Dunia Seram - Kisah
toyol banyak kita dengar sebelum ini. Tetapi penulis pernah mengalami
pengalaman ini suatu ketika dahulu kira-kira 4 tahun dahulu sekitar
tahun 2006. Pada suatu hari penulis ke rumah seorang kawan di Sungai
Pergam, Bagan Datoh. Waktu itu jam 9.00 pagi. Kami bercadang nak ke
Kuala Lumpur kerana ada sedikit urusan.
Sebelum
bertolak ke Kuala Lumpur, kawan penulis ini memeriksa dompetnya yang
sebelum ini mempunyai wang RM1000 dalam dompet beliau. Tiba-tiba kawan
penulis ini naik angin dan menuduh anak lelaki bungsunya telah mengambil
RM300 tanpa minta izin.
Terus
sahaja anak lelakinya menafikan bahawa beliau tidak mengambil walaupun
terdesak. Maka terjadilah pertengkaran kecil sehingga penulis terpaksa
masuk campur dan menyiasat perkara itu sehingga mendapati wang tersebut
telah diambil oleh toyol. Dari soalsiat penulis dan masa wang tersebut
hilang kemana perginya dalam masa tersebut dari jam 12.00 tghmalam
sehingga jam 9.00 pagi. Pasti wang itu masih berada dalam rumah.
Jika
anaknya mengambil wang tersebut mesti terjumpa selepas kami
menyelongkar habis satu rumah termasuk bilik anak lelakinya. Semasa
menyiasat didapur terdapat kesan tapak kaki seakan tapak kaki budak
kecil diatas para tempat menyimpan tepung gandum. Jadi kemungkinan ini
kerja si toyol bedebah. Sebelum itu pun pernah juga beliau kehilangan
wang tetapi tidaklah banyak. jadi sama-samalah kita membaca hukumnya
membela toyol..... Biarlah mencari kekayaan dengan cara yang halal.
Haram, Berdosa bela toyol.
Bersama Mohd. farid ravi abdullah
Pengarah Institut Kajian Hadis, Selangor,
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
Soalan
Apakah hukum orang yang membela toyol dan mengamalkan ilmu hitam begini?
Jawapan
KEBANYAKAN
orang Melayu biasa mendengar perkataan toyol yang difahami sebagai
sejenis hantu. Ia juga merujuk kepada makhluk seperti kanak-kanak kecil
daripada golongan jin, yang dibela oleh manusia, untuk mencuri
benda-benda tertentu terutama duit.
Makhluk
ini akan mencuri sebahagian daripada wang milik seseorang. Mengikut
Kamus Dewan definisi toyol adalah: “toyol ialah sejenis hantu yang suka
mengganggu orang”. (Kamus Dewan, hlm: 1711, Kuala Lumpur, 2005)
Misalnya, kalau seseorang itu mempunyai wang 10 keping, dia mungkin mencuri sebahagian, sekeping atau dua keping.
Sebab
itu kita biasa dengar kalau ada yang hilang duit akan berkata: “Toyol
manalah curi duit aku”. Maksudnya kehilangan duit akan dikaitkan dengan
toyol.
Seharusnya
kita mengenali toyol yang daripada jenis jin ini dengan lebih
terperinci. Menurut apa yang ustaz baca dapat disimpulkan bahawa toyol
berperangai seperti anak kecil yang mempunyai susuk tubuh setinggi 50-60
sentimeter sahaja.
Kulitnya
merah kemerahan dan berwajah bulat dengan mata agak terkeluar sedikit.
Dahinya menonjol, mulut lebar dan berkepala botak.
Kegemarannya
sama seperti anak kecil yang ingin dibelai dan mengikut apa yang
dikehendakinya. Memiliki perwatakan sedikit nakal, suka mengomel tetapi
licik dan pandai menjerumuskan manusia mengikut telunjuknya. Ia adalah
daripada bangsa jin kafir yang kebanyakannya dipergunakan oleh manusia
untuk mendapatkan wang dan menjadi kaya dengan cepat.
Penggunaan
toyol adalah kaedah ghaib bagi memperkayakan diri pemeliharanya yang
jauh menyimpang daripada ajaran agama dengan merompak dan mencuri harta
benda orang lain secara ghaib.
Di
sana terdapat syarat-syarat yang dikenakan yang jelas bertentangan
dengan ajaran Islam. Malahan syarat-syarat itu adalah segala yang
bertentangan dengan hukum Allah SWT dan perkara ini amat disukai oleh
iblis dan anak buahnya bangsa jin kafir.
