Selasa, 4 Februari 2014

Kisah Azazil dan Pak Tongkol

Manusia dikelilingi dengan pelbagai rencam kehidupan yang ajaib. Setiap hari ada sahaja perkara baru yang diharungi sama ada baik atau buruk pilihannya ada di tangan manusia. Untuk menentukan garis sempadan keimanan seseorang meningkat atau sebaliknya. Di dalam membuat pilihan sedar atau tidak, manusia akan terjerat dengan pilihannya sendiri, sama ada benar atau sebaliknya yang akan menghasilkan natijah pro dan kontra. Jika pilihan itu benar nescaya beruntunglah dia, jika pilihannya meleset dari perancangannya maka dengan mudah menuduh Allah sebagai sebab utama akibat yang terjadi.
Apa yang disebut pilihan atau ikhtiar adalah usaha hamba berserta tuhannya merealisasikan sesuatu perkara menempuh ujian untuk menaikkan martabat hambanya yang mengekali pandangan hamba pada Tuhannya. Keimanan seseorang terhadap Allah tidak akan teruji melainkan ada ujian berat untuk dirinya taqarub (menghampirkan) menjadi kekasih sejati bersamanya. Para nabi dan aulia mengharungi kesemua ujian yang telah di skripkan jalan ceritanya oleh Allah dengan hati yang lapang dan tabah semata ingin ghairah menghadap wajah kekasihnya. Namun ujian yang mungkin kita gagal adalah menghadapi situasi dengan orang paling kita sayangi…ikuti kes karut dan mudah garapannya di bawah, yang dihadapi sehari-hari dalam kehidupan kita agar dapat iktibarnya.
KES 1: HANTU RANTING PENYEDUT SEMANGAT KANAK-KANAK
Sehari suntuk Leman bekerja keras mecari nafkah untuk keluarganya membanting tulang empat kerat mengusahakan kebun kelapanya. Ketika sang mentari tegak di atas kepala tiba-tiba dia mendapat panggilan telefon dari isterinya menyatakan anak sulongnya demam panas seusai pulang dari sekolah. Terus sahaja Leman berkemas, memecut motor kapcai buruknya membelah denai dan lopak habis diredahnya hampir sahaja dia terhumban ke parit.
Sesampainya di rumah terus sahaja si Timah isterinya menceritakan akan keadaan anaknya yang diterbaring menanggung azab demam yang bersangatan. Leman duduk di sebelah kepala anaknya lalu melekapkan belakang tangannya ke kepala anak sulungnya Dani. “Fuhh!! Ini tak boleh jadi, panasnya mungkin melebihi 38 darjah celcius. Panas ni!…kita kena buat sesuatu, kalau tidak….”!. Sampai situ saja ucapan lemah Leman.
Dia teringat pesan gurunya jika ingin bertindak melaksanakan penyembuhan hendaklah sentiasa ‘bertawajuh’ kepada Allah mengharapkan petunjuk mencari jalan penyelesaiannya. Isterinya sedari tadi sugul dan masyghul dipanggilnya dekat duduk disisi Dani lalu mereka bersama-sama bertawajuh mencari UBAT mujarabnya. Dalam pandangan Timah menyatakan bahawa: Dani hilang semangat kerana di sekolah tadi, ketika menyusur keluar sekolah,
Dani mengikut jalan yang terdedah kepada hujan. Kelihatan dalam pandangan Timah semacam ada benda hitam menyelubungi di sekeliling Dani seperti hantu ranting dalam Lord of The Ring. Dia cuba untuk mengusir ‘hantu ranting’ yang melayang-layang menyedut sedikit demi sedikit semangat Dani yang semangkin lemah melalui jemari rantingnya. Hampir habis semangat Dani disedutnya. Tiba-tiba ‘hantu ranting’ bersuara lantang menyatakan bahawa dirinya adalah Azazil yang datang menguji keimanan suaminya.
Terpinga-pinga Timah mendengar pengakuan exklusif si Azazil yang asbab datang demam Dani adalah kepada suaminya sebagai ujian. Setahu Timah suaminya bukannya warak sangat, amal ibadat pun tidaklah macam para ulama’. Ceramah pun tak pandai lagilah berayat dan berhadis nabi dalam ucapan sehariannya. Cuma yang Timah tahu suaminya selalu duduk bersila memegang tasbih berzikir kepada Allah. Mungkin sebab itu agaknyalah si Azazil suka benar menguji iman dan kesabaran suaminya bisik hati Timah.
Kemudian Timah bertemu Sang Prabu memohon penawar deman panas .Katanya berbahasa tanpa bicara:Hendaklah Leman membaca 1000 kali tasbih kepada anaknya Dani sebagai penawar demam panas anaknya.” Perkara itu di ajukan kepada Leman dan dia mengiyakan bahawa ubatnya adalah tasbih 1000x dan solat tasbih sama seperti dalam tawajuhnya. Terus sahaja Leman mengambil wuduk dan solat tasbih serta mengkhatamkan pesanan gurunya.
Setengah jam kemudian panas yang menjalar di tubuh Dani reda sekelip mata, matanya mula bercahaya dan perkataan pertama yang keluar dari mulut Dani ialah nak gosok gigi dan mandi. Tersenyum meleret Leman dan Timah tanda kesyukuran kepada Allah yang telah memperkenankan doa mereka. Hilang bahang kepanasan yang mungkin boleh memecahkan urat saraf otak kerana sangkin panas membaranya di dalam tubuh. Jika tiadalah kesabaran yang dimiliki si Leman dan ketulusan si Timah ..entahlah mungkin banyak perkara buruk terjadi. Ramai kanak-kanak boleh terkena sawan tarik disebabkan demam panas yang tidak di rawat segera. Di sebabkan perkara ini diambil ringan dan sambil lewa sahaja. First Safety… Wallahu ‘alam
KISAH 2: BATUK KERING AKIBAT DURIAN KENIT DAN HANTU KOLAM
Koh ! koh! Koh! 50 x .Batuk keras si Esah memecah keheningan malam…sudah masuk 3 jam Esah batuk keras tak berhenti. Bapanya si Tongkol sudah dua kali menyuakan ubat batuk cap kelapa parut kepada anaknya Esah sejak jam 9:00 malam. Sekarang sudah masuk jam 12:00 malam batuk kering tidak berkesudahan. Sudah pelbagai cara dibuatnya dari menyapu vicks, urut dadanya, bagi air jampi semuanya tak jalan.
Lama Tongkol memikirkan apakah cara untuk dia mengatasi masalah anaknya. Ketika asyik melayan kerenah anaknya dia teringat sesuatu..iaitu minyak kelapa dara pemberiaan Gusti Sang Perabu. Tersenyum Tongkol lantas melompat mencapai minyak kelapa dara Fixco Oil buatan Almarhum gurunya. Dituangkan sesudu lalu disuakan kepada Esah…seperti biasa budak kecil berumur 6 tahun pasti menolak mentah-mentah menepis kasar minyak yang tiada stoknya lagi… sambil berperang untuk memujuknya. Akhirnya berjaya juga si Esah menelan dalam ‘rela paksa’ minyak kelapa dara buatan Sang Perabu.
Selepas minum sesudu…keadaan bertambah gawat rupanya. Batuk Esah semakin keras kali ini, batuk bersama kahak bercampur dan akhirnya termuntah menderu-deru bagaikan paip bocor keluar dari mulutnya, habis semua baju Esah bermandikan muntah… wah gawat ini…Tongkol lantas mengambil tisu dan kain lap membersihkan muntah Esah sambil menelik , mana tau ada kecederaan dalaman …alhamdulillah tiada tanda pendarahan.
Rupanya minyak kelapa dara bertindak mengorek segala isi perut termasuk angin yang ada dalam tubuh keluar sama ada melalui sedawa atau angin belakang. Terbukti pencucian perut dan kahak berkesan. Walaupun batuknya agak reda sedikit tetapi sesekali kedengaran juga. Termenung Tongkol di tepi Esah memikirkan pelan seterusnya. Hatinya berbisik munajat kepada Allah agar diberikan petunjuk.
Tongkol memperkemaskan silaan kakinya sambil mengadap anaknya. Operasi pun bermula….pandangan Tongkol jauh menyorot ke tekak atau bahasa orang putihnya tonsil dan tenggorokan. Tongkol melihat ada semacam buah durian kenit sedang melekat di setiap celah tekak dan tenggorok anaknya. Tanpa membuang masa di vakumnya semua durian kenit yang melekat, tidak ditinggalkan walaupun sebijik. Mungkin inilah agaknya yang menyebabkan Esah batuk bervolume tinggi. Di samping durian kenit, menyelit pula ‘gunduk’ ataupun ifrit angin menumpang perlindungan, Lalu bapak durian kenit bersuara “Aku adalah geng Azazil, berniat memesongkan akidahmu. Kerja aku adalah melemahkan keimananmu….”. Tercangkung katak dibuatnya bilamana pegawai Azazil pangkat jeneral menyergahnya tadi.
