Jumaat, 29 November 2013

Kisah seram muzium perang


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
KUBU pertahanan ini digunakan tentera Inggeris bagi mempertahankan Pulau Piang daripada serangan musuh.




PEMINAT paranormal pasti teruja untuk menyaksikan siri dokumentari I Wouldn't Go In There (Saya tidak akan masuk ke dalam sana) yang memaparkan pengembaraan ke beberapa negara bagi menjejaki fenomena tersebut.
Menariknya, Malaysia tidak terkecuali apabila turut terpilih sebagai lokasi penggambaran bagi produksi dokumentari antarabangsa, National Geographic Channel.
Program tersebut memaparkan keadaan mistik di salah satu destinasi menyeramkan di negara ini iaitu Muzium Perang Pulau Pinang.
Pengacara I Wouldn't Go In There, Robert Joe (R.J) bersama personaliti tempatan, Nazrudin Rahman, membongkar kisah sebenar muzium yang terkenal itu.
Betulkah ia berhantu, pernahkah ada individu ternampak hantu di sana atau ia sekadar satu mainan minda?
Muzium Perang Pulau Pinang yang terletak di Bukit Maung, Pulau Pinang merupakan lokasi menyeramkan bagi kebanyakan rakyat tempatan telah ‘hilang’ ditelan hutan selama 60 tahun.
Ia telah ditemui semula baru-baru ini dan ditukar menjadi sebuah muzium perang. Ramai yang mempercayai muzium berkenaan dihuni makhluk halus.
Masyarakat tempatan menyatakan muzium tersebut merupakan bekas kubu perang yang dibina oleh tentera British sekitar tahun 1938 sebelum ditawan oleh tentera Jepun. Ia berperanan melindungi Pulau Pinang daripada ancaman musuh, kem banduan perang dan tapak menjatuhkan hukuman mati.
Membongkar kebenaran
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
RUANG sempit ini merupakan antara jalan masuk di muzium perang ini.




Sehubungan itu, R.J dan Nazrudin telah membongkar kebenaran di sebalik khabar itu.
“Sebagai rakyat Malaysia, memang sudah banyak yang saya dengar tentang Muzium Perang Pulau Pinang. Saya rasa gembira kerana berpeluang menemani R.J dalam pengembaraannya.
“Ia memberi saya pandangan mengapa sesuatu perkara dilihat dalam perspektif tertentu,” ujar Nazrudin ketika ditemui pada majlis pratonton dokumentari tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Kebiasaannya, masyarakat tempatan pasti menjauhkan diri daripada elemen-elemen menyeramkan seperti hantu, lembaga, kematian dan pembunuhan.
Walaupun dianggap menakutkan, R.J yang merupakan seorang pengembara dan penulis blog, mempercayai bahawa muzium itu tidak berhantu, sebaliknya satu destinasi yang kaya dengan sejarah.
Ikuti pengembaraan R.J dan Nazrudin di bekas tapak kubu perang berkenaan sambil membongkar kisah gelap penaklukan Jepun di Pulau Pinang.
Perjalanan di seluruh pulau itu menceritakan kisah-kisah tersembunyi tentang mangsa-mangsa penderaan yang dihukum. Semua petunjuk yang diperoleh membawa kepada pelaksana hukuman legenda bernama Suzuki yang pernah menyembelih ratusan tahanan di kubu tersebut.
Mereka berdua mengembara bagaikan penyiasat, lengkap dengan sesi temu bual saksi, pandangan pakar dan membongkar rahsia sebab mengapa segelintir masyarakat enggan mengunjungi muzium tersebut.
Apa yang mereka temui pasti lebih menggemparkan daripada yang disangka. Jadi, luangkan masa anda untuk menonton tayangan perdana I Wouldn't Go In There: Muzium Berhantu Malaysia yang akan disiarkan secara eksklusif di saluran National Geographic (Astro 553) pada 4 Oktober 2013, pukul 11 malam. – NADIA SHAIFUL BAHARI


Artikel Penuh:

BERSILAT

 

BERSILAT BERSAMA HANTU
Salam semua.

Pada hari ini saya masih mengajak anda untuk mengikuti cerita dan kisah pengalaman saya semasa bertugas di Maktab Sultan Abu Bakar. Johor Baharu. Johor. khususnya mengenai asrama Jalan Kapt. Mohd.Amin.
Asal bangunan ini ialah sebuah sekolah yang dinamakan Sekolah Rendah Tambatan Tinggi beraliran bahasa Melayu, sebab kekurangan pelajar yang mendaftar di sekolah ini, maka akhirnya sekolah ini terpaksa ditutup dan agak lama juga bangunan ini ditinggalkan, hanya dijagai oleh seorang tukang kebun.
Seawal jam 7. 00 malam tiada lagi masyarakat di kawasan itu berlalu lalang menggunakan jalan yang berhampiran bangunan ini dan laluan lereng bukit arah ke Pantai Lido. kononnya laluan itu berhantu, terutamanya di dalam kawasan sekolah yang ditinggalkan itu. Pada waktu malam kekadang mereka melihat orang perempuan yang memakai telekung berjalan-jalan di situ. sejauh mana kebenarannya saya sendiri pun tidak mengetahuinya.

Sekolah yang ditinggalkan inilah dijadikan Asrama yang kami namakan Asrama Jalan Kapt.Mohd. Amin @ Maktab Sultan Abu Bakar, pada ketika itu pelajar sekolah ini mendiami tiga asrama, dua lagi asrama ialah Asrama Jalan Harun, Kg.Baru dan Asrama Umum, terletak 300 meter daripada sekolah MSAB (EC) di mana asrama ini didiami oleh pelajar daripada berbagai sekolah.

Apabila sekolah ini digunakan atau dijadikan asrama, penduduk di sini berasa sangat gembira kerana kampung mereka akan menjadi meriah kembali seperti dulu sekurang-kurang memberi semangat baru kepada mereka yang takut menggunakan jalan itu selama ini akan berani menggunakannya semula dan hantu yang mendiami tempat itu mungkin akan berpindah.

Kegembiraan mereka itu dapat saya rasai apabila tiba bulan Ramadan mereka akan sedekahkan berbagai jenis makanan kepada para pelajar dengan meletakkanya di bilik makan mereka, kekadang kami tidak mengetahui orang yang bersedekah itu, buah korma berlimpah ruah, saya turut gembira yang amat sangat dengan suasana tersebut.( kegembiraan itu mungkin bukan semua kerana perkara tersebut )

Pada setiap waktu saya memastikan mereka menunaikan solat dan pada malam Jumaat pula kita sama-sama membaca Surat Yasin. mungkin menasabah dan sesuai kalau mereka menjangkakan bahawa hantu telekung itu akan takut mendiami di tempat ini bersama kami.

Sepanjang saya tinggal di situ tidak pernah menghadapi apa-apa gangguan pun , walaupun sering tinggal berseorangan pada masa cuti sekolah. ada juga di kalangan mereka berasa hairan di atas keberanian saya itu, maklumat ini saya dapat kesan daripada pelajar saya, setelah lama kami tinggal di situ, barulah cerita hantu telekung itu dibocorkan kepada asramawan oleh kenalan yang tinggal berhampiran asrama, sebelumnya mereka tidak menceritakan kepada kami, setelah cerita ini dibocorkan para pelajar pun berasa takut dan mulalah mereka merapatkan katil mereka dengan katil kawan, cara ini telah melanggar peraturan, untuk megelakkan daripada berlaku pelanggaran peraturan saya terpaksa memberi tazkirah khas mengenai perkara ini.

Saya tidak berhajat menceritakan secara panjang lebar mengenai asrama ini oleh itu saya terpaksa memberhentikan di sini, walaupun banyak lagi cerita yang lain mengenainya dan sekarang saya terus masuk topik mengenai " Bersilat Bersama Hantu "

Pada suatu malam setelah saya balik daripada mengajar Kelas Malam (FEC) di sekolah, sesampai sahaja di asrama berhampiran Bilik Mentaah atau bilik studi, kedengaran riuh rendah suara pelajar, ada yang berlari, ada yang berkumpul di suatu tempat, pada hal ketika itu mereka sepatutnya berada di meja masing-masing untuk membaca atau membuat kerja-kerja sekolah.
Saya pun cepat-cepat menghampiri mereka, dari jauh kelihatan tiga pelajar sedang bersilat dan pelajar yang agak berani memerhatikannya. Saya dengan segera menguruskan keadaan dan mengarahkan para pelajar yang berasa takut dan seram supaya balik ke bilik kediaman masing-masing, arahan demikian dibuat kerana ditakuti keadaan itu akan merebak pula kepada pelajar yang lain. Para pelajar yang berani mereka memberi bantuan dan menolong saya.
Sebenarnya pelajar yang terlibat itu lebih daripada tiga orang tetapi keadaan mereka itu tidak berlarutan, di antara mereka yang terlibat kalau tidak salah ingatan ialah;

Kamaruddin
Fadzil.
Md.Said
Wan Nik.
Jaya Salam.
_________________________________________

