Rabu, 6 Februari 2013

Gambar Pocong Sekawan



Photo Credit: Google Images

Apabila roh tidak tenteram

  
Ibuku hanya terpaku apabila mendengarkan berita sedih itu. "Kami harap Cik Rahmah banyakkan bersabar," nasihat anggota polis yang membawa berita berita sedih kepada keluarga kami pada petang itu, berita kematian bapa saudaraku iaitu adik ibuku. Walaupun umurku baru 12 tahun, namun aku masih ingat segalanya. Ia berlaku dalam tahun 1972. Pakcikku menemui maut dalam satu kecelakaan jalan raya di Jalan Bahar. Beliau menunggang skuter bersama isterinya yang sedang sarat mengandung enam bulan, anak sulung mereka. Pakcik ku yang kami panggil "Pak Su" baru berusia 33 tahun ketika beliau pergi meninggalkan kami. Masa itu keluarga kami tinggal di Pepsy Road di Pasir Panjang, berdepan dengan Masjid Islah. Apabila malam tiba, keadaan begitu gelap dan sunyi. Yang kedengaran hanyalah bunyi cengkerek dan unggas malam. Hanya sesekali terdengar bunyi kenderaan berlalu - kenderaan yang dimiliki oleh orang kampung tengah yang terletak tidak jauh dari rumahku. Sesekali terdengar bunyi salakan anjing. Semasa hidupnya, pakcikku adalah seorang yang peramah, mesra dan periang. Bergurau dan bersakat dengan kami adik beradik adalah antara kegemaraannya. Beliau juga suka menunggang skuter dengan laju. Sering ibu dan ayahku menegur cara beliau menunggang skuter. Namun pakcikku tidak menghiraukannya. Pada suatu hari aku terdengar ibuku memarahi pakcikku,"Kau jangan degil, nanti kau mati pun dengan skuter ni!" Mungkin benar kata orang, seseorang yang mati secara mendadak seolah olah terasan kerana tidak dapat berpesan atau meninggalkan wasiat. Mayat dan roh mereka dikatakan seolah olah tidak tenteram. Setelah tiga hari dikebumikan, kami sekeluarga sering didatangi roh arwah pak su. apabila masuk waktu maghrib, kami selalu ternampak semacam imbasan beliau dibilik belakang tempat beliau dimandi dan dikapankan. Adakalanya kami terdengar seperti suara beliau berbual bual, bunyi skuter beliau dan jugak bunyi siulannya. Yang paling menghairankan kami, walaupun sudah hampir dua minggu berlalu, namun bau pacai dan setangi yang kami gunakan untuk menguruskan mayat beliau masih kuat baunya. Yang masih kuingat, kakak dan kedua dua abangku sering diganggu pak su, kerana semasa hayatnya pak su begitu mesra dengan mereka. Kakaklah yang sering melihat bayangan pak su. Abang abangku pula sering diganggu semasa tidur, dicuit cuit dihidungnya - kebiasaan pak su semamsa hidupnya. Ibuku pulak sering terdengar bualan dan siulan adiknya itu. Isteri almarhum pula sering terngigau-ngigaukan beliau. Beliau sering bermimpikan arwah pak su memesan agar beliau menjaga anak yang bakal dilahirkan itu dengan sempurna. Pernah juga isteri beliau terjaga kerana bermimpikan arwah pak su datang berjumpa dengannya lalu menunjukkan bekas jahitan post mortem pada tubuhnya. Masih ku ingat ketika itu isteri pak su terjaga pada tengah malam sambil memekik nama pak su dan di ikuti dengan salakan anjing yang mendayu dayu. Sungguh menyeramkan ketika itu. Mungkin benar kata orang, roh orang yang baru mati akan berada didalam rumah selama 40 hari. Kami sering mengaji dan membaca yasin serta berfatihah untuk disedekahkan kepada almarhum. tetapi kami hairan mengapa rohnya seolah olah tidak tenteram. Apa yang menghairankan kami lagi ialah pada setiap hujung minggu ketika abang dan seorang lagi pakcikku menziarahi kubur allahyarham, terdapat lubang dihujung kaki atau dibahagian kepala kubur beliau. Menurut pakcikku yang sorang lagi, lubang tersebut begitu dalam. Beliau cuba menyucuk lubang itu dengan kayu sepanjang 4 kaki dan dilepaskan, batang kayu itu terus jatuh kebawah. Yang lebih menghairankan, apabila lubang dibahagian kakinya ditutup minggu ini, akan muncul pula lubang dibahagian kepalanya pada minggu depan. Begitulah keadaannya berterusan. Kami pula sering berasa ketakutan - terutama sekali aku dan kakakku. Mentelah lagi salah sorang sahabat karib pak su pula dikatakan terkena "badi" beliau. Entah macam mana, dengan izin Allah swt. masuk minggu ketiga, nenekku (kini sudah arwah) bermimpikan pak su memberitahunya supaya membersihkan bilik bekas beliau dimandi dan dikapankan. Menurut arwah nenekku, pak su memeberitahunya bahawa bilik itu tidak dibersihkan dengan betul. Masih terdapat bekas bekas darah dan air mandi beliau yang bertakung dibawah tikar getah dalam bilik itu. Memang benar seperti kata Allahyarham didalam mimpi arwah nenekku. Keesokkan harinya , kami sekeluarga membersihkan bilik tempat Allahyarham dimandikan dan dikapankan - ternyata masih terdapat bekas bekas darah dan air mandi beliau yang masih lembap dibawah tikar getah itu. Ayahlu terus membakar tikar getah itu dan abunya ditanam. Kami sekeluarga lantas membersihkan bilik itu dengan lebih sempurna lagi. Hairannya, setelah itu kami sekeluarga tidak lagi diganggu. Kini sudah tahun berlalu, anak didalam kandungan makcikku dulu sudah pun dewasa menjadi seorang anak gadis yang cantik dan manis. Aku juga tidak pernah lupa mendoakan al fatihah untuk allahyarham pak su setipa selepas solat.

