Selasa, 18 November 2014

Kisah Seram - Sejarah Hitam Membawa Maut

 

Dunia Seram - Salam semua,Kejadian ini terjadi pada 15 tahun yang lalu. Saya dan lima orang kawan saya telah pergi memancing di Punggol Track 22. Masa kami tiba di sana, jam sudah menunjukkan pukul enam petang. Sedang kami menyediakan barang2 pancing dan memasang khemah, salah seorang dari kami telah ternampak sebuah pondok kecil yang buruk terletak di hujung tak jauh dari khemah kami. Kami semua hairan kerana sejak kami sampai, kami semua tak perasan pun ada pondok di situ.

Kawan saya yang bernama Aziz memberi cadangan untuk pergi ke pondok itu bersama2. Jadi setelah siap kami memasang khemah, masa tu kalau tak silap hampir waktu Maghrib, kami pun menuju ke pondok itu. Setelah sampai di pondok itu, Aziz tanpa memberi salam telah membuka pintu pondok itu dengan perlahan2. Suasana di dalam pondok itu sungguh gelap gelita. Tiba2 kami berenam ternampak sebuah imbasan putih melintas di dalam pondok itu. Kami terkejut lalu berlari menuju ke khemah kami. Kami tertanya2 antara satu sama lain apa benda yang kami lihat tadi. Namun tiada jawapan jadi kami semua cuba melupakannya dan terus memulakan untuk memancing. Lagi pun air laut sudah mula pasang.


Setelah satu jam memancing, kami tunggu punya tunggu, ikan tak timbul2. Suasana pun semakin suram. Dalam keadaan suram dan membosankan itu, Din terjumpa seutas tali. Tali itu kami ikat di dahan sebuah pokok dan kami gunakan untuk bergayut. Kami pun bergilir2 bergayut di tali itu sebelum terjun ke laut. Bila giliran Zam pula, tiba2 tali itu putus dan Zam terus jatuh ke dalam laut. Aidil dan Aziz yang menunggu giliran mereka sedang berdiri dekat pokok itu pun terkejut. Lalu mereka melihat ke atas pokok itu dan muka mereka mula berubah pucat sebelum mereka berlari masuk ke dalam khemah. Mereka kelihatan takut. Saya, Zam, Rashid dan Din pun naik ke darat dan pergi mendapatkan mereka dan bertanya apa yang sudah terjadi namun mereka cuma mendiamkan diri dan tidak ingin berkata apa2. Tiba2 bulu roma kami berdiri dan kami mula rasa tidak sedap hati. Kami juga segera masuk kedalam khemah.

Untuk menenangkan keadaan kami berenam pun mula bermain kad. Sepanjang kami bermain kad itu kami telah diganggu oleh bermacam2 bunyi di luar khemah kami. Kami terdengar bunyi seperti tapak orang berlari ke hulu ke hilir di luar khemah kami, bunyi suara angsa dan juga suara anjing menyalak. Seram betul suasana pada saat itu tapi kami tetap teruskan juga bermain kad tanpa mempedulikan suara2 itu. Sedang kami bermain kad, Aziz menjenguk keluar khemah melalui tingkap khemah itu. Lama juga dia menjenguk luar jadi saya pun menegurnya. “Hoi bro! Apa yang kau tengok kat luar tu, Giliran kau lah.” Dengan perlahan2 dia menoleh ke arah kami dan menunding jarinya ke arah luar tingkap itu. Kami berlima terdiam sekejap dan terkejut apabila melihat muka Aziz mula berubah pucat. Dengan tak berlengah lagi saya dan dua orang kawan saya pun menjenguk ke luar tingkap itu. Dua lagi kawan saya cuba menenangkan Aziz. Akhirnya Aziz berkata dengan terketar2 yang dia nampak "KAKAK" di luar tadi. Kami semua tergamam. Aidil pun menyampuk yang tadi dia ada ternampak kain putih dengan kuku panjang di atas pokok tadi sebelum dia dan Aziz lari masuk ke khemah tadi.

Zam pun mula menasihatkan kami semua kalau apa2 terjadi terus lari keluar menuju ke tepi jalan raya. Sejurus kemudian kami terdengar suara "KAKAK" itu menggilai. Apa lagi dengan pantas kami semua lari keluar khemah itu dan terus menuju ke arah jalan raya. Sampai saja di sana kami semua termengah2 dan baru kami perasan yang Aziz tidak ada bersama kami. Kami mula bimbang dan tidak tahu apa yang harus kami buat. Zam pun menelefon abang Aziz dan menceritakan apa yang telah terjadi. Abangnya menyuruh kami semua masuk ke dalam semula dan membawa Aziz keluar dari tempat itu secepat mungkin. Dia akan segera datang untuk mendapatkan kami semua nanti.

Kalau boleh kami semua tak mahu masuk semula. Kalau boleh nak tunggu sampai pagi baru pergi mendapatkan Aziz. Tapi kerana ini amanah abangnya dan Aziz adalah kawan baik kami jadi kami semua pun sepakat untuk mendapatkannya walau hakikatnya kami semua berasa takut. Dengan bersenjatakan ranting kayu, batu, pisau lipat dan apa2 yang dapat kami capai kami semua mula bergerak. Sampai saja di khemah kami, kami mendapati Aziz sedang pengsan di dalam khemah. Saya dan tiga orang kawan saya mengangkat Aziz keluar sementara satu lagi kawan saya mendapatkan beg2 kami. Barang2 yang lain seperti joran dan khemah terpaksa ditinggalkan kerana terlalu takut. Sedang kami berjalan keluar sambil mengangkat Aziz kami terdengar lagi suara "KAKAK" menggilai. Saya dan Zam ternampak sesusuk lembaga berbaju putih, berambut panjang dan bermata merah berdiri di bawah sebuah pokok sambil memandang ke arah kami. Apa lagi suasana pun menjadi kelam kabut.

Kami dengan segera pun berlari dengan pantas sambil membaca ayat2 suci yang kami tahu. Dan kami juga mendapati yang Aziz semakin berat dan perjalanan keluar kami semakin jauh. Walaumacamanapun akhirnya kami sampai juga di luar. Kami meletakkan Aziz ke bawah dan kami pun berehat di tepi jalan raya itu. Semua hanya mendiamkan diri saja. Mungkin kerana terlalu takut dan terkejut dengan apa yang sudah terjadi. Lima minit kemudian, abang Aziz pun sampai dengan lorinya dan membawa kami balik ke rumahnya. Kami pun menceritakan sekali lagi apa yang terjadi pada abang Aziz. Tiga jam berlalu namun Aziz masih belum sedarkan diri. Akhirnya dalam sekitar pukul lapan pagi, Aziz mula sedarkan diri. Namun keadaannya sungguh berbeza. Dia asyik memandang ke siling rumah tanpa mengatakan apa2. Ahli keluarganya dan kami semua berasa sangat bimbang.

Pada waktu tengahari bapanya membawa seorang nenek datang ker umah untuk melihat keadaan Aziz. Nenek itu mengatakan yang Aziz telah ternampak wajah "KAKAK" itu yang sebenar dari jarak dekat. Aziz terlalu terkejut dan takut dan dia juga terlalu lemah semangat sebab itu keadaannya begitu. Sedang nenek itu menerangkan pada kami semua tiba2 Aziz mula kaku. Ya Aziz telah meninggalkan dunia. Memang sukar untuk percaya tapi ia betul2 terjadi. Kami sangat sedih dengan kehilangan seorang kawan baik. Semenjak itu kami berjanji tidak akan kembali ke tempat itu lagi. Walaupun perkara ini sudah lama berlalu namun ia masih menghantui kami semua. Sekian dan terima kasih.


Lagi Kisah Seram: Ghost Stories Club 

2 ulasan:

  1. Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
    Atau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
    Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya

    Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    - Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
    - Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5%
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
    - Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    7 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Tunggu Apa Lagi Bosku ?

    BalasPadam
  2. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2EC260
    Pin BBM khusus : mgmcash8

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    BalasPadam