Sebelum saya meneruskan cerita di atas saya ingin menyatakan di antara pengetahuan saya yang sedia ada dalam minda pada ketika itu mengenai hantu (iblis) ini adalah sekadar info di bawah samada benar atau salah wallahu aklam:

(1) Hantu tidak akan dapat menguasai kita, kalau kita tidak takut kepadanya, bila kita bercakap dengan hantu atau orang yang dirasuk hantu hendaklah menggunakan aura kita yang tinggi setinggi - tingginya.
(2) Manusia boleh menipu hantu. sebagai contoh, pada zaman dahulu ramai orang kita memelihara hantu, apabila mereka tidak mahu lagi memelihara hantu itu ( jenis hantu raya - jamu hantu ) pada masa mereka memberi jamuan terakhir, mereka menyatakan kepada hantu peliharaan mereka itu , " inilah makanan kamu pada kali ini dan makanan berikutnya kamu tunggulah sehingga matahari naik di sebelah barat setelah itu kamu akan diberi lagi makanan , kamu duduklah di sini dan jangan ganggu sesiapa pun ".
Informasi ini saya perolehi daripada salah seorang orang tua di kampung tetapi siapa gerangannya saya pun tidak ingat lagi .
______________________________________________

Setelah itu saya meminta para pelajar berdiri membuat bulatan serta mengepung mereka dan tiga pelajar yang bersilat itu berada di tengah-tengah kepungan seperti berada di gelanggang silat, untuk menyelesaikan masalah ini saya menggunakan pendekatan nombor satu di atas. pelajar ini bersilat dengan menyerang kekawan mereka, di antara mereka yang bersilat itu ada yang menggunakan seni langkah (tapak) harimau, Sedang mereka menyerang kekawan itu saya minta supaya mereka bertiga serang saya. di antara kata-kata yang saya sebut, " kalau awak berani , awak seranglah saya" perkataan ini saya ulang beberapa kali, mereka tidak berani serang saya, Saya ulang dengan perkataan lain pula, dengan menyatakan, " Awak semua tahu tak, Saya bos di kawasan ini, siapapun tidak boleh lawan saya, saya dilantik menjaga kawasan ini' dengan suara yang lantang. Saya ulang lagi, " kalau awak tidak mahu serang saya, saya akan serang awak satu persatu, Saya sedikit pun tidak takut dengan awak semua" - " seranglah saya kalau berani buat apa awak serang kawan awak", selepas itu, " ok , sekarang saya serang awak" . Kemudiannya saya pun menyerang (menangkap) salah seorang daripada mereka dengan memegang kedua-dua tangannya, setelah meronta-ronta kemudian jatuh ke bawah dan diangkat ke bilik dan diberi rehat, seterusnya saya bertindak mengkap seorang demi seorang sehingga selesai, ketiga-tiga pelajar tersebut di bawa ke bilik sama untuk berehat.
Setelah jatuh badan mereka menjadi lemah dan lembek, kemudian barulah mereka sedar dan waras.
Semasa berehat ketiga-tiga pelajar tersebut berasa dahaga dan meminta air, saya tidak terus memberi air kepada mereka kerana bimbang akan tindakbalasnya , sebaliknya menjemput jiran berhampiran iaitu Pak Cik Saidi untuk memberi pertolongan dan membuat sedikit air penawar. Rumah Pak Cik Saidi terletak di seberang jalan dan rapat dengan pagar Istana Bukit Siren.Jiran lain yang berdekatan ialah En.Ibrahim, Cikgu Kalthom , Kakak dan abang angkat saya ( En.Abd.Rahman Hj.Daud dan Khatijah Jidon ) serta keluarga Ah Kaw, mereka sekeluarga fasih berbahasa Melayu

Dua hari selepas peristiwa itu dua pelajar datang memberi tahu saya bahawa setiap kali mereka solat berseorangan setelah memberi salam terakhir mereka terlihat makmum berjubah hijau berada di belakang mereka. kata mereka ini berlaku sejak sebelum peristiwa tersebut. Mereka meminta pandangan saya siapakah gerangan makhluk itu, saya menyatakan kepada mereka Malaikat tidak menakutkan orang dan tidak menyusahkan orang, kata saya rasanya makhluk itu adalah makhluk jin.
Rupa-rupanya para pelajar ini menuntut atau belajar seni silat pada setiap hari sabtu iaitu hari kelepasan asrama.
Kemudian para pelajar yang terlibat dinasihatkan supaya berhenti daripada mempelajari silat tersebut.
________________

Untuk Renungan
 
"Dan (juga) orang-orang yang menafkahkan
harta-harta mereka kerana riya kepada manusia,
dan orang-orang yang tidak beriman kepada Allah
dan kepada hari kemudian. Barang siapa yang
mengambil syaitan itu menjadi temannya,
maka syaitan itu adalah teman yang
seburuk-buruknya".
Surah An.Nisak. Ayat 38
___________________
Catatan:
Jin dan syaitan berada di mana-mana, di udara, di dalam tanah dan di dalam air.
Ini bermakna mereka juga boleh hidup di dalam badan kita.
Banyakkan beribadat dan berpegang teguh kepada aqidah yang benar, insya Allah jin, syaitan dan iblis akan menjauhi kita.
________

