara jajah takluk Jepun yang lain (selain Singapura).

13. Hantu bukit


Hantu bukit merujuk kepada sejenis makhluk yang berkeliaran dikawasan bukit. Hantu bukit sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat.

14. Hantu kubur


Hantu kubur merujuk kepada sejenis makhluk yang berkeliaran dikawasan perkuburan.Hantu kubur amat ditakuti dikalangan orang-orang asli kerana mampu menyebarkan penyakit. Ini adalah antara sebab orang asli berpindah randah sekiranya berlaku kematian. Malah ia ditakuti oleh puak asli Kubu (Indonesia) dan Jakun (Malaysia) walaupun mereka dipisahkan oleh selat Melaka. Sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat.Cara mengambilnya ialah:tanah atau pacang kayu org mati kena bunuh/berdarah


15. Pari-pari


Pari-pari merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang terdapat dalam hutan. Pari-pari ini dikatakan mempunyai masyarat tersendiri dan boleh dikatakan menyerupai orang bunian.Pari-pari dikatakan tidak dipelihara oleh manusia dan dikatakan hidup bebas.

16. Hantu punjut


Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.

17. Jerangkung


Jerangkung merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara bagi tujuan menginiaya orang lain. Pemeliharaan makhluk halus seperti ini turut dikenali sebagai saka.

18. Hantu laut


Hantu air (juga termasuk Hantu laut) merupakan sejenis makhluk halus digelar mambang atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu membahayakan mereka yang bertembung dengannya.Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya.Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di pinggir air.Dipercayai bahawa hantu air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang dibuang, dihanyutkan melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan acak.Air laut yang berkilauan dikatakan menunjukkan kehadirannya. Bagi menggelakkan gangguan bagi para nelayan dari hantu air (laut), satu upacara yang dikenali sebagai semah laut akan diadakan setiap tahun. Upacara ini juga dikenali sebagai puja pantai / main pantai.

19. Hantu galah


Hantu Galah merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan.Ia dikatakan berbentuk manusia tetapi bersaiz besar dan amat tinggi sehingga kepalanya dikatakan menyapu awan. Ia sering kali ditemui jauh di dalam hutan dan biasanya hanya kakinya yang kelihatan.Mereka yang diusiknya dikatakan sering menyangka kakinya sebagai batang pokok.Kakinya dikatakan berbulu panjang dan hanya mangsa hanya terserempak pada waktu malam apabila sering bersandar atau memegang kakinya, atau ketika melalui celah kangkangnya.Manusia yang bersahabat dengannya dikatakan boleh mencabut bulu betisnya yang akan dibakar untuk menyerunya apabila memerlukan pertolongannya.

20. Jin Tanah


Jin Tanah dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dikatakan menjaga sesuatu kawasan (tanah).Jin Tanah biasanya menjaga sesuatu kawasan tanah dan akan menganggu mereka yang membuka tanah baru untuk berhuma. Untuk mengelakkan gangguan Jin Tanah, biasanya upacara pembukaan tanah baru akan diadakan. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak, Jin Tanah akan mengganggu mereka yang meneroka kawasan tanah baru tersebut.

21. Hantu Keramat


Hantu Keramat merujuk kepada semangat atau makhluk halus yang terdapat disuatu tempat tetapi tidak mengganggu orang.

22. Hantu Kum-Kum


Asal hantu kum-kum dikatakan bermula dengan seorang wanita yang mengamalkan ilmu mencantikkan muka. Tetapi salah satu pantangnya merupakan dia tidak boleh melihat cermin selama 10 hari / sesetengah cerita menyatakan sebulan.Semenjak hari itu semua orang memuji-muji kejelitaan wanita itu dan menyebabkan dia tidak sabar dan melihat wajahnya di cermin pada hari terakhir. Akibatnya mukanya menjadi buruk, dan setelah dia menemui kembali gurunya, dia diberitahu bahawa mukanya hanya akan kembali cantik setelah dia menyapu mukanya dengan darah XX perawan.Disebabkan itu wanita itu merayau-rayau mengetuk pintu rumah bagi mencari mangsa sambil menyatakan "Kum-Kum" sambil mengenakan jibab.

23. Orang minyak


Orang minyak merujuk kepada seseorang yang menuntut ilmu batin bagi tujuan menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa bagi tujuan mencuri/membuat onar.Salah satu cerita mengatakan orang minyak ini telah tersalah menuntut, menyebabkan dia menjadi hitam dan hanya akan pulih selepas memperkosa 40 orang gadis. Mangsa akan menjadi terpukau dan ditanda dengan dipangkah pada mukanya selepas dinodai. Kisah orang minyak ini amat popular sehinggakan ia dijadikan sebuah filem pada tahun 1958. Filem ini diterbitkan oleh Malay Film Productions Ltd dan diarahkan oleh P. Ramlee.

24. Puaka


Hantu Puaka merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dikatakan sering berkeliaran bersama-sama cuaca buruk.

25. Penanggal


Hantu Penanggalan atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena. Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.

26. Hantu bidai 

Hantu Bidai atau juga dikenali sebagai hantu balong bidai merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang suka menganggu manusia. Kononnya hantu bidai merupakan semangat jahat yang tinggal dalam air. Hantu bidai mampu menyerupai tikar, dan akan menggulung dan melemaskan mangsa.

29. Hantu kopek/tetek


Hantu Kopek/tetek merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang suka menganggu manusia. Kononnyahantu kopek berbentuk seorang wanita yang tua yang suka menyorokkan kanak-kanak kecil yang suka bermain-main di luar rumah semasa waktu maghrib, dengan cara menyembunyikan mereka dengan kopek (buah dada) mereka.

30. Harimau jadian


Harimau jadian dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis ilmu yang membolehkan penuntutnya bertukar menjadi harimau apabila dikehendaki. Ia dikatakan dibantu oleh golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya mempertahankan diri dan juga bagi memudaratkan musuh.Harimau jadian biasanya perlu dibuang sebelum meninggal, dan sekiranya tidak dibuangkan, penuntut ilmu itu akan sukar meninggal dunia.

31. Jembalang tanah


Jembalang tanah merujuk kepada semangat atau makhluk halus yang terdapat dikawasan hutan dara. Jembalang tanah dikatakan berasal daripada urin atau tali pusat bayi yang ditanam di kawasan hutan.

32. Hantu tengelong


Hantu Penanggalan atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena. Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.






SELAMAT MEMBACA... :)


Credit:Sumber

Khamis, 19 Mac 2015

Kisah Seram - Kereta Suzie




Dunia Seram - Kenyanggg sungguh perot aku sekarang ni..rasa malas pulak nak lipat kain ni. Sekarang JB hujan pagi je tu yg kain baju di ampaian tak boleh nak kering..hari ni aku masak ayam masak merah..nyummmmmyyy memang sedap hingga menjilat jari..

Hari ni aku nak kongsi salah satu pengalaman seram aku..kejadian ni berlaku pada tahun 2009..ketika tu aku menaiki kereta kawanku, suzie menuju ke KL. Aku ni dari dulu pun turun naik KL. KL dah mcm rumah kedua bagi aku.boleh dikatakan every weekand aku akan menghabiskan masa aku disana..masa tu jam 10pm, aku dan suzie bercadang bertolak malam sikit sebab nak tunggu highway tak banyak kereta sangat. Suzie kalau bawa kereta mana suka keadaan yang sesak, so aku pun setuju je. Aku kan sempoi.hehe

Malam tu aku dan suzie bertolak lah dari rumah jam 10pm. So aku dan suzie agak keletihan juga sebab pagi tu kan kami terpaksa bertugas..tanggungjawap tu. Aku dam suzie banyak berceloteh dalam kereta sebab aku tak nak suzie ni rasa mengantuk. Bahaya la kalau bawa kereta ketika dalam keadaan mengantok..sedang kami berborak tetiba kami terhidu bau yang sangat lah busuk. Aku dah start tutup hidung sebab tak tahan sangat dengan bau itu, seperti bau najis. Suzie buat tak tau je aku tengok. Siap boleh menyanyi-nyanyi lagi tu..

