Alam Ghaib | |
---|---|
Hantu penanggal versi Filipina | |
Hantu Penanggalan | |
Alam | Alam ghaib |
Berbentuk fizikal | Ya |
Mampu berubah bentuk | Tidak |
Mampu menyerupai manusia | Tidak |
Menghisap darah | Ya |
Dipelihara | Ya |
Bermasyarakat | Tidak |
Gambaran | |
Sejenis makhluk halus yang dipelihara bagi tujuan tertentu. |
Hantu Penanggalan atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah atau Balan-balan di Sabah, merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena.
Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.
Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.
Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.
Matlamat
Hantu Penanggalan dikatakan dituntut oleh seseorang wanita bagi membantunya mengekalkan kecantikannya, membunuh musuhnya, menjaga tanaman / peliharaan daripada pencuri dan lain-lain. Kini, penanggalan bukan sahaja dituntut ole wanita malahan lelaki juga tidak kurang hebatnya.Daerah Kota Belud amat terkenal dengan balan-balan. Sebenarnya penanggalan adalah sejenis penyakit keturunan, bagi pengamal-pengamal ilmu ini mereka akan menjangkitkan keturunan mereka melalui makanan. Itu kini ilmu ini disebut sebagai penyakit bagi zaman kini.Status
Hantu penanggalan adalah seseorang yang menuntut ilmu hitam. Dengan itu ilmu tersebut perlu diwariskan kepada seseorang penganti sebelum tuannya mati sebagai saka. Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, hantu penanggalan akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan. Ia juga gemar menghisap darah manusia yang akan atau mahu bersalin.Penanggalan juga biasanya diwarisi dari ibu kepada anak secara turun-temurun.
Manananggal di Filipina
Hantu Penanggal dikenali Manananggal atau wakwak dalam masyarakat Filipina. Hantu ini menyerupai pontianak dalam budaya masyarakat barat. Ia makhluk makan manusia dan ahli sihir yang jahat. Mitos Manananggal popular di wilayah Visayas di Filipina, terutama di provinsi barat Capiz, Iloilo dan Antique.Manananggal dikatakan takutkan bawang putih dan garam.[1]. Makhluk ini juga dikatakan mengelakkan diri dari pisau belati, cahaya, cuka, rempah-ratus dan ekor ikan pari-pari yang dibuat sebagai cemeti[2]. Makhluk yang sama juga dikatakan boleh ditemui di Indonesia. Berbeza dengan hantu Penanggalan di Malaysia, versi Filipina adalah wanita yang lebih tua tetapi cantik dan mampu menanggalkan badan bukan hanya kepala sahaja.
Selamat malam bossku semua...
BalasPadamKamu Sering Kalah Main Judi?
Sudah Tidak Jaman Lagi Kalah Main Judi
Kami Hadir Dengan Inovasi Terbaru & Tercangih, Dengan Jackpot Yang Super Pasti & Gampang Untuk Menang Terus Di Setiap Hari .
Transaksi Cepat, Aman & Terpercaya.
Tersedia 7 Games Dalam 1 User ID :
New Game ------>> GAME SAKONG
Poker, Domino, Bandar Ceme, Capsa, Ceme Keliling, dan Live Poker
Minimal Deposit Rp.15.000,-
Minimal Withdraw Rp.15.000,-
Promo Bonus Harian + Mingguan + Bulanan :
- Bonus Deposit
- Bonus Turn Over Harian 0.5%
- Bonus Refferal 10% + 10%
Untuk Informasi Lebih Lanjut Segera Hubungi CS Kami 24 Jam : www,royalqq,poker