Antara syarat yang dikenakan ke atas seseorang yang ingin memelihara toyol adalah:
Tidak boleh mengamalkan ajaran agama.
Tidak boleh membuat kebajikan atau kebaikan.
Bersedia menyerahkan isteri untuk disetubuhi toyol atau menghisap susunya.
Bersikap cinta kepada harta benda.
Menyediakan sajian untuk makanan toyol.
Rumah harus jauh daripada orang ramai dan kegiatan agama.
Suasana rumah harus redup.
Sediakan ruang atau bilik khusus yang berbau kemenyan sebagai tempat tinggal toyol.
Harus bersikap lembut dan santun terhadap toyol kerana toyol itu seperti anak kecil.
Harus membawa toyol berjalan-jalan mengikut kehendak toyol.
Toyol
tidak diperoleh dengan percuma. Malahan orang yang ingin memilikinya
perlu membayar sejumlah wang untuk mendapatkannya daripada orang yang
memuja jin kafir.
Jelas
di sini bahawa pemilikan toyol adalah dengan tujuan membolehkan dia
mencuri wang jiran tetangga mahupun daripada rumah orang kaya untuk
disampaikan kepada tuannya.
Perbuatan
ini bertentangan dengan Islam, perbuatan memelihara toyol adalah haram
dan berdosa di sisi Islam. Sementara, perbuatan menyuruh toyol mencuri
duit juga haram dan berdosa.
Maksudnya,
orang membela toyol melakukan dua dosa besar kepada Allah. Pertama
melakukan syirik kepada Allah dengan bergantung kepada makhluk seperti
toyol bagi mendapatkan rezeki dengan jalan yang haram.
Dosa
kedua adalah mengambil harta orang secara haram dengan mencurinya.
Allah SWT juga akan menghitung si pembela toyol dengan cukup keras dan
azab Allah menantinya atau perbuatan yang bertentangan dengan agama
Allah SWT.
Ini
kerana kebanyakan orang membela toyol tidak boleh mengamalkan ajaran
Islam, tidak boleh solat, tidak boleh bersedekah tidak boleh membaca
al-Quran dan lain-lain amalan kerohanian.
Allah
SWT menjadikan Adam a.s dengan penuh penghormatan dengan memerintahkan
para malaikat sujud sebagai tanda hormat kepada Adam a.s. Juga
memperlihatkan bahawa Adam a.s lebih daripada makhluk-makhluk yang lain
ini kerana Allah sendiri yang menjadikan Adam a.s.
Ini
jelas dalam firman Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud: Dan
(ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah
kamu kepada Adam”; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal
dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh
itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai
sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaKu? Sedang
mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang Yang
zalim: pengganti yang mereka pilih itu. (al-Kahfi: 50 ).
Dalam
ayat yang sama Allah menempelak sikap manusia yang akan menjadikan
syaitan sebagai pembantu-pembantu mereka, juga menjadikan syaitan yang
asalnya daripada jin sebagai sahabat karib.
Manusia
yang malas berusaha dan berdiri atas kaki sendiri akan sering mencari
jalan haram dalam mengumpul kekayaan dengan tidak menghiraukan halal
haram dalam sumber pendapatan.
Kemuliaan
manusia akan terserlah apabila manusia berusaha membanting tulang empat
kerat dan berkeringat dalam mencari rezeki yang halal.
sumber: utusan malaysia.
Lagi Kisah Seram: Ghost Stories Club
Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
BalasPadamAtau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya
Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com
Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
- Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
- Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
- Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
- Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
- Bonus Turnover 0.3%-0.5%
- Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
-Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
- Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI
7 Permainan Dalam 1 ID :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker
Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
BBM: 2AD05265
WA: +855968010699
Skype: smsqqcom@gmail.com
Tunggu Apa Lagi Bosku ?
Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
BalasPadamBergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).
Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :
- SBOBET BOLA
- SBOBET CASINO
- ION CASINO
- MAXBET
- TANGKAS 365
- 368bet
- SABUNG AYAM
- CBO855
Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )
PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
-Bonus Depo Bola 50%
-Bonus Cashback Bola 5% - 10%
-Bonus Depo Casino 3%
-Bonus Rollingan Casino 0.7%
-Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
-Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman
Costumer Service 24 Jam Online :
Pin BBM : 7B2EC260
Pin BBM khusus : mgmcash8
Whatsapp atau nomor sms :
+66615620266
YM : mgmcash88