Khamis, 18 April 2013

Misteri! Kereta Terbabas Gara-Gara Pocong

Misteri! Kereta Terbabas Gara-Gara Pocong | Orang Melayu memang gemar menggelarkan hantu dengan beberapa nama antaranya seperti langsuir, pocong dan sebagainya. Baru-baru ini, seowang wanita yang dikenali sebagai Janariah telah mengalami kemalangan kereta apabila dirinya mendakwa ternampak kelibat pocong. Kereta yang dipandunya terbabas lalu terhumban ke dalam parit. Mujurlah keadaan wanita ini selamat dan tidak mengalami sebarnag kecederaan.
terbabas
 
KUALA KURAU – Seorang pekerja kilang nyaris maut apabila kereta dipandunya terhumban ke dalam parit akibat cuba mengelak objek misteri seperti pocong yang merintangi jalan di Kampung Sungai Baru, di sini, semalam.
Mangsa yang hanya dikenali Janariah, 38, berkata, dalam kejadian lebih kurang jam 6.15 pagi itu, dia yang memandu kereta jenis Perodua Kancil dalam perjalanan ke tempat kerja.
Menurutnya, keadaan ketika itu masih gelap dan ketika melalui laluan itu, dia terlihat objek aneh berwarna putih berada di atas jalan.
“Saya cuba mengenal pasti objek tersebut dan terkejut mendapati ia seakan-akan hantu pocong yang muncul tiba-tiba di atas jalan.
“Akibatnya, saya tidak dapat mengawal kenderaan dan terus menjunam ke dalam parit yang terletak di tepi jalan berkenaan,” katanya sewaktu ditemui media di sini semalam.
Janariah berkata, walaupun keretanya hampir tenggelam di dalam parit, dia tidak keluar dari kenderaan berkenaan akibat berasa takut mengenangkan objek mistik putih yang dilihatnya.
Jelasnya, bagaimanapun, dia sempat menelefon adiknya untuk meminta bantuan dan menceritakan kejadian yang menimpa dirinya.
Sahabat karib mangsa yang hanya dikenali Hayuzzi berkata, sewaktu kejadian berlaku, dia dalam perjalanan ke sebuah pasar awam di Tanjung Piandang untuk membeli barangan perniagaan.
Katanya, dia terkejut melihat kelibat manusia dan cahaya lampu dari dalam parit.
“Setibanya di lokasi kejadian, saya sekali lagi terkejut apabila mengetahui kelibat itu adalah rakan karib saya yang tinggal berhampiran rumah.
“Keadaan mangsa pada waktu itu seperti terpinga-pinga dan tidak mampu bercakap,” katanya.
Hayuzzi berkata, setelah pulang ke rumah barulah Janariah menceritakan punca kemalangan berlaku kepada orang kampung.
“Ini merupakan kejadian kemalangan kedua berlaku di laluan itu melibatkan kenderaan terhumban setelah terlihat sebuah objek aneh dalam tempoh dua tahun,” katanya. –
 
 
 
 
Source:   Mynewshub via Melayukini

Selasa, 16 April 2013

Antara cuaca & alam

 









DUNIA dikejutkan dengan peristiwa ribut matahari yang berlaku awal tahun ini. Namun sekali lagi pada Khamis lepas kejadian itu berulang dan dikatakan antara yang paling kuat dalam tempoh enam tahun.
Ribut matahari berlaku akibat peningkatan suhu matahari daripada kadar normal. Suhu panas itu menyebabkan ia mengeluarkan gas yang sebahagiannya akan masuk semula ke dalam matahari dan seterusnya mengakibatkan letusan.
Kesan radiasi akibat letusan tersebut akan menghentam Bumi dengan tiga kesan yang berbeza dalam tempoh yang berlainan. Ia akan menyebabkan gangguan kepada satelit dan angkasawan yang berada di angkasa lepas. Selain itu ia juga akan mengakibatkan gangguan komunikasi untuk kapal terbang yang sedang melakukan penerbangan.
Ribut suria juga boleh menghasilkan cahaya utara ataupun aurora yang menakjubkan di langit sehingga jauh ke selatan dan bahagian utara hemisfera Bumi. Jika berlakunya ribut solar, hanya bahagian matahari yang paling hampir dengan Bumi dan menyemburkan tenaga akan dipantau.

Rabu, 13 Mac 2013

Hantu penanggal


 Photo Credit: Google Images

Makcik Semah seperti mana lazim nya tiap-tiap pagi bangun awal dari tidur untuk bersiap-siap untuk pergi kerja menajak di sebuah estet yang jauhnya kira-kira 5 kilometer dari rumah beliau. Pada pagi itu Makcik Semah teragak-agak hendak keluar rumah sebab keadaan di luar rumah gelap lagi, sesekali terdengar bunyi kokokan ayam bersahut-sahutan ,jam dinding pula telah mati. Sekarang sudah pukul berapa pun Makcik Semah tak tahu.

Hendak tak hendak Makcik Semah terpaksa juga keluar rumah berjalan menuju kesimpang jalan menunggu lori mengambil beliau bersama dua,tiga orang rakan seusia. Suasana sekeliling memang
gelap betul, Makcik Semah terpaksa berjalan berhati-hati takut kalau tersepak tunggul kayu. Setelah berjalan kira-kira 3 rantai dari rumah sampai la Makcik Semah di bawah pohon rambutan di simpang jalan. Makcik Semah melabuhkan punggung beliau di tunggul kayu sambil menanti rakan-rakan yang lain tiba.

Lama jugak Makcik Semah menunggu,berdetik di hati Makcik Semah, kenapa la agaknya rakan-rakan beliau tak tiba lagi tak pernah mereka lambat. Dalam keadaan memikirkan hal rakan-rakan beliau tiba-tiba Makcik Semah terpandang cahaya yang memanjang di udara , berkerlipan mempunyai cahaya yang berwarna warni terbang diudara tingginya kira-kira setinggi pokok rambutan tempat Makcik Semah enanti rakan-rakannya. Bila di amat-amati baru la Makcik Semah
perasaan objek tersebut meyerupai kepala maknusia berambut panjang, dua biji cahaya merah tersebut ialah mata lembaga tersebut dan yg berjuntai memanjang seperti perut ayam, bercahaya berwarna-warni ialah usus perut lembaga tersebut tanpa tubuh.

Makcik Semah terpaku tak terkata ,lesu seluruh anggota apa yang daya Makcik Semah lakukan hanya lah menanti lembaga tersebut hilang dari pandangan. Kira-kira setengah jam kemudian baru la rakan-rakannya tiba. Apa yang berlaku tadi semuanya diceritakan kepada rakan-rakannya. Menurut rakan -rakan nya lembaga tersebut ialah Hantu Penanggal ia ialah kejadian dari seorang wanita yang menuntut ilmu hitam. Pada siang hari ianya akan menjadi manusia biasa dan pada malam hari kepala beliau akan bercerai dari badan berserta usus-usus perut keluar mencari darah,biasanya ia menghisap darah wanita yg keluar ketika bersalin. Kalau ketika itu tiada orang
bersalin ianya akan menghisap darah binatang ternakan seperti ayam.

Rupa-rupanya Makcik Semah terawal satu jam menanti ,sebab itu rakan-rakan nya tiada . Sejak hari itu Makcik Semah tak berani lagi keluar rumah tanpa di temani anaknya. Dan jam dinding di rumah beliau pun telah dibetulkan.