Setelah selesai operasi, Tongkol kembali sedar. Menunggu natijah status kesihatan anaknya…Keadaan agak stabil namun sesekali kedengaran batuk kecil tapi keras memecah keheningan malam. Tongkol tak puas hati lalu dia kembali memperkemaskan duduk silanya dan masuk kembali ke demensi lain dengan perasaan khusyuk memohon petunjuk Tuhan.
Night visionnya mula kelihatan..rohaniah Esah meninggalkan sarungnya iaitu jasad tubuh lalu duduk di tepi kolam menyedut udara sejuk. Mungkin ini agaknya sebab dia masih batuk dek kerana menghirup udara sejuk dari kolam. Permohonan pun di buat kepada Sang Perabu agar diberikan jalan penyelesaiannya. Oder yang diberi adalah meminta agar Tongkol menarik kembali rohaniah yang duduk di kolam itu agar masuk ke jasad sebenar Esah, jika rohaniah Esah lama di tepi kolam kemungkinan besar batuknya bertambah keras dan dadanya ditakuti dijangkiti radang paru-paru.
Dengan sedikit ilmu yang pernah si Tongkol ketahui..maka dia berbicara tanpa suara.. “Dengan izin Allah melalui Sang Perabu… Panggilkan…. rohaniah Esah masuk ke sarungnya kembali.” Alhamdulillah rohaniah Esah kembali menyatu kepada ibu jasad tubuh. Tongkol pun tersedar dan bersyukur kerana batuk kering anaknya beransur pulih. Mungkin jika si Tongkol dulu yang baran dan pemarah tak mungkin masalah ini selesai dengan baik…..Namun dengan bimbingan gurunya dia berjaya menyetelkan keadaan keluarganya….
MORAL:
  • Peperangan sebenar adalah melawan syaitan diri berketurunan Azazil. Pada tingkat ini ujiannya sangat berat bagi mereka yang meniti ke alam kerohanian. Walaupun kisah di atas kelihatan biasa tetapi inilah realiti kehidupan yang ada ujiannya. Kadang - kadang manusia siap siaga dengan ujian besar seperti peperangan, thunami, puting beliung dan sebagainya tetapi terlupa dengan ujian kecil di sekelilingnya. Sebenarnya itulah kayu pengukur untuk melayakkan kita menjadi pejuang di sisiNya. Lulus 100% tanpa syarat.
  • Berurusan setiap perkara dengan petunjuk Tuhan. Kita dijadikan adalah untuk beribadah kepadanya. Mudah dan senang kita membacanya tetapi mungkin seberat gunung Uhud untuk dilaksanakan. Ibadah bermaksud hamba yang memperhambakan diri kepada Tuhannya. HAMBA …renung sebaiknya akan maksud HAMBA. Bila menjadi hamba maka kita sangat memerlukan petunjuk. Hamba yang Ikhlas akan sentiasa diberikan petunjuk dalam kehidupannya. Bila diberi petunjuk pasti dia telah atau sedang berbuat amal yang dikira sebagai ibadah. Meletakkan niat kerana Allah sebelum berbuat pekerjaan dikira berbuat ibadah yang dipandang tinggi di sisi Allah.
  • Jangan berputus asa dengan rahmat Allah. Bila kita berputus asa bermaksud kita telah menghadkan kekuasaan tuhan kita iaitu Allah dalam bentuk persempadanan sedangkan rahmat Allah itu luas. Jangan mudah terlatah mengatakan tidak adilnya Tuhan terhadap kita. Kerana boleh mengakibatkan kita akan dijauhkan dari Nya. Mereka yang kecewa atau berputus asa diistilahkan sebagai “kalah dulu sebelum berperang”. Sikap lemah diri ini lah menjadi perhatian syaitan diri untuk mencuit hati-hati manusia yang lemah dan berputus harap kepada Allah.
Hamba yang bersifat mutmainnah dan kamil menghadapi ujian dengan hati yang tenang tanpa berganjak, sekalipun diacukan pisau belati di urat lehernya. Mereka menghadapinya dengan penuh kewarasan dari petunjuk Allah. Mungkinkah kita ini mampu untuk mencapai taraf ‘cool’ atau mutmainnah pakaian para aulia’ Allah. Mudah-mudahan……….. Waallahu ‘alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan