Sabtu, 6 Disember 2014

Kisah Seram - Roh Merindu



Dunia Seram - Kampung akak pun ada cerita juga. tapi tak pasti samada betul atau
temberang. tapi cerita tu heboh untuk beberapa generasi. kononnya ada
sepasang suami-isteri tinggal di rumah yang sedikit berjauhan dari
orang lain. seperti biasa suami perempuan itu akan keluar berkerja di
kampung sebelah. sebelum meninggalkan rumah, seperti biasa si suami
akan berpesan tentang menu makan tengah hari. hari tu suaminya meninta
dia masakan keladi masak lemak dan ikan puyu bakar berserta ulam-ulam
hutan. zohor berganti asar, suaminya tidak pulang-pulang. masak lemak
keladi dan sewaktu dengannya sudah mula sejuk kedi. si isteri masih
menunggu dengan setia. akhirnya pada waktu menjelang maghrib, suami
yang ditunggu pun kembali tetapi dalam keadaan yang tergesa-gesa dan
tidak naik ke rumah. "Bang, kita makan dulu. saya belum makan lagi,
tunggu abang." kata sang isteri. si suami terus menggendung si isteri
di atas belakangnya sambil berkata: "mak abang buat kenduri. ada ramai
orang di sana. kita makan kenduri sajalah." cuaca sejuk dan gelap
kerana lepas hujan. sambil menggendung isteri melintasi hutan-hutan
kecil, si suami menyanyi untuk memecahkan kesunyiannya. macam-macam
pantun pelik yang dinyanyikannya. tapi yang isterinya tidak dapat lupa
ialah: "tengah malam bulan terang, mayat lalu gendong kawan."
pembayang pantun itu diulang beberapa kali sehinggalah sampai kerumah
yang dituju. sampai saja dirumah, si suami meletakkan si isteri di
atas beranda, dan dia menghilang ke belakang rumah. di rumah kenduri
tu, ramai orang. tetapi suasana muram.
"hah, lijah! kau dah sampai pun. tak sempat nak hantar orang jemput
kamu. macamana kamu datang?" tegur ibu mertuanya. "abang ambik saya.
motornya rosak. kami berjalan dalam hutan." semua yang mendengar
merasa hairan dan terdiam. "suami kamu dah meninggal, Lijah. motornya
kemalangan. jenazahnya ada di belekang." terang ibu mertuanya. Lijah
tak percaya. "dia yang gendong saya atas belakang. saya tak sempat
pakai selipar pun." di bahagian belakang rumah, jenazah suami Lijah
terbujur kaku. bahagian kakinya basah bagai lepas meranduk lechah dan
lumpur selepas hujan. jadi betullahpantun suami Lijah itu: "tengah
malam bulan terang. mayat lalu gendung kawan."


Sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan