Sabtu, 27 Julai 2013

Asal Usul IKAN DUYUNG...



Menurut lagenda, ikan duyung adalah makhluk air yang memiliki kepala dan tubuh layaknya seorang perempuan dan ekor menyerupai ikan. Ikan duyung hidup di dasar laut dan dikatakan merupakan seorang puteri yang telah disumpah sebahagian anggotanya daripada paras pinggang hingga ke kaki menjadi ikan.
Cerita mengenai ikan duyung wujud dalam hampir semua masyarakat di dunia. Dalam
mitologi Yunani, ikan duyung dikatakan selalu menggoda para pelaut yang lalai. Sesiapa yang tergoda akan menemui ajalnya. Masyarakat Babilonia pula menyembah ikan duyung sebagai Tuhan atau dewa laut yang dikenal sebagai Ea atau Oannes.
Oannes digambarkan sebagai duyung jantan.
Putri duyung juga dikenal sebagai karakter dalam dongeng
The Little Mermaid (1836) karya Hans Christian Andersen yang telah diterjemahkan ke pelbagai bahasa.

Ni serba sedikit artikel yang dijumpai mengenai ikan duyung... mesti semua tertanya kenapa saya post tentang ikan duyung.. ehmm.. sebab 6 Mac ni movie cerita DUYUNG mula ditayangkan di pawagam;)

sebelum ni juga saya ada baca satu artikel di surat khabar Berita Harian tentang pencarian dunia Ikan Duyung..artikelnya seperti yang boleh anda baca di bawah:

KETIKA belayar berhampiran Haiti pada 1493, Christopher Columbus dan anak kapalnya melihat tiga makhluk aneh timbul daripada permukaan laut yang luas. Tanda tanya dan kehairanan tercetus pada minda mereka tatkala melihat wajah dan bentuk fizikal makhluk terbabit yang jelas berlainan sekali dengan makhluk yang pernah wujud di dunia ini.

Ketika mereka mencari jawapan, tiga makhluk terbabit kembali menyelam ke dalam lautan luas serta meninggalkan kumpulan pelayar di atas kapal itu terpaku kebingungan. Pengalaman pelik itu terus menghantui Columbus sepanjang kehidupannya malah dalam satu jurnalnya, pelayar Sepanyol itu mencatatkan fizikal makhluk itu:

"Entah mengapa, wajah makhluk itu menyerupai manusia..." Catatan Columbus itu seterusnya menimbulkan persoalan kepada penyelidik dan pengkaji sejarah pelayaran lelaki itu sehingga kepada orang kebanyakan.
"Masakan terdapat manusia yang hidup dan tinggal di dalam lautan," fikir mereka tatkala membaca catatan Columbus berhubung fenomena misteri itu. Catatan enigma pelayar yang terkenal kerana menjumpai benua Amerika itu kemudian membawa pemikiran penyelidik dan orang kebanyakan kepada satu mitos yang sudah lama diperbincangkan - mungkinkah makhluk yang dilihat Columbus dan anak kapalnya itu adalah ikan duyung?

Terlalu banyak misteri dan mitos yang menceritakan mengenai ikan duyung tetapi tatkala meneliti catatan Columbus itu, ia menambahkan lagi teka-teki sama ada kewujudan makhluk itu benar atau sekadar dongeng. Mitos sebelum itu menyatakan bahawa ikan duyung adalah makhluk air yang memiliki kepala dan tubuh bahagian atas seperti manusia manakala bahagian bawahnya berupa ekor ikan.


Ia hidup di dasar laut tetapi apabila naik ke darat, ekornya bertukar menjadi kaki manusia dan makhluk itu akan menjadi bisu. Cerita mengenai ikan duyung wujud dalam cerita dongeng kebanyakan bangsa di dunia. Dalam mitologi Yunani, ikan duyung dikatakan selalu menggoda pelaut yang lalai dan sesiapa yang tergoda akan menemui ajalnya. Masyarakat Babilona pula menyembah ikan duyung sebagai tuhan atau dewa laut yang dikenal sebagai 'Ea' atau 'Oannes'. Oannes digambarkan sebagai ikan duyung jantan.

Selain Columbus, seorang lagi pelayar, Henry Hudson mendakwa turut terserempak dengan ikan duyung pada 1608 ketika dia dan dua rakannya sedang belayar di lautan di utara Russia. Lelaki itu menggambarkan ikan duyung yang ditemui mereka memiliki bahagian atas jasad seperti manusia, berambut panjang tetapi bahagian jasad bawahnya adalah ekor ikan.

Daripada dakwaan terserempak dengan makhluk aneh itu, misteri membabitkan ikan duyung semakin membingungkan apabila ada pihak yang mendakwa berjaya merakamkan gambarnya malah menangkap jasad makhluk itu. Semakan menerusi internet mendapati ada pihak daripada merata dunia mendakwa menemui jasad ikan duyung, tetapi keaslian gambar yang tertera dalam beberapa artikel itu tidak dapat dipastikan.

Selain gambar, terdapat juga 'jasad' kononnya ikan duyung yang dipertontonkan dalam pameran tertentu tidak saja di Malaysia tapi di pelbagai negara lain. Pelbagai teori dan andaian dikemukakan berhubung misteri kewujudan ikan duyung. Antaranya ia dikatakan sebagai spesies hidupan yang mistik dan hanya muncul di dunia manusia, sekali dalam beberapa ratus tahun.

Teori ala fiksyen pula menyatakan bahawa ikan duyung sebenarnya adalah penduduk Atlantis yang menemui teknologi untuk hidup di dalam lautan selepas kota mereka tenggelam puluhan ribu tahun lalu. Bagaimanapun, jika diteliti kepada penerokaan lautan dalam dan pencarian spesies hidupan baru ketika ini, satu hakikat yang pasti adalah saintis masih belum mampu menerokai ke dasar paling dalam di lautan.
Sehingga kini, kemajuan sains dan teknologi hanya mampu membawa saintis meneroka ke dalam laut dengan kedalaman sekitar 4,000 meter dan setiap kali mencecah kedalaman baru, banyak spesies baru yang aneh dan misteri turut ditemui. Saintis percaya dunia lautan yang meliputi kira-kira 70 peratus muka bumi memiliki sekitar dua bilion hidupan berlainan spesies tetapi sehingga kini, spesies yang berjaya dikenal pasti dan direkodkan dipercayai masih belum mencecah satu peratus.

Berikutan itu, mungkinkah ikan duyung juga sebenarnya wujud tetapi berada di dasar laut yang paling dalam dan masih belum diterokai manusia? Kalangan skeptikal menolak kewujudan ikan duyung sebagai satu spesies misteri yang belum ditemui sebaliknya mereka berhujah bahawa gambaran rupa dan jasad ikan duyung seperti diceritakan pihak tertentu sebenarnya disalah tafsirkan. Mereka percaya bahawa pihak yang mendakwa menemui ikan duyung termasuk Columbus sebenarnya terlihat sejenis spesies hidupan laut yang digelar 'dugong'.

Ini berikutan dugung memiliki rupa yang agak menyerupai manusia malah turut menyusukan anaknya. Malah, seorang penyelidik, Frank Buckland, pernah menjalankan kajian terhadap satu jasad makhluk kononnya ikan duyung yang dipamerkan sekitar abad ke-19. Bagaimanapun, beliau mendapati bahagian atas jasad berkenaan iaitu tengkorak, rangka dan lengan sebenarnya milik seekor monyet dan bahagian itu dicantumkan dengan bahagian tulang ekor ikan yang besar.
Sehingga kini, misteri kewujudan ikan duyung masih diperdebatkan. Pihak skeptikal terus menafikannya manakala setengah pihak lagi percaya ia adalah spesies hidupan misteri yang masih belum ditemui. Mungkin pada suatu hari nanti, kemajuan sains dan teknologi membolehkan manusia meneroka keseluruhan lautan, maka tidak mustahil yang jawapan kepada misteri ini akan diperoleh.

Sumber: www.wikipedia.com, www.unexplained-mysteries.com.

2 ulasan:

  1. Hahahaaaa
    Lumayan sebagai bekal cerita kepada anak2... thank min. Sehat selalu

    BalasPadam
  2. Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
    Atau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
    Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya

    Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    - Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
    - Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5%
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
    - Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    7 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Tunggu Apa Lagi Bosku ?

    BalasPadam