Pelesit



Photo Credit: Google Images

 

Alam Ghaib
Imej:Tiada
Hantu Pelesit
Alam:Alam ghaib
Berbentuk fizikal:Ya
Mampu berubah bentuk:Ya
Mampu menyerupai manusia:Tidak
Menghisap darah:Ya
Dipelihara:Ya
Bermasyarakat :Tidak
Gambaran
Sejenis makhluk halus
yang dipelihara bagi
tujuan tertentu.
Pelesit merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita[1] bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Hantu pelesit dipercayai diberi makan darah dari jari tangan tuannya.
Hantu pelesit dikatakan mampu menjelma sebagai sejenis belalang pelesit, belalang kecil yang mempunyai kepala berbentuk tajam dan tirus, dan masuk kerumah mangsa[2]. Pelesit ini kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka.

Isi kandungan

Matlamat

Hantu Pelesit dikatakan akan dipelihara oleh wanita bagi tujuan membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya. Selain itu hantu pelesit juga digunakan bagi mendapatkan wang. Hantu pelesit akan menyerang seseorang mangsa dan hanya keluar apabila tuannya datang datang membantu menghalaunya keluar, dengan itu mendapat bayaran kerana membantu mengubati mangsa.
Hantu pelesit biasanya dikatakan disimpan dalam botol kecil dan diberi makan darah yang dititik daripada hujung jari tuannya setiap kali bulan mengambang.

Status

Hantu pelesit adalah sejenis makhluk halus yang dipelihara oleh manusia. Ia perlu diberi makanan menurut tempoh tertentu, biasanya dengan darah tuannya.[3] Dengan itu hantu pelesit tersebut perlu diwariskan kepada seseorang penganti sebelum tuannya mati sebagai saka. Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, hantu pelesit akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan.
Hantu pelesit akan membuat tuannya susah nak mati kerana tiada tuan baru untuk menjaga dia kelak, kecuali ada anak yang sanggup menjaga hantu itu. Dia akan menjaga tuannya sehingga dia dimusnahkan oleh tuannya sendiri.

Kelemahan

Pengamal ilmu sihir atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam. Pembela pelesit dikatakan tidak akan mempunyai zuriat kerana ilmunya yang panas akan membunuh janin atau anak kecil yang berdamping dengannya, sekiranya tidak dijaga dengan baik. ia takut dengan tahi besi iaitu (sejenis besi lebihan dari proses peleburan besi) Menurut pandangan pengamal perubatan,[nyatakan menurut siapa?] rupa pelesit adalah seperti seorang tua yang amat hodoh berabut putih panjang.Cara ia berjalan mirip seekor penguin.Ia menumpang ke badan belalang hijau sebagai tunggangannya. Cara untuk mengenali rupa belalang pelesit adalah dengan melihat di atas kepalanya terdapat tanda merah. Apabila dicabut kepalanya akan nampak juraian rambut yang halus.


