Assalamualaikum dan salam 1
hantu..
Emm..malam hari jumaat..aku nak terangkan profil-profil hantu yang telah diceritakan oleh nenek moyang kita pada ketika masa lalu..Semoga korang terhibur dan boleh bezakan jenis hantu bila bertemu dengan dorang..
1. Pontianak / Puntianak / kuntilanak - wanita berpakaian serba putih membalas dendam.
2. Langsuir - perempuan
3. Toyol - hantu kanak-kanak bogel
4. Pelesit - boleh dipelihara
5. Hantu air - dalam air
6. Hantu raya - boleh dipelihara
7. Hantu bungkus - makhluk ghaib yang dilihat berbungkus dalam kain kafan.
8. Polong
9. Bota - makhluk besar hodoh menjelma dari dalam tanah.
10. Bajang - makhluk aneh
11. Bunian, Kerajaan dan keluarga Bunian.
12. Hantu Jepun
13. Hantu bukit
14. Hantu kubur
15. Pari-pari
16. Hantu punjut
17. Jerangkung
18. Hantu laut
19. Hantu galah
20. Jin Tanah
21. Hantu Keramat
22. Hantu Kum-Kum
23. Orang minyak
24. Puaka
25. Penanggalan
26. Hantu bidai
29. Hantu kopek
30. Harimau jadian
31. Jembalang tanah
32. Hantu tengelong
Info asal: aku-sempoi
Baca aje untuk sekadar menaikkan adrenalin seram..Enjoy ye..jangan percaya sudah kecuali anda sudah ketemui mereka secara face to face..Cuma jangan skripkan dalam mimpi anda dikhuatiri berpeluh sakan sampai dup dap dup tahap maksimum..
Emm..malam hari jumaat..aku nak terangkan profil-profil hantu yang telah diceritakan oleh nenek moyang kita pada ketika masa lalu..Semoga korang terhibur dan boleh bezakan jenis hantu bila bertemu dengan dorang..
Jin ialah sejenis makluk yang juga diciptakan
oleh tuhan selain dari manusia. Jin juga mampu menukar rupa bentuk mereka kepada
bentuk-bentuk lain dan menjadikan mereka terbahagikan kepada ketegori hantu yang
berlainan jenis dan nama. Dikalangan masyarakat melayu juga mempunyai nama dan
jenis-jenis hantu yang tersendiri. Antara jenis-jenis kelompok hantu-hantu ini
adalah :-
1. Pontianak / Puntianak / kuntilanak - wanita berpakaian serba putih membalas dendam.
Pontianak atau lebih popular dieja sebagai
pontianak, dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada
perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya. Terdapat juga pendapat
menyatakan bahawa ia merupakan jin (hantu) liar yang bertindak mengganggu
manusia.
2. Langsuir - perempuan
Langsuir adalah sejenis makhluk halus penghisap
darah dalam kepercayaan masyarakat Melayu. Langsuir dipercayai akan merasuk mangsa dan
menghisap darah mangsa secara perlahan-lahan sehingga mati. Terdapat sesetengah
pendapat bahawa Langsuir berasal daripada wanita yang mati
bersalin atau selepas itu.Langsuir dipercayai mampu menyerupai seorang
perempuan yang cantik dan mengoda lelaki agar mengikuti mereka ketempat sunyi.
Apabila sampai ketempat yang sunyi, langsuir akan berubah kembali kepada rupa asal dan
akan merobek perut mangsa atau mencekik leher mangsa dan menghisap darah
mereka.
3. Toyol - hantu kanak-kanak bogel
Toyol merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam
kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara
bagi tujuan mencuri. Toyol ini dikatakan berbentuk kanak-kanak kecil
dan turut mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil. Pemeliharaan makhluk
halus ini dikenali sebagai saka.
4. Pelesit - boleh dipelihara
Pelesit merujuk kepada sejenis makhluk halus,
kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara oleh seseorang,
biasanya wanita, bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini
dikenali sebagai saka. Hantu pelesit dipercayai diberi makan darah dari jari
tangan tuannya.Hantu pelesit dikatakan mampu menjelma sebagai
sejenis belalang pelesit, belalang kecil yang mempunyai kepala berbentuk tajam
dan tirus, dan masuk kerumah mangsa. Pelesit ini kemudiannya akan mengambil peluang
untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka.
