Rabu, 13 Ogos 2014

Kisah Seram - Si Pemancing


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Sebuah kisah seram untuk dikongsi bersama...(kepada yang ada sakit jantung digalakkan baca...)

Ajis (bukan nama sebenar) memang kaki pancing, mana saja lubuk dan sungai semua dia pergi, kalau ada yang cakap kat sungai tu ada ikan, Ajis mesti pi try mancing kat situ. Satu hari, masa minum kat kedai Pak Ngah Jiman ( juga bukan nama sebenar), Ajis terdengar rakan-rakan kampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yang banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh dan pendalaman sungai tu lebih kurang 5km dari kampung itu, dekat tepi pinggir sungai.

Tengah hari itu, Ajis da bersiap nak pergi memancing kat lubuk yang diceritakan, siap pakai helmet. Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dalam raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang (abih semua lagu dibelasahnya. Jauh jugak nak ke kampung seberang tu, dah hampir masuk asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak solat zohor lagi tadi dan dia terfikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat pulak solat zohor.

Tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yang agak uzur di tepi jalan sungai kampung tu. Bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu. Ajis segera mengambil wuduk dengan tergesa-gesa sebab waktu zohor dah hampir habis.

Masa Ajis dirakaat kedua, Ajis tiba-tiba mendengar suara orang ketawa. Bulu romanya tiba-tiba meremang, "hish, sapa pulak yang tergelak-gelak tu?" bisik hati Ajis. Setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala dan tengkuknya berat daripada biasa. Ajis tak sedap hati. Ini surau tinggal ke, sebab dah uzur sangat dan alahai...sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni. Sedaya upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dengan segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sebab suara orang ketawa semakin ramai, ada yang sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyyat terakhir. Selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dengan tangan dari atas ubun-ubun kepala sampai dagu, tiba-tiba Ajis tersedar...

Hehehe..huhu..hee..hahaha...(lebey2 pulak gelak)

Rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak solat tadi, sebab terlampau nak cepat. Bila dia toleh ke belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang-orang kampung yang datang nak solat asar duk gelakkan dia sebab Ajis solat pakai helmet, patut ler kepala dia berat semacam. ish3...

Terus Ajis blah macam tu je, tak jadi pi memancing, dia patah balik umah je. Solat Asar kat umah sendiri jer la jawabnya...

Permata: Sahabat2...Ambil lah pengajaran dari kisah ini..Solatlah di awal waktu...

" Solat di awal waktu ; perolehi keredhaan Allah, dan di akhjrnya mendapat keampunan Allah" ( Riwayat At-Timidzi tetapi Albani mengatakan Mawdhu)

" Ditanya Nabi SAW , apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu" ( Riwayat At-Tirmidzi dan Abu Daud, Albani : Sohih)

1 ulasan: