Rabu, 26 September 2012

Kisah Pemancing Terserempak Bunian Mandi (Seram!)

BY SHAH 
  
Sebagai seorang pemancing yang tegar, diganggu makhluk ketika memancing dianggap sebagai satu pengalaman yang cukup mencabar. Ada juga yang sudah lali dengan gangguan tersebut. Kini ada yang terserempak dengan bunian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Melayukini.net – Kisah Pemancing Terserempak Bunian Mandi | Kegilaan kaki pancing terhadap hobi itu sudah lama diketahui. Mereka sanggup membelanjakan ribuan ringgit untuk membeli peralatan memancing sahaja.Ada pula yang mengambil cuti selama berminggu-minggu semata-mata untuk mencari lubuk ikan.Namun, di sebalik semua itu, cerita-cerita misteri sering melingkari kaki-kaki pancing tegar ini. Jurnal minggu ini berkesempatan berbual-bual dengan beberapa kaki pancing mengenai kisah pelik yang pernah mereka alami.Salah seorang daripada mereka ialah kartunis terkenal Ibrahim Anon, atau Ujang, 45.
Penggemar ikan kelah dan sebarau ini berkata dia pernah terserempak dengan harimau, gajah dan hampir dipatuk ular semasa memancing di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.
“Saya akan memancing di sana setiap tahun. Ngauman harimau sudah biasa didengar.
“Jadi untuk mengelakkan daripada bertembung dengan haiwan pemakan daging itu, kami kumpulan pemancing bergerak perlahan-lahan ke tempat lain.
Harimau
“Pantang harimau ialah jangan diganggu,” kata Ujang yang kini mengusahakan perniagaan berbentuk penganjuran aktiviti memancing.
Ceritanya lagi, tindakan yang sama juga dilakukan jika ternampak kelibat gajah.
Menyentuh mengenai kejadian aneh, Ujang memberitahu dia tidak pernah mendengar suara misteri apatah lagi terserempak dengan bunian.
UJANG hanya pernah terserempak kelibat gajah liar dan mendengar ngauman harimau.
“Mungkin itu perasaan kita sahaja. Paling penting niat kita adalah untuk memancing, bukan ada tujuan lain,” tegasnya yang hampir lemas dalam satu kejadian bot terbalik di Sungai Tembeling, Pahang tetapi mujurlah dia pandai berenang.
Seorang lagi kaki pancing, Ku Ahmad Adzam Ku Saud, 33, yang berasal dari Alor Setar, Kedah, pernah berasa seperti ada orang menepuk bahu kanannya semasa memancing di Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang.
“Namun, apabila menoleh, tiada siapa di belakang saya.
“Pada mulanya saya fikir itu hanyalah khayalan tetapi perkara itu berlaku berulang kali menyebabkan saya percaya ia perbuatan makhluk halus,” kata penggemar ikan sebarau dan toman ini.
Bicaranya lagi, kejadian itu menyebabkan dia ketakutan dan kembali ke khemah semula.
Ku Ahmad demam selama beberapa hari selepas peristiwa itu.
“Saya juga pernah melihat gadis bunian sedang mandi. Dia kelihatan seperti wanita biasa tetapi kulitnya lebih putih dan berwajah cantik.
“Saya cuma nampak muka dan tapak tangannya. Tetapi itu sudah cukup untuk membuatkan saya terpikat,” katanya tersenyum.
Bagi Mohd. Suhaimi Abdul Karim, 29, yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan, diahampir lemas selepas bot yang dinaiki bersama rakan karam semasa memancing di Pulau Sembilan, Perak.
Kejadian itu berlaku lima tahun lepas.
“Bayangkan pada masa itu saya dan tujuh orang rakan lain tidak memakai jaket keselamatan.
“Kami hanya berpaut pada badan bot tersebut dari pukul 12 tengah malam hingga 6 pagi sebelum diselamatkan.
“Selepas peristiwa itu, saya tidak lagi pergi memancing di laut,” katanya yang memberitahu bot tersebut bocor sebelum tenggelam.
Langsuir
Suhaimi juga mendakwa ternampak hantu langsuir semasa memancing di Taman Negara, Kuala Tahan.
“Ketika itu saya dan rakan-rakan berkhemah di hutan. Kami tidak nyenyak tidur kerana mendengar bunyi bising yang berulang kali.
“Namun, akhirnya mereka tertidur juga kerana terlalu penat kecuali saya.
“Saya sebaliknya keluar dari khemah untuk mencari arah bunyi tersebut.
“Sebaik sahaja dijumpai, saya terkejut kerana rupa-rupanya ada hantu langsuir sedang mengilai di atas sebatang pokok,” ceritanya.
Katanya lagi, hantu itu memakai pakaian putih, berambut panjang, matanya merah manakala giginya tajam.
“Akibat kejadian itu, saya demam panas selama beberapa hari,” ujarnya.
Mohd. Hanipah Wahi, 47, dari Sepang, Selangor pula menceritakan pengalamannya memancing di sebuah jeti lama di Bagan Datoh, Perak pada awal tahun 1990-an.
“Saya ke sana kerana rakan mengatakan kawasan itu terdapat banyak ikan. Jadi saya pergi seorang diri dengan menyewa sebuah bot.
“Hasil tangkapan cukup banyak tetapi apabila bercakap dengan orang kampung, mereka kata mereka tidak berani memancing atau menangkap ikan di situ kerana sering terserempak dengan hantu sungai,” katanya.
Melayukini.net - Kalau anda merupakan seorang yang minat membaca akhbar sisipan Joran, sudah mesti mempunyai satu kolum mengenai kisah-kisah pelik yang dihadapi oleh para pemancing ketika mereka sibuk mengail ikan. Tidak kiralah jumpa bunian atau apa sahaja, yang penting makhluk halus itu memang wujud.
Sumber: Harian Metro Online | Koleksi Fakta Dan Informasi Melayukini.net

Ahad, 23 September 2012

Menakjubkan! Bagaimana Bebola Api Ini Berada Di Udara? (8 Foto)


Pelbagai jenis api yang pernah kita lihat, sama ada api itu wujud dari dapur gas, api dari pembakaran sampah dan sebagainya. Namun pernahkah kita melihat bebola api di udara?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Melayukini.net – Menakjubkan! Bagaimana Bebola Api Ini Berada Di Udara? (8 Foto) | Apabila kita melihat bebola api seperti gambar di bawah ini sudah tentu ia adalah hasil dari satu letupan yang kuar. Sama ada ia dihasil melalui bom ataupun sebagainya. Seorang lelaki yang dikenali sebagai Geoffrey H. Short telah menghasilkan karya seni berupa gambar letupan yang berlaku di udara sempena majlis graduasi beliau di Elam School of Fine Arts, University of Auckland. Sejak dari itu, beliau terus aktif menghasilkan beberapa siri gambar yang hebat. Projek terbaru beliau yang dikenali sebagai “Towards Another (Big Bang) Theory” telah dihasilkan dengan bantuan pakar special effect unutk menghasilkan letupan di udara. Jom kita lihat hasil kerja beliau.
 