Sekian dahulu sehingga
 
 
Sumber

Warung



Warung Makan Ghaib

 Waktu itu saya masih tinggal di secang magelang. kami sekeluarga akan pergi ke jakarta menggunakan kendaraan pribadi. sejak pagi saya & keluarga sudah sibuk prepared & packing. kami sekeluarga berniat akan berlibur sekaligus silaturahmi ke saudara di jakarta, lalu kami berniat berangkat dr magelang sore hari. jadi per jalanan akan lebih santai & bapak berniat menghindari keramaian kl melakukan perjalanan jarak jauh disiang hari.
Dan berangkatlah kami sekeluarga dr magelang kira2 jam 4 sore dari magelang, rute yang kami ambil melalui jalur utara. selama perjalanan kami tidak memiliki firasat buruk apapun. Dan perjalanan panjang pun dimulai. Tak terasa hari sudah mulai gelap, dan adzan magrib sudah berkumandang. kami memutuskan utk istirahat sejenak dimasjid sekaligus menunaikan sholat magrib. setelah selesai sholat, kami pun melanjutkan perjalanan. semakin jauh kami melaju semakin larut malam yang menemani perjalanan, yang semula di awal perjalanan, suasana didalam mobil begitu ramai & penuh canda tawa saya dan kedua adik saya, berubah perlahan menjadi suasana sepi. mungkin karena ibu & kedua adik saya sudah tidur terlelap. dan yang masih terjaga saat itu hanya saya dan bapak. jam menunjukan pukul 10.30 malam, kami sudah memasuki area alas roban, jalanan berliku ditengah hutan & tanah alas, jauh dari kehidupan kota. disini suasana sudah mulai mencekam. bapak mengurangi laju kecepatan mobil karena kondisi jalan yg gelap & berliku penuh tanjakan turunan yang kiri dan kanan nya jurang. saya & bapak merasa ada hal yg ganjil & aneh, sejak kami memasuki area alas roban, kami tidak berpapasan dengan kendaran lain seperti bus antar provinsi & kendaraan lainnya , padahal jalur ini termasuk rute yang sering digunakan untuk menuju kota tegal. setelah melaju beberapa saat tiba2 ” Bruaaaaakkkk…!!­! ” astagfirullah…m­obil yang kami naiki menabrak sesuatu ditengah jalan.
Bapak langsung menepikan mobil kepinggir jalan dan mengambil senter yg ada di dashboard. saya & bapak kemudian turun dari mobil melihat situasi apa yang terjadi. ibu & kedua adik yg terbangun mendengar suara benturan tadi. langsung panik & mau keluar mobil, namun bapak melarangnya dan menyuruh ibu & adik2 tetap didalam.kemudia­n saya bergegas memeriksa bagian depan mobil & bapak memeriksa bagian bawah sampai belakang mobil. saya bener2 yakin benturan sekeras tadi seharusnya bisa membuat bamper mobil penyok atau memecahkan lampu kabut mobil, namun setelah saya periksa dengan seksama, tidak ada satu pun goresan di bagian depan mobil, bahkan debu & sedikit lumpur yang menempel pd bamper mobil pun masih utuh tak tersentuh. jujur saya kaget & heran. lalu bapak yang memeriksa bagian bawah sampai belakang mobil juga tidak menemukan benda yang kami tabrak tadi. kemudian saya memanggil bapak agar ikut memeriksa bagian depan mobil, mungkin dengan mencari berdua bisa menemukan kerusakan mobil akibat benturan keras tadi. kami sudah memeriksa beberapa kali ,setiap sudut bagian depan mobil, tidak ada satupun bekas benturan. lalu, apakah yang kami tabrak tadi? karena kami merasa ada yang tidak beres, saya & bapak lekas masuk kedalam mobil untuk melanjutkan perjalanan. kedua adik ku langsung pindah posisi duduk, yang semula duduk di kursi paling belakang pindah ke kursi tengah bersama ibu, dan saya duduk di kursi depan menemani bapak. kami pun terus melaju di kegelapan malam alas roban, jam menunjukan pukul 12 malam. kedua adik ku sudah tertidur lagi, yang terjaga kali ini saya, bapak & ibu. tidak lama kemudia , hujan mulai turun, hujan nya hanya rintik2 namun cukup menggangu pandangan, sampai bapak harus membunyikan klakson disetiap akan memasuki tikungan yang tajam.
Saya & ibu sengaja tidak membahas kejadian tadi, agar bapak tetap tenang & bisa berkonsentrasi dijalan. lalu dr kejauhan terlihat ada sepercik cahaya neon, allhamdullilah.­ sudah terlihat pemukiman, setelah semakin dekat ternyata itu sebuah warung makan pecel lele kecil tepat di sudut tikungan dibawah pohon, untuk menenangkan suasana kami memutuskan untuk singgah sejenak. saya & keluarga turun dr mobil, entah karena mengantuk atau ceroboh, kaki saya terbentur pasak penanda kilometer area. tertulis disitu kilometer 15. saya & keluarga masuk kedalam warung tersebut. penjualnya menyambut kami dengan ramah tamah, dengan logat khas pekalongan. kami memesan makanan & minuman panas. iseng2 saya bertanya, ” kok jam segini masih buka pak? bapak jual an ny sendirian?” penjual ny menjawab ” iya mas, ini sudah mau tutup kok, eh mas nya dateng, saya jualan sama istri saya. itu istri saya mas,” saya & bapak kaget, sejak kapan ada orang yang berdiri di samping pintu masuk warung. padahal tadi kami masuk lewat arah yang sama dan sekitarnya pohon besar. ya sudah lah, saya tidak terlalu memperdulikanny­a. karena perhatian saya tertuju pada ayam yang sedang di goreng. he…3x.
Kami makan dengan lahap, dan ternyata rasa sambal ny enak, sangat cocok dilidah. sampai saya nambah sambal nya 2x. setelah kenyang menyantap ayam goreng. kami bergegas kembali ke mobil, saat mau masuk mobil, kaki saya terbentur pasak penanda kilometer 15 tadi. oke saya ceroboh. karena letak pasak itu persis didekat pintu mobil. jadi wajar kl saya terbentur pasak itu. mobil kami pun mulai melaju ditemani hujan rintik2 yang terus menguyur area alas roban. setelah beberapa saat akhirnya kami keluar dr area alas roban dan menuju tegal ,
Singkat cerita , kami sudah menyelesaikan liburan kami di jakarta, karena tidak ingin mengalami kejadian seperti kemarin lagi. bapak memutuskan untuk berangkat dari jakarta pagi hari jadi ketika memasuki alas roban lagi, hari masih siang. setelah berjam-jam kami menempuh perjalanan. kami memasuki area alas roban sekitar jam 1 siang. lalu saya penasaran dengan warung pecel lele yang waktu itu kami singgah i. rasa sambal nya enak. namun sayang, warung pecel lele biasa nya buka ketika sore menjelang malam hari. adik saya tiba2 ingin buang air kecil. bapak kemudian menepikan mobil di tikungan jalan yg agak luas. dan menyuruh adik untuk buang air kecil mepet dengan mobil. sambil istirahat sejenak sekaligus menikmati pemandangan alas roban di siang hari, tidak dipungkiri kalau pemandangan alas roban sangat indah. kemudian saya melihat pasak kilometer bertuliskan kilometer 15. saya kaget luar biasa. itu pasak yang membentur kaki ku tempo hari. dan posisi pasak itu persis di tepi jurang. dan seingat ku, posisi warung pecel lele waktu itu kira2 3 meter di belakang pasak tadi. saya langsung memanggil bapak & ibu. dan menujukan pasak tadi dan lokasi warung. setelah diamati, tikungan nya persis seperti waktu itu, ada pohon besar ditepi jalan & pasak bertuliskan kilometer 15, namun 1meter belakang pasak itu sudah jurang yang sangat dalam. kesimpulannya. waktu itu kami sedang makan di pinggir jalan tepat melayang diatas jurang. hanya satu hal yang bisa menjelaskan kejadian tersebut. kami singgah di warung gaib.

Itulah Cerita Misteri yang berjudul Warung Makan Ghaib dimana jalan ceritanya cukup membuat kita ketakutan ketika membacanya. Memang selain rasa penasaran yang tinggi, tingkat kepuasan ketika membaca Cerita Misteri seperti ini juga bisa ditimbulkan dari rasa percaya kita terhadap sesuatu yang berbau ghaib. Secara fisik memang mereka sangat sulit untuk dibuktikan. Namun jika ditanya tentang keberadaannya, pastinya mereka selalu ada di dekat kita yang kapan saja juga mampu menampakkan diri pada kita.


Sumber

HUTAN Lipur Lata Kinjang



 
 
 
 
 
 
Misteri Lata Kinjang
 
HUTAN Lipur Lata Kinjang (HLLK) yang dikunjungi ramai saban minggu, sebenarnya menyimpan cerita misteri yang sangat unik dan penuh lagenda yang hanya diketahui oleh segelintir masyarakat setempat sahaja. Menurut sejarahnya, tempat itu dinamakan sebagai Lata Kinjang kerana di kawasan itu terdapat banyak Kijang. Orang lnggeris yang pernah sampai ke tempat itu pada zaman silam kerana memburu Kijang telah tersalah sebut nama Kijang lalu berubah kepada nama “Kinjang” hingga kekal namanya sampai sekarang.

Ketua Kampung Lata Kinjang, Tok Batin Taha Husin dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Encik Haslam Abdullah ketika ditemui turut mengesahkan Lata Kinjang banyak menyimpan kisah misteri yang sangat unik . “Bila waktu lapang saya bercerita kepada anak cucu untuk mendengar kisah Lata Kinjang,“ kataTok Batin Husin yang menyebut lata tersebut telah diteroka oleh empat keturunan bermula daripada datuknya, Allahyarham Mat Yakin.

Setakat ini belum ada usaha-usaha untuk membukukan cerita-cerita misteri dan sejarah Lata Kinjang. Ini bermakna, apabila kalangan orang tua-tua meninggal dunia, sekaligus akan lenyaplah cerita lagenda Lata Kinjang untuk diketahui oleh generasi muda. Tok Batin Husin berkata, di sekitar lata itu terdapat beberapa kesan yang ada kaitannya dengan sejarah kemunculan Lata Kinjang sejak ditemui oleh manusia beratus tahun lalu. Dia sendiri mengetahui sejarah lata itu daripada cerita mulut yang didengar daripada datuknya Allahyarham Mat Yakin dan bapanya Allahyarham Taha. Beliau berharap, ada di kalangan sembilan orang anak dan dua belas orang cucunya akan menjadi penyambung cerita mengenai sejarah Lata Kinjang kepada sesiapa yang ingin mendengar kisahnya.

Encik Haslam pula menyebut, ditingkat tiga lata terdapat bekas kesan tapak kaki Kijang yang melarikan diri atas kawasan lata setelah dikejar oleh Harimau Akar yang telah disumpah oleh kelembai menjadi batu. Kesan tapak kaki Kijang dan batu besar dari lembaga Harimau Akar masih boleh dilihat tersergam ditingkat tiga lata tersebut.

Di kawasan lata itu juga terdapat kesan kubur anak kelembai yang terbaring memanjang dalam lubang kubur yang sudah menjadi batu, bekas tapak kaki kelembai termasuk lesong menumbuk padi yang telah disumpah menjadi batu.

Beliau turut menceritakan kisah misteri seorang wanita cantik yang dipercayai sebagai ”Puteri Bunian” yang pernah menjelma di kawasan lata itu pada masa silam sehingga menarik perhatian seorang hartawan lnggeris yang bercita-cita ingin mengahwini puteri itu .

Menurut ceritanya, hartawan lnggeris itu yang secara kebetulan berkunjung ke Lata Kinjang dalam tahun 1900, telah diberitahu oleh masyarakat Orang Asli di situ mengenai penjelmaan seorang wanita cantik di kawasan lata terutama pada musim bulan mengambang.

Kerana terlalu ingin hendak melihat wajah puteri bunian itu, hartawan lnggeris itu telah membina sebuah banglo ditingkat satu lata dan membina tangga batu dari bawah hingga kepuncak lata itu. Beliau membina banglo itu sebagai tempat penginapannya untuk melihat secara dekat wajah puteri bunian yang dikatakan sering menampakkan dirinya bila menjelang senja.

Tetapi, setelah menunggu berbulan-bulan di situ, hajat hartawan Inggeris itu tidak kesampaian, lalu dia merasa kecewa dan terus pulang ke negara asalnya di Eropah dan telah meninggal dunia beberapa bulan kemudiannnya. Banglo yang dibina dengan kos yang mahal telah musnah dan rosak sedikit demi sedikit dan sekarang hanya tinggal rangkanya sahaja.

