Selasa, 18 Jun 2013

Kisah Benar Disebalik Filem Seram Hollywood (Seram!)


  
Menonton filem seram dari Malaysia tidak kurang hebatnya berbanding filem seram Hollywood. Namun filem seram ini adalah bergantung kepada bagaimana sesebuah prosedur mahu menyampaikan jalan cerita yang kemas dan menarik. Menyentuh tentang filem genre seram, tahukah anda siapakah yang menjadi ilham watak Norman Bates dalam “Psycho”? Apa sebenarnya yang menjadi inspirasi bagi penghasilan anak patung pembunuh Chucky dalam “Child’s Play”? Apakah kejadian yang menyebabkan Bram Stoker menghasilkan “Dracula” dan seterusnya diadaptasi ke bentuk filem? Berikut merupakan kisah-kisah sebenar yang menjadi ilham bagi penulis dan pengarah filem menghasilkan karya seram mereka.





THE HILLS HAVE EYES (1977)
Ilham: Sawney Bean
Pada tahun 1977, Wes Craven telah menghasilkan sebuah filem seram ngeri bertajuk “The Hills Have Eyes”, berkisar tentang sebuah keluarga yang terkandas di gurun Nevada dalam perjalanan percutian mereka yang akhirnya menjadi buruan sekumpulan puak kanibal mengerikan yang tinggal di bukit-bukau sekeliling mereka.

Wes Craven telah menghasilkan filem yang telah dibuat semula pada tahun 2006 ini berdasarkan kisah legenda Sawney Bean yang merupakan pemimpin bagi sebuah klan 48 orang ahli (8 orang anak lelaki, 6 anak perempuan, 16 cucu lelaki dan 14 cucu perempuan) yang tinggal di Scotland pada abad ke-15 atau 16. Dikatakan Bean dan keluarganya telah membunuh dan memakan lebih 1000 mangsa dan kisahnya telah dipaparkan dalam The Newgate Calendar – katalog jenayah Penjara Newgate di London.




NATURAL BORN KILLERS (1994)
Ilham: Starkweather & Fugate
Oliver Stone telah menghasilkan sebuah filem berjudul “Natural Born Killers” pada tahun 1994, mengenai dua orang kanak-kanak yang telah berhadapan peristiwa sukar dalam hidup mereka dan membesar sebagai pembunuh bersiri yang gila. Filem ini dinamakan sebagai filem kelapan paling kontroversi sepanjang zaman oleh Entertainment Weekly dan terkenal kerana imejan ganas yang ditonjolkan.

Oliver Stone dikatakan telah mencipta kisah ini berdasarkan kisah sebenar tentang Charles Starkweather dan Caril Ann Fugate. Pada tahun 1956, Charles, 18, telah berkenalan dengan Fugate yang ketika itu berusia 13 tahun. Pada tahun berikutnya dia telah merompak sebuah kedai dan membunuh pekerjanya. Pada tahun 1958 pula, Starkweather telah membunuh ibu, bapa tiri dan adik Fugate yang berusia dua tahun. Dalam perbicaraan di mahkamah, Fugate tidak mengaku turut serta dalam pembunuhan tersebut tetapi mengakui yang dia membantu dalam menguburi jasad ahli keluarganya. Sebelum ditangkap di Douglas, Wyoming, pasangan tersebut telah membunuh 11 orang mangsa dalam masa dua bulan. Starkweather telah dihukum mati (dengan kerusi elektrik pada tahun 1959) sementara Fugate menerima hukuman penjara seumur hidup dengan parol. Fugate menjadi penjenayah wanita paling muda dalam sejarah yang dibicarakan untuk jenayah kelas pertama.




CHILD’S PLAY (1988)
Ilham: Robert The Doll
Filem “Child’s Play” bukan sahaja menjadi filem yang hit ketika ditayangkan pada tahun 1988, malah masih lagi menjadi filem pilihan ramai untuk ditonton beramai-ramai dan telah menakutkan lebih jutaan budak-budak di seluruh dunia. Filem ini berkisar tentangChucky, anak patung Good Guy Doll yang telah dimasuki oleh roh seorang pembunuh bersiri bernama Charles Lee Ray. Chucky kemudiannya telah dihadiahkan kepada seorang budak lelaki berusia enam tahun oleh ibunya yang tidak tahu tentang perkara tersebut.