5. Hantu air - dalam air
Hantu air (juga termasuk Hantu laut) merupakan
sejenis makhluk halus digelar mambang atau jin yang terdapat di dalam kawasan
berair. Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu membahayakan mereka yang
bertembung dengannya.Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang
kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya.Selain itu,
ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di pinggir
air.Dipercayai bahawa hantu
air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang dibuang, dihanyutkan
melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan acak.Air laut yang berkilauan
dikatakan menunjukkan kehadirannya. Bagi menggelakkan gangguan bagi para nelayan
dari hantu air (laut), satu upacara yang dikenali sebagai semah laut akan
diadakan setiap tahun. Upacara ini juga dikenali sebagai puja pantai / main
pantai.
6. Hantu raya - boleh dipelihara
Hantu Raya dalam budaya Melayu, merujuk kepada
sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan
jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan
kerja dan juga bagi memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali
sebagai saka. Cara mengambilnya ialah: amik dekat pokok kelapa yg kena panah
petir Hantu Raya
akan dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan apa-apa juga jenis
kerja berat. Hantu
Raya juga boleh disuruh oleh tuannya bagi merasuk seseorang. Hantu raya mempunyai
keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan menjelma
sebagai tuannya.Hantu
Raya yang dipelihara itu akan perlu diberi makan sebagaimana yang
dipersetujui. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian
termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak
dijaga dengan baik dan diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan itu akan menyerang
tuannya.Hantu Raya
biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya
akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila
hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan
dengan lahapnya apabila diberi makan.
7. Hantu bungkus - makhluk ghaib yang dilihat berbungkus dalam kain kafan.
Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai
hantu punjut atau
hantu pocong
merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus
dengan kain kafan.Hantu
bungkus sering dikatakanmengusik orang yang lemah semangat, dan akan
bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu
bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh
mangsa usikan mereka.
8. Polong
Hantu Polong merujuk kepada semangat atau makhluk halus
belaan yang dipelihara oleh seseorang, biasanya lelaki, bertujuan untuk tujuan
memudaratkan musuh. Hantu polong dipercayai diberi makan darah dari jari
tuannya.Menurut kepercayaan orang Melayu, polong dihasilkan dengan meletak darah orang
yang mati dibunuh kedalam botol bermulut panjang. Botol tersebut kemudiannya
akan dipuja dan jampi serapah akan dibacakan dalam tempoh masa tertentu. Selepas
tujuh hingga dua minggu akan kedengaran bunyi mengerit daripada dalam botol.
Pemuja polong
perlu menghiris sedikit jarinya dan memasukkan jarinya yang berdarah itu ke
dalam botol untuk memberi polong makan. Dengan memberi makan, polong ini akan terikat
kepada tuannya dan akan melakukan apa sahaja suruhan tuannya.Polong biasanya akan
disimpan di dalam botol dan hanya dikeluarkan apabila hendak memusnahkan musuh.
Mangsa polong
biasanya boleh dikenali dengan kesan lebam pada mayat dan darah keluar melalui
mulut.
9. Bota - makhluk besar hodoh menjelma dari dalam tanah.
Hantu yang terkenal sehingga namanya digunakan
sebagai nama sebua kampung. Mengikut kepercayaan penduduk tempatan Bota, nama
kawasan ini diambil bersempena sejenis gergasi yang wujud di sini. Bota ialah sejenis
gergasi besar yang hidup dalam tanah, menyembunyikan diri dalam gua di dalam
tanah. Bota akan
keluar daripada tempat persembunyian pada ketika-ketika tertentu sahaja dan amat
meminati kanak-kanak yang tidak memakai seluar.Kebanyakan masanya dihabiskan di
dalam tanah dan jarang dilihat oleh manusia. Menurut nenek-nenek tua di kawasan
ini, badan gergasi Bota ini menyerupai warna tanah itu sendiri
terutama di kawasan berlumpur, di tepi rimbunan buluh kuning dan di tepian sawah
padi di mana ikan puyu dan tilan biasa ditemui. Makanannya didapati di dalam
tanah juga dan sesekali akan mencari makanan dalam bentuk daging manusia atau
haiwan. Manusia dan haiwan bukanlah makanan kegemarannya kerana ia hanya keluar
sesekali sahaja terutama pada rembang petang.Gergasi Bota ini dikaitkan
dengan kehilangan seseorang. Jika seseorang penduduk didapati hilang, mereka
percaya Bota yang
bertanggungjawab dan penduduk tersebut telah melanggar pantang 'kewujudan'
Bota di sesuatu
kawasan.Anehnya Bota ini tidak banyak tapi boleh berada di
mana-mana sahaja terutama di kawasan Sungai Perak.
10. Bajang - makhluk aneh
Bajang merujuk kepada sejenis makhluk halus,
kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara bagi tujuan
memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.Bajang merupakan makhluk
setan yang dipuja daripada mayat bayi yang mati semasa lahir. Ia merupakan setan
jantan yang sering kali menjelma sebagai kucing pole cat. Bajang seringkali menyerang
kanak-kanak dan mampu menyebabkan penyakit misteri yang boleh membawa maut
kepada mangsanya.Bajang akan dikawal oleh pemiliknya dan akan
disimpan di dalam tabung buluh. Sejenis daun khusus akan digunakan sebagai
penyumbat tabungan tersebut dan dikunci dengan tangkal. Bajang hanya dikeluarkan
apabila pemiliknya hendak mengenakan musuhnya.Bajang yang dipelihara itu akan diberi makan telur
dan juga susu. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Bajang yang kelaparan
itu akan menyerang tuannya.Bajang boleh dihindari dengan menggunakan tangkal
atau azimat. Tidak ada cara membunuh bajang tetapi biasanya sekiranya tuannya
diketahui, dia akan dibunuh atau diusir dari kampung tersebut.Bajang biasanya perlu
diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi
bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak
dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan
lahapnya apabila diberi makan.
11. Bunian, Kerajaan dan keluarga Bunian.
Orang Bunian ialah sebarang makhluk halus dari
golongan jin dalam legenda Melayu, mirip dengan elf dalam legenda Eropah.Mereka
dikatakan wujud dalam masyarakat besar, menyerupai struktur sosial manusia,
mempunyai keluarga, puak, dan struktur masyarakat. Orang Bunian dikatakan
mendiami kawasan hutan belantara, jauh dari perhubungan manusia, tetapi ada juga
yang tinggal berdekatan dengan manusia malah berkongsi rumah dengan keluarga
manusia. Sesetengah masalah kerasukan dikatakan berpunca dari orang bunian.Orang bunian mempunyai kuasa luar
biasa yang hebat, dan juga diketahui berkawan dan menolong manusia, terutamanya
pawang atau bomoh. Orang bunian dikatakan menculik kanak-kanak, dan bayi
didalam perut wanita dan ada dituduh menyebabkan manusia sesat di dalam
hutan.Semenjak orang bunian mirip dengan manusia (kecuali berasaskan
fakta mereka biasanya ghaib atau halimunan) tidaklah dihiraukan untuk mereka
berkahwin dengan manusia. Malah ada pendapat yang mengusulkan bahawa bunian ini adalah hasil
gabungan hubungan manusia dan jin. Sekali seorang manusia telah pergi untuk
tinggal dengan orang bunian, dia tidak boleh balik ke alam biasa,
sebagaimana orang bunian hidup lebih lama daripada manusia. Terdapat
cerita mengenai seorang lelaki yang mengahwini orang bunian, tetapi ingin
mengembali ke keluarga mereka yang telah ditinggalkan, memutuskan untuk
meninggalkan orang bunian. Waktu pulang mereka ke golongan manusia,
mereka mendapati bahawa setiap orang yang mereka kenal telah meninggal dunia,
dan beberapa tahun sudah berlalu. Cerita ini pernah disebutkan dalam cerita
dongeng Amerika iaityu Rip Van Winkle. Perkara tersebut menyerupai teori
kerelatifan masa.Orang Bunian Sungai Tekali Pada Julai 1998, satu tapak
perkhemahan baru telah dibina di Kampung Sungai Tekali, daerah Hulu Langat,
Selangor Darul Ehsan. Tapak perkhemahan ini adalah milik Jabatan Pelajaran
Negeri Selangor . Perkhemahan yang pertama kali itu ialah Perkhemahan Unit
Beruniform Peringkat Negeri Selangor.Segelintir penduduk kampung percaya dan
melihat 3 orang (?) bunian mandi dalam anak sungai di tapak itu.
Seperti biasa majlis bacaan Yassin diadakan pada hari pertama perkhemahan. Pada
malam 'Night Walk' yang dikendalikan oleh Askar Briged Tengah, dua orang peserta
telah 'hilang' dan seperti kerasukan selama beberapa bulan. Kejadian ini
dikaitkan dengan orang bunian. Kini tapak perkhemahan itu telah 'bersih'
dan tidak lagi kedengaran cerita-cerita seumpama itu.
