Isnin, 20 Januari 2014

Gangguan Atau Permainan???

 
 
Gangguan Atau Permainan??? (Kisah Seram)
 
Saya ingin menceritakan tentang apa yang saya lalui ketika mengandungkan anak saya yang pertama. Pada tahun 2004 perkara aneh ini berlaku terhadap diri saya. Genap masuk 8 bulan lebih kandungan saya, saya memutuskan untuk tinggal bersama ibu bapa saya di Bukit Batok. Maklumlah, suami saya bekerja syif. Walaupun suami bekerja syif, dia akan datang ke rumah ibu bapa saya untuk meluangkan masa bersama dan pada satu hari, dia bercadang untuk bermalam di rumah ibu bapa saya. Ketika itu saya dijadualkan bersalin sekitar tiga minggu lagi. Oleh kerana suami hendak bermalam di situ, saya dan suami pun tidur di bilik adik saya. Suami tidur di lantai beralaskan tilam sementara saya tidur di atas katil yang hanya untuk seorang sahaja. Ketika itu hanya kami suami isteri sahaja di dalam bilik itu.

Pada malam itu, saya tidak boleh tidur. Gelisah saya dibuatnya. Puas saya menyesuaikan diri untuk baring tetapi dalam keadaan sarat, memang payah kerana berbadan dua. Sambil saya baring memerengkan badan saya ke kiri, saya pandang muka suami, dan terlihat dia sedang nyenyak tidur. Tiba-tiba saya terdengar seperti pernafasan di telinga kanan saya. Saya terus toleh kepala dan badan saya ke kanan, dan lihat, tiada sesiapa di sebelah saya, hanya kegelapan. Saya terus tepiskan dan mengatakan pada diri saya, mungkin imaginasi saya sahaja. Apabila saya kembali mereng ke kiri, tak sampai seminit, telinga kanan saya terdengar sekali lagi pernafasan itu dan kali ini, pernafasan itu sungguh kuat dan mendalam sehingga saya dapat terasa bahangnya di telinga saya, seolah-olah ada seseorang yang tidur di sebelah saya sambil bernafas ke dalam telinga saya.


Saya tawakal dan cekalkan hati lalu beranikan diri, toleh sekali lagi. Kali ini saya tenung ke ruang belakang saya. Anehnya setiap kali saya toleh. pernafasan itu terhenti. Saya sudah rasa lain macam dan serta-merta bulu roma saya berdiri. Agak lama juga saya tenung ke ruang kosong itu. Saya cuba kejutkan suami saya, tetapi saya rasa tak terdaya, lidah semacam kelu dibuatnya. Pernafasan itu berbunyi sekali lagi dan semakin dekat dan terasa bahangnya telinga saya hingga terasa seolah-olah pekak dibuatnya akibat pernafasan itu. Saya pun terus ambil selimut tutup seluruh badan dan muka saya sambil kumat-kamit membaca ayat-ayat suci yang saya tahu dan tanpa disedari saya pun terlelap.

Keesokan harinya, apabila saya bangun dari tidur, saya dapati seluruh badan saya dipenuhi bintik-bintik kecil seperti kurap. Amat gatal sekali dibuatnya. Pada mulanya saya tidak ambil endah, tetapi selepas sehari gatalnya semakin menjadi-jadi, suami pun bawa saya ke doktor untuk diperiksa. Doktor mengatakan mungkin saya alah dengan ubat-ubat yang saya makan untuk kesihatan kandungan. Tapi agak pelik juga, kalau betul saya alah, dari awal lagi saya dah terkena rasa gatalnya bila makan pada peringkat awal kandungan. Namun, saya terima sahaja apa kata-kata doktor dan saya mengalami bintik-bintik gatal itu hinggalah saya selamat bersalin dan dalam hari.

Tiga hari selepas saya bersalin, tukang urut pun datang untuk mengurut saya. Kakak yang mengurut saya itu berasalnya dari Indonesia dan dia sudah lama tinggal di sini sehingga mendapatkan kerakyatan. Dalam sesi urut itulah dia bertanya kepada saya, "Lyn, kak nak tanya sedikitlah. Dalam masa Lyn tengah sarat, Lyn ada terkena gangguan tak?" Saya agak pelik dengan soalannya, lalu saya menafikan bahawa saya diganggu. Tiba-tiba saya teringat tentang pernafasan yang saya alami dan saya menceritakan perkara itu kepadanya. Dengan tersenyum dia berkata, "Lyn, kalau kakak cakap, Lyn jangan terkejut tau. Kalau nak tahu, sekarang ni di luar tingkap, ada benda yang sedang perhatikan kita..." Saya terus pandang ke arah tingkap tetapi saya tidak nampak apa-apa pun.

Dengan serta-merta bulu roma saya terus berdiri dan gerun saya rasakan. Dia terus berkata, "Kalau Lyn nak tahu, bintik-bintik yang ada di badan Lyn sekarang ini, angkara benda itulah. Itu sebab kenapa Lyn terasa kegatalannya. Tapi jangan risau, benda tu tidak membahayakan, ia hanya mahu mengenakan Lyn sahaja..." Sejurus terdengar kata-katanya, saya sudah mula mengigil dan bertanya, macamana kakak itu boleh tahu. Dia beritahu saya, dia boleh melihat benda-benda halus dan mengatakan mungkin benda itu merayau-rayau dan singgah sekejap apabila dapati saya mengandung. Lagipun benda-benda halus begini selalu tempat tinggalnya di atas pokok, semak-samun dan kebetulan bilik saya berhadapan dengan hutan kecil. Mungkin benda itu datangnya dari sana.

Kakak urut pun berpesan kepada saya, ada cara untuk mengubati kegatalan yang saya alami. Saya dikehendaki menganggang seluruh badan saya dengan setangi yang biasa orang-orang india gunakan untuk asapkan seluruh badan saya. Saya harus ganggangkan setiap pagi selepas mandi sebelum dia datang untuk mengurut saya sambil selawat. Alhamdulilah, setelah saya amalkan, bintik-bintik dan kegatalan yang saya lalui, sudah hilang. Nasib baik kakak tukang urut itu dapat bantu saya. Kalau tidak, agaknya hingga ke hari ini agaknya saya tergaru macam beruk.


Sumber

1 ulasan:

  1. Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
    Atau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
    Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya

    Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    - Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
    - Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5%
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
    - Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    7 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Tunggu Apa Lagi Bosku ?

    BalasPadam