Sebenarnya, Chucky telah diilhamkan daripada sebuah anak patung sebenar yang dikenali sebagai Robert the doll. Ia merupakan sebuah anak patung yang dimiliki oleh seorang pelukis/penulis bernama Robert Eugene Otto. Ia diberikan kepada Otto pada tahun 1904 oleh seorang jururawat berbangsa Jamaica yang mempunyai kepakaran dalam ilmu hitam dan voodoo ketika dia masih kecil. Ramai yang mengatakan mereka pernah nampak anak patung tersebut bergerak dari satu tingkap ke satu tingkap yang lain dan berbual dengan Otto dan memiliki tawa yang menyeramkan. Kini anak patung tersebut boleh ditemui di Muzium Fort East Martello di Key West. Ada yang mengatakan sekiranya anda mahu bergambar dengan Otto, anda perlu meminta izinnya terlebih dahulu. Sekiranya ia tidak bersetuju (kepalanya akan bergerak ke satu arah), anda perlu teruskan perjalanan…. atau ia akan menyumpah keluarga anda!




THE SHINING (1980)
Ilham: Hotel Stanley
Pada tahun 1977, Stephen King telah menerbitkan sebuah novel bertajuk “The Shining” – tentang seorang bapa yang telah membawa keluarganya tinggal di sebuah hotel pada musim ribut salji kerana bertanggungjawab untuk menjaga hotel tersebut sementara ia diberhentikan buat sementara waktu. Pada tahun 1980, Stanley Kubrick telah membeli hak untuk menghasilkan sebuah filem dan menjadi antara filem seram paling diingati di Hollywood.

King telah menghasilkan novelnya berdasarkan pengalamannya sendiri tinggal di sebuah hotel yang bernama Hotel Stanley. Ia merupakan sebuah hotel yang dibina oleh Freelan O. Stanley pada tahun 1909 dengan 138 bilik di Estes Park, Colorado. Ramai orang terkenal yang telah menginap di hotel ini, termasuk Margaret Brown, John Philip Sousa, Theodore Roosevelt, Maharaja Jepun dan personaliti Hollywood yang lain sebelum ia mula dikenali sebagai hotel yang berhantu,.

Sekitar Halloween 1974, King dan isterinya Tabitha memutuskan untuk pergi bercuti di Hotel Stanley dan telah ditempatkan di bilik 217 yang dikatakan berhantu. Pada malam pertama mereka di sana, King bermimpi anak lelakinya berlari di sepanjang koridor hotel, memandang ke belakang dengan mata yang terbeliak sambil menjerit kerana dikejar hos bomba. Hal itu akhirnya dijadikan satu daripada babak novel dan filem “The Shining”.




DRACULA (1892/1997)
Ilham: Vlad the Impaler
Seorang lagi penulis terkenal, Bram Stoker telah menghasilkan sebuah novel pada tahun 1897 dan diberi judul “Dracula” – tentang seekor pontianak ikonik yang bernama Count Dracula. Novel tersebut kemudiannya telah diadaptasi berkali-kali menjadi sebuah filem termasuk pada tahun 1992 dan dilakonkan oleh Gary Oldman.

Stoker sebenarnya menghasilkan Dracula berdasarkan sejarah seorang putera Wallachia bernama Vlad III atau Vlad Dracul. Vlad III merupakan pemerintah pada tahun 1456 – 1463 dan menghabiskan masanya melawan dan cuba menakluk Empayar Uthmaniyah.Dalam pertempuran, dikatakan Vlad akan menangkap musuhnya dan menusuk mereka dengan kayu pancang. Tekniknya yang kejam itu memberikan reputasi kepadanya sebagai seorang pemimpin yang ganas (sekaligus gelaran The Impaler). Pada tahun 1459, Sultan Mehmed II dari Empayar Uthmaniyah berjaya menakluk Wallachia. Vlad berjaya melarikan diri dan membunuh lebih ramai tentera Turki dalam pelariannya.




THE EXORCIST (1973)
Ilham: Kes Rasuk 1949
“The Exorcist” merupakan filem adaptasi karya William Peter Blatty yang diterbitkan pada tahun 1971 dan diarahkan oleh William Friedkin. Terkenal dengan kisah seorang budak perempuan yang telah dirasuki syaitan dan menjadi filem seram ikonik Hollywood, ia dikatakan telah diilhamkan daripada sebuah kes rasuk pada akhir tahun 40-an.

Pada 20 Ogos 1949, akhbar Washington Post telah menerbitkan satu artikel yang berjudul “Paderi Membebaskan Budak Lelaki Mt. Rainier yang Dirasuki Syaitan”. Ia melaporkan tentang seorang budak lelaki dari Maryland yang telah diselamatkan oleh seorang paderi Katolik melalui upacara menghalau syaitan. Beberapa siri artikel telah diterbitkan tentang kejadian tersebut tidak lama kemudian. 

Lagi Kisah Benar Disebalik Filem Seram Hollywood
 
 
 
Source:  Penpatah

1 ulasan:

  1. Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
    Atau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
    Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya

    Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    - Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
    - Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5%
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
    - Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    7 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Tunggu Apa Lagi Bosku ?

    BalasPadam