12. Hantu Jepun
Hantu Jepun merujuk kepada sebarang bayangan
atau makhluk yang berpakaian seperti tentera Jepun. Selalunya ia dikaitkan
dengan tempat-tempat di mana pernah dijadikan markas tentera semasa Perang Dunia
II, semasa Jepun menawan Malaysia.Tempat yang selalu selalu disebut-sebut
sebagai kawasan yang dihantuinya adalah bangunan sekolah berasrama, pejabat
kerajaan dan bangunan-bangunan penting yang ada semasa Perang Dunia II. Oleh
itu, boleh dikatakan, hantu
Jepun ini agak moden.Selalunya ia dilihat sama ada bersenjatakan
senapang atau pedang, tanpa berkepala atau kepalanyadipangku
bersama-samanya.Kadang kala, ia dikatakan berbaris lengkap bersenjata pada waktu
malam (tanpa kepala), dengan bunyi derapan kasut but tentera.Tidak pula
diketahui sama ada hantu
Jepun turut terdapat di negara-negara jajah takluk Jepun yang lain
(selain Singapura).
13. Hantu bukit
Hantu bukit merujuk kepada sejenis makhluk yang
berkeliaran dikawasan bukit. Hantu bukit sering dikatakan mengusik orang
yang lemah semangat.
14. Hantu kubur
Hantu kubur merujuk kepada sejenis makhluk yang
berkeliaran dikawasan perkuburan. Hantu kubur amat ditakuti dikalangan orang-orang
asli kerana mampu menyebarkan penyakit. Ini adalah antara sebab orang asli
berpindah randah sekiranya berlaku kematian. Malah ia ditakuti oleh puak asli
Kubu (Indonesia) dan Jakun (Malaysia) walaupun mereka dipisahkan oleh selat
Melaka. Sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat.Cara mengambilnya
ialah:tanah atau pacang kayu org mati kena bunuh/berdarah
15. Pari-pari
Pari-pari merujuk kepada sejenis makhluk halus
dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang
terdapat dalam hutan. Pari-pari ini dikatakan mempunyai masyarat
tersendiri dan boleh dikatakan menyerupai orang bunian. Pari-pari dikatakan tidak
dipelihara oleh manusia dan dikatakan hidup bebas.
16. Hantu punjut
Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk
kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain
kafan.Hantu
bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan
bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu
bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh
mangsa usikan mereka.
17. Jerangkung
Jerangkung merujuk kepada sejenis makhluk halus
dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang
dipelihara bagi tujuan menginiaya orang lain. Pemeliharaan makhluk halus seperti
ini turut dikenali sebagai saka.
18. Hantu laut
Hantu air (juga termasuk Hantu laut) merupakan
sejenis makhluk halus digelar mambang atau jin yang terdapat di dalam kawasan
berair. Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu membahayakan mereka yang
bertembung dengannya.Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang
kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya.Selain itu,
ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di pinggir
air.Dipercayai bahawa hantu
air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang dibuang, dihanyutkan
melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan acak.Air laut yang berkilauan
dikatakan menunjukkan kehadirannya. Bagi menggelakkan gangguan bagi para nelayan
dari hantu air
(laut), satu upacara yang dikenali sebagai semah laut akan diadakan
setiap tahun. Upacara ini juga dikenali sebagai puja pantai / main
pantai.
19. Hantu galah
Hantu Galah merujuk kepada sejenis makhluk halus
dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan.Ia dikatakan
berbentuk manusia tetapi bersaiz besar dan amat tinggi sehingga kepalanya
dikatakan menyapu awan. Ia sering kali ditemui jauh di dalam hutan dan biasanya
hanya kakinya yang kelihatan.Mereka yang diusiknya dikatakan sering menyangka
kakinya sebagai batang pokok.Kakinya dikatakan berbulu panjang dan hanya mangsa
hanya terserempak pada waktu malam apabila sering bersandar atau memegang
kakinya, atau ketika melalui celah kangkangnya.Manusia yang bersahabat dengannya
dikatakan boleh mencabut bulu betisnya yang akan dibakar untuk menyerunya
apabila memerlukan pertolongannya.
20. Jin Tanah
Jin Tanah dalam budaya Melayu, merujuk kepada
sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan
jin atau syaitan, yang dikatakan menjaga sesuatu kawasan (tanah).Jin Tanah biasanya menjaga
sesuatu kawasan tanah dan akan menganggu mereka yang membuka tanah baru untuk
berhuma. Untuk mengelakkan gangguan Jin Tanah, biasanya upacara pembukaan tanah baru
akan diadakan. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian
termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak,
Jin Tanah akan
mengganggu mereka yang meneroka kawasan tanah baru tersebut.
21. Hantu Keramat
Hantu Keramat merujuk kepada semangat atau makhluk
halus yang terdapat disuatu tempat tetapi tidak mengganggu orang.