Encik Haslam memberitahu, “Puteri Bunian” muncul ditengah-tengah lata untuk mandi bersama pakaian yang dipakainya dan berdiri tegak di atas batu lata dengan rambutnya yang panjang mengurai melepasi punggung. Puteri bunian itu yang disifatkan sebagai penunggu lata hanya menunjukkan dirinya beberapa minit sahaja kerana dia tidak mahu identitinya dikenali oleh manusia biasa. Kini, lagenda Puteri Bunian itu hanya tinggal dalam lipatan sejarah sahaja kerana dia tidak muncul lagi di kawasan lata tersebut. Mungkin disebabkan lata tersebut telah menjadi tumpuan ramai dan dia enggan menjelmakan dirinya. Di kawasan lata itu juga terdapat serumpun pokok buluh perindu yang hanya boleh diambil oleh orang-orang tertentu sahaja. Allahyarham Seniman Agung P.Ramlee dikatakan memiliki Buluh Perindu yang diambil daripada Lata Kinjang untuk ubat memerdukan suaranya.

Encik Haslam memberitahu, di kawasan lata itu juga terdapat banyak kambing gurun tetapi sukar diperangkap kerana ianya sangat lincah dan pandai menghilangkan diri. Beliau berkata, semua cerita misteri yang berlaku di kawasan lata itu menjadi cerita lisan yang bersambung dari mulut ke mulut sahaja. Beliau sendiri mengetahui cerita misteri lata daripada datuknya, Allahyarham Mat Yakin.

“Saya bersetuju jika ada usaha untuk membukukan sejarah lagenda Lata Kinjang dijalankan oleh mana-mana pihak sama ada menerusi cerpen, novel, puisi atau pembikinan drama filem,’tegasnya. Beliau yakin, misteri lagenda Lata Kinjang akan menarik perhatian khalayak jika dapat dijadikan drama atau filem. Ia terserahlah kepada para karyawan filem dan drama untuk menjawabnya.
 
 

DIGANGGU PONTIANAK



 
 
EMAK DIGANGGU PONTIANAK @ LANGSUIR
Assalammualaikum wbt
Sepertimana yg Bonda janjikan kepada semua, Bonda ingin bercerita tentang emak Bonda yg telah diganggu.
Kejadian ini berlaku di rumah sewa yang sangat angker itu ... house.gif
Pada suatu malam emak Bonda terasa hendak membuang hajat kecil. Oleh kerana ayah tiada sebab keluar berjumpa kawan-kawannya, emak mengajak Bonda temankan. Jam menunjukkan pukul 11.45 malam.
Pada mulanya Bonda malas hendak temankan. Mata ni mengantuk sangat-sangat. Macam ada gam kat kelopak mata ni.. ke sebab Bonda tertumpahkan gam UHU kat mata? Memang susah nak buka mata ni.
Bonda dengar suara emak tapi mata ni memang tak boleh nak buka langsung. Mungkin bosan nak kejutkan Bonda, emak pun berlalu ke dapur. Akan tetapi sebelum dia bergerak ke dapur sempat juga emak berkata sesuatu yang membuatkan tiba-tiba mata Bonda segar bugar..
Emak kata, " Takpelah kalau tak nak teman..tapi esok-esok kalau ko nak terbe**k tengah malam..silalah pergi sendiri ye.. ". Hah! Amik ko.. Haahahaha...  Bagus betul la emak ni. Main saikologi . Ugutannya menggugat hati nurani ku yg suci lagi mulia ni.. Eceh ! Ada ke patut?
Bingkas Bonda bangun dari tempat tidur. Dengan badan yg terhuyung hayang Bonda mengekori emak turun tangga ke dapur. Bonda terus ikut emak sampai ke bilik air. Sampai di bilik air, tak semena-mena emak berhenti. Dia pusingkan badannya dan memandang Bonda. Matanya tak berkedip-kedip memandang Bonda. Mata Bonda melilau ke kiri dan ke kanan.. dalam hati ni tertanya-tanya.. " Eh! Kenapa emak ni? " . Bonda mula dah seriau.
Emak masih lagi diam membisu. Kaku sambil memandang Bonda. Bonda garu kening yg tak gatal. Tiba-tiba emak berbisik, " Kok ye nak teman pun.. tak payah la ikut masuk dalam bilik air sekali.." . Hoh! Baru Bonda perasan yg Bonda ikut emak masuk sekali ke dalam bilik air. Bonda sengih.. emak menjeling tajam. (  kalau kami duduk bersembang pasal ni mesti tergelak besar apa la Bonda ni.. )
Selepas emak tutup pintu bilik air, Bonda pun menuju ke tangga batu di dapur. Hajat hati nak letakkan kepala kat tangga. Nak tutup mata sekejap. Bonda baru saja letak punggung di atas tangga..baru menyandarkan badan, tak sempat pun nak letakkan kepala di atas tangga emak dah keluar dari bilik air. Bonda lihat emak berjalan laju sambil betulkan kain batiknya.
Tanpa berkata-kata emak terus tarik tangan Bonda naik tangga. Sampai nak tersungkur Bonda dibuatnya. Apa hal ni? Nak tanya tak berani apabila melihat akan keadaan emak ketika tu. Emak arahkan Bonda untuk tidur.
" Tidur! " , itu saja yg emak katakan kepada Bonda. Tanpa banyak tanya, Bonda rebahkan badan atas tilam dan paksa diri untuk tidur. Dalam kepala ni dah fikir macam-macam. Sedang Bonda cuba nak tidurkan diri, Bonda dengar seperti bunyi orang berjalan atas daun kering. Ssrreetttt.ssrrettttt.ssssssrrreeettt.. bunyi tu tetiba hilang dan diganti dengan bau bunga melur.
Memikirkan yang depan rumah ini ada pokok bunga melur yang besar, Bonda ambil positif tentang bau terebut. Manakala bunyi seret atas tanah itu mungkin bunyi biawak yang sedang berkeliaran .. ( agaknya laaa.. ). Tak mahu fikir yg bukan-bukan Bonda pejam mata kuat-kuat. Ambil bantal tutup muka. Entah bila Bonda terlelap pun Bonda tak tahu.
Dipendekkan cerita, keesokkan petang selepas Bonda pulang dari sekolah.. terus Bonda bertanyakan kepada emak.tentang kejadian malam semalam.
Bagi sesiapa yg mengikuti kisah Bonda dirumah sewa yg angker tu asti ingat lagi akan kedudukan bilik air rumah tersebut. Ingat lagi bukan?
Baiklah..Bonda ceritakan balik secara ringkas akan kedudukan bilik air tersebut. Tapi SEBELUM itu, Bonda mahu...bagi mereka yang sedang membaca kisah ini.. FOKUS ! Dan cuba bayangkan serta cuba letakkan diri anda semua di tempat kejadian..SEDIA?
Kedudukan bilik air ini berada dibelakang sekali. Dindingnya separa batu-bata & separa zink tebal. Manakala atapnya juga zink tapi tidak menutup bilik air keseluruhannya. Hanya setengah depa bahagian atas bilik air yang terbuka. Berhadapan dengan dinding bilik air & juga pintu belakang terdapat sebatang pokok petai yang besar dan berbuah lebat. Hinggakan salah satu hujung dahannya berada betul-betul di bahagian atas bilik air yang terbuka. Buah petainya terjulur masuk sedikit ke dalam biik air.
Emak menceritakan selepas dia menutup pintu bilik air, dia pun teruskan niatnya nak membuang hajat. Kedudukan emak Bonda ketika itu menghadap dinding ke belakang. Ini bermakna di depannya ( bahagian luar bilik air ) pokok petai.
Sedang membuang hajat kecil, emak Bonda terperasan daun-daun petai jatuh berguguran ke lantai bilik air yang basah. Emak pula rasa pelik. Hendak dikatakan angin..tak terasa angin bertiup. Malam tu memang terasa bahang..
Daun-daun petai makin lama makin banyak jatuh berguguran ke lantai seperti salji.. Jadi emak Bonda dongak ke atas secara perlahan-lahan. Cuba mencari puncanya daun petai itu berguguran..
Allahuakhbar !! ..
Di atas dahan yang hujung dahannya berada betul-betul di bahagian atas bilik air.. emak Bonda nampak susuk badan perempuan berselubung dengan kain putih labuh sedang duduk sambil kakinya berjuntai-juntai ke bawah ( seperti anak kecil duduk di buaian..kakinya di goyang-goyangkan ke depan dan belakang ). Mukanya tidak kelihatan sebab terlindung dengan rambutnya yang sangat panjang. Kulitnya sangat pucat serta kukunya yang runcing dan hitam sedang bermain-main dengan rambutnya..
Tapi yang terang-terangan, emak Bonda nampak mulut perempuan itu tersenyum. Ini bukan sebarang senyuman .... Ini senyuman yg mampu membuat segala bulu-bulu di tubuh badan SEPAKAT naik serentak! Kalau SEPAKAT MEMBAWA BERKAT tidaklah diherankan sangat tapi SEPAKAT INI MEMBAWA TANDANYA BALA AKAN TIBA...!! Itu yang emak takutkan..
Agaknya DIA tahu yang emak Bonda sudah nampak akan dirinya yang tidak seberapa indah itu.. kakinya tiba-tiba berhenti bergoyang. Tangannya berhenti bermain dengan rambutnya. OMG! jawdrop.gif
 