 

 

 

 

 

 

 

 
Melayukini.net - Sungguh hebat apa yang dilakukan oleh beliau. Imej yang berjaya dirakam ini mempunyai kesenian dan keunikan yang tersendiri. Sudah pasti untuk melakukan projek ini menelan belanja kos yang agak tinggi. Walaubagaimanapun usaha untuk menghasilkan seni bebola api ini harus diberi pujian.
 
Sumber: Aku Stress Giler | Koleksi Karya Kreatif Melayukini.net

Khamis, 6 September 2012

Kisah Misteri - Gempar! Hantu Kak Limah Mengganas Di Marang


Dunia Seram - Seorang wanita misteri ala-ala Hantu Kak Limah telah menggemparkan penduduk Marang terutama sebuah keluarga apabila membuat kacau dengan peribadi yang menakutkan.

By Huzaifah Al-Selangori

Gempar! Hantu Kak Limah Betul Mengganas Di Marang | Berambut panjang dan kadangkala menutup kepala dengan kain batik, rupanya persis watak hantu Kak Limah dalam filem komedi Hantu Kak Limah Balik Rumah yang mencetus fenomena dalam dunia perfileman negara. Kak Limah muncul di Marang. Itulah yang diperkatakan sebuah keluarga di Kampung Temiang, Pengkalan Berangan, apabila lima sekeluarga tertekan dan ketakutan akibat diganggu lembaga wanita pelik tua berambut panjang itu sejak lebih seminggu lalu.

Gambar hantu Kak Limah yang berjaya dirakam oleh seorang lelaki
Wanita misteri itu dikatakan sering menjelma dan dilihat merayau-rayau sekitar kawasan rumah di situ. Malah, kelibat menyeramkan itu dapat dirakam secara kebetulan oleh salah seorang ahli keluarga terbabit. Ketua keluarga, Mazlan Ali, 55, mendakwa, lembaga itu berpakaian batik lusuh dengan rambut mencecah paras pinggang, sering merayau sekitar rumah anaknya dari waktu malam hingga ke subuh, sebelum menghilangkan diri.


Menurutnya, kesemua lima keluarga yang tinggal di kawasan itu adalah anaknya dan tinggal secara berasingan di rumah masing-masing kerana sudah berumah tangga. “Ada antara mereka juga pernah melihat kelibat seorang wanita pelik berambut panjang berdiri berdekatan paip air dan sekitar rumah sebelum menghilangkan diri. Boleh dikatakan setiap hari pasti ada anak saya yang melihat kelibat wanita itu. Bukan itu saja, malah semalam, (kelmarin) saya sendiri terdengar lembaga itu menjerit meminta tolong,” katanya.
Dua bulan sebelum ini, katanya, kejadian menyeramkan itu tidak pernah dialami ahli keluarganya. Kemunculan lembaga wanita berambut panjang itu dikatakan bermula selepas dia membawa balik beberapa keping papan serta tiang rumah ke rumahnya.
Menurutnya, kepingan papan dan tiang rumah itu diperoleh dari rumah pusaka ayahnya di Jerangau, Dungun, untuk dijadikan dinding rumah anaknya, Mohd Syawal, 22. “Saya membawa pulang beberapa papan dan tiang itu ke rumah ini pada November lalu dan sejak itu gangguan lembaga misteri wanita pelik itu, bermula dan kami kerap diganggu dan kini kami sudah tidak tahan lagi dengan gangguan ini dan perlukan bantuan,” katanya.
Menguatkan lagi dakwaan itu, Mohd Syawal turut me-nunjukkan imej lembaga misteri wanita tua seperti bertongkat yang dirakam secara tidak sengaja oleh ahli keluarganya beberapa hari lalu. Bagaimanapun, kata Mohd Syawal, dia sendiri belum pernah melihat kelibat wanita pelik misteri itu tetapi sering diganggu bunyi yang pelik dan menakutkan sehingga menyebabkan dua anaknya tidak dapat tidur serta asyik menangis.
“Bunyi seperti orang mencakar dinding kerap kedengaran di luar rumahnya pada sebelah malam, apabila saya turun tiada sesiapa di bawah. Kami buntu memikirkan cara untuk mengatasi gangguan ini,” katanya.

Imam nasihat buat solat Hajat

Sementara itu,pihak akhbar turut menemui beberapa penduduk berdekatan kawasan itu namun rata-rata memberitahu kelibat wanita misteri itu tidak pernah menggangu mereka. Manakala, imam Mohamad Razak, 57, menasihatkan agar keluarga itu mengamalkan bacaan ayat suci al-Quran dan bersolat lebih tekun bagi mengelak diganggu selain mengadakan solat Hajat bersama penduduk setempat.
Berikutan itu, kesemua keluarga terbabit berharap ada pihak yang dapat membantu mereka menangkap atau mengusir lembaga menyerupai wanita itu kerana mereka tidak tahu cara menangani gangguan tersebut. Keluarga ini boleh dihubungi menerusi talian 014-8120040 (Mohd Syawal) dan 013-9488025.
Melayukini.net – Jin dan syaitan tu adalah makhluk ghaib yang wujud. Seperti juga kewujudan syurga dan neraka, malaikat dan hari akhirat. Sebagai seorang Islam, ini adalah rukun iman yang wajib kita percaya. Tetapi ingatlah, tiada satu pun yang boleh memudaratkan kita kecuali hanya dengan izin Allah. Semoga kita tidak terlalu taksub dengan hantu-hantu ni. Wallahualam.

