Ahad, 28 Julai 2013

Kisah Seram di Menara Telekom

  •  Lokasi : Tingkat 15, Menara KL

    A) Pencuri Menganas

    Tiga Bulan Lepas
    ****************

    Dua Tiga Bulan lepas kita dikejutkan dengan Banyak kehilangan kereta di menara KL dan ada staff telekom kehilangan kereta 2 buah dalam masa sehari. Dengan adanya security yang ketat, setakat hari ini tiada lagi berlaku kecurian.
    "Penjaga" Menganas

    Tiga Minggu Lepas
    *****************

    Cleaner seorang rakyat Indonesia bernama Ani (Nama Samaran), Mulai masuk kerja seawal Jam 7:30 pagi. Tugasnya adalah untuk menjaga kebersihan tingkat 15 di menara KL Pucuk Rebung. seawal pagi Ani memulakan rutin tugasnya dengan memcuci Toilet. Ani Hairan setiap kali ia mencuci Toilet terutama toilet wanita ia dapati Tuala Wanita berselerek di atas lantai.

    Tapi hari kehari macam tu, Ani naik berang kekadang memaki hamun staff tingkat 15 kerana membuang merata-rata. suatu pagi Ani dapati tuala Wanita ada disetiap tempat temasuk dalam lubang tandas lalu ia mengadu kepada kawan saya. Bila kawan saya melihat keadaan tersebut beliau menyuruh Ani tidak membersihkan Tuala Wanita tersebut sebelum membuat pengaduan kepada pihak pengurusan Bangunan supaya mereka tengok sendiri tingkahlaku kejahatan org.

    Bila siasatan di buat, tiada org yg membuat khianat. Dan Atas nasihat Ustaz maka arahan telah dikeluarkan supaya tuala wanita perlu dicucikan dahulu sebelum buang.

    p/s : Jika anda pergi ke menara anda akan terbaca notis lebih kurang maksud "Cuci Dulu Tuala Wanita Sebelum Buang"

    Dua Minggu Lepas

    En. Zul (AGM Global,Tkt15)
    **************************

    Sabtu 6:30 petang: sebelum balik En. Zul pergi ke Toilet untuk Membuang air kecil, semasa membuka zip seluar tiba tiba ada org mengetuk pintu tandas beberapa kali, lalu En.Zul tutup balik zip seluar dan pergi buka pintu tapi tiada org. En. Zul terus pergi kencing. Semasa sedang membuang Air Kecil Pintu tandas sekali diketuk, tapi kali ini bertubi tubi tak henti-henti. En.Zul dengan perasaan geram cepat cepat Buang Air Kecil dan belari mengejar buka pintu tetapi tiada org dan ia juga berlari masuk dalam pejabat tetapi tiada org kecuali dia seorang, dengan perasaan curiga En.Zul terus turun lif untuk balik. sampai bawah Security Guard menegurnya kenapa En. Zul tergesa-gesa nie, jawab En. Zul tak ada apa apa.. Sambil memandang En Zul, Secuirty Guard Berkata: En Zul Zip Seluar En. Zul tu Tak Tutup. En. Zul berlalu dengan sipu sipu malu sambil menutup zip seluarnya.

    Arif ( Eksekutif, CGG tkt 15)
    *****************************

    Macam kebiasaan arif selalu balik lewat kerana banyak urusan sebelum balik. Pada suatau hari Waktu Magrib, ~ 7:00 Petang tiba-tiba lampu pejabat terpadam. lalu Arif menelefon Guad Kenapa padam lampu tingkat 15, saya masih bekerja dan akan balik pukul 8:00 nanti. Jawab Guad Tiada orang padam lampu kerana guad-guad yang lain pun tak de sebab saya seorang jer bertugas waktu nie, mungkin kawan Encik yang padam kut. Arif dengan perasaan marah pergi membuka semula lampu sambil menjenguk kekawasan lain takut takut ada kawannya bergurau
    dengan menutup lampu tetapi tiada org. Arif pun kembali ke tempat duduk dan membuat kerja, Tiba -tiba sekali lagi lampu padam kali ini, semua lampu pejabat tkt 15 padam kecuali betul betul lampu diatas kepalanya tidak padam. Bulu Roma Arif dengan tiba tiba saja menegak, rasa seram dan Arif terus berlari keluar dan Balik.