Kata emak lagi. Sebelum perempuan itu menoleh sepenuhnya kepada emak, ada baiknya emak cepat-cepat bersihkan diri. Tanpa menoleh dan memandang ke atas emak terus tunduk dan selesaikan semuanya seberapa cepat yg boleh.
Dalam pada bergelut nak buka pintu bilik air, emak Bonda terdengar suara perempuan itu tergelak halus.. Mulut emak tak berhenti-henti beristighfar kaki emak rasa kebas..langsung tak terasa kakinya jejak ke lantai.. Terus emak buka pintu bilik air dan bergegas keluar.
Dan bunyi serta bau yang Bonda alami malam tersebut adalah tanda kehadiran makhluk tersebut diluar rumah Bonda. Ini berdasarkan cerita ayah Bonda yg kebetulan balik 15 minit selepas itu. Ayah nampak makhluk itu terbang menghala ke pokok kekabu yg berada di depan rumah..
Adakah susuk perempuan tersebut PONTIANAK? Ataupun LANGSUIR?
Cuba teka? biggrin
 
 

Lebuh Raya Pantai Timur



LPT
Lebuh Raya Pantai Timur.. begitulah nama yang diberi... mudah dan ringkas.. senang nak hadam dalam minda... di awal pembukaannya dulu pun dah banyak dengar cerita-cerita seram.. biasala tu.. tempat baru.. dulu hutan belantara skrg dah jadi highway... memang tempat suku sakat diala tu...macam Karak gak dulu.. masa mula-mula banyak giler cerita-cerita seramnya.. satu cerita yang paling famous ialah pasal sepasang suami isteri yang keretanya rosak di Karak dulu.. sampai skrg aku tak tau cerita tu betul ke tak.. rasanya macam tipu je..

Balik dari seminar di KL dengan Dolah.. sampai di UMP masih agak awal.. baru lebih kurang 9.30 malam... Dolah turunkan aku depan ICT. Dia nak balik awal.. nak makan 'sup' katanya.. Aku hidupkan engine Kancil aku yang dah uzur tu.. asalnya nak ikut jalan biasa.. tapi sebab dah gelap.. 'mm...ikut highway ajelah...'...

LPT di waktu malam macam biasa.. lebih-lebih lagi menghala ke exit sg Lembing.. suram.. sunyi... jarang sgt boleh bertembung dengan kereta lain... Hampir ke exit sg Lembing.. ada sedikit U turn kena buat.. sbb jalan ke Chendering masih lagi belum dibuka..

Dari jauh aku terlihat ada kelibat seorang lelaki.. badan agak tinggi dan sasa...menggalas sebatang joran panjang... berjaket kelabu dan berdiri di bawah tiang lampu jalan.. Dari jauh tidak kelihatan wajah lelaki tersebut.. aku tersenyum bila terigat waktu khutbah jumaat.. biasanya kalo orang tu tido dan kepala terlentuk ke bawah jika dilihat dari belakang seolah-olah orang tu takde kepala...

Hampir dengan lelaki tersebut aku sengaja memperlahankan kenderaan dan cuba melihat ke wajahnya.. Gamam sekejap.. tercari-cari wajahnya.. bukan setakat wajah malah kepalanya juga tidak kelihatan...berderau darah ke muka.. aku terus amik U turn dan exit dari sg Lembing.. ayat Qursi tak putus-putus aku baca sehingga ke sampai ke rumah...
 
 
Sumber

Anak patung


 
 
 
 
 
 
 
 
 
Misteri anak patung
 
 
*Post yang Aku pengembara nak kongsi pada malam ini merupakan hasil perkongsian seorang rakan blogger.. kisah nie boleh la dikategorikan dalam kategori gred A- (boleh jual la) hehe.. memang menaikkan bulu roma anda.. kalau korang nak baca kisah nie, di nasihatkan supaya jgn menoleh kebelakang ataupun menundukkan kepala anda ke bawah.. ini bagi memastikan keselamatan anda dan mengelakkan daripada sebarang kejadian yg tidak diingini berlaku pada malam ini.. so, tenangkan fikiran dan layan kisah seram nie...

Kejadian ni jadi tahun lepas ... aku gi amek adek aku dari Kuching ... sbb dia nye barang byk nk cuti sem ... so parents aku suh aku gi Sarawak la amek dia ... sian sbb dia sorg pompuan dlm adek beradek aku ...

Aku gi Sarawak tu ari ahad pagi ... amek 1st flight ... dlm kul 7 nye berlepas ... kalo naik air asia kt lcct kn kita gi sendiri jalan kt kapal terbang tu ... so mase aku jalan nk gi flight tu ... aku cm perasan ada 1 anak patung ni ... aku ckp dlm ati ... sape la yg tercicir menda ni ... tp aku wat bodo je la ... sbb x de kaitan ngn aku ...

Bile aku da sampai Sarawak ... kat mase kat terminal tu ... aku tunggu la kawan aku jemput aku ... sbb aku pinjam kete dia ari tu ... mase aku tgh tunggu kt tpt org pickup passenger tu ... aku terperasan kt tepi jalan tu ... anak patung yg sama ngn aku tgk kt LCCT tu ... aku da mula rase pelik ... caner patung tu bley ada kt sane ... sedangkn mase aku mula2 kuar tunggu kwn aku x de sape2 pn kt situ n x de pn patung tu ... bile kawan aku sampai ... aku masuk kete sume ... aku tgk kt luar patung tu da x de ... so dlm ati aku ... aku rase maybe ade la tu sape2 tercicir ... aku wat bodo je la sbb anggap misteri da selesai ... aku pun gi amek adek aku kt UiTM Samarahan ... aku jalan2 ngn adek aku beli2 barang kt Bandar Kuching ...

Malam tu aku nye flight lewat kul 11 lebey ... n seperti biase ... air asia nye flight mmg slalu delay ... last2 kul 12:30 baru kitorg nye flight berlepas ... aku tension pn ade gak time tu ... kul bape nk sampai ... esok tu aku keje ... nk jadi malang lagi ... mase da nk sampai tu ... kapal terbang x ley landing sbb cuaca buruk ... last2 dlm kul 2 lebey baru landing ... aku punye la ngantuk time tu ... da la sehari suntuk jalan ... air asia tau2 je la seat dia x bape selesa ... dgn bau muntah lg ... tp tu sume tolak tepi ar ... aku da sampai ... yeay!! bley tido ... bisik hati ku sendiri ...

Aku ni jenis malas nk rebut2 ... so aku bile da nk abes sume passenger turun ... baru la aku turun ... kire nye aku ni kuar last2 gak ar ... bley kata da x de org lagi turun pas aku turun ... mase da turun dr kapal terbang tu ... aku teringat ar pasal anak patung td tu ... pastu aku nk ckp la kt adek aku ... n mase tu aku terperasan ade budak depan aku bawak beg galas ... beg dia x tutup n terkeluar kepala anak patung yang aku nmpk pagi td ... x sempat nk ckp ape ... patung tu jatuh ... aku tgk org lain sume cm x perasan je ... termasuk la budak tu ... so aku dengan niat baik ... panggil budak tu "dik ... patung adik jatuh" ... aku tolong la pick up kn ... n bile aku tunduk nk amek ... mmg aku nyesal gile ... bile aku tgk kaki budak tu x jejak tanah ... adoi ... dlm ati aku dok ckp nape la nasib aku ni malang sgt ... n sambil aku nk angkat pale aku balik ... budak tu jawab ... "Terima Kasih ... ade gak org nampak saye rupanye" ... budak tu pusing belakang n aku tgk muka budak tu kosong je ... dia amek patung tu n terus ilang ...

Aku mase tu cm dok terkaku je ... mmg aku cm kaku tatau ape jadi ... tiba2 aku sedar ade org tarik tangan aku ... aku dengar suara ckp "Along ... xkn ngantuk sampai tertido kt sini" ... pastu dia tarik2 tangan aku ... bile aku tersedar ... adek aku tanye nape aku dok berdiri sorg2 terkaku kt blakang dia gaya tangan cm tgh hulur something ... aku tanye dia x nmpk ape2 ke ... dia ckp td sambil sembang2 ngn aku tiba2 aku berenti ... dia ingatkn aku nk amek barang tercicir sbb nampak aku terbongkok2 nk amek barang ... so dia jalan dulu ... aku diam je pastu x ckp ape2 sbb x nk dia plak takut ... padahal dlm ati ni Tuhan je tau rase resah caner ...