Sumber: Berita Tempatan via Mummynemo | Layari Cerita Hantu Melayukini.net

Kisah Seram - Gadis misteri dipinggir tangga

 
Photo Credit:  Google Images
Dunia Seram - Yani menyusuri jalan berbukit ke Asrama Bunga Raya dengan langkah iringan sambil bernyanyi nyanyi kecil. Dilirik jam ditangan. Ah, sudah hampir pukul satu malam, bisik hati kecil yani. Suasan begitu sunyi dan tenang, maklum sahaja sudah tengah malam dan kebanyakkan penghuni asrama sudah lama dibuai mimpi. Angin malam yang bertiup lembut mengitu manyamankan. Desiran daun daun dari pokok pokok besar yang tersergam dikiri dan kanan jalan menuju ke Asmara Bunga Raya membuatkan suasana malam tambah syahdu. Biarpun sudah lewat malam, Yani tidak langsung berasa bimbang atau takut berjalan berseorangan begitu. Sudah lebih tiga minggu dia pulang lewat. Sejak terpilih mewakili kolej ke pesta kebudayaan di sarawak, begitulah rutin yang perlu dijalani oleh Yani. Setiap hari bermula dari jam 4.00 petang, latihan tarian akan bermula sehingga hampir waktu solat maghrib. Latuhan bersambung lagi dari jam 8.30 malam sehinggalah tengah malam. Waktu hujung minggu, latihan bermula seawal 7.30 pagi dan berlarutan hingga dua atau tiga pagi. Mereka hanya berhenti untuk makan dan solat sahaja. Kalau diikutkan letih, memang teramat letih rasanya sehingga adakalanya Yani ponteng kuliah semata meta untuk mendapatkan rehat yang cukup. Kadang kadang rasa menyesal jugak memilih kebudayaan sebagai kebudayaan sebagai kegiatan ko-kurikulum. Ingatkan lebih rilek daripada Kesatria, tetapi rupanya lebih teruk, terutama apabila ada pertunjukkan. Tiba tiba langkah Yani terhenti. Sorot matanya menangkap satu susuk tubuh yang yang sedang berdiri ditangga menuju ke dewan makan Kenanga yang terletak dihadapan asrama. Hai, siapa pulak yang tersadai ditangga malam malam buta ini, hati Yani berbisik lagi. Setahu Yani, walaupun tangga itu menjadi tempat lepak kegemaran pelajar, namum ini bukanlah masanya. Maklumlah undang undang kolej yang agak ketat tidak membenarkan para pelajar lepak sehingga tengah malam. Lagipun Asmara Bunga Raya adalah untuk pelajar perempuan dan pintu pagar besar akan ditutp selepas jam 10.00 malam. Jadi siapakah gerangan pelajar itu? Dari jauh Yani perhatikan susuk tubuh tersebut. Pelajar tersebut pasti pelajar perempuan memandangkan rambutnya yang panjang mengurai hingga ke pinggang. Tangan kenannnya mengepit fail seperti mana lazimnya pelajar pelajar yang lain. Dia memakai skirt dibawah paras lutut. Kakinya tidak kelihatan dari tempat Yani berdiri. Yani segera teringat pada pesan orang tua tua tentang cara untuk membezakan hantu dan manusia ialah dengan melihat kakinya. Tapi benarkah sosok tubuh yang dilihatnya hantu? Maklum sahaja, selama ini Yani memang tidak begitu percaya dengan cerita cerita hantu yang dianggapnya takhyul semata. Yani mula merasa menyesal mengikut jalan itu untuk pulang ke asrama. Kalau dia tahu baik dia mengikuti jalan menyusuri celah celah asrana seperti mana geng geng yang lain. Hendak berundur, terasa jalan begitu jauh. Hendak diteruskan, dia tiba tiba dilanda rasa takut yang amat sangat. Yani berdiri disitu tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Akhirnya Yani mengambil keputusan untuk lau sahaja didepan sosok manusia itu yang sejak tadi tidak bergerak gerak. Untuk menghilangkan rasa takut, Yani menyanyi kecil sambil berlenggang seolah olah sedang menari. Dia jugak tidak peduli jika ada orang yang nampak perlakuannya itu. Semuanya Yani tidak peduli. Yang penting, apa yang dilakukan dapat menghilangkan rasa takutnya. Waktu melintas didepan gadis tersebut, Yani tidak langsung menoleh ke arah gadis itu. Entah mengapa hati kecilnya membisikkan jangan berbuat demikian. Langkah Yani laju menuruni anak tangga ke asrama. Namun begitu langkah tersebut terasa begitu lambat dan mata tangga seolah olah bertambah sekali ganda. Tiba tiba Yani tersentak. Sesuat sejuk menyentuh bahunya. Dan bagai lipas kudung, Yani berlari sekuat hati tanpa menoleh kekiri mahupun ke kanan. Andai sahaja ada pertandingan berlari ketika itu, pasti Yani menjadi juaranya. Mungkin kerana terlampau takut ataupun terlalu terkejut, Yani pengsan sebaik sahaja tiba dibilik asramanya. Ketika tersedar, Yani kehairanan melihat kawan kawan mengelilingnya. "Kenapa Yani? Kau macam kena kajar hantu," tegur azza. "Memang aku kena kejar hantu." akui Yani sambil menceritakan pengalamannya sebentar tadi. Tapi bukan simpati yang diterima daripada kawan kawan, sebaliknya mereka mentertawakannya. Kata mereka mustahil Yani jumpa hantu sebab selama ini9 mereka tahu Yani tak percaya pada hantu. "Yani, entah entah gadis itu student yang baru habis kelas. Dia berdiri disitu sebab nak ambil angin malam. Dan yang kau rasa benda sentuh bahu kau tu mungkin daun yang gugur. apalah kau ni..."
Benarkah begitu? Benarkah gadis yang ditemui itu juga pelajar sepertinya dan sentuhan dibahunya hanyalah daun kayu? Sehingga kini Yani masih tidak mendapat jawapan persoalan tersebut.

Kisah Misteri - Bukit Hantu Yang Bermisteri

Dunia Seram - Sebuah bukit dikenali sebagai kota hantu terletak Columbia County, Pennsylvania, Amerika Syarikat. Kawasan ini dikatakan sungguh misteri kerana terdapat pelbagai kejadian aneh sering berlaku di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
By Shah
Melayukini.net – Misteri – Bukit Hantu Yang Bermisteri | Bukit juga sering digambarkan sebagai salah satu tempat tinggal makhluk halus. Kali ini Melayukini.net akan berkongsi sebuah artikel mengenai sebuah bukit hantu yang bermisteri. Tempatnya adalah di Centralia, sebuah kota hantu yang terletak di Columbia County, Pennsylvania, Amerika Syarikat. Dihuni oleh lebih dari 5.000 orang pada tahun 1960. Ada kilang bioskop, 3 sekolah,sebuah restoran, pejabat pos dan 7 gereja. Ini adalah kota persinggahan yang makmur. Sekarang, tahun 2011, hanya 4 orang tinggal di sana. Boleh lihat sebahagian gambar di bawah ini.
Sebahagian besar bangunan yang ditinggalkan telah dihancurkan oleh manusia atau alam. Sekilas, wilayahnya sekarang hanya nampak lapangan dengan jalan berasap yang ada disekitarnya. Beberapa daerah dipenuhi dengan hutan yang baru ditanam pokok.




Gereja yang tersisih di kota kecil, St Mary’s, dipenuhi pengunjung pada hari Minggu dan tidak terpengaruh oleh api. ini disebabkan kebakaran yang terjadi di 1960 awal dan kebakaran masih berlaku sehingga sekarang. Api ini akan terus menyala selama 250 tahun.

Itulah yang Daud Dekok katakan tentang kota ini (1986): “Ini adalah dunia di mana manusia tidak boleh hidup, lebih panas dari planet Marikh, suasana beracun seperti Saturn. Di pusat punca api, suhu melebihi 1.000 Fahrenheit. Awan karbon monoksida dan gas-gas lain berputar melalui ruang batu. “Api pembakaran secara bertahap bergerak ke segala arah, mengancam kota-kota yang berdekatan. Ironisnya, nama salah satu kota terdekat Centralia adalah Ashland.