Aku fikir mesti bau tu datang dari luar sebab kami buka tingkap..tapi makin lama makin kuat baunya sehingga aku hampir pitam!! Aku pun tanpa sengaja melihat kebelakang, untuk memeriksa mana tau ade najis kucing ke apa ke sebab suzie ni bela banyak kucing. Alangkah terkejutnya aku sebab aku nampak bayi yang tak bergerak lagi, mcm dah pucat je muka bayi tu di tempat duduk belakang. Aku terus menutup muka aku dgn kedua tapak tangan aku. Aaarrrrgghhhh!! Aku menjerit kerana ketakutan.


Suzie terkejut dan terus memberhentikan keretanya di tepi jalan. Aku pun menerangkan kepadanya apa yang aku lihat dan apa yang aku hidu sebentar tadi. Dia hairan sebab dia tak nampak dan tak mencium ape-ape bau pun dari tadi. Aku dh semakin kehairanan. Tapi tadi memang aku nmpak bayi tu tapi bila aku dan suzie memeriksa sekali lagi bayi itu sudah tiada di tempat duduk belakang!!! Suzie ketawakan aku dan mengatakan yang aku ni banyak sangat berangan tapi memang betul aku bau dan nampak bayi itu!!!


Sejak hari tu, aku membuat keputusan untuk menaiki bas sahaja jika ingin ke KL..tak sanggup aku nak naik kereta or tumpang kekawan aku lagi..untuk pengetahuan korang, dua kali aku dah kena benda-benda macam ni bila menumpang kereta suzie.. Jadi tobat aku tak nak dah naik kereta die or kekawan aku yang lain.

Cerita Hantu - Gangguan Hantu Laut

Hantu Laut Di Changi Point

Dunia Seram - Kisah ini berlaku kira-kira dua tahun lalu, ketika itu aku dan temanku Sharul pergi memancing di muara Changi Point. Seperti biasa kami sampai tempat kegemaran kami kira-kira jam 12 malam kerana baru sahaja habis bertugas. Sesampai di sana aku terus persiapkan peralatan pancing dan terus memulakan balingan pertama sejurus kemudian.
Suasana malam itu agak terang dengan bulan mengambang penuh.."tentu malam ni akan ada banyak ikan" aku berkata sendirian.Sharul memacakan jorannya kira-kira 50 meter dari spotku, dia masih belum siap sedia untuk memulakan balingan walaupun aku sudah termenung lama menantikan gigitan pertama ku. "Maklumlah dia agak cermat orangnya", lamunku....
Tiba-tiba aku tersentak dengan deringan lonceng di hujung joranku...... aku bergegas menuju ke arah joran dan membuat satu sentapan yang keras...lalu terus mengulung tali pancing kerana ada terasa ikan yang agak besar telah mengena joranku. Agak lama juga aku bertarung dengan ikan seberat 3 kilo itu.Selepas itu aku mendapat tangkapan  ikan yang agak lumayan sepanjang satu jam setengah. Kotak ikan ku sudah hampir setengah penuh.
Tetapi kira-kira jam 3 pagi aku mendapat satu gigitan yang kuat dari sebelumnya dan aku pun mengulung tali pancing ku sesungguh hati kerana terasa mungkin ikan yang dikailku seberat 5 kilo....huhu bestnya macam ni bisik hati ku. Tetapi kira-kira 5 minit kemudian tarikan ikan hilang "alamak terlepas ikan aku"...hamun ku sejurus.Tetapi yang sangat memelikkan aku..... begitulah seterusnya selepas ikan pertama ku terlepas.Setiap kali ada deringan lonceng aku terus sentap dan megulung tali pancing....seperti awal ikan akan hilang diseparuh tarunggan...Ikut kiraku sudah 6 kali ia berlaku, aku mula merasa sangat hairan bin pelik...macam mana ikan boleh terlepas sebanyak 6-7 kali selari...ini mesti ada yang tak keta..... bisik hatiku. 
Aku memanggil Sharul untuk memastikan sak wasangkaku....memang betul begitulah terjadi bila Sharul mengambil tempatku menyentap joran...ikan terasa mengena tetapi hilang sesampai digigi pantai. Persoalanya macam mana ini boleh berlaku tanyaku kepada Sharul, yang memang agak arif dalam bidang alam misteri dan pelik. Tanpa menjawap dia mengusap-gusap cicin dijarinya, membaca doa yang aku pun tak faham bunyinya dan terus melangkah kehadapan mengaup segenggam pasir laut sambil menyembur mentera. Sharul berpaling kepada ku lalu menyapa.."kau jangan terperanjat bila ada benda yang keluar...buat bodoh saja ok?" ...selambanya pada ku. Dia terus melangkah ke gigi air dan menabur jauh pasir laut yang di genggam tadi dan tunduk mengocok air ombak seteru mementera. 
Alangkah terperanjatnya aku dengan apa yang berlaku kemudian....mula-mula seperti umpai-umpai hitam memenuhi sungai itu dan pelahan-lahan menjadi lautan rambut yang panjang seluas mataku memendang.Seketika kemudian terlihat susuk tubuh yang tegap bermata merah garang melirik keluar dari laut menuju ke pantai dimana Sharul berdiri....Oi panjangnya rambutnya dengan hanyunan tubuh ke kiri ke kanan....sangat menyeramkan. Aku terasa gerum...sehingga aku hampir mahu pengsan.Aku cuba cabut lari, tetapi kakiku terasa sangat lemah dan lembik seperti tahu "Jangan lari, nanti dia ikut kau"...pekik Sharul.....kemudian dia berkata sesuatu kepada lembaga itu tanpa menuggu jawapan dariku. 
Sharul dan lembaga itu tergegat agak lama...seolah-olah mereka sedang bersembang seperti kawan lama. Yang sangat menjadi peliknya tiada seorang pun berada di sekitar kawasan kami berada...sedangkan selalunya ketika hujung minggu begini mesti terdapat ramai penggunjung ditempat popular ini. Beberapa minit kemudian....lembaga itu menggangguk2 kepalanya.....sambil Sharul menukat tangan seperti berdoa. Lembaga itu bergerak pelahan-pelahan... seraya melangkah kembali ke dalam laut dan hilang ditelan suasan malam yang kelam. 
Sedetik kemudian Sharul memberi sebotol air mineral yang telah di jampinya, untuk menenangkan aku.... dan berkata "kau boleh terus pancing, dia takan kacau kau lagi", dia lalu pergi ke tempat jorannya yang sudah lama ditinggalkanya. "Dia ni gila ke...ada dia suruh aku pancing sorang-sorang"....bisik hatiku, aku pun apalagi...angkat semua barang-barangku pergi ketempat Sharul mepancing. Kami teruskan memancing seperti seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.....muai juga tankapan kami selepas peristiwa tadi, kita hinggalah sampai matahari terbit ....bila selalu kita akan beredar pulang. 
Seperti biasanya kita akan ke pasar Changi Village bersarapan roti prata dan teh tarik. Ketika itulah Sharul menceritakan padaku bahawa semalam Hantu Laut yang telah mencuri ikan-ikanku, tetapi setelah diseru dia berjanji tidak akan mengganggu kita lagi sampai bila-bila. Sharul mencadangkan kita kembali lagi ke tempat sama pada minggu akan datangnya...aku jawap dengan cepat "Kirim salam sua beb"..............Tamat

Kisah Misteri - Buang Makhluk Halus



Pengalaman Berubat Buang Makhluk Halus Yg Menumpangkan Badan Aku

Dunia Seram - Dah lama aku tak post cerita kat sini.. So hari ni aku share dgn kawan kat GC ni pengalaman yang berlaku sendiri kat aku.. Selalu dengar cerita orang, tengok kat TV.. Nie memang jadi kat diri sendiri.. Aku akan bahagikan kepada beberapa bab, sebab aku nak korang paham sebab dan punca aku boleh TERpergi berubat... Jom layan..

TARIKH KEJADIAN: Ahad, 23 Oktober 2012
TEMPAT: Seremban, Negeri Sembilan 


BAB 1: Sebulan Sebelum Kejadian...
SHAH(bkn name sbnr), housemate aku merangkap kawan baik aku kat KL nie pergi berubat.. Setelah dipaksa oleh ibundanya yg tercinta.. Ustaz kat situ telah mengesahkan die ada JIN SAKA dan JIN SIHIR/ASYIK dalam badan die... Aku tak gi la pun... Just tengok video yg pakcik die rakam je tu pun tak abis sbb boring.. Masa nie SHAH gi berubat dgn ditemani oleh ibu, maksu dan paksu beliau..



BAB 2: Beberapa Hari Selepas SHAH Berubat..
Buat pengetahuan semua, rumah aku nie gan rumah kedai dekat je.. Kalau makan malam, aku jalan kaki je gi kedai... Nak dijadikan cerita, on the way aku jalan kaki dari kedai mamak ke rumah, ternampak lak sebijik kereta yg aku rasa mcm kenal jer... Pastu ternampak SHAH kat tepi kete tu.. Baru aku perasan kete tu kete sepupu beliau... So aku gi kete tu tegur2 la famili die.. Dalam kete tu ada ibu, maksu n paksu beliau.. Aku salam cium tangan dorang... Pastu SHAH sembang2 gan famili die, pastu famili die pun blah..

Pastu SHAH ajak aku gi 7e jap.. Masih lagi berjalan kaki.. Pastu baru la aku terpikir nak bukak mulut pasal kes die berubat tu..

Aku: Baru aku teringat nak cakap.. Ingat tak hari ko balik dari gi berubat tu?? Malam tu aku rasa semacam taw.. Aku xde la rasa takut ke, seram ke.. Tapi rasa something wrong... Mcm ada bende je tak kene.. Terasa mcm tak selesa pun ada.. Nk explain pun tak reti, tp senang cite rasa tak best la..
Shah: haaaaaaaaaa... ko kene ikut aku...
Aku: gi mana??
Shah: gi berubat jugak la.. Masa aku abis berubat tu, Uztaz tu tanye kak famili aku(ibu, maksu n paksu) ada rasa ape2 tak?? Famili aku kate takde.. Uztaz tu macam pelik laaa.. Sebab selalunya ada orang akan kene tempias... So aku rasa, ko la orangnya...

Pelik gak, jauhnya tempias tu...  N9-KL tuuuuuuuu...



BAB 3: Di Hari Kejadian..
Bab nie yang paling penting aku nak share..

Yang pergi masa nie aku, SHAH dan ibunda SHAH... Ustaz tu tanye sapa yang nak gi berubat.. Mule2 aku tunjuk la SHAH tu.. Sambil tunding jari ke arah aku,"Yg nie??"... Pastu ibu SHAH yg jawab, "Yg nie just nak scan tengok ada ke tak"... So ustaz tu bagi borang isi maklumat peribadi dan tick tanda2 yg dorang listkan.. Pas abis cerita nnt, aku tuliskan kat bawah list yg aku ingat..
So ustaz tu start gan aku dulu.. Mule2 die tanye aku ada pakai tangkal ke, belajar silat ke, apa2 jenis ilmu batin la.. Aku cakap la takde... Mana la aku reti bende2 ngarut mcm nie.. Ustaz tu suh aku duk bersandar kat dinding dgn kaki menjulur dan tangan atas peha... Ustaz tu duduk kat hujung kaki aku dan start baca beberapa surah, tak silap aku yg ada surah Sulaiman.. Pastu die bagi aku segelas air, maybe air Yassi di pegang tangan kanan dan tangan kiri pegang kertas.. Pastu aku disuruh baca kandung yg tertulis kat kertas tu... Ayat penuh tak ingat, tp kandungan kertas tu mengatakan aku tak nak ada ape makhluk dalam badan aku... Then, ustaz suh aku selawat n teguk minum 3x, pastu baru abiskan terus air tu..
Pastu Ustaz tu spray air(maybe air yassin) kat hujung kaki, belakang  tangan dan tapak tangan..Masa tu aku pejam mata sbb dlm video SHAH tu, SHAH pejam mata... So aku ingat kene pejam mata... Ustaz tu start baca balik ayat2 Al-Quran... Aku diam sambil pejam mata n dengar ayat2 tu.. Ms tu terasa bergerak2 kaki aku.. Aku hengat, sebab lenguh ke hape... Abis je baca, Ustaz tu cakap due2 ada.. Jin Saka ada, Jin Sihir/Asyik pun ada... "Laaaaa... Ada ke.. Macam takde", kata aku.. Aku tanye, boleh bukak mata ke??? aku nak tengok gak bergerak2 tu.. Skali boleh... hahahaha.. aku ingat wajib kene pejam..

Bermula la sesi berubat.. Ustaz tu bergerak dari duduk ke hujung kaki aku, ke sebelah kanan aku.. Aku disuruh genggam tangan kiri dan kanan tapi jari telnjuk terbukak(mcm dalam tahiyat awal/akhir tu laa...), tapi masih keadaan kaki menjulur.. Sambil spray air yassin dari kaki ke tangan dengan bantuan ayat2 al-Quran, jin2 tersebut si suruh pergi ke jari aku.. Bermula pertanyaan pada jin saka, Ustaz tu cakap,

"Wahai Jin Saka, aku ingin bertanya kepada kamu..  Apakah Akidah kamu?? Jika kamu Islam, gerakkan jari kanan.. Jika kamu kafir, gerakkan jari kiri"... Jari kiri bergerak2, tapi tak kuat.. Ustaz tu terus baca ayat al-Quran, dan ketuk2 pergelangan tangan kanan, kemudian kiri.. Spray2 air Yassin lagi.. tak turun2.. Masa nie jari kiri aku bergerak2 kuat sikit... "Turun lagi.. lagi.. sampai sini", kate ustaz tu sambil tunjuk peha aku... tak turun2 jugak... Degil saka nie...

Pastu tukar, tanye Jin Sihir/Asyik... Sama mcm Jin Saka... Tapi bile ustaz tu suh turun lagi, terkezut aku... jari kiri aku turun sendiri hampir cecah peha... "Kafir due2nya", kate ustaz tu... Ustaz tu teruskan bacaan, dan suruh Jin Sihir/Asyik masuk Islam... Kalau nak, gerak jari kanan, taknak gerak jari kiri.. lepas dipujuk2, Alhamdulillah, jari kanan aku yang bergerak... Ustaz tu suruh Jin tu ikut die bacakan Syahadah, dalam masa yg sama aku kene baca jugak sbb Jin tu akan ikut aku...
Dan ustaz tu kate nak rukyah kan jin tersebut.. Aku disuruh pejam mate dan dengar bacaan die dgn kusyuk.. Sambil pegang ubun2 kepala aku, kemudian die bacakan surah2 tertentu... Setel pasal Jin Sihir/Asyik..

Kembali semula ke Jin Saka.. Proses die sama macam mule2 tadi.. Jari telunjuk aku still bergerak2 sikit.. Ustaz tu suh Jin tu mengaku kalau tak dia akan bacakan ayat2 yang lebih 'panas'... Still jari telunjuk kiri bergerak2 jer, tapi tak turun... Pastu Ustaz tu tanye aku, "Nak taw tak saka nie dari blah ayah ke mak??".. Aku nganggung je masa.. Still dalam keadaan duduk melunjurkan kaki, aku di suruh depa tangan kedepan (mcm nak lurus kan barisan) tapi tapak tangan bengkok ke bawah(Mcm hantu cina yang lompat pun ada).. Lepas ustaz tu cakap, "Jika kamu datang dari blah ayah, turunkan tangan kanan.. Jika ibu, turun tangan kiri"... Serius, kali nie paling terkejut... turun tangan k_____ aku(demi menjaga nama baik ayah dan ibu aku, aku tak kat sini tak nak bagi taw tangan kanan ke, tangan kiri ke yang turun).. terasa ada orang tekan kat bahagian lengan aku(anggota badan yg dari bahu ke siku tu lengan kan kan?? tetiba mcm kompius plak)... 
Pastu ada lagi proses die.. Dekat sejam baru abis semua bende...


PENUTUPKalau ikutkan, ada lagi proses2 die selepas tu.. tapi disebabkan ada proses yang memelukan pergerakkan tubuh, so susah aku nak cite pergerakkan tu... Yang aku cite2 bab penting2 je.. mcm tanda2 bergerak2 kat kaki, jari mcm vibrate, tangan turun sendiri...