Source:  Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Batu Belah Batu Betangkup


Cerita Rakyat dari Gayo Lues

Batu Belah Batu Betangkup

Pada jaman dahulu di tanah Gayo, Aceh – hiduplah sebuah keluarga petani yang sangat miskin. Ladang yang mereka punyai pun hanya sepetak kecil saja sehingga hasil ladang mereka tidak mampu untuk menyambung hidup selama semusim, sedangkan ternak mereka pun hanya dua ekor kambing yang kurus dan sakit-sakitan. Oleh karena itu, untuk menyambung hidup keluarganya, petani itu menjala ikan di sungai Krueng Peusangan atau memasang jerat burung di hutan. Apabila ada burung yang berhasil terjerat dalam perangkapnya, ia akan membawa burung itu untuk dijual ke kota.

Suatu ketika, terjadilah musim kemarau yang amat dahsyat. Sungai-sungai banyak yang menjadi kering, sedangkan tanam-tanaman meranggas gersang. Begitu pula tanaman yang ada di ladang petani itu. Akibatnya, ladang itu tidak memberikan hasil sedikit pun. Petani ini mempunyai dua orang anak. Yang sulung berumur delapan tahun bernama Sulung, sedangkan adiknya Bungsu baru berumur satu tahun. Ibu mereka kadang-kadang membantu mencari nafkah dengan membuat periuk dari tanah liat. Sebagai seorang anak, si Sulung ini bukan main nakalnya. Ia selalu merengek minta uang, padahal ia tahu orang tuanya tidak pernah mempunyai uang lebih. Apabila ia disuruh untuk menjaga adiknya, ia akan sibuk bermain sendiri tanpa peduli apa yang dikerjakan adiknya. Akibatnya, adiknya pernah nyaris tenggelam di sebuah sungai.

Pada suatu hari, si Sulung diminta ayahnya untuk pergi mengembalakan kambing ke padang rumput. Agar kambing itu makan banyak dan terlihat gemuk sehingga orang mau membelinya agak mahal. Besok, ayahnya akan menjualnya ke pasar karena mereka sudah tidak memiliki uang. Akan tetapi, Sulung malas menggembalakan kambingnya ke padang rumput yang jauh letaknya.
“Untuk apa aku pergi jauh-jauh, lebih baik disini saja sehingga aku bisa tidur di bawah pohon ini,” kata si Sulung. Ia lalu tidur di bawah pohon. Ketika si Sulung bangun, hari telah menjelang sore. Tetapi kambing yang digembalakannya sudah tidak ada. Saat ayahnya menanyakan kambing itu kepadanya, dia mendustai ayahnya. Dia berkata bahwa kambing itu hanyut di sungai. Petani itu memarahi si Sulung dan bersedih, bagaimana dia membeli beras besok. Akhirnya, petani itu memutuskan untuk berangkat ke hutan menengok perangkap.

Di dalam hutan, bukan main senangnya petani itu karena melihat seekor anak babi hutan terjerat dalam jebakannya.
“Untung ada anak babi hutan ini. Kalau aku jual bias untuk membeli beras dan bisa untuk makan selama sepekan,” ujar petani itu dengan gembira sambl melepas jerat yang mengikat kaki anak babi hutan itu. Anak babi itu menjerit-jerit, namun petani itu segera mendekapnya untuk dibawa pulang. Tiba-tiba, semak belukar di depan petani itu terkuak. Dua bayangan hitam muncul menyerbu petani itu dengan langkah berat dan dengusan penuh kemarahan. Belum sempat berbuat sesuatu, petani itu telah terkapar di tanah dengan tubuh penuh luka. Ternyata kedua induk babi itu amat marah karena anak mereka ditangkap. Petani itu berusaha bangkit sambil mencabut parangnya. Ia berusaha melawan induk babi yang sedang murka itu.

Namun, sungguh malang petani itu. Ketika ia mengayunkan parangnya ke tubuh babi hutan itu, parangnya yang telah aus itu patah menjadi dua. Babi hutan yang terluka itu semakin marah. Petani itu lari tunggang langgang dikejar babi hutan. Ketika ia meloncati sebuah sungai kecil, ia terpeleset dan jatuh sehingga kepalanya terantuk batu. Tewaslah petani itu tanpa diketahui anak istrinya. Sementara itu – di rumah isri petani itu sedang memarahi si Sulung dengan hati yang sedih karena si Sulung telah membuang segenggam beras terakhir yang mereka punyai ke dalam sumur. Ia tidak pernah membayangkan bahwa anak yang telah dikandungnya selama sembilan bulan sepuluh hari dan dirawat dengan penuh cinta kasih itu, kini menjadi anak yang nakal dan selalu membuat susah orang tua.

Karena segenggam beras yang mereka miliki telah dibuang si Sulung ke dalam sumur maka istri petani itu berniat menjual periuk tanah liatnya ke pasar. “Sulung, pergilah ke belakang dan ambillah periuk tanah liat yang sudah ibu keringkan itu. Ibu akan menjualnya ke pasar. Jagalah adikmu karena ayahmu belum pulang,” ucapnya. Akan tetapi, bukan main nakalnya si Sulung ini. Dia bukannya menuruti perintahnya ibunya malah ia menggerutu.
“Buat apa aku mengambil periuk itu. Kalau ibu pergi, aku harus menjaga si Bungsu dan aku tidak dapat pergi bermain. Lebih baik aku pecahkan saja periuk ini,” kata si Sulung. Lalu, dibantingnya kedua periuk tanah liat yang menjadi harapan terakhir ibunya untuk membeli beras. Kedua periuk itu pun hancur berantakan di tanah.

Bukan main terkejut dan kecewanya ibu si Sulung ketika mendengar suara periuk dibanting.
“Aduuuuuh…..Sulung! Tidak tahukah kamu bahwa kita semua butuh makan. Mengapa periuk itu kamu pecahkan juga, padahal periuk itu adalah harta kita yang tersisa,” ujar ibu si Sulung dengan mata penuh air mata. Namun si Sulung benar-benar tidak tahu diri, ia tidak mau makan pisang. Ia ingin makan nasi dengan lauk gulai ikan. Sungguh sedih ibu si Sulung mendengar permintaan anaknya itu.
“Pokoknya aku tidak mau makan pisang! Aku bukan bayi lagi, mengapa harus makan pisang,” teriak si Sulung marah sambil membanting piringnya ke tanah.

Ketika si Sulung sedang marah, datang seorang tetangga mereka yang mengabarkan bahwa mereka menemukan ayah si Sulung yang tewas di tepi sungai. Alangkah sedih dan berdukanya ibu si Sulung mendengar kabar buruk itu. Dipeluknya si Sulung sambil menangis, lalu berkata “Aduh, Sulung, ayahmu telah meninggal dunia. Entah bagaimana nasib kita nanti,” ratap ibu si Sulung. Tetapi si Sulung tidak tampak sedih sedikit pun mendengar berita itu. Bagi si Sulung, ia merasa tidak ada lagi yang memerintahkannya untuk melakukan hal-hal yang tidak disenanginya.

“Sulung, ibu merasa tidak sanggup lagi hidup di dunia ini. Hati ibu sedih sekali apabila memikirkan kamu. Asuhlah adikmu dengan baik. Ibu akan menuju ke Batu Belah. Ibu akan menyusul ayahmu,” ucap ibu si Sulung. Ibu si Sulung lalu menuju ke sebuah batu besar yang menonjol, yang disebut orang Batu Belah.

Sesampainya di sana, ibu si Sulung pun bernyanyi,
Batu belah batu bertangkup.
Hatiku alangkah merana.
Batu belah batu bertangkup.
Bawalah aku serta.

Sesaat kemudian, bertiuplah angin kencang dan batu besar itu pun terbelah. Setelah ibu si Sulung masuk ke dalamnya, batu besar itu merapat kembali. Melihat kejadian itu, timbul penyesalan di hati si Sulung. Ia menangis keras dan memanggil ibunya sampai berjanji tidak akan nakal lagi, namun penyesalan itu datangnya sudah terlambat. Ibunya telah menghilang ditelan Batu Belah.
 
