Rabu, 10 September 2014

Cerita Misteri - Sarang Penunggu Puaka



Dunia Seram - POHON rendang di lokasi terpencil di kawasan tempat letak kereta Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur itu sudah lama dikaitkan dengan kisah seram. Keadaannya yang seperti tidak boleh diusik membuatkan ada yang bertanggapan ia berpenunggu.
Ramai yang sekadar menyedapkan hati dengan membisu sehinggalah, baru-baru ini apabila tapak di kawasan itu hendak dibangunkan untuk satu projek baru.
Dua orang pekerja yang bertugas menebang pokok itu dikatakan ditimpa malapetaka. Yang seorang telah menemui ajal dan seorang lagi lebam-lebam di seluruh tubuh.
Kejadian kemalangan di tapak projek pembinaan bukanlah suatu yang asing.
Selain dilihat daripada perspektif teknikal seperti kecuaian atau penggunaan peralatan yang tidak berkualiti, tidak kurang yang mengaitkannya dengan perkara paranormal seperti gangguan makhluk halus.
Gangguan yang melibatkan tapak pembinaan juga pernah terjadi di kawasan sebuah sekolah menengah di Kuantan, Pahang, dua tahun lalu.
Seramai 35 pelajar Sekolah Menengah Tanjung Lumpur diserang histeria secara berterusan dan berulang sehingga ada yang terpaksa dipindahkan ke sekolah lain malah sekolah itu terpaksa ditutup sementara.
Ganjil
Salah seorang bapa kepada pelajar yang menjadi mangsa histeria itu berpendapat kejadian aneh tersebut berpunca daripada tindakan pihak sekolah merata dan membersihkan kawasan sekolah untuk membina bangunan makmal tiga tingkat di sebelah bangunan sekolah sedia ada.
Kejadian aneh juga banyak dikaitkan dengan tapak-tapak projek yang merupakan bekas hutan.
Pada tahun 1980-an, dua batang pokok besar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi pernah dikaitkan sebagai punca gangguan histeria dan fenomena rasuk di kalangan pelajar dan pekerjanya.
Kontraktor pun tidak berani tebang walaupun diberikan ganjaran tiga kali ganda. Namun, dengan bantuan Datuk Dr. Haron Din akhirnya pokok tersebut dapat ditebang dan dibakar.
Haron memberi kenyataan pada sebuah akhbar pada tahun 2007 bahawa memang benar ada keganjilan pada pokok itu kerana ia tidak tumbang pada mulanya walaupun nampak hampir putus.
Di India, pada tahun yang sama, kecoh apabila panik melanda sebuah perkampungan di Orissa, Khurda apabila sebatang pokok dikatakan berhantu dan tidak boleh dimusnahkan.
Siapa sahaja yang cuba untuk menebangnya akan mati. Sebanyak tujuh orang dilaporkan mati di tangan pokok pembunuh itu. Seluruh penduduk kampung takut mendekati pokok tersebut terutamanya ketika senja.
Seorang kakak kepada pemuda yang terbunuh memberitahu, selepas cuba menebang pokok itu, adiknya batuk berdarah dan melihat seekor kucing putih yang menyeramkan di pokok itu.
Pengamal perubatan Darussyifa yang enggan dikenali berkata, jin atau makhluk halus sebenarnya bukan sahaja mendiami pokok, sebaliknya ada di mana-mana sahaja termasuk di dalam bangunan dan di atas jalan raya.
Ini kerana bilangan jin adalah lebih ramai daripada manusia pada nisbah seorang manusia bersamaan 10 jin.

KEMALANGAN atau insiden buruk yang berlaku di tapak projek mungkin mempunyai kaitan dengan makhluk halus yang marah ‘rumahnya’ diceroboh.

Sumber 

 Lagi Kisah Seram: Ghost Stories Club

2 ulasan:

  1. Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
    Atau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
    Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya

    Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    - Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
    - Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5%
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
    - Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    7 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Tunggu Apa Lagi Bosku ?

    BalasPadam