Rabu, 26 Februari 2014

Kakak Cantik Di Bilik...


Selamat malam kepada para peminat MJ12,

Nama saya Izad. Pengalaman yang saya ingin kongsi bersama berlaku kira-kira 5 tahun yang lalu. Masa tu saya dan isteri sedang mencari rumah "resale" di kawasan Bedok North. Pada hari itu, agen rumah kami telah membawa kami ke beberapa buah rumah untuk dilihat. Dan pada masa itu juga kami telah membawa bersama anak kami yng ketika itu berusia 10 bulan.

Banyak rumah yng telah kami lihat, tapi semuanye tak berkenan. Maklumlah KC, kami ni memang cerewet sikit tentang rumah. Setelah puas kami melihat 4 buah rumah di kawasan itu, akhirnya agen kami membawa kami ke sebuah rumah di blok ***. Itulah rumah yang terakhir kami lihat. Semasa dalam perjalanan ke sana, anak kami sudah mula merasa resah dan merengek. Seolah-olah seperti ade benda yng tak kena. Padahal dari awal tadi dia tak nangis pun. Jadi kami pun tak fikir apa apa. Isteri saya pun ingat dia nak tidur. Budak biasalah belum tau cakap. Cuba ditidurkan tapi tak jugak tidur. Kami tiba di kawasan rumah itu pada jam 8 malam.

Dipendekkan cerita KC, kami pun tiba di rumah yang dimaksudkan. Tiba saja kami di depan pintu rumah itu, anak saya menangis dan peluk isteri saya dengan kuat. Kami pun hairan kenapa dia menangis dan merengek. Kami disambut oleh pembantu rumah itu. Katanya tuan rumah belum pulang dari kerja. Seperti biasa kami pun lihat di sekeliling rumah itu. Saya dan isteri nampak ada seorang wanita tua yang baring di atas katil di master bedroom. Apabila ditanya, pembantu rumah kata itu ibu kepada tuan rumahnya yang dah lama sakit. Dikatakan juga bahawa wanita tua itu menghidap penyakit misteri. Kami pun pergi ke kawasan dapur dan berbalik ke kawasan ruang tamu. Keadaan di rumah itu memang cantik KC. Apabila isteri saya hendak masuk ke master bedroom, dia tersentak dan terperanjat. KC nak tau apa yang dia nampak? Dia ternampak ada kakak cantik sedang duduk di atas katil bersebelahan dengan wanita tua tersebut. Mukanya tak kelihatan disebabkan rambutnya yang panjang menutup wajahnya dengan pakaian serba putih dan ada seperti kesan tanah tanah liat di bajunya. Itulah yng diceritakan oleh isteri saya semasa tiba di rumah. Saya nampak wajah isteri saya memang pucat pada masa itu KC. Saya pun dah tau ada sesuatu yang tak kena. Kalau KC nak tahu, isteri saya ni memang boleh nampak benda2 ni sejak dia kecil lagi...
Pada malam itu KC, isteri saya diganggu semasa tidur. Dia memberitahu bahawa kakak cantik itu berada di atas badan isteri saya. Dan perkara ini berlaku 3 malam berturu-turut KC. Saya berjumpa dengan ibu mertua saya dan bercerita tentang hal sebenarnya. Mujurlah ibu mertua saya dapat mengubatkan isteri saya. Saya memberitahu agen tentang rumah itu. Kami juga tidak jadi untuk membeli rumah tersebut KC, takut takut nanti ada perkara yang lebih buruk berlaku. Alhamdulillah KC, setelah diubat isteri saya pun dah tak diganggu lagi. Hinggalah ke hari ini, kami pun telah beli rumah di blok yang lain tapi di kawasan yang sama. Dan kami tidak diganggu oleh makhluk-makhluk itu. Itulah pengalaman saya dan isteri. Terima kasih...
 
 

1 ulasan:

  1. Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
    Atau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
    Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya

    Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    - Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
    - Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5%
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
    - Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    7 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Tunggu Apa Lagi Bosku ?

    BalasPadam