Sabtu, 16 Ogos 2014

Cerita Seram - Kisah minah

Dunia Seram - Ok, banyak2 kisah hantu dan banyak lagi yang aku tak ingat nak di ceritakan di sini, aku mahu ceritakan kisah yang satu ini.

Minah bukan nama asing dalam kampung aku dulu2. Beliau kawan arwah nenek aku. sejak mereka anak dara lagi. sejak jepun serang Malaya. Kalau tak silap perkiraan aku, minah punya suami lebih dari sepuluh. Malah masa aku sekolah, yakni di usia emasnya aku pernah terdengar yang minah ada hubungan dengan anak teruna. Entah betul entahkan tidak.

Sejak tamat spm, sambung uni dan bekerja di bank, aku tak ambil tahu sangat perihal orang kampung. Sampai satu tahap, tanpa fikir panjang (bajed dah fikir sehabis baik lah), aku tender 24 hour notice.

Sebulan, dua bulan entah berapa bulan aku melangut, kami di kejutkan mak saudara aku koma kerana tekanan darah tinggi melampau di pagi hari raya haji. kemudiannya beliau di jemput pulang ke rahmatullah. tinggallah mak aku di kampung. Selepas itu aku pulang ke kampung untuk tempoh lama. Satu malam aku tersebut nama minah pada emak. Soal aku masa matinya dulu bagaimana? Apa ada ritual cabut atap segala?
Mak aku beri reaksi tak baik. Katanya ada seseorang yang pernah terkena. Menyebut nama minah malam itu dia di datangi sesuatu. Aku ketawa saja. kasihan pada si mati. Walaupun di kebumi, masih ada cerita2 buatnya. Mak aku ya ya mengiyakan cerita. Sampai berazan2 menghalau benda itu yang datang mengdekat. Sungguh malam itu aku tak takut atau risau.
aku tersedar dalam tidur entah sebab apa. Seperti ada sesuatu yang membuatkan aku terjaga tiba2 tapi aku tak boleh teka apa dia. aku cuma menyalahkan diri. di luar cahaya bulan terang umpama jam sudah melepasi subuh. Langsung aku tak terdengar azan dari masjid yang tak jauh mana. Aku engsot, turun katil arwah tok ayah, kuak pintu bilik lalu meraba handphone atas sofa. 2:45 pagi. Aku mengeluh lagi. masih terlalu awal. Bukan terlepas subuh.
Aku masuk semula, tutup pintu lalu baring di atas katil. Di saat mata mulai terpejam, aku dengar dengan jelas ada tapak kaki menghala ke bilik aku. keriuk2 lantai juga berbunyi mengikut satu persatu langkah.
Aku jadi takut yang teramat. Hati berkata ‘betullah. Benda tu betul2 datang’. Aku ujar subhanallah tiga kali. Untuk tiga kali, bunyi derap tapak kaki hilang. Hati aku berkata lagi ‘jangan2 dia dah ada dalam bilik ni’ dang!! Ada susuk tubuh yang berselubung di hujung katil. Tunduk. Pegang tangan aku yang kedudukannya bersilang di atas perut. Tangan aku jadi sejuk lalu mengjalar ke seluruh tubuh. Sejuknya tangannya umpama mayat. mayat yang memegang aku. Mulut aku baca macam2 ayat suci yang bercampur baur dengan ketakutan. Dari ketakutan itu aku dapat sedikit kekuatan lalu aku di lepaskan perlahan2.

Aku tak buka mata langsung. Aku capai surah yaasin lama di kepala katil, aku genggam. Tak jadi. Aku masukkan jari2 yang di sentuh tadi di dalamnya. Tak ada perubahan pada ketakutan aku. Ternyata, aku tak boleh tidur sehingga subuh. 

1 ulasan:

  1. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2EC260
    Pin BBM khusus : mgmcash8

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    BalasPadam