    Lift Level (1 - 18)
    ******************

    Untuk ketingkat 15 kita perlu mengunakan lift level 1 hingga 18. dan untuk ke level 19 hingga ke tingkat 68 kena guna lift lain. Kawan saya pernah dari bawah untuk ke tingkat 15 tetapi lift tu tak berhenti malah ia berhenti pada tingkat 19 tetapi tak terbuka pintu, kemudian lebih kuran 1 minit baru turun ketingkat 15. Kawan saya juga pernah kena bila ia seorang diri naik lift untuk ke tingkat 15 tetapi tiba tiba lift berhenti tingkat 3, bila lift terbuka didapati tiada org.

    P/S: Lift (1-18),sepatutnya tidak akan naik melebihi tingkat 18, tapi kenapa ia boleh naik ke tingkat 19. sepatutnya hanya setakat tingkat 18 sahaja.

    Tkt 3 Menara KL masih kosong dan tiada penghuni dilevel 3.
    Jika sesiapa pernah melihat cerita "Dark Water", mungkin lift macam nie, menyeramkan kerana dalam cerita berkenaan hantu kanak-kanak pada pangsa puri lama 16 tingkat akan membawa mangsa ke tkt 17, sama apa yg berlaku di menara KL. lift sepatut ke tingkat 18 ia naik ke 19.

    Selasa (15hb Okt 2002 7:00 Pagi)
    ********************************

    Macam Biasa Ani (Cleaner Tkt 15) sedang mencuci toilet perempuan tingkat 15 pada jam seawal 7:30 pagi. tiba tiba pintu toilet di ketuk. Ani menjawab tak boleh masuk Toilet sedang di cuci. Tetapi Pintu toilet di ketuk juga, lalu Ani membuka pintu tersebut dan ada seorang perempuan, katanya nak masuk kejap jer nak cuci tangan. Lalu ani membenarkan perempuan tersebut masuk. Perempuan itu meminta ani menolongnya mencuci tangannya. Ani tidak lokek dengan mencuci tangan perempuan itu penuh dengan darah, Ani bertanya kenapa tangan awak
    pucat dan muka awak pun nampak pucat. Lalu perempuan itu meminta ani menemannya naik tangga ke tingkat 16. Ani yang melihat perempuan yg tak berdaya terus keluar menemani naik tangga ke tingkat 16. Sebaik sahaja perempuan yang berpakaian dan tudung serba putih menjejak nak tangga pertama. Ia terus berlari ke atas seperti kilat sambil megilau. Ani dengan perasaan takut terus belari ke ruang pejabat tingkat 15 dengan perasaan ketakutan. waktu itu ada seorang pengurus perempuan menyaksikan kenapa Cleaner berlari masuk pejabat dengan perasaan curiga tetapi tidak bertanya kerana tidak mengesaki sesuatu.

    P/S : Hari ini 16hb okt 2002 staff akan membawa ustaz untuk menghalau penjaga Tingkat 15, yang selalu mengacau dan menghisap darah dari tuala wanita dalam tandas.

    Org tingkat 15 tidak lagi berani masuk tandas bersendirian.Begitu juga dengan cleaner mereka sekarang buat kerja secara kumpulan.Jika Anda ke Menara Telekom KL berhati hati masuk tandas tingkat 15.

    (p/s diceritakan oleh Ahmad Fairuz Ismail - Telekom 24/10/02)

    -Husaini-

1 ulasan:

  1. Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
    Atau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
    Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya

    Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    - Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
    - Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5%
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
    - Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    7 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Tunggu Apa Lagi Bosku ?

    BalasPadam