Dunia Seram - Masih ingatkah lagi kejadian ‘Hiroshima Sungai Buloh’ Yang Telah Menggemparkan Negara suatu ketika dulu
FAKTA KEJADIAN: Tragedi letupan kilang mercun
Tarikh Kejadian: 07.05.1991
Anggaran Masa Letupan: 3.45 petang
Maut: 26 orang
Cedera: 83 orang
Jumlah Kutipan Derma Tabung Bencana: RM935,688.18
LETUPAN paling kuat dan dahsyat dalam sejarah Malaysia berlaku pada petang Selasa, 7 Mei 1991 di Sungai Buluh, Selangor.
Kekuatan letupan dan kesan kemusnahan yang dihasilkan menyebabkan
tragedi itu turut digelar ‘Hiroshima Sungai Buluh’ berikutan ledakan
menggegarkan itu diibaratkan seakan-akan peristiwa bom atom dijatuhkan
pesawat Amerika ke wilayah Jepun itu pada Perang Dunia kedua.
Begitulah andaian kesan letupan 200 tan belerang yang berpunca dari
sebuah kilang mercun di kawasan itu sehinggakan percikan bunga api dan
serpihan bertebaran jauh malah kesan gegaran dirasai sehingga tujuh
kilometer dari lokasi tragedi.
Bunyinya yang kuat bagaikan letupan bom berkuasa tinggi dan kesan
gegarannya memecahkan cermin tingkap rumah di bandar Seri Menjalara dan
Selayang, yang terletak kira-kira tujuh kilometer jauhnya dari kilang
itu.
Jika kawasan sejauh itu mampu musnah dan rosak, dapatkan anda bayangkan
keadaan mangsa yang berada hanya beberapa kaki dari bahan letupan itu
ketika ia meletup?
Tragedi kilang mercun itu memberi sejarah besar kepada negara. Ia sekali
gus mengubah polisi negara untuk terus mengharamkan sebarang aktiviti
mercun termasuk sempena perayaan walaupun sebelum ini ia dibenarkan
malah dihasilkan kilang di negara ini.
Cerita tragis itu bermula kira-kira jam 3.45 petang apabila tanpa
diduga, secara tiba-tiba saja satu letupan besar terhasil dari satu
kawasan di dalam kilang itu. Bukan sekali, letupan kedua seterusnya
menyusul kira-kira 10 minit kemudian.
Sengsara itu masih belum berakhir apabila letupan ketiga dan yang paling
kuat, berlaku jam 4 petang dan dirasai lebih empat kilometer. Lebih 20
letupan kemudian terus berlaku sehingga kepulan asap yang dipercayai
paling dahsyat dalam sejarah negara boleh dilihat dari jarak lapan
kilometer.
Berpuluh pekerja yang kebanyakannya baru memulakan sesi tugas petang
pada 45 minit sebelum itu kelihatan menyerbu pintu keluar kilang bagi
menyelamatkan diri daripada dibakar rentung atau terus hancur akibat
letupan berkenaan.
Kekuatan letupan itu memang menakutkan, ia menggegarkan kawasan
sekeliling menyebabkan banyak rumah runtuh atau terbakar. Bukan sekadar
rumah saja, beberapa kilang termasuk kilang makanan haiwan, kilang papan
dan kilang bahan pewarna makanan yang berada berdekatan turut terbakar.
Berpuluh kenderaan termasuk kereta dan motosikal musnah.
Letupan itu turut menggemparkan penduduk sekitar termasuk anggota
tentera di Kem Tentera Sungai Buluh yang hanya terletak kira-kira 300
meter dari kilang berkenaan.
Keadaan kelam-kabut terus berlaku apabila penduduk dan beberapa pihak
yang berada berhampiran kilang melarikan diri bagi mengelak terkena
serpihan batu, batang kayu dan besi yang berterbangan akibat letupan itu
selain bahang api. Beberapa pihak yang gagal menyelamatkan diri
akhirnya cedera terkena serpihan dan api itu.
Kemalangan jalan raya turut berlaku sewaktu pemandu bergegas
menyelamatkan diri ketika kebakaran ini. Seorang wanita cedera di kepala
apabila terlanggar sebuah kereta di jalan raya dalam cubaan
menyelamatkan diri itu.
Selepas letupan demi letupan itu semakin berkurangan, kedengaran raungan
kesakitan di mana-mana. Berpuluh mangsa berlumuran darah merah manakala
ratusan orang ramai mula memenuhi kawasan kejadian untuk mencari
sanak-saudara yang dikhuatiri menjadi mangsa tragedi.
Wajah cemas dan sugul mengiringi pertanyaan demi pertanyaan yang
diajukan kepada sesiapa saja yang dijumpai untuk mengetahui nasib
sanak-saudara masing-masing yang bekerja di kilang berkenaan. Bimbang
mereka jika insan disayangi menjadi korban tragedi itu.
Tangisan dan raungan semakin kuat kedengaran tatkala melihat keadaan
ngeri mangsa yang rentung dan sudah tidak lengkap anggota badan dibawa
keluar dari bangunan kilang yang hangus terbakar.
Lapan jentera bomba termasuk dua dari Kem Tentera Sungai Buloh, Wilayah
Persekutuan(2), Petaling Jaya (2) dan masing-masing sebuah dari
Damansara Utama dan Shah Alam tiba seketika kemudian untuk memadamkan
kebakaran dan menyelamat mangsa.
Lebih 50 anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran dalam
kepayahan lantaran pelbagai masalah timbul. Tekanan air terlalu rendah,
pili jauh, api merebak terlalu cepat, angin kencang serta beberapa
letupan menghalang tugas memadam dengan lebih mudah. Apabila pasukan
bomba tiba, api sudah merebak ke tiga rumah berhampiran kilang.
Akhirnya pasukan bomba terpaksa menggunakan air yang dibawa sendiri dan
selepas bertungkus lumus selama dua jam, mereka akhirnya berjaya
mengawal api daripada merebak ke rumah lain di sekitar kawasan
berhampiran.
Sembilan ambulans dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), lima dari Hospital
Sungai Buloh berulang alik mengangkut mangsa yang parah untuk
mendapatkan rawatan kecemasan.
Keprihatinan orang ramai menyebabkan ada mangsa dibawa ke hospital menggunakan lori dan van dalam keadaan berlumuran darah.
Walaupun kebakaran sudah dipadamkan, anggota bomba tidak dapat
meneruskan operasi mencari mangsa dengan mudah kerana khuatir letupan
akan kembali berulang berikutan masih ada tiga tempat simpanan letupan
bawah tanah di kilang itu.
Dua daripada stor simpanan itu sudah meletup dengan meninggalkan kesan seperti kawah sedalam kira-kira enam meter.
Bomba dan pasukan penyelamat lain terus memantau keadaan di tapak kilang
itu sehinggalah ke malam. Api menyala semula di beberapa bahagian
bangunan itu kira-kira jam 2.30 pagi dan anggota bomba terpaksa
menyembur air bagi memadamkannya.
Bagaimanapun, sehingga jam 5 pagi, tiada lagi letupan berlaku.
SEHARI selepas letupan, gerakan mencari yang dilakukan bomba menemui 21
mayat yang terbunuh dalam tragedi letupan dan kebakaran kilang mercun di
Sungai Buluh itu. Satu daripada mayat itu iaitu seorang ahli kimia dari
Hong Kong yang bekerja di kilang itu, rentung.
Pemeriksaan awal juga mendapati 83 orang cedera dan dirawat di beberapa
hospital sekitar Kuala Lumpur. Polis, juga menerima aduan mengenai
kehilangan enam penduduk tempatan. Selain itu, 37 rumah dan kilang serta
tujuh motosikal musnah dalam kejadian ngeri itu.
Polis bagaimanapun mengalami kesukaran mengesan jumlah sebenar pekerja
yang hilang dalam letupan itu berikutan majikan tidak mempunyai daftar
kehadiran tugas harian dan ada pekerja kilang berhampiran yang cedera
atau belum melaporkan diri.
Kemudian satu persatu kisah yang terselindung di sebalik tragedi itu
mula terbongkar. Kilang mercun dan bunga api itu disahkan beroperasi
secara haram sejak 1978 malah ia juga bertindak menyalahi undang-undang
apabila menggaji pekerja di bawah umur.
Siasatan juga mendapati kebakaran di kilang mercun itu disahkan berpunca
daripada bahagian makmal yang menjalankan kerja-kerja menguji mercun
yang siap untuk dipasarkan.
Ia berpunca daripada kelalaian pihak kilang yang menjalankan ujian bunga
api di luar tempat khas sehingga terkena longgokan simpanan mercun dan
bunga api yang terletak berhampiran seterusnya letupan semakin merebak.
Keadaan semakin sukar dikawal ketika kebakaran berlaku kerana tiada
usaha awal memadamkan api dan juga peralatan pencegahan kebakaran tidak
disediakan secukupnya di kilang itu.
Hari ketiga gerakan mencari mangsa dijalankan, pasukan penyelamat
menghadapi ancaman baru berikutan hujan lebat selama sejam kira-kira jam
2.30 petang menyebabkan berlakunya tindak balas kimia di lokasi letupan
sehingga menghasilkan gas beracun.
Keadaan itu menyebabkan kira-kira 200 anggota penyelamat diarahkan
beredar dari kawasan itu kerana khuatir gas itu memberi kesan kesihatan
terhadap mereka di samping mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
Bagaimanapun, penyebaran gas beracun itu semakin buruk sehingga
menyebabkan lebih 50 anggota pasukan penyelamat dilaporkan mengalami
kesukaran bernafas, bengkak dan gatal di muka, tangan dan badan kerana
terkena gas beracun itu.
Kemudian operasi diteruskan dengan penyelamat terpaksa mengenakan topeng
gas dan pakaian khas. Pasukan penyelamat juga menggunakan dua jentolak
bagi membersihkan tapak kilang.
Pada 16 Mei, pihak berkuasa melancarkan ‘Operasi Api Buluh’ untuk
membersih dan memindahkan sisa bahan kimia dari kilang berkenaan.
Dalam operasi itulah, petugas menjumpai beberapa lagi mayat dalam
mengerikan iaitu hangus terbakar sehingga menjadi rangka dan tengkorak
di kawasan letupan dan jumlah mangsa terkorban dalam tragedi itu
meningkat kepada 26 orang.
Walaupun sudah beberapa hari berlalu, gas toksid masih tidak menghilang
malah semakin merebak kepada beberapa penduduk berhampiran. Tujuh
anggota penyelamat turut pengsan selepas tersedut gas itu.
Keadaan semakin bahaya apabila walaupun sudah masuk hari ke-11, masih
terdapat bara api yang muncul di tapak letupan itu tetapi ia berjaya
dikawal pihak berkuasa yang segera memadamkannya.
Dipetik dari: Facebook
Sumber asal: BeritaHarian
BATU-BATA pecah dan berselerak, serpihan kayu dan besi berterbangan.
Banyak rumah, bangunan serta kenderaan musnah. Penduduk dan pekerja pula
dilihat lari bertempiaran menyelamatkan diri.
Itulah rentetan peristiwa yang disaksikan oleh Inspektor Zolkipli Abu
Hassan ketika bertugas dalam operasi menyelamat dalam insiden letupan
paling kuat dan dahsyat yang berlaku di sebuah kilang mercun, Bright
Sparklers di Sungai Buloh, Selangor pada 7 Mei 1991.
INSPEKTOR Zolkipli Abu Hassan sedang menyemak fail di pejabatnya di Pusat Media, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Menurut Zolkipli, 40, meskipun nahas itu sudah 21 tahun berlaku namun ia
meninggalkan kesan dan kenangan paling pahit terutama buat mangsa atau
ahli keluarga yang terlibat.
Tragedi itu digelar ‘Hiroshima Sungai Buloh’ berikutan ledakan itu
diibaratkan seakan-akan peristiwa bom atom dijatuhkan pesawat Amerika ke
wilayah Jepun pada Perang Dunia Kedua, seramai 26 maut manakala 83
mangsa pula mengalami kecederaan.
“Letupan itu sangat kuat dan menakutkan, seolah-olah kita berada dalam
medan perang. Gegarannya turut dirasai sejauh empat kilometer dari
kilang tersebut,” katanya ketika ditemui Gaya Polis baru-baru ini.
Sebelum kejadian, pihak makmal di kilang itu difahamkan sedang melakukan kerja-kerja menguji mercun.
“Namun tanpa diduga, tiba-tiba satu letupan yang sangat kuat berlaku di
dalam kilang tersebut seterusnya diikuti dengan beberapa lagi letupan,”
katanya yang kini bertugas di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Bukit Aman,
Kuala Lumpur.
Berikutan kejadian itu, bangunan dan kenderaan yang berada di sekeliling kilang tersebut turut musnah dalam kebakaran.
“Bayangkan, anjing yang ditinggalkan di halaman rumah ketika itu sudah
tidak kelihatan dan yang tinggal hanya rantai besi milik haiwan
berkenaan,” ujarnya.
Menurutnya, beberapa jentera bomba dan penyelamat, polis dan ambulans
dikejarkan ke lokasi tersebut bagi melakukan operasi menyelamat.
Sebaik sahaja pasukan penyelamat tiba di lokasi, mereka dapat
menyaksikan keadaan kelam-kabut kerana semua mangsa cuba menyelamatkan
diri dari terkena serpihan kayu, batu dan besi yang berterbangan akibat
letupan tersebut.
“Jeritan meminta tolong dan raungan kesakitan akibat terkena serpihan
mercun yang meletup jelas kedengaran. Lebih menyayat hati apabila
melihat ada di kalangan mereka meratapi mayat ahli keluarga,” ujarnya.
Katanya, pada masa itu pelbagai kesukaran dihadapi pihak berkuasa sama
ada untuk memadamkan kebakaran mahupun operasi menyelamat mangsa.
Anggota bomba sukar untuk meneruskan gerakan mencari dan menyelamat mangsa dengan segera kerana bimbang letupan akan berulang.
Selepas kebakaran dapat dikawal, usaha mencari dan menyelamat mangsa
tidak terhenti begitu sahaja malah berlangsung selama beberapa hari.
Sebaik selesai menjalankan tugas di bahagian kawalan, Zolkipli bertugas
pula di dalam mengambil laporan daripada mangsa dan sanak saudara
mereka.
Menurutnya, sewaktu bertugas di bahagian kaunter, pelbagai reaksi dan
perasaan dapat dilihat daripada wajah setiap mangsa mahupun ahli
keluarga yang terlibat.
“Suasana pilu dan sedih menyelubungi segenap ruangan balai ketika itu.
Keadaan juga agak kelam-kabut kerana ramai yang datang membuat laporan
mengenai kehilangan ahli keluarga,” katanya yang masih gagal melupakan
kejadian itu.
Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
BalasPadamAtau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya
Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com
Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
- Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
- Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
- Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
- Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
- Bonus Turnover 0.3%-0.5%
- Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
-Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
- Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI
7 Permainan Dalam 1 ID :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker
Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
BBM: 2AD05265
WA: +855968010699
Skype: smsqqcom@gmail.com
Tunggu Apa Lagi Bosku ?