Mcm aku cerita kat atas pasal list2 yang kene tick tu, kat bawah antara list2 die...

TANDA2 KETIKA JAGA
- Nampak makhluk halus..
- Dengar bisikan
- Pelupa
- Menyepi dan masa
- Dada berdebar
- Sakit kepala
- Melihat objek bergerak
- Panas baran
- Hilang tumpuan ketika solat/zikir

TANDA2 KETIKA TIDUR
- Susah tidur
- Kerap terjaga
- Kene himpit
- Kacip gigi
- Ketawa, menjerit dan menangis
- Mimpi seram
- Mimpi kanak2
- Mimpi orang meninggal
- Mimpi makan
- Mimpi jatuh
- Mimpi makan
- Mimpi kubur/darah
- Mimpi banjir
- Mimpi rumah lama
- Mimpi ditempat kotor
- Mimpi terima barang

TANDA2 PADA BADAN
- Sukar mengandung
- Keguguran
- Haid tak teratur
- Kayap
- Gatal2 pada badan
- Jerawat teruk
- Cacat sejak lahir

Aku share list2 nie, kot2 korang ada masalah yang sama.. Maybe terkene jugak.. Kalau boleh kite tak nak la bende2 nie kacau keturunan kite.. Sbb menujuk ustaz tu, bende nie beranak-pihak.. die kalau masuk dalam badan, die masuk sepasang.. Die boleh kacau otak dan keturunan kite.. Boleh sampai taraf kacau jodoh dan kandungan atau keturunan.. Takkan nak biar bakal2 anak tu jadi kaki rempit kan kan..

Pasal bayaran, seikhlas hati... sebab ustaz tu kate, ayat al-Quran tak boleh dijual beli.. Die tak letakkan harga..

Dan sebagai maklumat tambahan, tempat yg aku gi tu, Pusat rawatan.. Masa 1st time SHAH datang, dan hari yang aku datang gan die tu.. yang mengubat tu, 2 orang yang berlainan.. aku tak sure ada berapa orang ustaz kat Pusat Rawatan tu... Sapa2 ada masalah yang sama, boleh la PM aku... Kita hanya berusaha, tetapi Allah yang menentukan segalanya..


Credit:Sumber

Apakah Pesan Roh Kepada Manusia??

Image result for cerita seram sihir




Apakah Pesan Roh Kepada Manusia?? | Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jiin dan manusia.

Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : “Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut”.

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : “Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh”.

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : “Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh” . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : “Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya”.

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: “Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku”.

“Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku”. “Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku”.

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu.

Maka mayat itu menjawab: “Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku”.

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya.

Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.


Baginda Rasullullah saw bersabda:

Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah saw lagi:


“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail as akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail as “Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail as akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah swt menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: “Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah swt ” Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah swt dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.


Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud:

“Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.” Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.” Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.

Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu.” Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.”

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.” Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah swt.

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud:


“Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu. ” Sebaik saja mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah swt. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah swt maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar ra telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar ra:

“Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”

Telah bersabda Rasullullah saw: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama. Wallahualam. - See more at: http://fuh.my/apakah-pesan-roh-kepada-manusia/#sthash.fr0zhiWq.dpuf


Credit:Sumber

Cerita Hantu - Main main hantu




Dunia Seram - Penah tak korang tgk pocong lompat2 kat depan mate korang ngan kwan ko
pon skali lompat??Cerita nie berlaku mase aku kecik lagi,baru darjah 4
dah lah sekolah aku tu tepi kubor.sape duduk keramat dier tau
ar...mase aku darjah 4,sekolah aku ade wat kem motivasi kat skolah,so
kene la tido kat skolah la.kiteorg tido dalam klas.pada malam pertame
takde kejadian pelik2 berlaku,maybe kiteorg tido kat blok baru buat tu
kot...tapi pada malam kedua,ujan plak turun,kiteorang kene la
berpindah ke blok lame.

Hujan plak turun lebat malam tu,pada mulenye cikgu aku berat ati nak
suruh kiteorg pindah blok lame,tapi bile air dah stat masuk ke dalam
klas cikgu pon suruh kiteorg kemas barang n pindah ke blok lame,blok
lame nie ade 3 tingkat..tingkat 1 tak bleh ddk,sebab makmal sains,so
kene la ddk tingkat 2 n 3...pelajar laki2 ddk tingkat 2,pelajar
pompuan plak ddk kat tingkat 3..tapi cikgu2 tak tido sekali ngan
kiteorg,cikgu tido dalam bilik guru,blok yg same tapi tapi hujung
sekali dekat ngan tandas...bdak laki ade la dalam 40 org dalam klas
tu.pada malam tu aku tak bleh tido sebab bising sangat bunyi hujan,aku
tgk sebelah aku,membe aku pon tak leh tido gak,so kiteorg bersembang
ar.

Mase tu dalam kul 2 pagi..rupe2nyer ramai lagi yg tak tido
lagi,kiteorg berkumpul la kat tepi klas,sembang2 kosong..terbukak plak
citer hantu...tibe2 datang plak idea bodoh yang aku cadangkan,"kite
kaco bdk pompuan nak tak??"aku cakap kat membe aku...tapi ade la 2,3
bdk tak setuju,takut cikgu tau...aku mase tu tak pikir ape dah,kire
nak kaco org je,so aku teruskan la ngan mane bdk yg setuju nak kaco
bdk pompuan,mule2 cadang nak baling seliper jer,tapi klau baling
seliper,besok mesti kantoi,sbb seliper kiteorg ade kat tingkat atas..

Membe aku bagi cadangan yang sangat bangang"kite jadi pocong nak
tak??"dan aku yang same bangang ni pon setuju..aku balut membe aku 3
org ngan selimut putih,walaupon balutan kiteorg tak kemas,cuak gak
bile aku tgk,tapi mase tu tgh teruje giler,tak pikir ape dah,pelan2
membe aku naik tingkat atas,kiteorg tak wat bising takot cikgu
dgr,member aku pon lompat2 ar kat tingkat atas,aku tungu membe aku kat
hujung tangge yg kiteorg naik..sampai je hujung blok,membe aku patah
balik,kiteorg hampa sbb bdk pompuan semua dah tido...mase dorang OTW
datang kat aku,aku nampak kelibat putih kat blakang dorang...

Mule2 aku ingat membe aku,tapi bile aku tgk lame2 bende tu tinggi dari
membe aku,dan ikatan kain die kemas,aku dah mule seram dah,habis semua
surah aku bace..alif,ba,ta,A,B,C pon aku tibai....aku tgk bende tu
makin dekat,aku tanye membe aku yg kat sebelah aku nie,"ko nampak tak
kat blakang bebudak tu ade ape"?membe aku dah kaku,bkn aku sorang je
yang nampak,membe yg kat sebelah aku pon nampak gak..tapi aku rase
membe aku yg jadi pocong tu tak perasan ade pocong yg sebenar belakang
dorang melompat sekali ngan dorang,sebab dorang stady je aku tgk,siap
bleh gelak2 lagi..."aduh nak wat camne nie"aku bercakap dalam hati....

Tibe2 petir menyambar...padahal hujan dah renyai dah mase tu,aku terus
pelok membe yg kat sebelah aku nie...pastu bile aku tgk balik,pocong
yang kat belakang membe aku tadi dah takde,cepat2 aku bukak kain
selimut dorang n aku tarik kawan aku turun tangga dan masuk balik
dalam kelas,aku ngan membe aku yang nampak pocong tadi masih lagi
ketakutan,membe aku yang menjadi pocong tadi hairan tengok kiteorg
ketakutan,aku bagi tau kat dorang"kat belakang korang tadi ade
pocong".......petir menyambar kembali...tibe2 membe aku yang menjadi
pocong tadi hilang di depan mata kiteorg mase petir meyambar...aku
ngan membe aku jadi pelik...dan tiba2 lampu pon terbukak...

aku tgk membe aku tadi yang jadi pocong tadi yang bukak lampu....pastu
dorang tanye aku"kenape korang tinggalkan kiteorg kat atas"??aku ngan
membe aku pandang satu sama lain..."tangan sape aku pegang tadi"???