\\

Melayukini.net - Sungguh menyeramkan juga bukit ini. Tempat ini seperti suatu tempat yang agak berbahaya untuk berkunjung ke sana. Seperti cerita di atas, terdapat pelbagai peristiwa yang berlaku seoalah-olah ada satu bencana yang sedang berlaku di kawasan tersebut.

Sumber Dipetik Dari: Tengku Nizam | Koleksi Berita Informasi Melayukini.net

Cerita Seram - Jerangkong bersalut cheongsam putih




Dunia Seram - Kejadian seram ini berlaku disebuah hospital bersalin di singapura pada tahun 1988. Ketika itu saya baru melahirkan anak ketiga melalui pembedahan. Memandangkan kesihatan saya belum pulih, doktor yang merawat saya mengarahkan supaya saya ditahan dihospital selama 10 hari. Setelah empat hari dihospital, kesihata saya beransur ansur pulih kerana maklum sajalah, disini saya dapat berehat dan mendapat perhatian jururawat jururawat yang bertugas. Bagaimanapun, mulai hari kelima, boleh dikatakan setiap malam saya ternampak seorang wanita cina berpakaian cheongsam putih lalu ditepi katil saya. Pada mulanya, Saya menyangka dia adalah amah hospital atau jurarawat yang bertugas diwaktu malam ketika itu. Saya tidak mengenal pasti wajahnya kerana keadaan dibilik hospital pada ketika itu hanya samar samar. Bagaimanapun, rasanya, saya tidak pernah melihat wanita itu. Pada malam jumaatnya, kira kira 1.30 pagi, wanita bercheongsam putih itu tiba tiba memperlihatkan wajahnya kepada saya. Kali ini dia kelihatan berdiri di luar tingkap disebelah kiri katil saya. Wajahnya begitu camtik, rambutnya hitam pekat dan kerintingnya begitu kasar. Dia melihat saya sambil tersenyum. Senyumannya itu membuat saya berasa seram sejuk, apatah lagi dia hilang kemana dalam sekelip mata sahaja. Ini membuat saya tidak dapat tidur sehingga ke pagi. Keesokan harinya, apabila suami saya datang melawat, saya ceritakan apa yang berlaku. Sejak itu, setiap malam sebelum pulang, suami saya membacakan surah yasin. Pada malam berikutnya, saya tidak melihat wanita cina itu lagi. Setelah 10 hari dihospital, saya dibenarkan pulang. Setibanya dirumah kira kira 6.45 petang, saya nerasa letih dan terus berbaring dikatil sambil mengadap pintu bilik mandi. Tiba tiba darah gemuruh saya berderau apabila saya ternampak bayangan wanita cina itu. Kebetulan ketika itu azan maghrib pun berkemundang , bayangan wanita cina itu hilang dengan serta merta. saya tidak menceritakan hal yang baru saya alami itu pada suami saya kerana menyangka itu mungkin perasan saya sahaja. Menjelang malam, ketika sedang tidur, tiba tiba saya terjaga dan terasa ada orang memeluk saya begitu erat. Pada mulanya, saya menyangka suami saya, tetapi saya terkejut apabila teringat dia tidur dibawah, bukan disebelah saya. Alangkah terperanjatnya saya apabila saya lihat tangan yang memeluk saya adalah tangan jerangkung. Saya menjerit sekuat hati sehingga suami dan anak anak saya terjaga. Badan saya mengigil dan saya begitu takut lalu suami saya menyuruh saya tidur dibilik sebelah sambil membacakan surah yasin. Keesokan harinya, kami menjemput orang yang lebih arif dalam hal hal yang serupa itu. Walaupun kami tidak lagi diganggu, peristiwa tersebut tidak dapat saya lupakan hingga ke hari ini.

Rabu, 5 September 2012

Cerita Hantu - Rumah Sewa Berhantu di Kuala Kedah (Seram!)

Dunia Seram - Sebuah keluarga yang baru sahaja berpindah ke rumah sewa sering diganggu oleh makhluk halus. Sungguh terkilan kerana empunya tersebut tidak memaklumkan tentang rumahnya yang sudah ‘berpenghuni’ sebelum ini. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
By Shah
Melayukini.net – Rumah Sewa Berhantu di Kuala Kedah | Sudah menjadi lumrah, jika seseorang itu berpindah ke rumah baru sudah pasti ia akan diganggu. Antara cerita hantu mengenai rumah sewa yang paling popular di Malaysia ini adalah rumah di Shah Alam. Kejadian itu telah menyebabkan beberapa orang meninggal dunia akibat ditimpa penyakit misteri. Tak mengapa itu cerita lain, jom kita baca kisah sebuah rumah sewa yang dikatakan berhantu di Kuala Kedah.

