Dunia Seram - Cerita seram ini merupakan kisah seram sebenar yang dialami oelh seorang nenek tua berbangsa Cina. Cerita seram ini telah diceritakan semula oleh seorang yang tidak mahu namanya di sebutkan di sini. Nenek Cina ini tinggal di hospital kerana sakit tua dan telah diganggu oleh seekor hantu. Jom baca cerita seram ini selanjutnya.


Cerita seram dia bermula macam ni.. Suatu hari tu kawan saya punya nenek (Cina) kena tahan wad.. Biasa la sakit tua.. Bila dah tua ni dia cakap dia boleh la nampak benda-benda halus ni.. (tak tahu la sama ada nak tarik perhatian anak-anak dia ke atau memang dia boleh nampak betul-betul!!!)

Suatu malam tu kebetulan cuma tinggal dia sorang je dalam bilik tu tak ada pesakit lain dah.. Dia suruh la anak dia temankan dia.. Tapi anak dia ni tak nak.. Macam-macam alasan dia bagi.. Esok nak keja la tak boleh tinggal anak la..




Macam-macam la.. Dia cuma cakap jangan risau esok dia akan datang balik lepas tu terus dia balik.. Tapi saya rasa dia takut tahu jela Cina kan banyak pantang.. Diorang slalu cakap yang hospital itu tempat tak elok.

Nenek ini pun tidur la lepas anak dia pergi tu.. Tak lama lepas tu dia rasa macam ada benda kat muka dia.. Awal tu dia cuma sapu-sapu muka dia la.. Kot-kot la serangga ke apa kan.. Tapi benda tu tak hilang-hilang juga.. Dia pun buka la mata… Nak tahu apa dia nampak.. (bayangkan korang tengah baring and bila korang buka mata je nampak hantu tu tengah tengok korang juga) kat atas kepala dia tu hah rambut panjang baju putih tersengih kat nenek cina tu.. Nasib tak mengilai je..

Dia pun apa lagi baca la dia punya Omitofa tu berkali-kali.. Korang tahu hantu tu buat apa… Hantu tu pun ikut sekali nenek tu baca dengan gerak mulut dia lagi tersenyum tu Omitofa Omitofa (saya rasa cik pon ataupun cik lang) kesian nenek tu kena usik sampai pengsan…

Esoknya bila dia dah tersedar dia terus cakap kat anak dia yang dia nak keluar hospital.. Kalo mati sekali pun dia nak mati kat rumah dia… Meremang juga la bila kawan saya cerita kat saya, tapi yang paling penting saya bersyukur sangat dilahirkan sebagai seorang Islam.. Kurang² kita ada ayat suci Al-Quran sebagai pendinding. Sekian terima kasih..