Kisah Seram Kedai Urut
Assalamualaikum
dan salam sejahtera semuanya. Kali ini aku akan menceritakan sebuah cerita yang cukup membuatku seram sampai tidur sorang-sorang dalam bilik pun, takut. Tetapi cerita ini bukanlah pengalamanku sendiri sebaliknya cerita dan pengalaman dari seseorang.
Biasanya setiap petang, aku akan berborak dengan mama. Tidak kiralah samaada aku masuk ke biliknya, di dapur dan ruang tamu sambil melihat talivisyen. Berbagai topik menjadi bahan penceritaan. Tibalah masanya, mama bercerita yang membuatkan bulu romaku meremang…. Menurut mama, baru-baru ini dia mengalami sakit leher yang agak teruk sampai dia tak dapat bertahan lalu mendapatkan perkhidmatan urut dari sebuah kedai di bandar sini. Harapannya tidak lain, mahukan leher yang sakit itu sembuh dengan izinNya jua. Tukang urut itu berbangsa asing tetapi tak payahlah aku sebutkan bangsanya. Apabila ditanya bagaimanakah kualiti perkhidmatan tukang urut di kedai itu, mama menjawab, caranya mengurut memang selulu dan sakit yang dialami mama beransur sembuh. Selama ini, telah banyak kedai urut yang mama dapatkan perkhidmatan mereka, tetapi berlainan dengan yang ini.
Dipendekkan cerita, ketika di pejabat, mama menceritakan tentang kualiti yang luar biasa dari tukang urut yang mama dapatkan perkhidmatannya, di mana kedainya, tingkat berapa, semua diceritakan mama pada rakan setugasnya itu. Mendengar cerita yang terperinci dari mama, rakan mama pun tercengang lalu mula menceritakan kisah yang membuat mama seram sejuk.
Rakan mama yang hanya dikenali sebagai anti N (bukan nama sebenar), meminta kemaafan andainya cerita yang bakal diceritakannya akan membuat mama terasa hati tetapi demi seorang kawan, diceritakannya jua pengalaman seram itu supaya mama akan lebih berhati-hati mendapatkan khidmat urut terutamanya bangsa bla bla bla. Menurut Anti N, ada seorang kawannya mendapatkan kkhidmat urut dari kedai itu. Rakan kepada Anti N semasa berurut di kedai itu, ada membawa bersama anaknya yang masih kecil.
Anak kawan kepada Anti N memang agak aktif dan nakal, susah hendak dikontrol keaktifannya. Namun pelik, semasa mama si kecil ini diurut oleh tukang urut kedai berkenaan, si kecil itu tiba-tiba menjadi pendiam, tidak aktif dan hanya melihat mamanya diurut. Kelakuan anaknya ini cukup luar biasa sehingga mamanya kehairanan. Selesai sahaja mendapatkan khidmat urutan, dua beranak ini pun meninggalkan kedai tersebut. Semasa dalam keretaaaaaaaaaa…..
Anak kecil: “mommy, banyaaak jua urang mengurut badan mommy atuuuuuuuuuuu?”
Si ibu: “Inda jua banyak lai… seurang jua saja yang mengurut mommy…”
Anak Kecil: “iiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiihhhhhhhhhhhhh…. banyak mommy eh, aku nampak… Arah kepala mommy pun ada, arah kangkang mommy pun ada, semua bah ma badan mommy ramai urang mengerajakan… Bahapa urang atu mengurut kangkang mommy? mommy bukan jua sakit di bawah maaaaa?”
Si ibu tidak semena-mena menjadi takut dengan penjelasan anaknya itu. Patutlah sepanjang di kedai itu, anaknya tidak senakal biasa. Kebiasaan, di tempat lain, keaktifan anaknya susah hendak dikawal. Mahu tidak mahu, terpaksa jua si Ibu ini percaya kerana anak kecil, mana mungkin akan berbohong. Lagi pun, mereka ini boleh nampak apa yang orang dewasa tidak boleh melihatnya.
Ceritanya berakhir di situ. Berbalik kepada mama dan Anti N.
Mendengar cerita dari anti N, ketakutan mama usah dikatakan lagi, rasanya, cukuplah setakat itu sahaja dia mendapatkan perkhidmatan urut dari kedai itu. Kalau sakit pun, dia akan berurut dengan orang tua-tua, bangsa sendiri kerana lazimnya, orang tua-tua mengiringi urutan mereka dengan salawat atas nabi dan kalimah-hkalimah Allah yang lain. Melihatkan kepada keadaan mama yang risau, Anti N pun memberi semangat supaya mama jangan dikuasai rasa takut, yang dah lepas tu lepaslah. Lain kali, kena berhati-hati mendapatkan urutan dari sembarangan tukang urut. Aku semenjak tadi hanya mampu mengucapkan subahannallah kerana tak tahu apa yang harus aku ucapkan lagi.
Oh ya, petang itu kebetulan abah aku ada tetamu yang juga jiran kami. mama pun bangkit dari katilnya untuk menceritakan cerita ini kerana menurutnya, dia belum pun menceritakan hal ini kepada abah. Aku pun apa lagi, ikut keluar tanpa mahu berenggang dengan mama. Terbayang difikiranku cerita itu. ish ish ish….
Di luar, mama pun bercerita dari a sampailah ke z. Rupa-rupanya bukan rakan kepada Anti N saja yang punya pengalaman seram, jiran kami itu pun mempunyai pengalaman seram namun agak berlainan. Biarlah aku ringkaskan saja ceritanya. Menurut jiran kami itu, semasa dia mendapatkan urut dari kedai berkenaan, bukan tangan yang mengurutnya sebaliknya lidah! Subahannallah, aku pun semakin seram mendengar ceritanya. Tak dapat aku bayangkan, bila badan diurut dengan lidah. Jiranku semasa diurut, membawa bersama isterinya. Isterinyalah yang nampak suaminya diurut dengan lidah sedangkan jiran kami (suaminya), tidak nampak. Yang dia nampak, badannya diurut oleh satu tangan sahaja bukannya lidah sepertimana dakwaan isterinya. Keadaan di ruang tamu rumahku riuh rendah jadinya pabila masing-masing bercerita. Dari hari itu, jiran kami yang bercerita itu pun serik hendak berurut di kedai berkenaan, begitu jua mama.
Mungkin, mereka ini mengamalkan suatu amalan ilmu hitam untuk mempertingkatkan kualiti mereka, walau apapun, itu adalah perbuatan syirik yang menjurus kepada dosa besar. Mereka bergantung selain dari Allah Taala. Nauzubillah, semoga kita terlindung daripadanya.
Sumber

Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
BalasPadamAtau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya
Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com
Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
- Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
- Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
- Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
- Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
- Bonus Turnover 0.3%-0.5%
- Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
-Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
- Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI
7 Permainan Dalam 1 ID :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker
Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
BBM: 2AD05265
WA: +855968010699
Skype: smsqqcom@gmail.com
Tunggu Apa Lagi Bosku ?