Kes ini terpaksa saya terima kerana telah melibatkan seorang pengawal keselamatan yang bertugas di pejabat saya ketika itu dan juga merupakan seorang kawan. Itupun setelah beberapa kali perkara ini diadukan olehnya dan telah mencapai tahap kritikal kerana semakin mengancam keselamatan ahli keluarganya.
Kira-kira sebulan sebelumnya, dia pernah mengadu kepada saya bahawa rumah yang disewanya menimbulkan pelbagai masalah pelik terutamanya di bilik tidur utamanya.
Apabila tiba waktu tengah malam, pelbagai bunyi yang didengari dengan jelas seperti pintu bilik dicakar dengan kuat, bunyi orang berjalan di dalam rumah dan lain-lain. Peralatan dalam rumah juga sering beralih tempat tanpa diusik oleh sesiapa.
Dia tinggal bertiga di rumah itu iaitu bersama isteri dan seorang anak perempuannya (berumur 4-5 tahun rasanya kot. Dah lupa sbb hanya berjumpa mereka sekali sahaja) Mereka juga menjadi mangsa gangguan misteri di rumah tersebut.
Seringkali dia terpaksa meninggalkan isteri dan anaknya di rumah mertua yang tinggal di kawasan berhampiran apabila giliran bertugas syif malam kerana bimbangkan keselamatan anak isterinya
Saya meminta dia bertanya kepada jiran-jiran di taman itu tentang rumah yang baru disewanya samada mereka tahu sesuatu. Setelah ditanya kepada beberapa penghuni taman perumahan tersebut yang lebih lama menetap disitu, terbongkar cerita bahawa rumah tersebut lama ‘berpenghuni’ dan memang telah jadi kebiasaan bahawa mereka yang menyewanya tidak akan tinggal lama di situ.
Para penyewa sebelum ini juga menghadapi masalah yang hampir sama dan ada yang hanya bertahan selama satu malam sahaja. Pelbagai kejadian aneh yang juga dialami oleh keluarga penyewa-penyewa sebelum ini dan pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengatasinya, namun sia-sia sahaja.
Penduduk setempat juga menceritakan yang sepohon pokok di sebelah rumah itu, sering dijadikan tempat pemujaan ‘sesuatu’ sebelum taman itu dibina. Tidak pasti apa yang dipuja oleh pengamal-pengamal khurafat itu, kerana senario tersebut telah lama berlaku dan penduduk-penduduk ada zaman itu telah ramai yang tiada. Lagipun, belukar itu jauh pada penempatan manusia sebelum taman itu dibina.
Telah ramai pengamal perubatan dan bomoh yang dipanggil untuk menyelesaikan masalah itu, namun masih belum berjaya. Mereka juga sering terlihat seakan satu lembaga sering bertenggek pada dahan pokok itu (rumah yang disewa itu adalah lot tepi ‘corner lot’ dan jaraknya hanya beberapa meter sahaja dari pokok tersebut)
Saya bertanya, adakah pemilik rumah yang menyewakan rumah tersebut menyatakan apa-apa sebelum menerima wang pendahuluan dan membenarkan mereka memasukinya. Dia menyatakan yang tiada apa yang dimaklumkan malah pemilik rumah itu bersikap ‘lepas tangan’ dan hanya menyuruhnya mencari bomoh sahaja.
Saya juga menyarankan agar dia dengan mana-mana bomoh atau pengamal perubatan yang handal dan terkenal selain mengadakan majlis tahlil serta bacaan Yasin beberapa kali walaupun telah dilakukannya sebelum memasuki rumah tersebut.
Setelah hampir sebulan berikhtiar, masih belum berhasil. Malah gangguan yang dihadapi semakin ‘keras’. ‘Penghuni’ rumah itu seolah-olah ingin menghalau mereka keluar dengan segera daripada rumah itu. Kali ini, bukan setakat isteri dan anaknya sahaja yang diganggu, Ibu Mertuanya yang menemankan keluarganya juga turut diganggu.
Malah Ibu Mertuanya mengalami gangguan yang paling dahsyat berbanding dia, isteri dan anaknya. Selain daripada gangguan-gangguan yang pernah mereka alamai, leher Ibu Mertuanya dicekik oleh ‘penghuni’ itu sehingga sesak nafasnya dan setelah Ibu Mertuanya membaca Ayat Qursi (dalam hatinya kerana mulutnya tidak dapat bersuara), barulah ‘penghuni’ itu melepaskannya.
Pada satu pagi, dia sengaja meninggalkan Pondok Pengawal lebih lewat kerana ingin menunggu saya. Dia mengadu masalahnya semula kepada saya dan meminta kalau-kalau saya dapat membantu. Dia juga menceritakan kejadian terbaru yang menimpa Ibu Mertuanya semalam.
Setelah memintanya menunggu sebentar, saya bergegas ke pejabat dan mendapatkan sekeping kertas dan pen. Kebetulan, saya masih ada wuduk ketika itu dan terus menulis ‘BismillahirRahmanirRahim’ (dalam tulisan jawi) pada tiga keping kertas kecil dan berikan padanya.
Dua daripada kertas itu saya minta dia lekatkan di atas pintu hadapan dan pintu belakang rumahnya. Manakala kertas yang terakhir saya minta dia letakkan di atas pintu bilik tidur utamanya kerana menurut ceritanya, kebanyakan gangguan berlaku di bilik itu.
Saya menegaskan kepadanya beberapa kali supaya dia sentiasa beringat bahawa kertas dan tulisan itu tidak mempunyai apa-apa ‘kuasa’, tetapi ianya hanya sebagai ‘syarat’ untuk memohon pertolongan daripada Allah. Hanya Allah sahaja yang Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu.
Keesokkan paginya, dia menunggu saya lagi. Tapi kali ini wajahnya kelihatan berseri-seri, tidak mencuka seperti kelmarin. Pagi ini dia membawa berita gembira, yang ‘penghuni’ di rumah sewanya tidak mengganggu pada malam semalam.
Saya mengucapkan Alhamdulillah dan mengingatkannya supaya banyak bersyukur kepada Allah kerana segala kebaikan adalah di atas kehendak Allah semata-mata. Dia bertanya berapakah bayaran yang perlu diberikan kepada saya di atas pertolongan saya itu. Saya tertawa dan bertanya kembali, adakah saya pernah menyebut tentang bayaran sebelum ini ?
Namun, dia tetap berkeras untuk memberi bayaran sebagai tanda terima kasihnya kepada saya. Saya memberi kata putus, jika hendak membayar juga, sedekahkanlah kepada mana-mana masjid. InsyaAllah, semoga dia dan saya akan mendapat kebaikan bersama-sama.
Dan saya juga menyatakan supaya dia tidak terlalu gembira dan perlu berhati-hati kerana dikhuatiri perkara ini belum tentu sudah selesai sepenuhnya.
Berdasarkan pengalaman saya, Jin dan Syaitan memang licik, apabila mereka rasa terancam, mereka mungkin akan berpura-pura telah beredar atau berhenti daripada mengancam mangsa untuk mengelak daripada terpaksa ‘berhadapan’ dengan orang yang tertentu. Bukanlah kerana orang itu hebat, tetapi mungkin kerana orang-orang yang mereka takuti itu lebih dekat dengan Allah. Oleh itu doa mereka akan mudah dikabulkan oleh Allah dan ini menjadi ancaman besar kepada mereka.
Tapi itu orang lain, macam saya ini, tidaklah sebaik manapun. Kebetulan saja Allah memang hendakkan perkara itu berlaku, mungkin bukan disebabkan doa saya. Dan saya memang tidak layak untuk digelarkan orang yang mustajab doa, jauh sekali sebagai seorang yang warak.
Setelah hampir sebulan ‘penghuni’ itu tidak mengganggu, dia berjumpa saya lagi untuk mendapatkan kepastian, adakah ‘penghuni’ itu benar-benar telah beredar daripada rumah itu ? Saya pun tidak dapat memberikan jawapannya, cuma saya sekadar boleh mencuba. Saya memintanya menunggu dan kemudian mengambil wuduk. Sesudah itu, saya menulis Ayat Qursi pada sekeping kertas dan meminta dia melekatkannya dimana-mana dinding dalam rumahnya.
