Selasa, 17 Mac 2015

Cerita Hantu - Playground

Image result for sejarah seram


Dunia Seram -Kisah kali ni tentang playground berdekatan rumah aku..4 tahun lepas kejadiaan ini berlaku dan sehingga kini masih segar di ingatanku. sebab kejadian ini juga la aku dan adik beradikku yang lain dilarang bermain disana oleh ayahku.. Takut-takut kami pula yang jadi mangsa.

masa tu hari pertama kite menjalani ibadah puasa, aku dikejutkan dengan berita kematiaan seorang lelaki yang kurang waras. Aku agak terkejut juga ketika itu sebab petang sebelum tu aku membawa adik aku bermain disana..kematian lelaki itu akibat dihentak di kepala dengan objek keras sehingga mati,lelaki india berusia lingkungan 40an..setahu aku lelaki ni memang selalu merayau-rayau tanpa hala tujuan. Yelah, nama pun tak waras kan.


Semenjak kematian lelaki tua itu, playground tu memang sunyi. Tiada siapa yang mahu bermain disitu, tiada ibu bapa yang izinkan anak mereka bermain disitu. Ramai yang mendakwa ternampak lelaki india itu duduk di bangku playground tu, ada pula yang melihat lelaki india itu merayau-rayau sekitar playground itu..ketika itu kawasan perumahan aku ni memang agak sunyi lagi-lagi ketika waktu malam. Desas-desus itu membuatkan ramai orang takut melalui kawasan playground itu.


Dipendekkan cerita, kejadian ni berlaku semasa aku baru pulang dari kerja pada pukul 7.30pm. Masa tu aku naik bas je pergi dan balik kerja. Kebiasaannya selepas turun dari bas aku terpaksa berjalan kaki untuk kerumahku itu. Ketika itu aku memang lupa tentang kisah lelaki india itu. Aku pun melalui kawasan itu sendirian, tetiba aku terpandang playground tu dan aku nampak seorang lelaki india sedang bercakap sendirian.


Aku tak pernah melihat secara terang muka lelaki yang mati itu, jadi aku pun pandang dan manyangka lelaki itu sedang mabuk atau tak waras.. Tetapi tetiba bulu roma aku berdiri tegak.
" Pehal pulak ni" aku membebel sendirian. Masa tu memang waktu senja pula tu. Makin lama suara lelaki itu kedengaran semakin kuat, dan aku dapat melihat lelaki itu melambaikan tangannya kepadaku sambil tersengih. Ngerinya aku tengok muka dia, muka dia macam ada banyak kesan luka dan parut. aku dah mula takut dan berlari tanpa mempedulikan suara lelaki india tu. Sampai sahaja dirumah, ibuku bertanya kenapa aku seperti dikejar perompak, aku pun menceritakan kejadian tadi kepada ibuku dan dia naik angin sebab dia sudah beberapa kali melarang aku melalui kawasan itu..


Aku ni pelupa orangnya..sejak hari tu aku tidak melalui kawasan itu jika aku berseorangan dan berjalan kaki. Playground tu sampai sekarang sunyi. Yang ada hanya lAh beberapa orang budak sahaja yang biasanya bermain disitu. Mungkin mereka orang baru di kawasan tu dan tidak mengetahui apa yang terjadi di playground itu.. Jangan lah korang lalu kawasan tu pada malam hari.. Korang mesti akan dengar jeritan atau suara lelaki india itu dan kes kematiaannya itu tiada

Tiada ulasan:

Catat Ulasan