Dunia Seram - Lorong
itu sememangnya menjadi laluan aku setiap kali pulang dari tempat
kerja. Bermacam macam aku mendengar cerita tentang lorong sunri ini. Ada
yang kata jumpa pontianak lah, jumpa hantu raya lah, dan macam macam
lagi lah. Namun sudah hampir 10 tahun aku menggunakan laluan tersebut
belum pernah pun aku berhadapan dengan benda benda seram. Ramai yang
sudah terkena menasihati aku untuk tidak lagi menggunakan jalan
tersebut, tetapi oleh kerana aku yakin tidak apa apa yang berlaku aku
mesih menggunakan jalan tersebut setiap kali pulang dari kerja.
Aku
berkerja sebagai operator pengeluaran disebuah kilang dan waktu
berkerja aku sememangnya telah ditetapkan bermula dari pukul 4.00 petang
dan pulang pada pukul 1.00 pagi. Laluan itu pada mulanya banyak juga
kereta yang lalu lalang, tetapi makin hari makin sikit kerana cerita
cerita yang disebarkan. Namun aku tetap akan menggunakan laluan tersebut
lenih dekat dengan rumahku. Ramai yang kata aku berlagak kerana masih
berdegil menggunakan jalan tersebut. Sebernya aku tiada pilihan lain
kerana jalan kerumahku selain daripada jalan tersebut sangat jauh.
Pada
suatu malam selepas habis kerja aku seperti biasa menggunakan lorong
tersebut. Namun sebelum sampai disitu aku seperti merasakan sesuatu yang
tidak kena. Hatiku berdebar dan rasa tidak menentu. Pun begiru aku
tabahkan hati. Sampai dilorong tersebut kelihatan seorang wanita ditepi
jalan seperti menanti kenderaan untuk menumpang. Timbul keinginanku
untuk menolong. Namun aku tidak terus berhenti sebaliknya memperlahankan
kereta untuk mencari kepastian. Tiba di depan wanita itu, dia hanya
diam dan tidak menahan kereta untuk menumpang. Melihat wajahnya seperti
ada satu keganjilan.
Fikiran
ku mula menerawang, manusiakah atau hantu wanita didepanku ini. Seperti
memahami apa yang aku fikirkan, wanita itu melemparkan senyuman
menyeramkan kearahku. Apalagi kereta terus kupecut tanpa berani menoleh
lagi. Tetapi semakin aku berusaha memecut laju terasa semakin perlahan
keretaku bergerak dan tanpa semena mena didepanku melintas seorang kanak
kanak. Ini mebuatkan aku terpaksa menekan brek secara mengejut.
Keadan
brek yang kuat itu sedikit pun tidak mengejutkan kanak kanak itu
sebaliknya dia semakin seronok bermain lalu lintas dihadapan keretaku
yang sudah berhenti itu. Dalam hati, hanya tuhan yang tahu betapa
takutnya aku. Untuk mengugurangkan rasa takut itu, aku berusaha membaca
ayat ayat suci Al-Quran mana yang tahu. Dalam pada mulutku terkumat
kamit itu, tiba tiba kanak kanak tersebut menekap wajahnya wajahku
didepan cermin keretaku. Wajahku begitu hodoh dan begitu sukar umtuk
dibayangkan. Tubuhku terasa longlai namun semangatku masih bersisa.
Dengan sisa semangat itulah aku berusaha menghidupkan semula enjin
kereta, agar aku boleh segera sampai kerumah yang tak sampai beberapa
meter sahaja lagi dari lorong itu.
Puas
menghidupkan enjin tetapi kereta tetap tidak mahu bergerak. Aku melihat
semakin banyak kelibat makhluk makhluk halus disekitar lorong dan
tempat keretaku berhenti. Kerana tidak mahu terus menerus dalam keadaan
seperti itu, aku nekad turun dari kereta dan membuka tempat enjin. Aku
mencuba cuba apa yang tahu dan kembali ke kereta. Kali ini apabila enjin
dihidupkan kereta boleh bergerak semula. Tanpa menoleh lagi dan dengan
laungan Allahuakhbar aku meninggalkan lorong itu.
Sebelum
masuk ke perkarangan rumahku, tiba tiba aku melihat susuk tubuh wanita
dilorong tadi sedang mendukung kanak kanak yang melintas didepanku itu.
Aku benar benar panik. Mengekori akukah mereka? Dan tanpa aku sedari aku
membunyikan hon kereta sekuat hati sehingga rumahku terang benderang
kerana semua penghuni rumah terjaga dan bangun untuk melihat apa yang
berlaku.
Ketika
ayah menghampiriku, aku benar benar sudah tidak bersemangat lagi. Aku
dibawa naik kerumah dan tubuh tiba tiba menjadi panas. Aku demam selama
tiga hari dan menurut ibu setiap kali tertidur aku meracau racau. Ayah
memanggil seorang uztaz untuk memeulihkan kembali semangatku. Kejadia
itu benar benar memberi kesan kepada rakan rakan yang datang melawatku
dirumah semuanya aku ceritakan mengenai pengalaman ngeri itu. Dan itulah
kali terakhir aku melaui lorong berhantu itu.
Sumber: Facebook
Lagi Kisah Seram: Ghost Stories Club
Sumber: Facebook
Lagi Kisah Seram: Ghost Stories Club
Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
BalasPadamAtau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya
Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com
Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
- Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
- Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
- Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
- Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
- Bonus Turnover 0.3%-0.5%
- Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
-Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
- Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI
7 Permainan Dalam 1 ID :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker
Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
BBM: 2AD05265
WA: +855968010699
Skype: smsqqcom@gmail.com
Tunggu Apa Lagi Bosku ?
Buruan Gabung Minimal Depo 50 untuk WD minimal 100 rebu saja...
BalasPadamBuruan Bergabunglah Bersama Kami, Ramaikan Sekarang Juga