22. Hantu Kum-Kum
Asal hantu kum-kum dikatakan bermula dengan seorang
wanita yang mengamalkan ilmu mencantikkan muka. Tetapi salah satu pantangnya
merupakan dia tidak boleh melihat cermin selama 10 hari / sesetengah cerita
menyatakan sebulan.Semenjak hari itu semua orang memuji-muji kejelitaan wanita
itu dan menyebabkan dia tidak sabar dan melihat wajahnya di cermin pada hari
terakhir. Akibatnya mukanya menjadi buruk, dan setelah dia menemui kembali
gurunya, dia diberitahu bahawa mukanya hanya akan kembali cantik setelah dia
menyapu mukanya dengan darah XX perawan.Disebabkan itu wanita itu merayau-rayau
mengetuk pintu rumah bagi mencari mangsa sambil menyatakan "Kum-Kum" sambil mengenakan
jibab.
23. Orang minyak
Orang minyak merujuk kepada seseorang yang
menuntut ilmu batin bagi tujuan menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa bagi
tujuan mencuri/membuat onar.Salah satu cerita mengatakan orang minyak ini telah
tersalah menuntut, menyebabkan dia menjadi hitam dan hanya akan pulih selepas
memperkosa 40 orang gadis. Mangsa akan menjadi terpukau dan ditanda dengan
dipangkah pada mukanya selepas dinodai. Kisah orang minyak ini amat popular
sehinggakan ia dijadikan sebuah filem pada tahun 1958. Filem ini diterbitkan
oleh Malay Film Productions Ltd dan diarahkan oleh P. Ramlee.
24. Puaka
Hantu Puaka merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam
kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dikatakan
sering berkeliaran bersama-sama cuaca buruk.
25. Penanggalan
Hantu Penanggalan atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri
Kedah merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi
sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala
dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut
terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan
akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena. Mereka yang menuntut ilmu
penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut
mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka.
Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala
mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan
terbongkar.Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang
bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu
akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita
bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang
berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana
bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.Ketika penanggalan terbang, ia
dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai
itu.
26. Hantu bidai
Hantu Bidai atau juga dikenali sebagai hantu
balong bidai merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu,
kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang suka menganggu manusia. Kononnya
hantu bidai merupakan semangat jahat yang tinggal dalam air. Hantu bidai mampu
menyerupai tikar, dan akan menggulung dan melemaskan mangsa.
29. Hantu kopek
Hantu Kopek merujuk kepada sejenis makhluk halus
dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang suka
menganggu manusia. Kononnya hantu kopek berbentuk seorang wanita yang tua yang
suka menyorokkan kanak-kanak kecil yang suka bermain-main di luar rumah semasa
waktu maghrib, dengan cara menyembunyikan mereka dengan kopek (buah dada)
mereka.
30. Harimau jadian
Harimau jadian dalam budaya Melayu, merujuk kepada
sejenis ilmu yang membolehkan penuntutnya bertukar menjadi harimau apabila
dikehendaki. Ia dikatakan dibantu oleh golongan jin atau syaitan, yang
dipelihara bagi tujuan membantu tuannya mempertahankan diri dan juga bagi
memudaratkan musuh.Harimau
jadian biasanya perlu dibuang sebelum meninggal, dan sekiranya tidak
dibuangkan, penuntut ilmu itu akan sukar meninggal dunia.
31. Jembalang tanah
Jembalang tanah merujuk kepada semangat atau
makhluk halus yang terdapat dikawasan hutan dara. Jembalang tanah dikatakan
berasal daripada urin atau tali pusat bayi yang ditanam di kawasan
hutan.
32. Hantu tengelong
Hantu Penanggalan atau juga dikenali sebagai
hantu tengelong di
negeri Kedah merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam
bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala
dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut
terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan
akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena. Mereka yang menuntut ilmu
penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut
mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka.
Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala
mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan
terbongkar.Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang
bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu
akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita
bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang
berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah
tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.Ketika
penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat
perut mereka yang terburai itu.
Info asal: aku-sempoi
Baca aje untuk sekadar menaikkan adrenalin seram..Enjoy ye..jangan percaya sudah kecuali anda sudah ketemui mereka secara face to face..Cuma jangan skripkan dalam mimpi anda dikhuatiri berpeluh sakan sampai dup dap dup tahap maksimum..
Sumber: Gerbangmaya
lol. ok. byk sgt hantu kat tanah melayu ni.
BalasPadam