Tapi x abes kt situ je ... bile da masuk LCCT nye bangunan tu ... aku tunggu la bagasi adek aku ... semua beg da dpt ... tinggal satu je ... beg aku x kuar2 lg ... org makin sket ... aku cm pelik nape la beg x kuar2 ... aku da la ngantuk + rase seram2 ... adek aku dok tanye2 nape aku senyap je ... aku ckp aku ngantuk ... dia nk kuar dulu tp aku saje pack kn trolley dia biar dia x larat nk tolak ... padahal aku takut sorg2 ... hehehe ... last skali ... bile beg aku kuar ... dekat sebelah beg aku ... ada anak patung yg aku amek td tu ... time tu aku da cuak gile ... aku tarik beg aku ... aku taruk atas trolley n tolak trolley tu laju2 ... aku lari ... adek aku terpinga2 tgk aku cm tu ... bile aku da kuar ... parents aku da tunggu ... diorg tanye nape lame sgt ... aku diam je ... esok tu aku demam ...

Pengalaman Seram...


Pengalaman seram ini adalan cerita yang pernah aku dengar dari kawan-kawanku. Aku tidak pasti kebenarannya. Walau bagaimanapun biarlah ianya menjadi tatapan umum sebagai panduan dan teladan.

Ali (bukan nama sebenar) sedang dalam perjalanan pulang kekampung untuk bercuti hari raya di Kelantan. Sewaktu melalui jalan sunyi dikawasan Endau-Rompin, Ali teringat akan kisah-kisah yang pernah didengar. Bulu romanya meremang. Lekas-lekas dia menaikkan tingkap keretanya dan memasang radio kuat-kuat. Tiba-tiba melintas seekor binatang dihadapan keretanya. Dengan segera dia menekan brek tetapi tidak sempat. Dia telah terlanggar seekor tenggiling. Ali menyumpah kerana dia baru sahaja membeli kereta barunya minggu lepas. Belum pun sempat nak tayang dekat orang dikampung dah bercalar. Dia segera keluar dan memeriksa kesan dikeretanya. Memang ada kesan calar dan kemik. Ali bertambah berang. Dia menyepak-nyepak tenggiling yang masih mengelupur sambil menyumpah-nyumpah. Tiba-tiba lalu seseorang dengan berbasikal. Orang tua itu cuma memandang tegak kehadapan tanpa menoleh. Ali yang sedang marah terus merungut-rungut sendirian. Katanya orang-orang kampung dikawasan itu sombong. Langsung tidak mahu menoleh atau menegur. Katanya lagi, itu baru dapat basikal buruk, belum lagi kereta baru seperti dia. Kalau dah dapat kereta, agaknya orang tua tu main langgar je sesiapa yang dia nampak. Begitu rungutan Ali yang baur riak.

Ali meneruskan perjalanan. Apabila dia hendak memintas orang tua yang berbasikal tadi, dengan sengaja dia menekan clutch dan minyak supaya bunyi keretanya bertambah kuat dan sambil itu dia membunyikan air-horn yang baru dipasangnya semalam. Dia ketawa kecil sendirian sambil berkata dalam hatinya, "Padan muka kau. Lain kali sombong kat aku lagi..". Apabila dia melihat cermin pandang-belakang, kelibat orang itu tidak kelihatan. Mungkin dia dah tersungkur dan mengelupur macam tenggiling tadi, bisik hati Ali sambil tersenyum puas.

Ali terus membelah malam melalui jalan sunyi yang memang terkenal dengan berbagai cerita seram. Keadaan jalan yang penuh dengan selekoh membuat Ali tidak dapat hendak memecut keretanya lebih dari 90 km sejam. Perasaan marahnya tadi telah menghilangkan rasa takutnya. Dia menurunkan tingkap untuk menyedut udara malam yang segar sambil mendengar radio dengan kuatnya. Tiba-tiba siaran radio terhenti. Suasana menjadi sunyi. Ali bersungut, "Boring betul lalu kat kawasan hutan ni, siaran radio pun tak dapat. Patut la orang-orang kawasan ni tak pandai bergaul". Suasana sunyi membuatkan Ali merasa mengantuk. Tiba-tiba matanya menjadi segar apabila melihat orang tua berbasikal tadi berdiri dibahu jalan sambil tersenyum apabila kereta Ali melintas dihadapannya. Ali gugup seketika. Dia membuat andaian, mungkin itu cuma mainan perasaan. Dia melihat cermin pandang-belakang. Orang tua tadi tidak kelihatan. Hatinya lega. Tidak lama kemudian dia menjadi berdebar-debar semula apabila terdengar seperti suara orang berbual betul-betul disebelah kanannya. Cepat-cepat dia menaikkan tingkap. Tetapi suara tadi masih jelas kedengaran. Sesekali dia terdengar seperti suara itu memanggil-manggil namanya mendayu-dayu. Denyutan jantungnya semakin laju dan begitu juga dengan kereta yang dipandunya. Kalau boleh dia ingin segera sampai ke pekan yang terdekat. Tiba-tiba dihadapannya berdiri orang tua tadi bersama basikalnya. Ali sempat melihat yang orang tua tadi tidak mempunyai kaki. Dia seolah-olah terapung ditengah-tengah jalan sambil tersengih. Suara hilaian memekakkan telinganya. Ali sudah tidak dapat mengawal keretanya lalu terbabas. Keretanya menjunam kedalam gaung. Menurut cerita, sewaktu orang ramai termasuk orang-orang kampung datang hendak memberi bantuan, mereka tidak dapat hendak berbuat apa-apa kerana Ali tersepit bibawah keretanya yang terbalik. Keempat-empat tayar keretanya keatas dan Ali tersepit dibawahnya. Dia cuma menggelupur menahan sakit sambil merayu-rayu lemah meminta pertolongan.

Menurut cerita orang-orang kampung, memang sering terjadi kemalangan dikawasan itu dan mereka tidak merasa pelik kerana jalan disitu memang penuh dengan selekoh, gelap dan sunyi. Mungkin ia membuat pemandu memandu laju kerana suasana sunyi dan menyeramkan.

Dari cerita diatas dapatlah aku membuat andaian bahwa kita jangan bersikap zalim terhadap sesama makhluk Allah dan jangan takbur. Kita juga harus sentiasa berhati-hati apabila memandu dikawasan yang kita tidak biasa melaluinya. Dan jangan sekali-kali memandu diwaktu malam sendirian terutamanya jika kita akan melalui jalan sunyi yang penuh dengan bahaya.
 
 

31 Jenis-jenis Amalan Khurafat



 
 

DI ANTARA JENIS-JENIS KHURAFAT, IALAH :-

1. Anggapan sial atau membawa malapetaka kepada seseorang ataupun masyarakat dengan kehadirannya dan amalan buang sial: tepung tawar, Lenggang perut, Mandi bunga/Sintok limau dan Mandi Safar. 
Islam menganggap setiap orang itu ada qadar baiknya dan ada qadar buruknya dan sama sekali tidak ada kesialan pada diri seseorang. Begitu juga cara untuk menghindari sesuatu musibah adalah memohon kepada Allah yang menciptakan segala-galanya bukannya dengan amalan-amalan buang sial.

2. Kepercayaan kepada hantu dengan alasan untuk tinggal selamat di suatu tempat atau memberi makan kepada hantu peliharaannya ataupun konon-kononnya untuk membayar niat tertentu. 
Sesungguhnya Islam dengan aqidah dan tauhid yang amat kental mengajak manusia agar beriktikad bahawa segala sesuatu yang memberi bekas adalah Allah SWT saja yang tidak ada sekutu dengannya. Oleh itu tidak perlu menjamu kepada sesiapa kerana segalanya adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang amat lemah.

3. Ilmu seru gerak yang kebiasaannya diamalkan oleh kumpulan silat yang mengamalkan jurus kebatinan.
Islam itu lengkap dan amat sempurna dari unsur-unsur luar yang bercadang untuk menyempurnakan Islam. Ilmu mempertahankan diri adalah amat baik dan Islam amat menggalakkan umatnya mempersiapkan kelengkapan dan segala kekuatan bagi mempertahankan kesucian Islam tetapi bukan dengan sesuatu yang tidak ada asalnya dari Islam seperti : ilmu seru gerak dan jurus kebatinan.

4. Jampi serapah yang ada unsur-unsur syirik atau menghina Islam atau tidak difahami maksudnya.
Para ulama berbeza pendapat dalam masalah membaca jampi serapah yang bukan bersumber dari al-Qur’an dan hadits kepada beberapa pandangan. Sebahagian mereka tidak mengharuskan sama sekali sebarang jenis bacaan jampi jika bukan dari al-Qur’an mahupun hadits. Tetapi sebahagian yang lain mengharuskan dengan syarat difahami maknanya dan tidak ada unsur-unsur yang dilarang dalam agama di dalam bacaan jampi tersebut. Seperti : seruan kepada sesuatu, menghina Allah, Nabi Muhammad SAW, ajaran Islam, memohon sesuatu kepada selain Allah SWT, termasuk meminta keapad batu atau kayu dan sebagainya.

5. Mempercayai percakapan, ramalan dan tilikan dukun samada terhadap perkara yang telah lalu atau di masa akan datang.
Sebahagian daripada perkara yang haram, berdosa besar bahkan syirik di dalam Islam ialah mempercayai tilikan dukun.

6. Memohon dengan percakapan atau ungkapan yang tidak ada asal usul suruhan dalam Islam seperti kata-kata “Tabik Tok Nenek” ketika melalui sesuatu tempat atau “Minta simpang Malaikat 44” ketika mengharapkan sesuatu yang tidak diingini.

7. Penggunaan tangkal di rumah atau dipakai di badan yang bukannya dari sesuatu yang tsabit dalam agama serta tidak dijaga dari dibawa ke tempat-tempat yang bukan suci.
Pada kebiasaannya penggunaan tangkal akan menyebabkan seseorang bertumpu kepada tangkal dan merasakan dirinya selamat selama tangkal itu berada dengannya. Maka sebab itulah Baginda Nabi SAW melarang penggunaan tangkal.

8. Meletakkan Ladam Kuda dipintu rumah dengan alas an boleh menghindari dari gangguan makhluk halus.

9. Mengantung isim yang dipahat di logam tertentu dengan berbagai-bagai rajah dan tulisan yang bukannya ayat al-Qur’an atau sesuatu yang warid dalam agama.

10. Bersahabat dan meminta pertolongan kepada Jin/Khadam/Masuk Tok Nenek dalam badan (menurun).
Islam amat melarang umatnya bersahabat, meminta pertolongan dan apatah lagi berkahwin dengan golongan jin yang kejadiannya, seleranya dan kehidupannya amat berbeza sama sekali dengan manusia.

 11. Mengamalkan ilmu pengasih
Ilmu pengasih atau ilmu yang didakwa dapat menawan hati seseorang samada dengan tujuan baik, iaitu ingin bernikah, ataupun dengan tujuan yang jahat, iaitu ingin memperdaya seseorang adalah haram di sisi agama. Ia termasuk dalam kelompok ilmu sihir, walaupun dengan menggunakan ayat al-Qur’an yang ditokok tambahkan dengan kalimah-kalimah tertentu.

12. Perasapan kemenyan dengan tujuan supaya menghalau jin dan hantu di dalam rumah dan menjemput malaikat datang ke rumah.
Amalan yang terdapat dalam masyarakat Melayu ialah perasapan kemenyan pada malam Jumaat. Dengan alasan, agar rumahnya didatangi oleh para malaikat ataupun untuk menghindari rumahnya dari dimasuki oleh iblis syaitan ataupun untuk menyepuh keris-keris atau sebarang jenis senjata warisan dan sebagainya. Sebenarnya amalan-amalan seumpama ini adalah amalan yang bersumberkan kepada ajaran agama Hindu dan jelas bercanggah dengan ajaran Islam bahkan dapat mengundang kemudharatan kepada pelakunya.

13. Meletakkan air di dalam bekas untuk dijamukan kepada para malaikat “Air Malaikat”.
Sesungguhnya Malaikat merupakan makhluk ciptaan Allah SWT daripada Nur atau cahaya yang tidak pernah menderhakai Allah SWT walaupun mereka tidak mempunyai nafsu, tidak makan, minum, tidur, berkahwin, beranak ataupun melakukan sesuatu yang disebabkan nafsu. Maka bagaimana mungkin air boleh disediakan untuk minuman para malaikat? Ini adalah disebabkan kejahilan tentang perkara agama.

14. Menganiaya atau menzalimi orang melalui sihir, santau dan pukau.
Tujuan mereka untuk menguji ilmu mereka, membantu orang lain yang bermusuhan dengan seseorang, memintas perniagaan seseorang, mencuri atau ingin mengambil hak milik seseorang bukan dengan secara hak. Kesemua itu zalim namanya yang sangat layak diancam dengan azab yang amat pedih oleh Allah SWT.

15. Pemakaian susuk untuk mencantikkan muka dan badan atau lainnya.
Merubah sesuatu yang telah dijadikan oleh Allah SWT kepada manusia adalah haram. Seperti firman Allah dalam Surah at-Tin, ayat 4 :-
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya)”.

16. Pemakaian raksa atau apa-apa logam untuk menguatkan tubuh badan atau untuk kuatkan rangsangan seks.
Pemakaian raksa boleh mengkategorikan sebagai merubah ciptaan Allah SWT dan amaln sihir, kerana pemakaian raksa akan menyebabkan seseorang itu menjadi kuat, kebal, tidak penat bekerja berat. Jampi serapah serta amalan tertentu diperlukan untuk memasukkannya seperti pemakaian susuk.

17. Menggunakan objek untuk menakuti jin.
Menggunakan sesuatu objek dengan alasan golongan jin akan takut kepada benda tersebut ataupun bermain dengannya, seperti menabur beras kunyit di dalam rumah, menabur kacang hijau atau lada hitam, menyembur air garam ataupun cuka di rumah, meletakkan sesuatu benda yang berduri di dalam rumah.

18. Kepercayaan kepada kebolehan benda memberi mudharat dan manfaat.
Mempercayai sesuatu objek boleh memberi mudharat dan manfaat seperti batu zamrud, kayu koka, kemuning hitam, raja kayu, teras kilo dan buluh tumpat.

19. Kepercayaan kepada tuah keranda.
Lari dibawah keranda seseorang yang kita terlalu kasih supaya tidak teringat kepadanya.
Sebahagian dari fahaman khurafat yang masih lagi menyelubungi umat Islam dalam masyarakat kita ialah fahaman-fahaman seperti :-
  • Jangan makan nasi di dalam periuk atau belanga nanti jadi fakir.
  • Jangan main batu baling (batu tujuh) dalam rumah nanti sempit rezeki.
  • Jangan sapu rumah atau buang sampah pada waktu malam nanti sempit rezeki.
  • Rebus batu atau panah matahari dengan cili kering atau sambung baju pengantin sampai ke atas bumbung yang kesemuanya itu supaya tidak turun hujan.
20. Menzalimi binatang seperti amalan memindahkan penyakit kepada binatang atau menyihir seseorang dengan menggunakan katak atau binatang lain.
Tindakan menzalimi binatang dengan alasan untuk menyelamatkan manusia tidak dapat diterima akal dan syarak, bahkan termasuk dalam amalan sihir yang dilaknati Allah SWT.

21. Kepercayaan kepada kebolehan seseorang mendatangkan mudharat atau manfaat.
Mempercayai seseorang wali, keramat atau seseorang seperti bomoh dan dukun boleh mendatangkan kemudharatan ataupun manfaat.

22. Kepercayaan kepada kejadian alam sebagai isyarat masa depan.
Mempercayai sesuatu perkara atau bunyi yang berlaku ada kaitan dengan apa-apa perkara atau kaitan dengan orang tertentu, seperti bunyi cicak atau burung, kucing atau biawak melintas dalam perjalanan akan membawa malapetaka.

23. Membaca ayat al-Qur’an secara songsang ataupun dihentikan pada tempat yang salah dari segi tajwid dengan alasan tertentu yang bercanggah dengan syarak.
Umpamanya membaca surah al-Fatihah atau surah al-Ikhlas terbalik kononnya dengan tujuan perubatan atau untuk menghantar balik sihir yang dibuat oleh orang lain. Amalan ini jelas bercanggah dengan ajaran Islam berdasarkan firman Allah SWT, yang mencela sikap golongan Yahudi yang mengubah-ubah ayat-ayat Allah di dalam kitab-kitab terdahulu sehingga mereka menjadi sesat.
“Di antara orang-orang Yahudi ada Yang mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah (isi Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya Yang sebenar, dan berkata (kepada Nabi Muhammad): “Kami dengar”, (sedang mereka berkata Dalam hati): “Kami tidak akan menurut”. (Surah an-Nisa, ayat 46)

24. Kepercayaan kepada kebolehan wafaq.
Mempercayai wafaq atau huruf Hija’iyah yang tertentu, yang tertulis sama ada secara rajah ataupun tidak dan juga yang tidak dapat difahami maksudnya, dapat mendatangkan sesuatu manfaat ataupun mudharat. Ini adalah sebahagian dari amalan sihir yang menyesatkan. Apatah lagi jika dikaitkan dengan sesuatu fahaman dan iktikad umpamanya boleh melariskan perniagaan, mendekatkan jodoh dan menghindarkan penyakit.

25. Pengubatan yang bercanggah dengan Islam.
Berubat dengan kaedah yang salah dan haram disisi agama seperti menyembelih ayam jantan/hitam, makan bara api, menilik di dalam air atau asap, menitik lilin di dalam air untuk mengetahui sesuatu, mandi air najis, membuka, melihat dan menyentuh aurat pesakit tanpa hajat, berdua-duaan dengan pesakit.

26. Pengubatan dengan bahan harum.
Berubat dengan menggunakan bahan-bahan yang haram. Misalnya najis, darah, nanah, air longkang, kain lampin, tuala/modes wanita yang mengandungi kesan darah, sesuatu dari cebisan tubuh badan manusia, seperti rambut, kuku, gigi dan tulang manusia.

27. Upacara memanggil roh.
Mengadakan upacara Tahdhirul Arwah, kononnya untuk memanggil roh-roh tertentu masuk kedalam badan seseorang, seperti : memanggil roh Syeikh ‘Abdul Qadir al-Jailani dan sebagainya.

28. Pengubatan tanpa sumber agama.
Berubat dengan kaedah yang tidak ada asal usul dalam ugama seperti ilmu cungkil urat dengan digaris-garis di hadapan jari kaki dan tangan yang diurut di atas sebuah papan dengan menggunakan pisau tumpul, menggunakan pahat atau penukul. Kononnya sebagai isyarat untuk memulihkan sendi atau uray yang sakit. Juga memaku paku di tiang rumah untuk menghilangkan sakit gigi, menggunakan keris, pisau, pedang dan gambar.

29. Pengubatan oleh bomoh bukan Muslim.
Berubat dengan bomoh bukan Islam, seperti : sami Hindu, sami Buddha, paderi Kristian dan tok batin Orang Asli yang menggunakan kaedah kepercayaan terhadap agamanya ataupun jampi serapah agamanya.

30. Mendakwa diri sebagai seorang kasysyaf.
Mendakwa diri sebagai seorang wali yang kasysyaf dan boleh melihat jin dan sebarang makhluk halus dan boleh menyembuhkan sebarang penyakit.

31. Mensyaratkan pengeras yang pelik-pelik.
Seperti mesti memberi benda tajam, atau bayaran yang berjumlah suku seperti dua ringgit suku dan membawa pulut kuning dan telur berwarna.


SUMBER ----  http://dakwahwanita.wordpress.com/

Gempar Langsuir Ganggu Penduduk Beberapa Kampung Di Jerteh, Terengganu

langsuir

PASIR PUTEH – Cerita langsuir mengganggu penduduk yang sebelum ini hanya diketahui penduduk di beberapa kampung di sini dan Jerteh, Terengganu akhir-akhir ini menjadi perbualan hangat apabila isu itu tersebar melalui laman sosial.
Cerita itu menarik perhatian penduduk dari luar kawasan yang memasuki kampung terlibat seperti Kampung Gong Tinggi, Gong Pasir, Kampung Tasek, Gong Lapang (Pasir Puteh) dan Kampung Penaga Putar (Jerteh) secara berkumpulan.
Tinjauan wartawan mendapati ada penduduk mengakui terserempak dengan lembaga berambut panjang yang berterbangan sambil mengilai dengan suara mengerikan tapi ada sesetengah penduduk menafikannya.

Rujuk mereka yang layak
Pegawai Agama Jajahan, Ahmad Talhah Ab Rahman berkata, beliau tidak jelas mengenai perkara itu kerana hanya mengetahui cerita mengenai langsuir itu melalui Facebook.
“Susah nak cakap sebenarnya. Tak nak percaya tak boleh juga kerana kita kena ingat Islam juga mengajar umatnya mempercayai perkara ghaib seperti wujudnya jin dan syaitan.
“Cuma jangan kita panik dan terlalu takut kerana ia boleh menjejaskan iman. Kena sama-sama jaga akidah dengan sentiasa merujuk kepada pakar atau orang yang layak membicarakannya,” katanya.
Beliau tidak menafikan ada mendengar cerita mengenai bomoh yang berjaya ‘menangkap hantu’ namun katanya, perlu berhati-hati kerana jin juga mungkin menipu dengan berpura- pura terperangkap.
Ahmad Talhah berkata, sekali pun langsuir didakwa penduduk itu betul, makhluk itu tidak memudaratkan kerana ia mungkin jin yang mahu mengganggu manusia.

Suara mengerikan
Penduduk Kampung Penaga Putar, Tuan Muda Tuan Mat, 48, berkata, dia melihat kelibat lembaga yang berterbangan sambil mengilai panjang ketika pulang ke rumah dengan menunggang motosikal jam 12 tengah malam, minggu lalu.
Katanya, walaupun tidak nampak dengan jelas ketika dia memberhentikan motosikal, suara lembaga itu menyebabkan bulu romanya meremang dan memaksanya bergegas pulang.
Perasaan takut datang lagi ketika saya tersedar dari tidur pada malam itu. Sebelum ini saya ada dengar orang kampung cerita pasal langsuir tetapi saya tidak percaya sehinggalah saya berdepan dengannya.
“Saya pernah beberapa kali terserempak dengan hantu. Suara langsuir menyeramkan tapi saya tak endahkan,’ katanya.

Sudah dipasung
Seorang bomoh dari Kampung Gong Manak, Ramli Yusof, 41, ketika ditemui mendakwa telah menangkap kesemua empat langsuir yang mengganggu penduduk iaitu dua di Gong Pasir, satu di Gong Tinggi dan satu di Gong Lapang.
Katanya, lembaga dengan ketinggian paras pinggangnya itu ditangkap dengan bantuan seorang rakan tidak sampai 10 minit dengan menggunakan ayat al-Quran.
“Saya ‘memasungkannya’ di satu tempat khusus dan akan ‘menghantarnya balik ke tempat asal’ selepas 40 hari ditangkap. Saya tidak tahu dari mana ia datang kerana inilah kali pertama saya menangkap langsuir.
“Sebelum menangkap, saya membaca jampi di rumah dan ketika itu, penduduk memberitahu terdengar langsuir berteriak seperti kesakitan, bukan lagi mengilai,” katanya yang terlibat dengan aktiviti seperti itu sejak empat tahun lalu.


Sumber

MONA FENDI PEMBUNUH DALAM LIPATAN SEJARAH

 




Ambiklah Tahu (VERSI SERAM) : MONA FENDI PEMBUNUH DALAM LIPATAN SEJARAH







Assalamualaikum semua, semoga semua dirahmati Allah s.wt, hari segment Ambiklah Tahu admin akan merungkai sejarah pembunuhan kejam sekitar tahun 90-an yang menggempar satu negara. Pelbagai misteri dan tanggapan oleh orang ramai telah didengari, sekarang setelah 20 tahun kisah ini masih memberi kesan kepada ramai orang terutamanya kisah rumah Mona Fendi. Ramai yang mengatakan rumahnya disihir malah ada yang mengatakan rumahnya berpenghuni dan berpenunggu, walaubagaimanapun tiada yang lagi berkuasa selain daripada Allah Yang Maha Esa.







Perbicaraan kes pada tahun 1994 sedikit sebanyak memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia apabila tertuduh Maznah Ismail ataupun Mona Fendi didapati bersalah kerana membunuh dengan kejam dengan mengerat 18 bahagian, mangsa Datuk Mazlan Idris yang juga merupakan bekas ADUN  Batu Talang, Pahang telah datang menemui Mona Fendi untuk mendapatkan satu tangkal yang dikata mampu memberikannya kekebalan dan Mona Fendi yang dibantu oleh suaminya berjaya menyakinkan Datuk Mazlan supaya mendengar arahannya.



Dengan deposit sebanyak RM 100,000 dan 10 geran tanah, mangsa berjaya diperdayakan. Pada satu tengah malam, mangsa datang ke rumah Mona Fendi, Mona Fendi mengarahkan mangsa agar berbaring sambil dia menaburkan bunga mawar diatas bandannya didalam bilik air rumah Mona Fendi, namun apabilan mangsa menutup matanya, suami Mona Fendi mengambil kapak dan menetak leher mangsa sehingga mati dikatakan sebanyak 3 kali, kemudia mayat mangsa dikatakan dikerat 18 bahagian










"Saya tetak leher Datuk Mazlan dengan kapak sebanyak 3 kali baru kepalanya putus selepas mendapat isyarat tangandaripada Affandi," kata Juraini dalam keterangan membela diri.




Satu lubang besar yang sudah seminggu digali digunakan bagi menutup kesan pembunuhan tersebut. Juraimi bertindak mengasah kapak manakala Affandi dan Mona Fendi bertindak mengasah parang yang digunakan dalam pembunuhan tersebut. Mayat mangsa yang dilapah kulitnya dan dikerat-kerat ditanam didalam lubang tersebut dan disimen dilubang stor.



Perbicaraan kes bertarikh 9 Februari 1995 bertempat Mahkamah Tinggi Temerloh, tertuduh Juraini Ismail, Mohd Affandi Abdul Rahman dan Maznah Ismail telah dihukum  mati mandatori oleh hakim Datuk Mokhtar Sidin. Pendakwaan berdasarkan seksyen 34 kanun keseksaan mengatakan "apabila sesuatu perbuatan jenayah dilakukan oleh beberapa orang bagi mencapai niat mereka semuanya, tiap-tiap orang daripada mereka itu bertanggungjawab atas perbuatan itu sama seperti seolah olah perbuatan itu telah dilakukan olehnya"

 



أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِكُكُمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنْتُمْ فِي بُرُوجٍ مُشَيَّدَةٍ
“Di mana pun kalian berada, kematian akan mendapatkan kalian, kendatipun kalian berada di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh”. (Surat An Nisa’: 78)
قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
“Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kalian lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kalian, kemudian kalian akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahukan kepada kalian apa yang telah kalian kerjakan”. (Surat Al Jumu`ah: 8).



SEMOGA KES INI MAMPU MEMBERIKAN KITA PENGAJARAN.