Selasa, 25 Jun 2013

Abang..Janji Tau (Kisah Seram)

 Merlissa menangis, sudah dua hari arwah Irman pergi meninggalkannya namun keadaannya masih begitu. Masih berkurung di bilik. Laili rakan serumahnya hilang punca, takut2 la Merlissa akan buat sesuatu yang bodoh. Tapi dia tetap yakin yang kawannya itu mampu menghadapi dugaan yang maha hebat ini. Cuma apa yang mampu Laili lakukan berdoa agar semangat Merlissa kembali pulih dalam masa terdekat.

Dulu.. Merlissa dan Irman merupakan pasangan yang paling secocok dan bahagia, lagi 3 bulan mereka akan diijabkabulkan. Pada Merlissa, Irmanlah lelaki yang terbaik pernah hadir dalam hidupnya. Hasil perkenalan selama 3 tahun sejak semester akhir, akhirnya mereka merancang untuk  meneruskan ke fasa seterusnya. Ternyata ikatan cinta mereka benar2 kukuh sehingga berlaku tragedi berdarah yang menimpa Irman. Irman kemalangan di lebuhraya sewaktu pulang kerja lewat malam. Merlissa mula merasakan dunianya kini kosong. Segala janji2 yang dipatri bersama kekasihnya itu luluh di dalam ingatannya sahaja. Kini hanya tangisan dan airmata sahaja menjadi penemannya siang dan malam.

"Abang janji tau kita celebrate besday sayang sama2. Janji ngan sayang tau. Kalau tak, tak nak kawan abang", Merlissa memuncungkan bibir.. buat2 merajuk

"Ye sayang abang janji. Walau apa pun terjadi kita celebrate besday sayang sama2 ye. Abang ada suprise untuk sayang. Sayang tunggu ye", pujuk Irman lembut sambil mengusap pipi lembut Merlissa membuatkan Merlissa malu.


Itulah perbualan terakhir mereka sebelum Irman pergi meninggalkannya untuk selama lamanya. Tiada lagi pesan. Peti pesanan telefon bimbitnya sunyi..tidak seperti selalu. Tiba2 Merlissa menangkap bunyi decitan kaki pada tangga menuju ke biliknya. Jam di dinding menunjukkan pukul 2 pagi, sangkanya pasti Laili datang menjenguknya tetapi decitan kaki tersebut berhenti di hadapan biliknya. Tiada sebarang bunyi lagi kedengaran.

Merlissa menghampiri pintu, apabila dikuak dia mendapati tiada sediapa di situ. Seisi rumah gelap, memang dibiarkan gelap seperti selalu. Merlissa menghampiri bilik Laili dan menjenguk dari luar, kelihatan Laili sedang berselubung.. mungkin kerana kesejukan akibat hujan yang masih belum reda. Merlissa menuruni anak tangga meneju ke dapur. Sempat dia membelek2 gambar kenang kenangannya bersama arwah Irman. Memori bersama Irman tidak mampu dilupakannya walaupun sekelumit zarah.

Lamunan Merlisa tersentak tatkala mendengar ketukan di pintu utama rumahnya. "Siapa pula yang datang lewat2 pagi begini?", getus hati kecilnya. Dia membuka pintu.. tapi dia masih pelik kerana tiada siapa di luar. Cepat2 dia menutup pintu.. kerana tempias hujan mula membasahi lantai rumahnya. Bila dia mula beralih menuju ke dapur.. dia menangkap satu suara dari arah dapurnya. "Selamat hari jadi..selamat hari jadi..selamat hari jadi Merlissa, selamat hari jadi", kelihatan sesusuk tubuh yang memang tak asing muncul di balik pintu dapur menuju ke arahnya. "Abang!!", Merlissa menjerit melihat tubuh Irman yang tak sempurna dengan lehernya yang melentok patah ke bahu dan darah memenuhi lantai, mengesot menuju ke arah Merlissa. Irman menyeringai menampakkan baris giginya yang merah sambil tangannya menghulurkan sesuatu kepada Merlissa. "Suprise sayang!!", sebentuk cincin dihulurkan kepada Merlissa. Merlissa kaku, badannya lemah. Tubuh sejuk Irman merapati dan memeluknya. "Abang datang ni sayang.. abang janji abang kan datang kan?", itulah ungkapan yang sempat ditangkapnya diikuti hilaian kecil sebelum matanya menjadi gelap gelita.


Sementara di hospital berdekatan, suasana menjadi sedikit kecoh. "Nina mintak tolong telefon Doktor Zakiah, katakan padanya mayat di bilik 104 tiada di tempatnya.. dia dah hilang!", cemas muka Sister berkenaan apatahlagi jururawat yang mendengar berita tersebut. Masing2 hilang punca ke mana perginya mayat Mohd Irman Haji Sanusi.. yang pasti hanya seseorang sahaja yang tau kemana hala tujunya
 
 

1 ulasan:

  1. Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
    Atau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
    Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya

    Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    - Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
    - Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5%
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
    - Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    7 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Tunggu Apa Lagi Bosku ?

    BalasPadam