Pasung hantu tiang seri
TIDAK lengkap rumah Melayu dahulukala jika tidak bertiangkan kayu. – Gambar hiasan
“JANGAN main dekat tiang seri. Nanti malam tak boleh tidur.”Nasihat berbaur amaran oleh arwah datuk saudaranya masih terngiang-ngiang di telinga seorang kawan penulis setiap kali dia mengunjungi rumah tersebut.
Malah, hatinya berdebar apabila cuba menghampiri tiang yang terletak di tengah rumah itu.
Berdasarkan seni bina orang Melayu dahulu, tiang seri merupakan tonggak sesebuah kediaman.
Terletak di tengah-tengah struktur bumbung, ciri utama yang membezakan tiang tersebut ialah jenis kayunya.
Menurut seorang ‘orang lama’, Rafie Dahlan, 57, rumah, masjid atau bangunan tanpa tiang seri tidak akan berseri.
Bagaimanapun, kata Rafie, dia tidak dapat memastikan sama ada benar atau tidak tiang seri mempunyai ‘penjaga’ seperti yang dikhabarkan oleh orang dahulukala.
“Tetapi berdasarkan pengalaman sendiri, saya pernah diganggu ketika tidur berhampiran tiang seri.
“Saya rasa panas dan pernah meracau,” katanya yang kini menetap di Singapura.
Cerita Rafie lagi, terdapat beberapa upacara yang perlu dijalankan ketika memilih tiang seri hinggalah selesai kerja memasak.
Adat tersebut berbeza mengikut tempat dan negeri. Malah, ada juga masyarakat Melayu yang langsung tidak mempunyai upacara ketika menegakkan tiang seri.
“Lazimnya, sebelum tiang lain ditegakkan, tiang seri ditegakkan dahulu menggunakan khidmat bomoh yang diyakini pakar mengenai rumah,” katanya.
Dalam kesamaran ingatan, Rafie menjelaskan semasa memasang tiang seri di rumah arwah bapanya di Jelutong, Pulau Pinang beberapa dekad lalu, bomoh berkenaan mengikat sehelai kain kuning pada kuda-kuda yang bersambung dengan tiang seri tersebut.
KEPERCAYAAN tiang seri memiliki misteri tersendiri kurang dihiraukan sekarang.
Pantang larangSebilah keris kecil turut diletakkan pada tiang seri yang diperbuat daripada kayu nyatuh itu.
Menyentuh mengenai pantang larang , ia bermula ketika memilih pokok lagi.
“Menurut arwah ayah, pokok yang dipilih haruslah mengikut turun naik matahari. Hendak mengupas kulit pokok itu pun ada caranya,” kata Rafie.
Logik pemilihan sebegitu rupa berkait rapat dengan teknik pembinaan rumah oleh orang dahulu.
Tanpa menggunakan paku dan hanya bergantung pada pasak, Rafie menyimpulkan ia sebab utama kenapa bukan sembarangan kayu boleh dijadikan tiang rumah.
“Kayu harus kuat, teguh untuk menampung bumbung serta tidak mudah pecah semasa dipahat.
“Kayu juga mesti tahan panas dan hujan serta mampu merentasi masa hingga puluhan tahun lamanya,” ujar Rafie.
SAMA ada masjid atau kediaman tradisional Melayu, fungsi tiang seri adalah sama iaitu sebagai tonggak utama binaan. – Gambar hiasan
|
Sambung Rafie, menurut cerita lisan orang lama, kayu tiang seri adakalanya dipilih daripada pokok yang mempunyai ‘kayu pasung hantu’.
Berbentuk seperti Hajarul Aswad, kayu pasung hantu merupakan dua batang kayu yang bercantum dan membentuk seperti lubang.
Dipercayai, makhluk halus tidak boleh menghinggapi kayu sebegitu. Secara tidak langsung, ia menjadi pendinding kepada rumah yang siap kelak.
“Namun, tidak dinafikan masih terdapat makhluk halus yang singgah di tiang seri.
“Kepercayaan tersebut seringkali membawa kepada upacara tertentu ketika menegakkan tiang seri bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini,” jelas Rafie.
Dalam pada itu, meskipun rumah arwah bapanya telah roboh lebih 15 tahun lalu, tiang seri tersebut masih tegak berdiri di tempat asal.
Memegang nasihat bapanya agar tiang seri itu tidak diganggu, Rafie tidak mempunyai pilihan lain kecuali membiarkannya reput mengikut masanya sendiri.
“Bukan sebab percayakan perkara mistik di sebalik tiang seri itu namun disebabkan ia tiang pertama yang didirikan, jadi saya biarkan saja di situ,” katanya.
Sumber
Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
BalasPadamAtau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya
Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com
Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
- Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
- Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
- Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
- Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
- Bonus Turnover 0.3%-0.5%
- Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
-Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
- Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI
7 Permainan Dalam 1 ID :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker
Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
BBM: 2AD05265
WA: +855968010699
Skype: smsqqcom@gmail.com
Tunggu Apa Lagi Bosku ?