Keesokan adalah hari cuti (Jumaat), oleh itu saya tidak tahu perkembangan yang berlaku. Tetapi pada pagi Sabtu (cuti Sabtu pertama dalam sebulan pada waktu itu), saya singgah di pejabat untuk mengambil barang, saya kehairanan kerana melihat anak dan isterinya turut berada di Pondok Pengawal juga. Saya fikir, mungkin mereka ingin balik kampung atau ke mana-mana agaknya.
Setelah dia menceritakan keadaan yang sebenar, barulah saya tahu yang anak dan isterinya juga turut bermalam di Pondok Pengawal bersamanya kerana takut untuk tinggal di rumah. Rupanya, selepas dia melekatkan Ayat Qursi yang saya berikan, ‘penghuni’ itu kembali menggangu dengan lebih ‘keras’ lagi. Ini memaksa dia membawa keluarganya bermalam bersamanya dan telah dua malam anak isterinya tidur di Pondok Pengawal itu.
Itulah kali pertama saya melihat anak dan isterinya. Apabila terlihat anak perempuannya yang baru berumur tiga tahun pada waktu itu, hati saya mula tersentuh. Saya mula terfikir bagaimana keadannya jika ‘penghuni’ itu sering manggangu budak kecil ini atau selalu menampakkan rupa yang menakutkan pada budak itu ?
Kebetulan saya ada kelapangan pada waktu itu dan tanpa melengahkan masa, saya mengajak mereka menunjukkan rumah yang mereka sewa itu kepada saya. Mereka bertiga pulang dengan motosikal Honda EX5 dan saya mengikuti mereka dengan motosikal saya. Rakan saya itu mungkin belum mampu untuk memiliki sebuah kereta kerana pendapatannya yang tidak seberapa.
Timbul lagi rasa kasihan terhadap mereka, sudahlah susah, dianiayai oleh tuan rumah itu pula. Hendak mencari rumah baru dan berpindah pun bukannya mudah. Deposit sewa, deposit bekalan letrik dan air juga perlu diambil kira.
Setibanya saya di rumah itu, saya mulakan dengan bacaan Al Fatihah dan Ayat Qursi sebelum turun daripada motosikal. Kemudian saya melihat-lihat disekeliling rumah tersebut serta bahagian belukar di tepinya. Saya tidak merasakan sebarang perasaan luar biasa seperti seram sejuk atau bulu roma yang meremang. Mungkin ‘penghuni’ itu telah beredar lebih awal apabila ‘mencium’ kehadiran saya.
Saya meminta izin kepada rakan saya untuk mendirikan solat dan meminta satu jag air bersih.
-Gambar – Pokok yang dijadikan tempat pemujaan dan sering dilihat sesuatu atas dahannya
Setelah sejadah, tempat solat dan air disediakan, saya mendirikan dua rakaat Solat Sunat Hajat dan membacakan Surah Fatihah dan Ayat Qursi dengan kiraan tertentu pada air tersebut. Setelah itu, saya memohon doa agar Allah kasihankan keluarga ini dan sudi membantu mereka.
Air itu saya berikan kepada mereka untuk minum dan mandi setelah saya ambil segelas daripadanya. Segelas air itu saya renjiskan keliling rumah itu sambil membaca Surah Fatihah dan Ayat Qursi serta berdoa agar Allah memberikan perlindungan kepada mereka.
Alhamdulillah, selepas itu, mereka tidak lagi diganggu oleh ‘penghuni’ rumah itu lagi …. Segala-galanya adalah dengan kehendak Allah, Dia Yang Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu.
Melayukini.net - Tidak sangka makhluk halus yang mengganggu penyewa rumah tersebut bersikap keras dan degil. Alhamdulillah walaubagaimanapun, kes tersebut sudahpun selesai dengan batuan daripada Allah SWT. Cuma sedikit terkilan dengan tuan rumah yang bersikap sambil lewa dalam menangani masalah ini.
Kes ini terpaksa saya terima kerana telah melibatkan seorang pengawal keselamatan yang bertugas di pejabat saya ketika itu dan juga merupakan seorang kawan. Itupun setelah beberapa kali perkara ini diadukan olehnya dan telah mencapai tahap kritikal kerana semakin mengancam keselamatan ahli keluarganya.
Kira-kira sebulan sebelumnya, dia pernah mengadu kepada saya bahawa rumah yang disewanya menimbulkan pelbagai masalah pelik terutamanya di bilik tidur utamanya.
Apabila tiba waktu tengah malam, pelbagai bunyi yang didengari dengan jelas seperti pintu bilik dicakar dengan kuat, bunyi orang berjalan di dalam rumah dan lain-lain. Peralatan dalam rumah juga sering beralih tempat tanpa diusik oleh sesiapa.
Dia tinggal bertiga di rumah itu iaitu bersama isteri dan seorang anak perempuannya (berumur 4-5 tahun rasanya kot. Dah lupa sbb hanya berjumpa mereka sekali sahaja) Mereka juga menjadi mangsa gangguan misteri di rumah tersebut.
Seringkali dia terpaksa meninggalkan isteri dan anaknya di rumah mertua yang tinggal di kawasan berhampiran apabila giliran bertugas syif malam kerana bimbangkan keselamatan anak isterinya
Saya meminta dia bertanya kepada jiran-jiran di taman itu tentang rumah yang baru disewanya samada mereka tahu sesuatu. Setelah ditanya kepada beberapa penghuni taman perumahan tersebut yang lebih lama menetap disitu, terbongkar cerita bahawa rumah tersebut lama ‘berpenghuni’ dan memang telah jadi kebiasaan bahawa mereka yang menyewanya tidak akan tinggal lama di situ.
Para penyewa sebelum ini juga menghadapi masalah yang hampir sama dan ada yang hanya bertahan selama satu malam sahaja. Pelbagai kejadian aneh yang juga dialami oleh keluarga penyewa-penyewa sebelum ini dan pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengatasinya, namun sia-sia sahaja.
Penduduk setempat juga menceritakan yang sepohon pokok di sebelah rumah itu, sering dijadikan tempat pemujaan ‘sesuatu’ sebelum taman itu dibina. Tidak pasti apa yang dipuja oleh pengamal-pengamal khurafat itu, kerana senario tersebut telah lama berlaku dan penduduk-penduduk ada zaman itu telah ramai yang tiada. Lagipun, belukar itu jauh pada penempatan manusia sebelum taman itu dibina.
pokok dijadikan tempat pemujaan hantu sering lepak kat sini
pokok yang dijadikan tempat pemujaan dan sering dilihat sesuatu atas dahannya
Telah ramai pengamal perubatan dan bomoh yang dipanggil untuk menyelesaikan masalah itu, namun masih belum berjaya. Mereka juga sering terlihat seakan satu lembaga sering bertenggek pada dahan pokok itu (rumah yang disewa itu adalah lot tepi ‘corner lot’ dan jaraknya hanya beberapa meter sahaja dari pokok tersebut)
Saya bertanya, adakah pemilik rumah yang menyewakan rumah tersebut menyatakan apa-apa sebelum menerima wang pendahuluan dan membenarkan mereka memasukinya. Dia menyatakan yang tiada apa yang dimaklumkan malah pemilik rumah itu bersikap ‘lepas tangan’ dan hanya menyuruhnya mencari bomoh sahaja.
Saya juga menyarankan agar dia dengan mana-mana bomoh atau pengamal perubatan yang handal dan terkenal selain mengadakan majlis tahlil serta bacaan Yasin beberapa kali walaupun telah dilakukannya sebelum memasuki rumah tersebut.
Setelah hampir sebulan berikhtiar, masih belum berhasil. Malah gangguan yang dihadapi semakin ‘keras’. ‘Penghuni’ rumah itu seolah-olah ingin menghalau mereka keluar dengan segera daripada rumah itu. Kali ini, bukan setakat isteri dan anaknya sahaja yang diganggu, Ibu Mertuanya yang menemankan keluarganya juga turut diganggu.
Malah Ibu Mertuanya mengalami gangguan yang paling dahsyat berbanding dia, isteri dan anaknya. Selain daripada gangguan-gangguan yang pernah mereka alamai, leher Ibu Mertuanya dicekik oleh ‘penghuni’ itu sehingga sesak nafasnya dan setelah Ibu Mertuanya membaca Ayat Qursi (dalam hatinya kerana mulutnya tidak dapat bersuara), barulah ‘penghuni’ itu melepaskannya.
Pada satu pagi, dia sengaja meninggalkan Pondok Pengawal lebih lewat kerana ingin menunggu saya. Dia mengadu masalahnya semula kepada saya dan meminta kalau-kalau saya dapat membantu. Dia juga menceritakan kejadian terbaru yang menimpa Ibu Mertuanya semalam.
Setelah memintanya menunggu sebentar, saya bergegas ke pejabat dan mendapatkan sekeping kertas dan pen. Kebetulan, saya masih ada wuduk ketika itu dan terus menulis ‘BismillahirRahmanirRahim’ (dalam tulisan jawi) pada tiga keping kertas kecil dan berikan padanya.
Dua daripada kertas itu saya minta dia lekatkan di atas pintu hadapan dan pintu belakang rumahnya. Manakala kertas yang terakhir saya minta dia letakkan di atas pintu bilik tidur utamanya kerana menurut ceritanya, kebanyakan gangguan berlaku di bilik itu.
Saya menegaskan kepadanya beberapa kali supaya dia sentiasa beringat bahawa kertas dan tulisan itu tidak mempunyai apa-apa ‘kuasa’, tetapi ianya hanya sebagai ‘syarat’ untuk memohon pertolongan daripada Allah. Hanya Allah sahaja yang Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu.
Keesokkan paginya, dia menunggu saya lagi. Tapi kali ini wajahnya kelihatan berseri-seri, tidak mencuka seperti kelmarin. Pagi ini dia membawa berita gembira, yang ‘penghuni’ di rumah sewanya tidak mengganggu pada malam semalam.
Saya mengucapkan Alhamdulillah dan mengingatkannya supaya banyak bersyukur kepada Allah kerana segala kebaikan adalah di atas kehendak Allah semata-mata. Dia bertanya berapakah bayaran yang perlu diberikan kepada saya di atas pertolongan saya itu. Saya tertawa dan bertanya kembali, adakah saya pernah menyebut tentang bayaran sebelum ini ?
Namun, dia tetap berkeras untuk memberi bayaran sebagai tanda terima kasihnya kepada saya. Saya memberi kata putus, jika hendak membayar juga, sedekahkanlah kepada mana-mana masjid. InsyaAllah, semoga dia dan saya akan mendapat kebaikan bersama-sama.
Dan saya juga menyatakan supaya dia tidak terlalu gembira dan perlu berhati-hati kerana dikhuatiri perkara ini belum tentu sudah selesai sepenuhnya.
Berdasarkan pengalaman saya, Jin dan Syaitan memang licik, apabila mereka rasa terancam, mereka mungkin akan berpura-pura telah beredar atau berhenti daripada mengancam mangsa untuk mengelak daripada terpaksa ‘berhadapan’ dengan orang yang tertentu. Bukanlah kerana orang itu hebat, tetapi mungkin kerana orang-orang yang mereka takuti itu lebih dekat dengan Allah. Oleh itu doa mereka akan mudah dikabulkan oleh Allah dan ini menjadi ancaman besar kepada mereka.
Tapi itu orang lain, macam saya ini, tidaklah sebaik manapun. Kebetulan saja Allah memang hendakkan perkara itu berlaku, mungkin bukan disebabkan doa saya. Dan saya memang tidak layak untuk digelarkan orang yang mustajab doa, jauh sekali sebagai seorang yang warak.
Setelah hampir sebulan ‘penghuni’ itu tidak mengganggu, dia berjumpa saya lagi untuk mendapatkan kepastian, adakah ‘penghuni’ itu benar-benar telah beredar daripada rumah itu ? Saya pun tidak dapat memberikan jawapannya, cuma saya sekadar boleh mencuba. Saya memintanya menunggu dan kemudian mengambil wuduk. Sesudah itu, saya menulis Ayat Qursi pada sekeping kertas dan meminta dia melekatkannya dimana-mana dinding dalam rumahnya.
Keesokan adalah hari cuti (Jumaat), oleh itu saya tidak tahu perkembangan yang berlaku. Tetapi pada pagi Sabtu (cuti Sabtu pertama dalam sebulan pada waktu itu), saya singgah di pejabat untuk mengambil barang, saya kehairanan kerana melihat anak dan isterinya turut berada di Pondok Pengawal juga. Saya fikir, mungkin mereka ingin balik kampung atau ke mana-mana agaknya.
Setelah dia menceritakan keadaan yang sebenar, barulah saya tahu yang anak dan isterinya juga turut bermalam di Pondok Pengawal bersamanya kerana takut untuk tinggal di rumah. Rupanya, selepas dia melekatkan Ayat Qursi yang saya berikan, ‘penghuni’ itu kembali menggangu dengan lebih ‘keras’ lagi. Ini memaksa dia membawa keluarganya bermalam bersamanya dan telah dua malam anak isterinya tidur di Pondok Pengawal itu.
Itulah kali pertama saya melihat anak dan isterinya. Apabila terlihat anak perempuannya yang baru berumur tiga tahun pada waktu itu, hati saya mula tersentuh. Saya mula terfikir bagaimana keadannya jika ‘penghuni’ itu sering manggangu budak kecil ini atau selalu menampakkan rupa yang menakutkan pada budak itu ?
Kebetulan saya ada kelapangan pada waktu itu dan tanpa melengahkan masa, saya mengajak mereka menunjukkan rumah yang mereka sewa itu kepada saya. Mereka bertiga pulang dengan motosikal Honda EX5 dan saya mengikuti mereka dengan motosikal saya. Rakan saya itu mungkin belum mampu untuk memiliki sebuah kereta kerana pendapatannya yang tidak seberapa.
Timbul lagi rasa kasihan terhadap mereka, sudahlah susah, dianiayai oleh tuan rumah itu pula. Hendak mencari rumah baru dan berpindah pun bukannya mudah. Deposit sewa, deposit bekalan letrik dan air juga perlu diambil kira.
Setibanya saya di rumah itu, saya mulakan dengan bacaan Al Fatihah dan Ayat Qursi sebelum turun daripada motosikal. Kemudian saya melihat-lihat disekeliling rumah tersebut serta bahagian belukar di tepinya. Saya tidak merasakan sebarang perasaan luar biasa seperti seram sejuk atau bulu roma yang meremang. Mungkin ‘penghuni’ itu telah beredar lebih awal apabila ‘mencium’ kehadiran saya.
Saya meminta izin kepada rakan saya untuk mendirikan solat dan meminta satu jag air bersih. Setelah sejadah, tempat solat dan air disediakan, saya mendirikan dua rakaat Solat Sunat Hajat dan membacakan Surah Fatihah dan Ayat Qursi dengan kiraan tertentu pada air tersebut. Setelah itu, saya memohon doa agar Allah kasihankan keluarga ini dan sudi membantu mereka.
Air itu saya berikan kepada mereka untuk minum dan mandi setelah saya ambil segelas daripadanya. Segelas air itu saya renjiskan keliling rumah itu sambil membaca Surah Fatihah dan Ayat Qursi serta berdoa agar Allah memberikan perlindungan kepada mereka.
Alhamdulillah, selepas itu, mereka tidak lagi diganggu oleh ‘penghuni’ rumah itu lagi …. Segala-galanya adalah dengan kehendak Allah, Dia Yang Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu.


Sumber Dipetik Dari: Kedah2u | Koleksi Berita Informasi Melayukini.net

Cerita Misteri - Gadis ayu beri joran buluh bertuah

Oleh Nuri Angkasa











Dunia Seram - MINGGU ini kita menyingkap kisah empat rakan pancing yang sering keluar menduga lubuk setiap hujung minggu atau hari kelepasan.
MINGGU ini kita menyingkap kisah empat rakan pancing yang sering keluar menduga lubuk setiap hujung minggu atau hari kelepasan. Ia diceritakan oleh seorang ayah kepada seorang anak lelakinya yang dianggap ada rahsia tersendiri. Tetapi keluarganya turut dapat merasakan nikmat hasil daripada rezeki pancingnya.

Pak Zul yang sudah berusia 89 tahun, menghuni sebuah perkampungan nelayan di pedalaman Sungai Pahang (kini sudah menjadi taman perumahan kos sederhana dan rendah). Anak lelakinya mempunyai sikap pendiam tetapi kuat pegangan agama. Dia minat memancing malah berkawan rapat dengan beberapa orang rakan pancing dari perkampungan yang sama.

Demikian permulaan cerita Pak Zul kepada penulis ketika bertemu di pekan kecil Lubuk Paku dekat Maran, Pahang, baru-baru ini. Orang tua itu sesekali tidak dapat menahan rasa sebak atas pemergian ke rahmatullah anak lelakinya Atan lama dulu.

“Dia membawa pulang banyak rezeki ikan pancingnya lalu dijual pada penduduk kampung,” Pak Zul terus menceritakan kisah arwah anaknya sambil mengaitkan beberapa peristiwa aneh.

Atan selalu ke warung seorang tua lelaki ketika dalam perjalanan turun memancing setiap hujung minggu. Ada kalanya Atan membantu orang tua warung itu mengendalikan perniagaan apabila ramai pelanggan yang datang serentak.

Baik budi dan pertolongan yang berterusan yang ditunjukkan oleh Atan mendapat perhatian anak gadis Pak Zubir (orang tua warung) tetapi Atan masih belum bersedia untuk berkenal cinta dengan sesiapa. Lalu, dia pun menolak cinta itu tetapi menerima anak gadis Pak Zubir sebagai adik angkat.

Bertitik tolak dari situ, Atan suatu hari dihadiahkan sebatang joran lama yang bersambung dengan buluh di bahagian hujung. Joran itu dihadiah sendiri oleh adik angkatnya, Sari (bukan nama sebenar) bagi membalas jasa baik Atan pada keluarganya. Walau pun cuma membantu perkara kecil di warung tetapi bagi Pak Zubir dan Sari, mereka menganggap itu satu pertolongan murni sambil membawa rezeki yang berlipat ganda.

Sebatang joran buluh yang sudah diubah suai oleh Atan tetapi mengekalkan tiga ruas buluh asal di bahagian hujung menjadikan joran itu unik lagi sangat disayangi oleh Atan.

“Rezeki di tangan Tuhan, bukan kerana joran buluh,” begitulah pengakuan Atan setelah mendapati rezeki yang lumayan setiap kali turun memancing dengan hanya menggunakan sebatang joran.

Pak Zul mengakui sendiri bahawa rezeki tangkapan ikan pancing anaknya sejak memiliki joran itu. Namun, beliau tidak mahu mengaitkan rezeki itu dengan sebatang joran pancing, namun itulah kenyataan yang sudah terbukti.
Atan terus meraih rezeki yang lumayan hingga dapat membebaskan kemiskinan hidup keluarganya. Beliau masih menganggap rezeki itu bukan kerana joran buluhnya walaupun sesekali terpanggil juga kepercayaan bahawa joran pemberian Sari itu ada tuahnya.

Rakan pancing Atan turut mengakui bahawa Joran pancing buluh Atan bertuah dan mereka memujuk Atan supaya menjual joran itu kepada mereka. Bagaimanapun Atan tidak berhasrat menjual joran itu kerana joran tersebut adalah pemberian ikhlas daripada Sari; adik angkatnya.

Rakan pancing mula renggang dengan Atan, cerita Pak Zul lagi. Atan sendiri mengambil keputusan untuk memulangkan semula joran itu kepada Sari kerana dia tidak mahu memutuskan persahabatan mereka yang terjalin sejak kecil kerana sebatang joran.

Tetapi Atan terkejut bahawa Pak Zul tidak ada anak perempuan yang bernama Sari. Paling mengejutkan Atan ketika itu, joran yang ada dalam tangannya bukan daripada joran buluh yang disambung di bahagian hujung tetapi joran biasa.

Atan jatuh sakit dan terus mendiamkan diri. Namun solat tetap disempurnakan walau dalam keadaan baring dan akhirnya meninggal dunia dalam keadaan satu misteri yang masih meninggalkan tanya bagi semua rakan pancingnya terutama ayahnya, Pak Zul serta Pak Zubir.

Pak Zul tidak dapat menahan kesedihan lalu tersedu sambil menunjukkan joran pancing yang masih tergantung (bukan joran pancing buluh yang menjadi misteri dalam cerita kali ini). Apa pun kematian Atan atas kehendak Allah juga. Cuma sebab musababnya saja yang menjadi misteri atau bualan yang berterusan.

“Kalau dia tak berkenalan dengan Sari tentu dia tak mati, atau kalau dia tak dapat joran pancing buluh dia tentu selamat,” begitulah bualan yang masih kekal hingga sekarang.


Sumber Dipetik Dari: http://joran.bharian.com.my/