Gambar Lembaga

 
Photo Credit:  Google Images

Peristiwa seram di wad hospital

 
Kisah ini ada lah benar dan aku yakin ada orang lain pernah mengalaminya. Pada 19 October lalu, aku telah dimasukkan kehospital. Ini adalah kali pertama aku menjadi 'penghuni sementara' disebuah hospital. Aku ditempatkan disebuah bilik yang mangandungi enam orang pesakit. Katilku terletak ditengah tengah. Semua pesakit sebilikku itu ialah cina yang lanjut usia. Hampir setiap malam aku tidak dapat lena kerana 'kekenyangan' tidur pada siang siangnya. Pada suatu malam, kira kira jam 9, aku rasa ingin membuang air kecil, tetapi takut untuk kebilik air yang agak jauh dari tempatku. Lagipun, lampu diluar sudah dipadamkan. Akhirnya aku memberanikan juga diri untuk ke bilik air kerana tidak tahan, khuatir akan 'terbuang' diatas katilku. aku berjalan perlahan lahan menuju ke bilik air. Setibanya disitu, aku dapati blik air itu kosong. Tetapi dengan tiba tiba aku terdengar macam ada orang sedang menyelongkar sesuatu dalam tong khas untuk membuang tisu yang telah dipakai. Aku cuba memeriksa setiap tandas, tetapi semuanya kosong. Apabila aku pergi ke tandas terakhir yang berselebahan dengan tingkap, aku dapati pintunya tertutup dan mungkin juga dikunci. Aku pun biarkan sahaja kerana sangakaku, mungkin ada orang didalamnya. Aku pun pergi ke besin untuk mambasuh muka sementara menunggu orang yang ada didalam tandas terakhir itu keluar. Aku memang selalu ke tandas itu dan tidak pernah ketandas lain melainkan untuk mandi. Lama juga aku menanti. Apabila aku mula merasa bosan, aku terus ke tandas itu semula dan...alangkah terperanjatnya aku apabila mendapati tiada sesiapun didalamnya. Pintu terbuka luas, tidak tertutup seperti tadi. "Bila masa orang n ie keluar, tak nampak pun," kataku sendirian. Aku mula terasa takut. apa tidaknya, hampur 10 minit aku mannatinya diluar, tiba tiba tandas itu kosong dan pintunya terbuka padahal aku yang berada diluar tak nampak sesiapapun semasa aku mencuci muka tadi. Oleh karana terlalu takut, aku tak jadi buang air kecil dan terus balik ke bilikku. aku cuba tenangkan perasaanku. Sepanjang malam aku gelisah tidak boleh tidur. Puas aku cuba memejamkan mata, tetapi gagal. Dalam kegelisahan begitu, tiba tiba aku terpandang sesuatu diluar tingkap. Aku ternampak kepala orang yang sedang memerhatikan. Rambutnya putih, kusut masai keparas bahu, mukanya hodoh, terkopek kopek dan berdarah. Matanya sayu termasuk kedalam. Akau benar benar terpukau. Mataku tidak berkelip memandangnya. Darahku berderau, naik ke muka, jantungku berdebar debar. Bulu romaku berdiri tegak dan tubuhku terasa seram sejuk. Mulutku seolah olah terkunci untuk berkata kata. Hatiku merayu..."Ya allah. Kau selamatkan lah hamba Mu yang lemah ini." Tiba tiba seorang pesakit menekan butang untuk memanggil jururawat kerana ingin membuang air. Apabila jururawat itu datang, lembaga itu tetap ada disitu. Aku cukup hairan, mengapa jururawat itu tidak nampak lembaga itu sedangkan ia benar benar berada dihadapannya. Lama kelamaan, lembaga yang tidak berbadan itu perlahan lahan naik keatas dan terus menghilang menembusi siling. Aku yang sepatutnya dibenarkan pulang keesokan harinya terpaksa ditahan sehari lagi kerana demamku terlalu kuat dan suhu badanku naik terlalu tinggi. Kini, segala-galanya telah pun berlalu. Kini, segalanya telah pun berlalu. Namun, peristiwa seram itu tetap terpahat dalam ingatanku dan tidak mungkin aku dapat melupankannya.