 

Ahad, 3 Februari 2013

Teratai terkuak ditabur nasi kunyit

 

Oleh Sabaruddin Abdul Ghani

TIGA malam berturut-turut beliau bermimpi kanak-kanak bermain di sebuah kolam dan ada antara mereka memberi makan ikan. Indah sungguh kawasan kolam itu ibarat taman bunga raja zaman dulu kala. Harum semerbak memenuhi persekitaran.
TIGA malam berturut-turut beliau bermimpi kanak-kanak bermain di sebuah kolam dan ada antara mereka memberi makan ikan. Indah sungguh kawasan kolam itu ibarat taman bunga raja zaman dulu kala. Harum semerbak memenuhi persekitaran.

Apabila terjaga, beliau terasa tangan kanannya seakan-akan menggenggam sesuatu tetapi tiada apa-apa yang digenggam kecuali berbau hanyir seperti bau ikan. Beliau termanggu seketika dan segera memberitahu bapa saudaranya yang baru selesai menunaikan solat Subuh, demikian kata Wak Mashud (bukan nama sebenar) membuka cerita.

Berkerut dahi bapa saudaranya apabila mendengar kisah mimpi yang diceritakan itu. Berkali-kali lelaki itu bertanya benarkah apa yang dikatakan itu. Maklumlah ketika itu Wak Mashud baru berusia 12 tahun. Orang tua itu kurang percaya kalau-kalau beliau berbohong, cerita Wak Mashud lagi mengimbau kisah lama sekitar 1950-an.

“Seminggu sebelum itu, bapa saudara wak memberitahu hasratnya untuk memancing di Lubuk Lela di Sungai Lipis, Pahang. Musim kemarau panjang ketika itu menyebabkan air sungai berkenaan surut dan cetek. Memang sesuai untuk memancing.

“Lubuk itu menjadi idaman nelayan sungai dan kaki pancing untuk mendapatkan ikan baung tetapi tidak berani kerana banyak mainan makhluk halus seolah-olah tidak suka kehadiran manusia di situ,” kata Wak Mashud yang kini berusia 70 tahun.

Yakin dengan mimpi itu, bapa saudara Wak Mashud membuat persiapan untuk menguji lubuk berkenaan. Orang tua berdarah campuran Melayu dan Bugis itu yang setiap perbuatannya berlandaskan gerak hati mengarahkan Wak Mashud mengajak kawannya, Shuid Kidal ikut sama memancing.

Wan Muliman, bapa saudara Wak Mashud selalu mengajak Shuid Kidal menjala atau memancing di Sungai Lipis yang mengalir merentasi Pekan Benta. Keserasian antara dua sahabat itu ibarat kapur dengan sirih atau aur dengan tebing. Perwatakan Shuid Kidal yang sederhana membuatkan jalinan persahabatan mereka berdua terlalu akrab.

Selepas sarapan pagi pada hari ditetapkan, Wan Muliman, Wak Mashud dan Shuid Kidal bertolak dari rumah mereka di Ladang Budu (Budu Estet) Benta, Pahang menuju ke lokasi. Wak Mashud yang belum pernah dibawa makan angin seronok membonceng basikal bapa saudaranya itu.

Dalam perjalanan kira-kira 200 meter untuk sampai kawasan lubuk berkenaan, mereka berselisih dengan seorang wanita tua yang membawa bakul rotan penuh berisi pucuk paku.

Wan Muliman memberi salam tetapi perempuan tua itu cuma tersenyum.
Sebaik melepasi sebatang pokok terap, bau haruman semerbak menyelubungi persekitaran.

Wan Muliman memberi isyarat kepada Wak Mashud supaya berdiam saja.

“Sebaik sampai di tempat dituju, kami mendirikan pondok pisang sesikat di bawah sebatang pokok kepayang sebagai tempat memancing. Shuid Kidal mendahului kami melabuhkan joran di lubuk berkenaan.

“Namun, sebaik wak melontarkan umpan menggunakan kail batang buluh, kelihatan pokok teratai satu demi satu timbul di permukaan air. Lama kelamaan, lubuk itu dipenuhi dengan tumbuhan itu. Wak terlopong melihatkan kejadian aneh itu,” cerita Wak Mashud lagi sambi kami menghirup kopi di sebuah warung di Kampung Tanjung Pari, Baling, Kedah baru-baru ini.

Melihatkan keadaan yang pelik itu, Wan Muliman mengajak Shuid Kidal dan Wak Mashud berehat di pondok. Shuid Kidal disuruh memasak nasi kerana kebetulan hari sudah menjelang tengahari.

“Ini petanda awal mainan penghuni di sini cuba menguji kita. Jangan risau, mereka cuma mahu bergurau. Insya-Allah, kita akan pulang dengan hasil tangkapan yang banyak,” kata Wan Muliman sambil memerhatikan Shuid Kidal menyalakan api untuk memasak nasi.

Ketika mereka menikmati makan tengah hari itu dengan lauk ikan sardin goreng berlada dan ikan masin, sepasang rama-rama sebesar tapak tangan budak bercorak songket hinggap di bahu kanan Wan Muliman.

Setelah selesai makan, lelaki tua berusia 60 tahun itu menggenggam nasi yang digaul kunyit tumbuk lalu ditaburkan ke dalam lubuk berkenaan. Sejurus kemudian, pokok teratai yang sebelumnya bertaut memenuhi permukaan air akhirnya terlerai merapati tebing sungai.

Shuid Kidal yang faham sangat dengan tindakan Wan Muliman itu segera melabuhkan kailnya.

Wak Mashud yang tidak mengerti apa-apa turut mencuba nasib. Nah! Seekor ikan baung sebesar lengan menggelupur di hujung tali kailnya. Wan Muliman pada kedudukan di sisinya menepuk bahu anak saudaranya itu.

“Ada masanya kita harus dipercayai pada mimpi. Tetapi semuanya dengan kuasa Allah dan kita tidak boleh terlalu taksub. Tengok Shuid tu, nampaknya dia sedang bertarung untuk menjinakkan habuan. Minta-minta baung jugalah akan mengena.”

“Betul tu Pak Wan. Kita balik lewat sikit Pak Wan. Ikan tengah kemaruk ni,” kata Wak Mashud yang semakin teruja dengan keadaan pelik yang belum pernah dialaminya itu.

Wan Muliman bukan seperti orang lain. Beliau tidak tamak. Sebelum senja, mereka sudah berada di rumah. Jiran dapat juga merasa keenakan ikan baung dan kelah yang diberi Wan Muliman dan Shuid Kidal. Wan Muliman memang suka bersedekah. Baginya, sedekah itu sebahagian daripada ibadat.

Peristiwa aneh terus menjejaki Wan Muliman. Suatu pagi ketika beliau menyelak tudung saji untuk menikmati sarapan pagi, terhidang gulai baung masak asam tempoyak berserta ulam pucuk tumbuhan hutan.

Sejak peristiwa itu, ahli keluarga Wan Muliman yang memancing di Sungai Lipis tidak pulang kehampaan. Pernah suatu ketika dua kawan anak lelakinya merajuk tidak mahu memancing kerana sangat kecewa kail tidak disentuh ikan, sedangkan anak Wan Muliman lenguh tangan melayan ikan yang silih berganti mengena mata kail.

Malah, dalam apa juga keadaan sama ada pagi, tengah hari, petang atau malam, anak Wan Muliman yang memancing di sungai berkenaan pasti menjinjing pulang habuan lumayan. Paling tidak dua tiga ekor baung atau kelah dibawa pulang.

Wak Mashud, anak saudara paling disayangi Wan Muliman tahu serba sedikit misteri Sungai Lipis. Pernah beberapa nelayan sungai yang menjala pada waktu malam mengalami peristiwa pelik apabila jala koyak rabak sebaik ditarik naik dari dasar sungai tetapi bukan disebabkan tersangkut pada batu atau tunggul kayu.

“Dengar cerita, Lubuk Lela sekarang tidak lagi sekeras dulu. Pemancing bebas memancing tetapi ikan baung dan kelah semakin pupus dan sukar dicari.

“Seperkara yang menarik di sungai berkenaan ialah mempunyai pari yang menghuni di beberapa lubuk berhampiran Ladang Budu. Jika ingin merasa kelazatan pari sungai, pemancing boleh mencuba di tempat itu,” kata Wak Mashud menutup cerita.

MAKLUMAN

PEMBACA digalakkan menghantar kisah misteri yang dialami atau didengar untuk dikongsi bersama dan hantarkan ke alamat berikut;

Pengarang JORAN, Balai Berita, No. 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.


Sumber:  http://joran.bharian.com.my/