Sabtu, 6 Disember 2014

Kisah Misteri - DUIT HILANG.



 

Dunia Seram - Kisah ini berlaku masa aku dah masuk anak 2..biasalah bila ahli keluarga dah bertambah katil pun dah tak muat nak dilonggokkan bersama...maka kami pun 4 branak memilih utk tidur bawah beralaskan toto....lebih selesa untuk beraksi gaya bebas, kuak lengtang dan sebagainya...
beberapa minggu sebelumnya, suami aku ada meminjam rm1,000 sbb ada keperluan mendesak..janji bayar minggu depannya......hari berganti hari, maka genaplah seminggu duit aku harus dipulangkan....dan seperti yang dijanjikan...di suatu malam yang sunyi, suami aku pun menghulurkan duit seribu tu....mulanya aku tak nak terima coz org tua2 cakap tak elok kira duit malam2 buta....tapi aku suruh ambik jugak coz takut esok terlupa dan terbelanja pulak...waduhh..tak boleh jadi ni....aku pun ambik jugak malam tu.....aku pun kira satu persatu....semuanya ada 20 keping duit rm50....dua tiga kali aku kira..CONFIRM ada 20 keping duit RM50 dan totalnya RM1000....sebelum tu suami pun dah kira depan aku...CONFIRM......
mesti korang mengata aku ni tak percaya laki kan..siap kira duit bagai dua tiga kali kan? tapi sebenarnya memang kena kira betul2 coz esok pagi2 aku nak pergi bank in kat tabung haji putrajaya...duit yg dah confirm betul aku ikat dengan getah dan aku simpan dalam majalah...konon2 nak soroklah tuu....dan majalah tu aku letak kat satu sudut tak jauh dari tempat kami tidur...malam tu kami tidur dengan nyenyak sekali...
Esoknya pagi2 aku bersiap nak pergi kerja dan aku ambik sekali duit seribu yang berikat dengan getah dan letak dalam beg tangan...husband aku keluar awal sikit..masa dia nak keluar tu dia perasan yang sliding door depan terbuka sedikit dalam sejengkal....dia tanya aku lupa tutup ke semalam.....aku yakin aku tak bukak...mungkin dia yang bukak tapi lupa kot...tapi benda tu takde hal pun coz sliding jer terbuka sikit tapi grill masih berkunci...aku pun keluar rumah menuju ke tabung haji....
sebaik sampai di kaunter tabung haji aku dengan confidentnya mengeluarkan duit seribu aku yang masih berikat dengan getah dan serahkan kepada pegawai kaunter.....dan tiba2....'cik, tak cukup lagi rm49' sambil dia menunjukkan wang kertas rm1 yang dikeluarkan dari apitan wang rm50 di bahagian tengah....aku terkejut! dan termalu seketika..lalu aku ambik duit rm1 dan aku ganti dgn rm50 yang lain......dan bermulalah beribu persoalan bermain di minda...mcm mana duit rm1 tu boleh berada di situ? dan di mana sekeping rm50 aku itu menghilang?
aku suspect toyol telah ambik duit aku tu berdasarkan feedback yg aku terima daripada kenalan2 yg telah aku ceritakan kejadian tersebut.....aku cepat2 ambik duit rm1 yang telah aku asingkan dari tadi dan sedekahkan kat tabung surau berhampiran.....orang kata si toyol takkan curi banyak sekali gus, dia akan datang lagi...wang kertas rm1 tu sebagai tanda utk senang dia cam rumah dan mencuri lagi....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan