Rabu, 2 Julai 2014

Kisah Misteri - PAKEJ SENGSARA

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my


 
JOHOR BAHRU: RM50 untuk demam-demam, RM100 jika muntah-muntah. Begitu harga tawaran �pakej sengsara� ilmu hitam yang ditawarkan segelintir bomoh tidak bertanggungjawab bagi menjerat pelanggan taksub kepada perkara tahyul untuk menganiaya individu dimusuhi mereka.

Harian Metro difahamkan, kewibawaan golongan bomoh sesat itu diukur melalui kesan ilmu sihir terhadap seseorang hingga namanya menjadikan sebutan pelanggan.

Lebih menakutkan, jenis penyakit yang konon mampu dikirimkan kepada mangsa dan tempoh penderitaan disihir bomoh mata duitan itu turut bergantung kepada nilai wang pengeras dibayar pelanggan.

Ini bermakna jika mahu musuh lebih menderita, lebih mahal upah dikenakan bomoh terbabit.

Beberapa bomoh yang ditemubual wartawan Harian Metro di sini mengakui terpaksa menawarkan khidmat jahat seperti itu berikutan persaingan sengit di kalangan mereka untuk mendapatkan wang mudah.

Seorang bomoh yang hanya mahu dikenali sebagai Koromoh, berusia lewat 30-an, berkata dia tiada pilihan selain menawarkan khidmat itu disebabkan bilangan bomoh kini tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.

�Di sekitar bandar raya ini dianggarkan terdapat tidak kurang 20 bomoh dan tidak hairan jika masing-masing mahu mempromosikan khidmat mereka dengan memperkenalkan pakej itu bagi memancing pelanggan.

�Kebanyakan pelanggan bomoh berkenaan termasuk pekerja kilang dan suri rumah dari beberapa kawasan sekitar.

�Sihir berkenaan biasanya ditujukan kepada pihak yang dimusuhi akibat perasaan tidak puas hati, dengki dan dendam,� katanya yang didatangi lima pelanggan, baru-baru ini.

Menurutnya, khidmat murah dan mudah untuk membalas dendam terhadap seseorang menjadikan pelanggan semakin taksub dan percaya terhadap bomoh tanpa berfikir panjang kesannya kepada mangsa.

�Pelanggan tidak perlu membawa sebarang barangan kecuali wang pengeras kerana ia akan menentukan jenis dan tempoh masa penderitaan yang bakal dialami mangsa sihir.

�Menerusi perkhidmatan itu, seseorang pelanggan hanya perlu menyatakan nama mangsa dan membayar wang pengeras manakala urusan lain diuruskan bomoh terbabit,� katanya ketika ditemui di Pasir Gudang di sini, semalam.

Katanya, kebiasaannya, seseorang mangsa mengalami kesengsaraan antara seminggu hingga berlarutan bertahun-tahun.

Seorang lagi bomoh yang dikenali sebagai Abon berkata, ada antara pelanggannya sanggup membayar wang pengeras hingga mencecah ratusan dan ribuan ringgit semata-mata mahu melihat musuh mereka ditimpa pelbagai kesengsaraan termasuk kesakitan bagi tempoh lama.

�Jika membayar lebih, seseorang itu dikatakan boleh pengsan, mengalami penyakit ganjil, muntah darah, menghadapi masalah keluarga selain membawa maut.

�Pakej RM50 dianggap sebagai percubaan bagi mengenakan mangsa secara ringan-ringan, sekali gus melihat kekuatan ilmu sihir dimiliki seseorang bomoh,� katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Agama Johor (JAJ), Mohd Nooh Kadri, berkata amalan ilmu hitam mahupun perbuatan sihir adalah perbuatan syirik kerana menyekutukan Allah.

Menurutnya, ia bertujuan jahat dan tidak akan membawa sebarang faedah kepada mana-mana pihak.

�Bukan saja akidah terpesong kerana mempercayai ilmu sihir, malah mendapat dosa besar kerana pengamal berkenaan melakukan perbuatan menganiaya,� katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
 

2 ulasan:

  1. Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
    Atau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
    Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya

    Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    - Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
    - Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5%
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
    - Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    7 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Tunggu Apa Lagi Bosku ?

    BalasPadam
  2. Sape ada bomoh 4d ....sy ada barang power ...0177956479

    BalasPadam